Hamil 5 Bulan, Elaine Daly Tetap Hot Berbikini

Bakal hot mummy meletup! Itu gambaran yang tepat dalam mendefinisikan pengacara cantik, Elaine Daly yang masih lagi mampu kelihatan hot berbikini biarpun dirinya kini sedang berbadan dua!

Elaine Daly

Pergh memang boleh bikin cemburu wanita-wanita di luar sana tengok body Elaine yang masih lagi meletup bak model biarpun kini sedang hamil lima bulan.

Elaine, hos program tv Bella kini sedang hamil anak sulung dan menyatakan perasaan terujanya mengandung di kala usianya kini sudah pun mencecah 35 tahun ke atas.


Untuk makluman, Elaine berkahwin dengan seorang doktor kelahiran Afrika Selatan pada 4 Disember lalu selepas hampir lapan bulan berkenalan.

Tahniah diucapkan buat Elaine dan suami!

Sumber: Mynewshub.cc

Emma Maembong Akui Tidak Lagi Mencintai Zizan!

Berita mengejutkan kami rasa untuk minggu ini malah dalam masa yang sama menjawab persoalan dan tanda tanya mengenai status hubungan Zizan Razak dan juga Emma Maembong – dan Emma sendiri memberitahu mereka sudah putus cinta dan tidak pernah sambung kembali.

emma-zizan

Perkara tersebut didedahkan dan diakui sendiri oleh Emma berikutan isu mengenai dirinya yang tidak hadir pada majlis tayangan perdana filem Werewolf Dari Bangladesh arahan Mamat Khalid.

“Sebenarnya saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum”

“Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi”

“Saya malas untuk keluar kenyataan apa-apa sahaja kerana apa yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tuduh saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang,” jelas Emma mengakhiri teka teki mengenai status hubungan mereka.

Sementara itu, Emma juga turut terkejut dengan tindakan pengarah Mamat Khalid berkaitan dirinya yang tidak dapat hadir pada hari tayangan perdana.

“Saya terkejut apabila membaca berita itu, ketika pihak produksi memberitahu tentang tayangan filem itu, saya sudah menjelaskan bahawa saya sedang menjalani penggambaran di Langkawi pada tarikh yang diberikan itu, malah saya telah meminta pihak produski drama Isteri Separuh Masa untuk melepaskan saya sekejap pada hari itu, namun tidak dibenarkan”

“Saya meminta pihak abang Mamat sendiri iaitu isterinya berbincang dengan produksi drama supaya membenarkan saya untuk balik sekejap dan hadir ke majlis itu”

“Saya sangat sedih bila dia tidak jelaskan perkara sebenarnya yang berlaku sedangkan mereka sudah tahu tentang perkara itu awal-awal lagi,” katanya.

Sumber: rotikaya

Emma Maembong Merajuk Lagi Dengan Zizan?

Ingatkan dah reda kisah cinta Emma Maembong dan Zizan Razak daripada radar hiburan tempatan.

emma-maembong

Rupa-rupanya ada lagi ‘drama’ yang dilihat menghimpit hubungan dua selebriti popular ini.

Ramai peminat kini membuat spekulasi, Emma sedang merajuk dengan Zizan apabila dia didapati memuatnaik beberapa gambar yang membayangkan hubungan mereka sedang dilanda masalah.


Mungkinlah dorang ada gaduh-gaduh manja, yelah hubungan mana yang tidak dilanda badai ye dak..

Cuma masalahnya dengan status Zizan dan Emma sebagai public figure, rasanya Emma kenalah berfikir panjang sebelum bertindak.

Kalau status-status emosi sebegitu dikongsikan di media sosial, pasti ia akan menimbulkan spekulasi di kalangan peminat dan juga pihak media mengenai kisah peribadinya.

Atau mungkin sebab Emma terlalu menyukai bait-bait lagu kumpulan Geisha yang berjudul Jika Cinta Dia ini, tu yang dia just nak berkongsi dengan pengikutnya tak tahulah kan…

Sumber: Mynewshub.cc

Siti Nurhaliza Nafi Wanita Ketiga Terkaya Di Malaysia

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menafikan dirinya wanita ketiga terkaya di Malaysia selepas sebuah laman web menyenaraikannya sebagai lima wanita terkaya di Malaysia.

Siti Nurhaliza

Mynewshub juga ada mengeluarkan artikel tersebut yang mana turut menyenaraikan pelakon Hollywood kelahiran Malaysia Datuk Michelle Yeoh berada di kedudukan kedua dan atlet skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol David di tempat kelima.

Siti menyatakan beliau terkejut dengan dakwaan tersebut kerana ianya sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keselamatan dirinya.

“Saya terkejut dengan laporan tersebut. Walau macam mana pun, saya berdoa untuk bergelar seorang wanita yang terkaya. Itu impian dan cita-cita. Belum lagi sampai ke tahap itu tapi sedang berusaha ke arah itu.

“Andaian mereka itu membuatkan keadaan jadi berbeza, dari segi keselamatan. Iyerlah, saya faham kadang-kadang mereka menggambarkan yang hebat-hebat tetapi realitinya biasa-biasa sahaja,” katanya memetik Astro Gempak.

Dengan kejayaannya selama 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, rasanya memang layak dah Siti pegang gelaran jutawan yang berjaya dalam bidang nyanyian.

Ternyata Datuk Siti merupakan one of a kind! Sehingga kini rasanya tak jumpa lagi pengganti yang sehebat dan berada dalam kelasnya yang tersendiri seperti anak kelahiran Pahang ini. Betul tak?

Sumber: Mynewshub.cc

Rita Ora Dan Irina Shayk Separuh Bogel Hadiri Parti Oscar

Sebaik berlabuhnya tirai Anugerah Akademi ke-87 yang mengiktiraf kejayaan pengkarya seni filem Hollywood, sebuah parti anjuran majalah Vanity Fair diadakan bagi meraikan pemenang yang berjaya mengondol trofi dalam anugerah berprestij berkenaan.

Rita Ora
Rita Ora.

Dalam banyak-banyak selebriti yang tampil manis dengan gaun minimalis mereka, dua selebriti wanita ini menarik perhatian media di sana apabila tampil hampir separuh bogel dalam persalinan hitam yang hampir serupa rekaannya.

Jika dilihat dari depan memang busana hitam rekaan Donna Karan Atelier ini tidak nampak ‘kecacatannya’, tapi bila Rita Ora mengiringkan badannya ke sisi, jelas kelihatan bahagian punggungnya yang terdedah.

Irina Shayk
Irina Shayk.

Sementara itu, bekas kekasih Christiano Ronaldo, model kelahiran Rusia, Irina Shayk pun mempunyai taste yang sama dengan Rita apabila tampil dengan busana yang lebih kurang serupa.

Fesyen yang digayakan mereka ini yay or nay pada pendapat anda?

Sumber: Mynewshub.cc

Dato AC Mizal Akan Buka Stesen TV Sendiri

Pengacara popular, Dato Ac Mizal menyatakan dia bakal membuka syarikat penyiarannya sendiri pada April ini.

Dato AC Mizal

Fuh dashyat betul Dato Ac ni, memang multitasking lah! Semua dia boleh balun.

Khabarnya, Ac bakal melancarkan stesen tv online pertama di Malaysia yang mana bakal memulakan operasinya bulan depan.

“Dalam dunia perniagaan ini kita sentiasa buat benda yang kita selalu arif. Macam saya sudah ada hotel di Danok dan Bali. Sekarang masa untuk saya melibatkan diri dalam dunia penyiaran dengan tv online yang akan dilancarkan pada April ini,” katanya memetik Rotikaya.

Ac juga mengatakan dia ada meminta pandangan daripada pihak Astro mengenai perancangannya itu dan walaupun sudah mempunyai stesen sendiri kelak, Ac tetap tidak akan berganjak daripada menjadi seorang pengacara di stesen berbayar tersebut.

“Saya akan meneruskan pekerjaan saya seperti biasa. Lagipun saya merupakan artis Astro dan ini tidak akan menganggu kerja-kerja saya yang lain. Memang susah apabila mahu membuka sebuah stesen baru iaitu dari segi pemasaran. Astro ada juga membantu dari segi pengalaman,” katanya.

Wah, bagus betul ada selebriti yang berfikiran jauh macam Dato Ac ni kan.

Macam ni la bagus, dari hari ke sehari sentiasa meningkatkan diri, berusaha ke arah yang lebih baik dalam karier yang dilakukan.

Syabas Dato AC!

Sumber: Mynewshub.cc

Almy Nadia, Fizz Fairuz Timang Anak Perempuan

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan pelakon Almy Nadia dan Fizz Fairuz atas kelahiran bayi perempuan mereka jam 6.49 petang, semalam.

Almy Nadia, Fizz Fairuz

Perkhabaran gembira itu disampaikan oleh Fizz menerusi akaun Instagramnya dengan kapsyen:

“Alhamdulillah… Wife saya dah selamat bersalin anak sulung kami,terima kasih atas semua yg mendoakan…”

Bayi seberat 3.25 kilogram yang dilahirkan di Hospital Columbia, Setapak itu merupakan anak pertama Almy dan Fizz yang bernikah pada 26 April tahun lalu.

Kami pasti peminat pun sudah tidak sabar-sabar untuk melihat wajah comel anak pasangan ini.

Apapun, tahniah sekali lagi!

Dah Menang MLM, Saiful Zero Tangguh Kahwin?

Rasanya semua peminat hiburan mengetahui salah seorang ahli kumpulan Zero, Syaiful merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya selepas final Maharaja Lawak Mega 2014 tempoh hari.

Saiful Zero

Malah setelah dinobatkan sebagai juara MLM, kesemua anggota kumpulan berterus terang mahu mengunakan wang kemenangan RM500 ribu untuk menghantar ibu menunaikan haji, membuat rumah dan perbelanjaan kahwin Syaiful.

Tut-tup lain pula ceritanya, apabila Syaiful mengumumkan mahu menunda perkahwinannya ke satu tarikh lain. Eh, dah kenapa pulak?

Difahamkan selepas Syaiful berbincang dengan Sharif dan Atu, dia memutuskan untuk menundakan perkahwinan tersebut dengan alasan ingin fokus kepada kerjaya.

Namun, niat untuk menghantar ibu mereka menunaikan haji dan membuat rumah di Kudat akan tetap dilaksana.

“Nawaitu asal menyertai MLM adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat itu.

“Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu.Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja,” kata Syaiful.

Saiful Zero [2]

Bagaimanapun, keputusan ini nampaknya tidak disenangi oleh ramai peminat Zero hingga ada yang mengingatkan Syaiful supaya jangan lupa diri dengan populariti yang dikecapi.

Apa pun, Saiful pastinya mempunyai alasan tersendiri untuk membuat keputusan sebegini.

Terbaharu, dengarnya Zero bakal muncul dalam filem terbaru MIG tak lama lagi.

Tentu ramai peminat Zero yang tak sabar menantikan aksi mereka di layar lebar. -Mynewshub.cc

Teman Lelaki Sangkal Dakwaan ‘Dibela’ Tasha Shilla

Teman lelaki aktres jelita Tasha Shilla, Han menyangkal dakwaan sesetengah pihak mengatakan dia mengharapkan duit daripada teman istimewanya itu.

Tasha Shilla, Han

Sebaliknya menurut Han dia mempunyai pekerjaan tetap sendiri iaitu membantu syarikat seni bina milik keluarganya.

“Ini kad saya sebagai bukti, saya ada pekerjaan tetap dan tidak mengharapkan wang ringgit dia. Sebaliknya saya menumpukan pekerjaan dalam bidang seni bina milik keluarga saya,” katanya menerusi laporan mStar.

Han mengatakan dia kini sedang berusaha membina mahligai bersama kekasihnya itu di masa hadapan dan keluarganya dikatakan merestui perhubungan mereka walaupun berlainan agama.

“Saya percaya kepada rezeki dalam sesebuah perkahwinan. Sebab itulah saya sudah merancang mengenainya. Yang penting, keluarga saya sudah merestuinya termasuklah keluarga Tasha,” katanya.

Hai, tak baik tau siapa yang buat cerita ni, setahu penulis Han ni pun aktif dengan kerjaya sukannya sebagai seorang peninju muay thai dan Tasha merupakan salah seorang penyokong terbesarnya dalam bidang tersebut.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja pengumuman pasangan sama cantik sama padan ini mengenai tarikh perkahwinan mereka kelak. -Mynewshub.cc

Video Nyanyian Siti Nurhaliza Tribute Buat Nik Aziz Viral

Kehilangan mantan Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat amat dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Siti-Nurhaliza

Hal ini jelas menunjukkan keperibadian Allahyarham sebagai seorang ulamak yang begitu disegani kawan dan pihak lawan.

Lihat sahaja status di laman-laman sosial hari ini yang dibanjiri dengan ucapan takziah baik daripada kalangan masyarakat mahupun selebriti negara.

Sementara itu, sebuah video lagu nyanyian penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin yang dijadikan tribute buat Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini menjadi viral.

Video lagu Lelaki ini mencetuskan perasaan hiba dan sayu masyarakat bagi mengenang pemergian tokoh terkenal itu.

Bait-bait lagu itu seolah-olah mampu menggambarkan kehidupan dan perjuangan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz selama hayatnya.

Video yang turut diselitkan dengan kunjungan hormat Siti Nurhaliza bersama suaminya beberapa tahun lalu jelas menunjukkan penyanyi itu begitu mengagumi ulamak terkenal itu.

Siti Nurhaliza turut menzahirkan ucapan takziah malam tadi di laman Instagramnya. -Mynewshub.cc



Yana Samsudin Sah Bergelar Isteri

Tahniah diucapkan buat pelakon cantik manis, Yana Samsudin yang telah sah bergelar isteri kepada buah hatinya, Fadzil Zahari yang merupakan adik kepada aktor Farid Kamil.

Yana Samsudin

Pasangan ini selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz selepas solat Jumaat, hari ini, yang mana majlis pernikahan mereka di kediaman pengantin perempuan di Yong Peng, Johor.

Pihak lelaki menyediakan lima dulang hantaran manakala pihak perempuan telah membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Yana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM50,000.

Yana Samsudin [2]

Turut hadir pada majlis itu ialah pelakon Shaheizy Sam dan Erra Fazira yang berperanan sebagai pengiring pengantin.

Tahniah Yana dan Fadzil, semoga mahligai yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat. -Mynewshub.cc

Aydeen Zeeyad Nama Anak Sulung Aidil-Zareema

Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan dan isteri Zareema Zainal menamakan cahaya mata sulung mereka dengan nama Aydeen Zeeyad.

Aydeen Zeeyad

Aydeen Zeeyad dilahirkan pada 5 Februari lalu di Hospital Columbia Asia, Klang.

Tak sampai sebulan kelahirannya, Aydeen sudah pun mempunyai sesi photoshoot sendiri seperti mana trend anak-anak artis yang lahir sebelum ini. Kelas kan!

Aydeen merupakan anak ketiga Aidil sementelah dia mempunyai dua lagi hero iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna, hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon Rita Rudaini.

Tahniah Aidil dan Zareema, jom layan foto keluarga bahagia ini yang dibidik cantik oleh Camora Arts Photography..-Mynewshub.cc

Disogok Soalan ‘Escort Girl’, Tasha Hantar Surat Amaran!

Hujung minggu lalu, sebuah program hiburan popular menemubual aktres TV, Tasha Shila tentang dakwaan segelintir pihak tentang penglibatannya sebagai ‘escort girl’.

Tasha Shila

Menerusi wawancara tersebut, Tasha menafikan khabar angin itu lantas berkata, dia tidak teragak-agak untuk menggunakan saluran mahkamah andai ada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan aktiviti sumbang tersebut.

Ya lah, siapa tak amuk kalau dituduh sebagai ‘escort girl’ dan memperolehi kemewahan dengan menjadi ‘peneman’ golongan atasan, kan?

Terkesan dengan tuduhan tersebut, Tasha sekali lagi tampil membuat sidang media bagi menjelaskan kedudukan sebenar dan membersihkan namanya yang tercalar.

Bertempat di Bangsar, pelakon tersebut yang ditemani peguamnya, Fahda Nur Ahmad Kamar mengharapkan agar kisah sensasi membabitkan dirinya dengan kegiatan tidak bermoral itu dapat dihentikan.

Memetik kenyataannya dalam Berita Harian, “Saya mahu orang tahu saya ambil serius dalam semua hal. Jangan orang ingat gosip dan kontroversi melanda ini saya ambil endah tak endah.

Saya faham skop kerja wartawan dan beri kerjasama. Cuma jangan pantas melihat kerjasama ini sebagai ruang untuk memanipulasi atau seolah-olah saya melakukan perkara itu.

Saya sudah 28 tahun dan bukan lagi masa untuk bermain-main. Berlakon punca rezeki saya. Saya tak mahu benda tak elok dikaitkan tanpa bukti yang kukuh.”

Ujaran tersebut dinyatakan Shila ekoran soalan yang diajukan wartawan program berkenaan yang mengaitkan dirinya sebagai salah seorang dari 10 selebriti yang terlibat sebagai ‘escort girl’.

“Saya tak pernah terfikir untuk membawa hal ini sampai ke peringkat saman menyaman program TV itu. Saya adakan sidang media ini bersama wartawan pun sekadar menjelaskan perkara sebenar.

Benda ini boleh dibawa berunding dan saya mahu perbetulkan apa yang patut diperbetulkan. Saya tak mahu memanjangkan hal ini dan mahu selesai secara baik.

Isu ini berkaitan jenayah dan bukan soal gosip semata-mata apabila saya dikatakan turut disiasat polis kerana aktiviti ini.”

Bercakap mewakili pelakon tersebut, peguamnya berkata, pihaknya sedang membuat pertimbangan untuk menghantar surat amaran dan peringatan kepada program TV berkenaan.-Mynewshub.cc

Kenapa Saiful Apek Enggan Sertai Maharaja Lawak?

Dengan tawaran hadiah lumayan mencecah separuh juta dan meraih perhatian peminat, siapa yang ingin menolak apabila ditawarkan untuk menjadi peserta Maharaja Lawak Mega, kan?

Saiful Apek

Namun, ganjaran tersebut langsung tidak dipandang pelawak dan pelakon, Saiful Apek atau nama sebenarnya, Saifulazam Mohamed Yusoff, 46.

Menurut laporan portal MStar, figura yang popular bersama kumpulan Senario itu menolak untuk menyertai MLM kerana ingin menjaga kedudukannya sebagai senior dalam gelanggang lawak tanahair.

“Setiap tahun saya ditawarkan untuk menyertai Maharaja Lawak Mega, namun saya menolak kerana merasai ia sudah tidak penting buat saya.

Sebelum ini saya sudah beberapa kali menjadi juri pertandingan Raja Lawak dan kenapa pula saya mahu jadi peserta?

Lagi pula tiada apa lagi hendak dibuktikan di pentas tersebut kerana sebelum ini saya sudah memegang gelaran Artis Komedi Popular semalam enam tahun berturut-turut.”

Sementara itu, ujarnya lagi, program tersebut bukanlah kayu pengukur kualiti seseorang pelawak kerana ia pentas pertandingan yang hanya disiarkan untuk pelanggan stesen TV berbayar, Astro sahaja.

“Bagi saya untuk mengukur tahap kualiti seseorang pelawak bukan di pentas MLM sahaja kerana ia hanya di pentas Astro dan ia bukan di pentas Malaysia.

Orang yang melanggan Astro sahaja yang kenal pelawak tersebut, sebaliknya yang tiada stesen tersebut tidak mengenali mereka,” tuturnya lagi.

Selain itu, Saiful turut berkata, pelawak kini terlalu dimanjakan dengan wang ringgit berbanding ketika zaman dahulunya bersama Senario.

Lantas itu, situasi tersebut menyebabkan kedudukan pelawak-pelawak ‘junior’ tidak kekal lama di persada.

“Sekarang sangat berbeza. Semasa dengan Senario dulu… Kami habiskan masa berbulan-bulan untuk buat album hingga ada tujuh buah album dan konsert sendiri untuk dapat hidup selesa.

Sekarang buat show lima minit sahaja dah dapat RM500,000. Namun apa yang saya lihat jika cepat mereka meraih populariti, maka cepat juga akan dilupai.”

Dalam pada itu, ujar bapa kepada dua anak itu, dia kini tidak lagi mempunyai impian untuk dikejar dan memperlahankan tawaran yang diterimanya kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga.

“Alhamdulillah, hidup saya kini lebih terurus dan memang saya mengehadkan aktiviti saya di televisyen. Tetapi saya banyak buat kerja-kerja di luar seperti jemputan di sekolah-sekolah.

Mereka jemput saya supaya bagi ceramah tentang kehidupan dan kepentingan keluarga dari sudut pendidikan. Saya rasa puas melakukan itu walaupun tidak dibayar.” -Mynewshub.cc

Fazura Terima Andai Taufik Batisah Jodohnya

Ketika berlangsungnya program Maharaja Lawak Mega 2014, ramai peminat bukan sahaja teruja menyaksikan aksi komedi peserta yang bertanding tetapi juga mengikuti gosip antara dua orang juri tetap, Fazura dan Taufik Batisah.

Fazura - Taufik Batisah

Walaupun menafikan perkhabaran mereka telah melangsungkan pertunangan dalam diam-diam, namun Fazura berkata, dia selesa berkawan dengan penyanyi dari Singapura itu.

Terbaru, dalam satu temubual dengan sebuah program hiburan HLive, aktres Manisnya Cinta Di Cappadocia tersebut berkata, dia menerima seandainya Taufik merupakan jodohnya.

“Saya terima kalau jodoh saya. Taufik seorang yang smart, dan kelemahan saya ialah seorang yang smart, well-behaved, yang ada karisma,” tuturnya jujur.

Disogok soalan pada Taufik pula, bintang tersebut berkata, kali terakhir dirinya bertemu Fazura adalah pada tahun 2004 dan mengakui mereka telah lama berkawan baik.

“Bila kita jumpa balik, kita macam ambil gambar selfie-selfie gitu. Benda-benda yang sederhana. Mungkin orang suka nak kaitkanlah.”

Tak perlu rasanya nak mencipta gosip, anda sendiri boleh mentafsir situasi kedua-dua selebriti tersebut ketika ditemubual. Manis dan nampak secocok kan? Ya, orang cakap kalau jodoh pasti takkan ke mana! – MYNEWSHUB.CC

Cinta Fathia Latiff, Aiman Hakim Redza Kembali Bertaut

Baru-baru ini, ramai yang terkejut apabila mendapat tahu hubungan cinta antara pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Redza sudah terlerai.

Fathia Latiff, Aiman Hakim Redza

Apa tidaknya, mereka sudah menjalin kasih sejak dua tahun lalu dan ia bukanlah satu tempoh yang boleh dianggap singkat.

Tup-tup hari ini, Fathia menerusi Malaysian Digest memberitahu dia sudah kembali bercinta dengan Aiman!

“Saya sangat sayangkan dia (Aiman). Dalam hubungan ini biasalah, ada pasang surutnya dan kami ada bergaduh kerana sedikit salah faham.

“Tapi selepas kami berbincang dan menyelesaikan masalah itu semuanya kembali jernih. Kami sangat sayangkan hubungan ini.

“Dua tahun kami bercinta dan saya pula bukan seorang yang suka main-main dalam sebuah hubungan. Jadi, sekarang kami sudah okay,” katanya.

Menurutnya lagi, tekanan akibat kesibukan mungkin jadi punca timbulnya perselisihan faham antara mereka.

Pada masa sama, Fathia mengakui yang dia terharu dengan komen positif daripada para peminat yang mendoakan agar mereka kembali bersatu.

Baguslah kalau segala-galanya sudah pulih seperti sediakala.

Tapi bertambah-tambah bagus kalau hubungan itu segera dibawa ke jinjang pelamin, betul tak?

Sumber: Mynewshub.cc

Putus Dengan Lelaki Muslim, Zhang Ziyi Kahwin Penyanyi Rock?

BEIJING – Aktres dan model ternama dari China, Zhang Ziyi, 36 tahun; mengakui bakal berkahwin dengan kekasihnya, Wang Feng, setelah beliau dilamar dengan gimik menggunakan sebuah pesawat tanpa juruterbang atau drone pada Isnin.

Zhang Ziyi

Media tempatan pada Selasa melaporkan, peristiwa itu kebetulan berlaku ketika sambutan majlis hari lahir Zhang pada Isnin apabila Wang, seorang bintang rock terkenal di China, mengirim sebuah drone putih yang membawa sebentuk cincin berlian.

Wang, 43 tahun, yang menubuhkan kumpulan rock popular No.43 Baojia Street sejak belajar di sebuah kolej muzik di sini pada 1994; kemudian dilihat mengambil cincin itu dan berlutut untuk meminta kesediaan Zhang menerima lamaran dirinya.

Duda yang pernah berkahwin dua kali itu akhirnya gembira lega apabila Zhang sanggup berkata: “Ya”, sekali gus menyebabkan drama airmata spontan dan disambut tepuk tangan tetamu yang hadir menyaksikan peristiwa tersebut.

Sehari setelah lamaran, Zhang yang mula menjadi terkenal melalui filem kung fu Crouching Tiger, Hidden Dragon pada 2000 itu; memuat turun foto bunga api menerusi akaun laman sosial milik peribadinya dan menulis, “Saya bersedia.”

Zhang Ziyi [2]

Zhang pada 2012 pernah mencipta tajuk berita utama media China apabila menerima lamaran seorang lelaki Muslim tempatan dari suku etnik Hui, Sa Beining yang mengirim sejambak besar 9,999 kuntum bunga mawar kepada beliau.

Hubungan Zhang dengan pengacara stesen televisyen tempatan itu turut mendapat restu ahli-ahli keluarga dan mereka pernah berkucupan mesra pada majlis hari lahir ke-33 tahun aktres jelita tersebut selepas setahun menjalin hubungan serius.

Namun, ia tinggal kenangan secara misteri dan Zhang pernah dikritik kerana berpacaran dengan seorang pegawai tentera rejim Israel, Vivi Nevo, selain peranannya sebagai gadis pekerja seks Jepun dalam filem epik Memoirs of a Geisha pada 2005.

Aktres tersebut malah pernah dikritik kerana mungkir janji untuk menyumbangkan derma peribadi sebanyak 1 juta yuan (RM500,000) kepada Palang Merah China untuk tabung bantuan mangsa gempa bumi terburuk di Sichuan pada 2008. –Agensi

Gambar Raja Ema Seksi Berambut Blonde

Terlopong seketika kami tatkala melihat gambar pelakon senior, Raja Ema bergaya sakan dengan koleksi baju tidurnya!

Raja Ema Seksi

Dalam usia yang hampir mencecah 50-an, ternyata dia masih mampu bergaya penuh confident dan ‘mengancam’ setanding dengan artis-artis wanita muda sekarang.

Tengoklah rambutnya tu, blonde abis .. sekali pandang dah macam Eina Azman lak kan.

Oh ya, jangan salah sangka pula…

Raja Ema bukan saja-saja mengenakan baju tidur tersebut, sebaliknya ia untuk tujuan promosi perniagaan ‘Raja Ema Sleep Wear Collection 2015′.


Jadi, kalau ada wanita-wanita yang mahu tampil menggoda bak Raja Ema, mungkin koleksi ini sesuai untuk anda gayakan.

Apapun, jom layan gambar-gambar letopss pelakon ini.-Mynewshub.cc


Tomok Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Penyanyi terkenal Tomok, 31, dan isteri, Siti Rahayu Abas bakal dikurniakan cahaya mata lelaki kedua yang dijangka dilahirkan minggu hadapan.

Tomok

Pasangan yang berkahwin pada 1 Julai 2012 ini sudah pun dikurniakan seorang anak lelaki, Arrian Shah Akid yang kini berusia dua tahun.

“Tiada apa yang saya harapkan melainkan anak yang bakal dilahirkan dan isteri saya dalam keadaan sihat,” kata Tomok semasa ditemui pada majlis pelancaran runut bunyi bagi filem Isyarat Cinta di Restoran Rebung, di sini hari ini.

Mengulas tentang persiapan untuk bayi barunya, Tomok berkata, perasaannya saling tak tumpah seperti pertama kali menimang anak sulungnya dahulu.

“Oleh kerana anak kedua saya juga lelaki, jadi saya dan isteri akan berikan baju-baju lama Arrian kepadanya yang masih elok untuk dipakai.”

“Selain itu, sudah tentu kami ada membeli kelengkapan lain yang serba baru,” tambahnya lagi yang sudah menyediakan beberapa nama sesuai untuk diberikan kepada putera keduanya itu nanti.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail turut berkongsi cerita yang anak sulungnya itu kini seakan-akan mengerti dia bakal dikurniakan seorang adik apabila kini dia cepat merajuk serta sering membuat pe’el bagi menagih perhatian daripada kedua ibu bapanya.

Arrian juga boleh diibaratkan sebagai salah seorang anak selebriti yang paling popular di laman Instagram apabila setiap kali post mengenainya dikongsikan di media sosial, pasti tinggi sekali jumlah ‘like’ yang diterimanya.

Anak sulung Tomok itu juga dikagumi ramai peminat di luar sana yang mengatakan Arrian seorang kanak-kanak yang bijak apabila Tomok rajin berkongsi video pembelajaran anaknya itu.

“Saya takdelah ajar dia banyak sangat, isteri sayalah yang mengajar Arrian sebab dia tidak bekerja. Arrian pun banyak tengok program kanak-kanak.

“Benda-benda macam ini saya share secara tidak langsung bagi ibu bapa input mengenai anak-anak. Kita berkongsi, bagi saya takde masalah benda itu,” kata Tomok yang mengatakan dia tidak akan mewujudkan sebarang instagram khas untuk anak-anaknya seperti mana selebriti-selebriti lain sebelum ini.

Sumber: Mynewshub.cc

Gambar Abby Abadi Bersama Ustaz ‘Teman Tapi Mesra’nya..

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan beberapa artikel mengenai gosip Abby Abadi dengan seorang ustaz yang boleh tahan kacaknya.

Abby Abadi bercinta lagi

Bagaimanapun, pelakon itu menerusi akaun Instagramnya menafikan bahawa ustaz yang juga guru mengaji dia dan anak-anaknya merupakan kekasih barunya selepas bercerai dengan Farhan.

Gosip itu kemudiannya dilihat semakin senyap dan Abby juga mula mengurangkan gambar-gambar ustaz tersebut di akaun sosialnya.

Bagaimanapun, menerusi portal hiburan Murai.com, beberapa gambar mereka berdua telah dikongsikan untuk tatapan pembaca.

Abby Abadi bercinta lagi [2]
Abby Abadi bercinta lagi [3]
Abby Abadi bercinta lagi [4]

Kalau tengok dah betul-betul macam pasangan bercinta.

Kalau betul-betul bercinta, apa salahnya sebab masing-masing pun single, betul tak?

Apapun, kita tunggu saja khabar gembira daripada Abby suatu hari nanti!

Sumber: Mynewshub.cc

Kemunculan Amelina Hanya Tambah Virus Dalam Industri Hiburan?

Semua sedia maklum, penyanyi dangdut, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin kini muncul semula dalam industri seni suara tanahair setelah 15 tahun menyepikan diri.

Amelina

Adatlah, sesetengah pihak menyokong keterlibatan penyanyi tersebut untuk memeriahkan semula ‘gelanggang’ nyanyian terutama genre dangdut yang sememangnya sebati dengan diri Amelina.

Namun, ada juga segelintir yang tidak berpuas hati dengan ‘comeback’ Amelina kerana berpandangan, penyanyi tersebut sudah tidak relevan dengan arus semasa. Betul ke?

Dalam satu ruangan hiburan di sebuah akhbar tempatan, secara sinikalnya, penulis pojok tersebut terang-terangan mengkritik kemunculan semula Amelina, malahan menasihati Amelina untuk mengikuti jejak langkah rakan duetnya, Iwan.

Semua sedia maklum, Iwan telahpun berhijrah dari segi penampilan dan konsep yang dibawanya dalam lagu iaitu berkisarkan tentang ketuhanan.

“Baru-baru ini, tiba-tiba Amelina muncul kata nak menyanyi semula. Pasangan duetnya Iwan sudah berhijrah ke dunia baru. Seelok-eloknya Amelina mengikut jejak Iwan untuk tidak menambah virus dalam industri hiburan kita.”

Iwan

Bukan itu sahaja, penulis turut berkata, Amelina seharusnya tidak terlalu terbuai dengan tulisan wartawan yang memuji penampilan mahupun suaranya yang dikatakan masih relevan dengan industri masa kini.

“Amelina, awak jangan percaya sangat dengan mereka yang memuji seolah-olah 15 tahun tidak menjejaskan mutu suara awak. Bagi Siti, awak sebaik-baiknya tidak menyanyi lagi kalau sekadar kembali ke jalan yang sama.

Jangka waktu 15 tahun sudah berapa generasi penyanyi yang datang dan pergi. Ternyata Amelina telah terkeluar dari lingkaran.”

Tambahnya lagi, pujian yan dilontarkan buat penyanyi itu merupakan ayat-ayat klise sebahagian penulis hiburan.

“Takkan awak tak tahu yang mereka itu kerjanya memuji sahaja. Kalau ‘orang-orang’ menyanyi pun mereka puji sahaja.”

Selain itu, penulis turut menyindir bahawa alasan untuk tidak mahu mempersiakan bakat tidak sepatutnya digunapakai kerana ia karut!

“Mana ada orang hebat kerana bakat? Itu semua karut. Mereka hebat kerana ilmu dan pengalaman. Bakat hanya secebis ibarat percikan api di kepala mancis sahaja.”

Cukup berbisa pandangan yang diutarakan oleh penulis ruangan tidak bernama itu. Bagaimana pula dengan pandangan pembaca?

Sumber: Mynewshub.cc

Liyana Jasmay Tidak Guna Populariti Lariskan Jualan

Pelakon Liyana Jasmay tidak akan menggunakan popularitinya sebagai selebriti untuk melariskan jualan barangan menerusi label miliknya iaitu Mermaid Luxe.

Liyana Jasmay

Sebaliknya kata Liyana, 26, dia dan kakaknya, Edriana Jasmay bermula dari bawah dalam memulakan perniagaan melalui laman sosial Instagram dan menyertai bazar bagi memperkenalkan produk mereka.

“Benar status selebriti itu mampu menarik pelanggan tetapi saya mahu mendapat kepercayaan pelanggan dengan bermula dari bawah.

“Alhamdulillah banyak yang saya belajar apabila menjual barangan di Instagram dan bazar kerana dari situ kita dapat melakukan kajian pasaran serta memperbaiki produk ditawarkan agar memenuhi kehendak pelanggan,” katanya kepada mStar Online.

Liyana ditemui pada majlis pelancaran klip video lagu tema filem Isyarat Cinta iaitu Tak Harus Memiliki di Restoran Rebung di sini pada Isnin.

Selain Liyana, filem arahan Bade Azmi itu turut menampilkan Adi Putra dan Fizo Omar dan ia akan menemui penonton di pawagam pada 19 Mac depan.

Dalam pada itu, Liyana berkata, dia dan kakaknya memulakan perniagaan itu sejak Disember lalu dan setakat ini menjual beberapa jenis pakaian dan tudung.

Malah kata Liyana, mereka bercadang untuk membuka butik khas pada Ogos depan bagi memudahkan pelanggan mendapatkan barangan di bawah jenama Mermaid Luxe.

“Setakat ini kami ingin tengok sambutan pelanggan dan Alhamdulillah penerimaan cukup baik.

“Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar dan semakin stabil Ogos nanti baharulah kami buka butik,” ujarnya.

Sementara itu, Liyana berkata, dia teruja apabila melihat generasi muda yang kini rata-rata bersemangat dalam menjalankan perniagaan biarpun secara kecil-kecilan.

Kata Liyana, melihat senario itu dia dan kakaknya bertambah teruja untuk sama-sama memajukan perniagaan mereka dan sering menyertai pelbagai bazar bagi sama-sama memberi sokongan terhadap peniaga lain.

“Seronok melihat ramai anak muda tampil dengan pelbgai produk menarik untuk dijual kepada pelanggan dan ini adalah perkembangan yang cukup baik.

“Setiap kali saya menyertai mana-mana bazar sokongan dan kerjasama di antara peniaga cukup baik dan membuatkan suasana cukup meriah,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Liyana berkata, syarikat produksinya, Mermaids Studio bakal menerbitkan sebuah super telefilem untuk siaran Astro iaitu Angin Cinta selain sebuah filem berjudul Bella dan Jamie. - mStar Online

Tasha Shila Antara 10 Artis Jadi ‘Escort Girl’?

Ingat lagi tak, bulan lalu kami ada menyiarkan tentang pihak polis sedang menyiasat 10 gadis selebriti yang menjadi ‘Escort Girl’ dengan bayaran RM3,000 hingga RM10,000?

Tasha Shila

Peliknya, tup-tup nama pelakon jelita, Tasha Shilla menjadi sebutan dan dikaitkan antara 10 gadis Escort Girl tersebut.

Apa lagi, menerusi siaran Melodi semalam pelakon drama ‘Nasuha’ ini nyata terkejut apabila ditanyakan perihal isu ini.

Menerusi temu bual itu, Tasha memberitahu perkara ini telah mencemarkan namanya dan dia tidak teragak-agak untuk menggunakan khidmat peguam dalam hal ini.

Yela, siapa yang tak bengang kan bila mendapat tuduhan melulu sebegini.

Tasha Shila juga turut memohon agar semua pihak menghentikan menabur fitnah terhadap dirinya kerana boleh mendatangkan dosa kering sahaja kepada mereka.

Ermm… Kami sendiri tidak dapat memastikan kebenaran penglibatan Tasha Shila dalam kes ini, tetapi jika difikir-fikirkan, “tiada angin takkan pokok boleh bergoyang” kan?

Namun, Tasha menjawab dan menegaskan, “pokok pun boleh bergoyang kalau orang yang goyangkan”.

Haaa.. Dalam sungguh sindiran Tasha kepada pihak-pihak yang membuat fitnah kepadanya ini.

Apa pun, banyak-banyakkan bersabar la dik…. Kalau tak salah, buat apa nak takut.

90 Peratus Belanja Majlis Kahwin Yana Samsudin Ditaja

Tak sabar-sabar rasanya ingin melihat majlis pelakon terkenal, Yana Samsudin bersama pasangannya Fadzil Zahari yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Yana Samsudin

Siapa sangka, dalam diam-diam pasangan yang hangat bercinta ini rupa-rupanya sudah agak lama merancang perkahwinan mereka.

Baguslah dik… benda baik tak elok dilengah-lengahkan.

Bagi yang tidak tahu, pasangan ini memilih 13 Februari sebagai tarikh untuk disatukan sebagai suami isteri.

Dengar-dengarnya, majlis perkahwinan yang bakal berlangsung ini menerima tajaan daripada pelbagai pihak.

Wah.. Inilah dikatakan ‘pucuk dicita, ulam mendatang’ ye dak?

Menurut Yana, tajaan yang diterima pelbagai pihak telah menampung 90 peratus kos perbelanjaan kahwinnya kelak. Memang jimat! Itulah kelebihannya jadi orang popular ni..

Kini, persiapan majlisnya pun sudah lebih 60 peratus siap.

“Kad jemputan baru siap dan saya sedang menghantarnya. Soal penajaan, memang ramai yang sudi menaja. Daripada pelamin nikah, sanding, busana kahwin dan cenderahati untuk para tetamu semuanya ditaja. Cuma makanan sahaja saya bayar sendiri,” ujarnya.

Bertuah sungguh Yana dan Fadzil! Mungkin inilah rezeki mendirikan rumah tangga.

Kami doakan semua berjalan dengan lancar.

Shila Amzah Mohon Henti Sebar Foto Dan Video Tidak Berhijab

Penghijrahan dilakukan penyanyi terkenal Shila Amzah dengan mengenakan hijab sejak 2012 diterima baik oleh peminat hiburan.

Shila Amzah

Bagaimanapun selaku artis yang sudah lama memasuki bidang seni, terdapat banyak gambar lama Shila ketika masih belum berhijab yang telah didedahkan sebelum ini.

Justeru, penyanyi itu memohon kepada semua pihak agar berhenti daripada menyiarkan foto dan videonya lamanya ketika masih belum berhijrah.

Shila Amzah [2]
Shila Amzah [3]

Pelantun lagu Patah Seribu ini turut menyuarakan pendirian tersebut di Twitter setelah banyak pihak dilihatnya masih berkongsikan foto dan video lamanya di laman sosial.

Jika difikir-fikirkan memang ada logiknya permintaan Shila Amzah yang sudah membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Lagi-lagi kerjayanya dalam dunia seni sememangnya sudah berada di tahap yang amat membanggakan.

Diharapkan semua pihak menghormati pendirian rasional Shila Amzah ini.

Keluarga Kesal Penyebaran Gambar Jins Shamsuddin

Pihak keluarga Tan Sri Jins Shamsuddin kesal dengan penyebaran beberapa keping foto bintang filem 60-an itu yang kelihatan kurus dan didakwa berada dalam keadaan uzur sehingga menjadi perbualan hangat di laman sosial sejak Ahad lalu.

Jins Shamsuddin
Gambar terbaharu Jins yang tersebar di laman sosial.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang melawat bekas Senator itu di kediamannya pada pagi Isnin memberitahu, isteri Jins, Puan Sri Halijah Abdullah terkejut dengan dakwaan mengenai suaminya kerana lelaki itu berada dalam keadaan baik biarpun disahkan menghidap Alzheimer sejak 2011.

"Apa yang beliau beritahu saya dia kesal dengan penyebaran gambar oleh pihak tidak bertanggungjawab seolah-olah suaminya itu uzur dan tidak dijaga dengan baik.

"Lebih membimbangkannya adalah telahan yang tidak benar dibuat terhadap Jins tanpa bertanya sendiri kepadanya sebagai individu paling dekat dengannya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Dalam pada itu, Zed memberitahu, pada kunjungan tersebut, Jins berada dalam keadaan baik selain ceria menerima kehadiran mereka ke rumahnya.

"Biasalah pada usianya sekarang selera makannya mungkin tidak seperti dahulu sehingga menyebabkan berat badannya menyusut tetapi apa yang kami lihat dia sihat dan ceria sepanjang kami berada di rumahnya.

Pada kunjungan tersebut pihak Seniman dan Koperasi Penggiat Seni Berhad (Koseni) turut memberi sumbangan kepada Jins pada lawatan tersebut selain membaca doa agar kesihatan pelakon dan pengarah terkenal itu dalam keadaan baik.

"Adalah menjadi tanggungjawab Seniman juga apabila tersebar cerita sebegini kami perlu melihat sendiri untuk memastikan sama ada cerita yang tersebar adalah benar atau pun tidak," jelasnya.

Sementara itu, Zed berkata, penyebaran gambar tersebut jelas memperlihatkan kuasa dan bahaya media sosial sekiranya ia digunakan tanpa etika dan tanggunjawab sehingga mampu menimbulkan salah faham dan fitnah tanpa mendapatkan kesahihan terlebih dahulu.

"Inilah bahayanya media sosial kerana pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menyebarkan sesuatu tanpa mengetahui kesahihan demi untuk menaikkan rating dan meraih perhatian pengguna lain.

"Tanpa mengambil kira impaknya kepada keluarga dan masyarakat disekeliling yang jelas mampu menimbulkan salah faham," ujarnya.-mStar

Ezad Mengaku Salah Miliki Dadah

Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Ezad Lazim

Pengakuan Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim dibuat dihadapan Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahkamah Majistret Selayang di sini pada Khamis.

Pertuduhan pula dibacakan oleh pendakwa raya, Arunjothy dan Ezad tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun Nurul Izzah menetapkan 10 Februari ini bagi menjatuhkan hukuman bagi kesalahan tersebut.

Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 November tahun lalu dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum bersama aktres Zahida Rafik.-mStar

Dituduh Larikan Duit, Azad Jasmin Buat Laporan Polis

Pelakon komedi, Azad Jasmin telah membuat satu laporan polis petang semalam terhadap siri tuduhan fitnah oleh pemilik Rania Marketing terhadapnya dalam program gosip, Melodi dan Galaksi.

Azad Jasmin

Jelas Azad, dakwaan pasangan pemilik syarikat tersebut, Datuk Suhaimi Othman dan Datin Muniroh Shuhaimy bahawa dirinya melarikan sejumlah wang adalah tidak benar.

Memetik kenyataannya dalam Berita Harian, “Jika pihak mereka nak saman saya dan yang teraniaya dipersilakan. Kami di pihak yang benar. Kami ada bukti untuk bawa hal ini ke tengah.

Setakat ini kami ambil pendekatan tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan mereka selepas ini, mereka yang melatah dulu dan menimbulkan provokasi.

Kami boleh saman malu terhadap mereka. Usaha untuk menyelesaikan perkara berbangkit sebelum ini berakhir dengan kesudahan yang mengecewakan.”

Azad dan pasangannya yang juga pelakon, Eira Syazira sebelum ini dilaporkan menyertai satu perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran di bawah Rania Marketing namun mula mencurigai perniagaan tersebut setelah tiga bulan bersama.

“Saya teruja dengan apa yang ditawarkan syarikat ini kerana berhasrat mahu membantu bangsa Melayu yang lain… tetapi nampaknya semuanya hanya janji manis.

Saya rasa bertanggungjawab kerana hampir 1,000 orang di bawah saya pun tak dapat pulangan. Kali terakhir saya dapat cek bernilai RM800.

Bayangkan dengan jumlah itu saya perlu bahagi kepada mereka di bawah saya,” katanya lagi dalam satu temubual bersama akhbar berkenaan.

Mula menyertai perniagaan berkenaan sejak 7 Mei lalu, Azad bagaimanapun memaklumkan, dia sudah menarik diri sejak awal bulan lalu. -Mynewshub.cc

Yana Samsudin Dan Fadzil Zahari Nikah 13 Februari Ini

Tak sangka dalam diam, pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari sudah merancang perkahwinan rupanya…

Yana Samsudin Dan Fadzil Zahari

Tarikh 13 Februari ini menjadi pilihan pasangan itu untuk disatukan sebagai pasangan suami-isteri.

Menerusi Berita Harian, rupa-rupanya Fadzil pernah melamar Yana pada tahun 2010, namun ketika itu dia masih belum bersedia untuk bergelar isteri.

“Bagaimanapun apabila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama ‘angkat kaki’ kerana terlalu lama menunggu,” katanya.

Menurut Yana lagi, dia hanya mengetahui Fadzil menghantar rombongan meminang tiga hari kemudian menerusi gambar yang dihantar kakaknya di aplikasi WhatsApp.

“Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemu keluarga di Yong Peng.

“Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengan orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya.

“Jujurnya saya berada di persimpangan dilema, terima atau sebaliknya. Bapa menyarankan saya melakukan solat istikharah terlebih dahulu. Keluarga bagi saya tempoh bertenang. Saya buat solat istikarah tapi saya tidak nampak apa-apa. Namun gerak hati saya bagaikan terbuka menerima kehadiran Fadzil. Mungkin inilah petanda yang Tuhan tunjuk dalam menentukan pilihan hidup.

“Agak lama saya termenung, saya fikir kenapa saya harus menolak insan yang betul-betul menyayangi saya? Fadzil dan keluarganya melamar dengan cara adat. Lagipun saya kenal Fadzil ketika saya belum punya apa-apa dan belum popular. Beliau sentiasa berada di sisi ketika jatuh dan kebangkitan saya,” ujarnya lagi.

Haa…bukan senang tau nak dapat lelaki yang begitu setia menunggu cinta hatinya!

Apapun, tahniah kami ucapkan kepada kedua-dua pelakon ini dan pastinya peminat pun sudah tak sabar-sabar melihat mereka bersanding di atas pelamin. Memang sama cantik, sama padan…

Jue Aziz Sah Bernikah Senyap-senyap?

Sudah lama tidak mendengar khabar pelakon yang dulunya aktif berlakon iaitu Jue Aziz. Rupanya punca dirinya menyepi dek kerana telah berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels.

Jue Aziz Sah Bernikah

Woww! berita gempak kan? tidak semua tahu tentang berita ini walaupun sebelum ini di media sosial telah heboh dengan desas desus tentang pernikahannya secara rahsia.

Yelar kan, Jue Aziz merupakan pelakon yang banyak menyimpan rahsia lebih-lebih lagi banyak berahsia tentang kisah peribadi. Kini, Jue Aziz telah membuka rahsia yang dirinya telah bernikah dengan pemuzik Indonesia.

Ketika perkara ini dihidu, Jue sebenarnya telah dua bulan sah menjadi isteri kepada lelaki yang berasal dari Makassar, Sulawesi, Indonesia itu. Sumbernya tentulah Kosmo tau!

Tiada siapa yang tahu status Jue pada waktu itu kerana Jue AZziz telah senyap-senyap melangsungkan majlis pernikahan secara ringkas di kampung halaman suaminya.

Lebih menjadi tanda tanya apabila Jue Aziz bertindak merahsiakan perkara tersebut semakin menjadi bualan umum.

Ramai yang membuat spekulasi ditambah pula dengan kehadiran seorang bayi lelaki yang ada bersama-samanya pada waktu itu.

Apabila desas desus tersebut kurang enak didengar justeru Jue Aziz, 32 tahun tampil membuat pengakuan mengenai status dirinya yang sudah berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya itu pada 9 Mac tahun lalu. Wah! dah lama tu, patut la dah lama tak nampak. Opss!

Pelakon filem Hantu Bonceng, Jue Aziz kini meniti detik bahagia bersama keluarga walaupun hubungan terjalin daripada perkenalan singkat selama empat bulan kekal sehingga hari ini.

Sumber: gosipmalaysia.com