Adira Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Penyanyi jelita, Adira mengakui dirinya masih belum bersedia untuk bergelar sebagai seorang isteri kerana menganggap usianya masih muda mahu menumpukan perhatiannya terhadap kerjaya nyanyian.

Adira Belum Bersedia Untuk Berkahwin

"Buat masa ini, saya belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga kerana saya rasa masih muda lagi. Kalau boleh saya mahu berkahwin sebelum usia saya 30 tahun.

"Kalau dalam masa lima tahun yang akan datang ini, saya belum nampak akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Malah saya juga belum bercadang untuk mencuba bidang lain seperti lakonan kerana tumpuan saya lebih kepada bidang nyanyian terlebih dahulu.

"Saya tidak mahu terburu-buru dan hilang fokus kerana bakat utama saya adalah dalam bidang nyanyian," katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, penyanyi naik juara program realiti "Akademi Fantasia" musim kelapan turut memberitahu dia kini sibuk dengan persiapan untuk rakaman album terbarunya yang berjudul "Swan" yang dijangka akan diriliskan tidak lama lagi.

"Saya rasa sudah sampailah masanya saya merakamkan album baru kerana album terakhir saya diterbitkan pada 2011. Selepas tiga tahun tiada album baru, saya takut nanti semakin lama nama saya semakin dilupakan.

"Tetapi saya tetap bersyukur kerana sehingga kini saya masih mendapat tawaran menyanyi walaupun "Ilusi" adalah satu-satunya album yang saya ada. Sebab itu, dengan adanya album baru saya nanti, maka lebih banyaklah lagu yang saya ada kalau mengadakan persembahan nanti."

Sumber: Tupai.com.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon