Aiman Tino Berkhalwat?

Beberapa hari lepas netizen dikejutkan dengan kontroversi ‘panas’ di mana seorang penyanyi remaja ditangkap khalwat dalam satu operasi yang dijalankan pada bulan Ogos 2017 lepas.

Aiman Tino

Penyanyi tersebut telah ditangkap berdua-duaan bersama seorang gadis di dalam sebuah kereta di kawasan perumahan USJ Subang.

Lapor sebuah portal hiburan, remaja tersebut adalah antara salah seorang finalis yang tersenarai dalam Anugerah Juara Lagu 31.

Daripada bayangan diberikan, netizen menganggap kononnya individu berkenaan adalah pelantun lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino.

Bagaimanapun, Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri menafikan dakwaan tersebut dan mengakui terkejut dengan penyebaran berita palsu itu.

“Saya diberitahu mengenai cerita khalwat ini oleh peminat yang khuatir sama ada ia benar atau sebaliknya.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin ini,” katanya memetik BH Online.

Jelas Aiman, berasa agak pelik kerana ketika hari kejadian, dia berada di Ampang bersama beberapa rakannya untuk berbincang mengenai lagu.

“Saya sedang melepak bersama-sama kawan di Ampang untuk berbincang mengenai lagu, jadi bagaimana timbul cerita ditangkap khalwat pula?.

“Berita yang tersebar ini boleh mencalarkan imej saya kerana secara tidak langsung pasti ada yang mempercayainya,” ujar Aiman.

Namun dalam masa yang sama, Aiman dilihat tidak mudah melatah dengan kontroversi itu dan memberitahu bahawa keluarganya sudah dimaklumkan mengenainya.

“Saya memilih untuk tidak melatah dengan cerita yang timbul ini bagi mengelakkan ia menjatuhkan semangat saya.

“Apa yang pasti, keluarga tahu perkara itu tidak benar sama sekali.

"Saya sendiri pun masih lagi tinggal bersama mereka,” tambah Aiman.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru penyanyi ini memberitahu bakal melancarkan sebuah lagu duet genre pop bersama kakaknya, Fara Hazel.

Selain itu, penyanyi ini juga bakal melancarkan baju sekolah jenama sendiri pada hujung tahun ini. -m

Boneka 'Nikita Doll' Tahan Ramas

Pelakon seksi Indonesia Nikita Mirzani nampaknya bakal menempa kontroversi terbaru melalui anak patung menyerupai dirinya yang bakal menemui pasaran tidak lama lagi.

Nikita Doll

Malah dia memberi jaminan, patung yang diberi nama 'Nikita Doll' itu tahan ramas kerana diperbuat daripada bahan seperti jeli.

Menurut laman hiburan Wow Keren, Patung itu dijangka akan mula dijual dengan harga RM480 (1.5 juta rupiah).

Selain itu, pelakon filem Lihat Boleh, Pegang Jangan itu juga merancang untuk mengeluarkan produk pembersih wanita.

Tidak kisah dengan kontroversi yang bakal diundangnya, Nikita berkata dia hanya mahu membantu golongan wanita dalam soal penampilan dan penjagaan.

“Bergantunglah apa yang bermain di fikiran mereka sama ada pro atau kontra. Yang jelas, ada wanita lupa untuk membersihkan diri dengan cara yang sepatutnya,” katanya.

Antara kontroversi paling besar yang pernah melanda dirinya adalah apabila didakwa terbabit dalam sindiket pelacuran yang turut melibatkan beberapa selebriti lain. -mk

Eyka Farhana Terkejut Video Lucah Tersebar

Eyka Farhana, pelakon filem Juvana 2, berang apabila namanya dikaitkan dengan sebuah penyebaran video lucah yang viral di laman sosial sejak Julai 2017 lepas.

Eyka Farhana

Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi mengakui amat terkejut akan kejadian tersebut.

Pelakon ini mula menyedari perkara berkenaan selepas ditanya oleh beberapa orang rakan yang ingin mendapatkan kesahihan mengenai video tersebut.

“Itu bukan saya…Saya belum gila nak buat video macam itu! Saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba ramai kawan yang tanya mengenainya.

“Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain.

“Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya,” ujarnya memetik mStar Online.

Eyka Farhana

Jelas eyka lagi, perkara tersebut amat mengaibkan kerana perkara itu timbul ketika anggota keluarga masih dalam keadaan sedih dengan berita pemergian kakaknya pada 23 Ogos lepas.

“Saya masih waras daripada terfikir buat perkara tidak ada maruah seperti itu.

“Lebih menyedihkan ia ditimbulkan ketika saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak,” katanya.

Dalam pada itu, Eyka memberitahu dia memandang berat isu ini kerana melibatkan maruah dan tidak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat.

Sementara itu, pelakon ini juga berharap agar individu berkenaan segera membuang atau mengeluarkan namanya daripada rakaman tersebut. -m

Nur Ameera Tak Kisah Dikeji Pakaian Mencolok Mata

Adik Neelofa, Nur Ameera Khan, seperti tidak kisah menjadi sasaran kecaman gara-gara memuat naik gambar dia berpakaian seksi ketika bercuti di Itali.

Nur Ameera Khan

Berbanding reaksi terdahulu, Ameera lebih senang mengambil langkah menutup ruang komen pada akaun Instagram miliknya selepas dia membuka hijab pada tahun lalu.

Kali ini gambar demi gambar dimuat naik Ameera, antaranya menampakkan bahagian belakang badan, perut, kaki dan bahu tanpa.

Gambar itu dimuat naik seolah-olah tidak mengambil kira tohmahan dan kecaman dilontarkan netizen.

"Melayu fikiran sempit takpe tapi jangan jadi Melayu yang pakai baju londeh.

"Tahulah awak tu anak mix (darah campuran) tak perlu nak cakap Melayu berfikiran sempit," tulis pengguna akaun @zhrhrhrmn_.

Nur Ameera Khan

Pun begitu, terdapat beberapa komen daripada pengguna lain yang tidak bersetuju dengan cara memberi teguran yang kasar dan berharap Ameera diberi petunjuk dan hidayah.

"Ya Allah berikanlah hidayah pada hambamu ini," tulis pengguna akaun hauraalmaqsura.

Turut bersama-sama Ameera bercuti ke bumi Eropah adalah kakaknya Noor Nabila dan Neelofa.

Dalam pada itu, Neelofa turut tidak terlepas daripada menjadi bahan kritikan netizen.

Imej wanita Muslimah Neelofa dipertikaikan apabila dia memakai fesyen seluar koyak di bahagian lutut.

Bagaimanapun, kakak Neelofa, Nabila, tampil mempertahankan pakaian menjadi pilihan adiknya itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Nur Ameera Khan

Dengan kata-kata berbaur sindiran, Nabila berkata Neelofa terlupa hendak memaklumkan kepada umum bahawa dia menyarungkan pakaian dalam menyerupai warna kulit.

"Pengumuman kepada cik kiah cik kiah kepoci: Lofa pakai inner (pakaian dalam) tau, dia pakai legging warna kulit. Lofa cakap maaf sebab lupa nak DM uols dulu sebelum pakai," katanya. -mk