Mia Ahmad Nekad Pertahan Rumah Tangga, Enggan Bermadu

Pelakon Mia Ahmad tidak rela untuk hidup bermadu biarpun tiada larangan daripada sudut agama untuk membenarkan seorang suami berkahwin lebih daripada satu.

Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, 31, berkata, dia menghormati keputusan para isteri yang sudi berkongsi kasih suami dengan memilih untuk hidup bermadu, namun tidak semua wanita bersedia berdepan kehidupan sedemikian.

Menurut Mia, sebagai seorang isteri dan ibu, dia akan terus berjuang mempertahankan rumah tangganya, biarpun sedar kesemua yang ada di dunia ini pinjaman semata-mata.

"Saya takkan rela berkongsi kasih dengan wanita lain. Tapi, saya sangat hormat pada wanita yang dapat melakukannya (hidup bermadu).

"Saya sedar dunia ini tidak akan kekal, tetapi saya mahu mempertahankannya hingga akhir nyawa," katanya ketika ditemui di pelancaran drama Nur2.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kemelut rumah tangganya bersama suami yang juga penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Penghujung tahun 2018 lalu, tular dakwaan Mohd. Izham bermain kayu tiga dengan wanita lain ketika Mia dalam proses berpantang melahirkan anak sulung mereka Sayf Issa yang kini berusia enam bulan.

Memilih untuk memaafkan Mohd. Izham, Mia memaafkan kekhilafan suaminya itu dan membina kehidupan yang baharu.

"Kehadiran Sayf menguatkan lagi rumah tangga kami. Pada masa kini, kami masih pada fasa mengenali antara satu sama lain," jelasnya. -kosmo

Share this

Related Posts

Latest
Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon