Mia Ahmad Nafi Bercinta Dengan Syarul Ridzwan

Keserasian pasangan hero dan heroin drama Hati Perempuan telah membuatkan peminat mendambakan pasangan ini turut bercinta di alam realiti.

Mia Ahmad

Namun pelakon wanita utamanya, Mia Ahmad menafikan khabar angin bahawa dia kini sedang bercinta dengan Syarul Ridzwan seperti diheboh-hebohkan peminat mereka.

“Mereka yang pantas mengatakan kami bercinta itu tak tahu apa-apa pun sebenarnya. Mereka hanya cakap berdasarkan apa yang dilihat termasuklah melalui gambar yang dimuat naik kami di laman Instagram selain komitmen yang ditunjukkan di dalam lakonan di kaca TV.

“Saya tak pasti dari mana cerita ini datang kerana ia kali pertama didengari saya. Yang pasti kerjaya seni saya baharu sahaja bermula dan tak semudah itu saya akan mempersiakannya,” kata Mia, memetiklaporan sebuah akhbar harian.

Rasanya mungkin disebabkan chemistry yang kuat di antara mereka menyebabkan peminat cukup teruja sekiranya benar pasangan ini memang betul-betul bercinta di luar set.

Kiranya lakonan dorang dalam drama tu memang menjadilah sampai peminat pun nak kenen-kenen kan tu.. tak gitu? -Mynewshub.cc

Michelle Yeoh Bantu Mangsa Gempa Di Nepal

Pelakon Hollywood kelahiran Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh mengumumkan beliau akan menderma sebanyak 100,000 Euro (RM408,000) sebagai bantuan dan pemulihan kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang melanda Nepal, baru-baru ini.

Tan Sri Michelle Yeoh

Yeoh telah menyalurkan derma melalui Tabung Tindakan Kecemasan Nepal, Persatuan Sukan Automobil Nepal (Nasa) bagi tujuan bantuan dan pemulihan mangsa gempa bumi.

Yeoh dan pasangannya, Jean Todt juga bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon selepas gempa bumi itu dan meminta sokongan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di sana.

Pada 25 April lalu Nepal dilanda gempa bumi besar berukuran 7.9 skala Richter dan disertai gegaran kedua pada 12 Mei lalu.

Setakat ini dilaporkan seramai lebih 8,500 orang terbunuh, lebih 15,000 orang cedera dan kerosakan bernilai berbilion-bilion dolar telah musnah akibat gempa bumi berkenaan. -Mynewshub.cc

Bekas Suami Abby Terkilan Dituduh Kikis Wang Isteri

Baharu saja mendirikan perkahwinan buat kali kedua, nama bekas suami Abby Abadi, Mohammad Nor Farhan Che Bakar sekali lagi dihimpit cerita kurang enak apabila dia didakwa mengikis wang isterinya, seorang ibu tunggal beranak dua.

Mohammad Nor Farhan Che Bakar

Terkilan dengan tuduhan tersebut, Farhan mengatakan dakwaan itu sama sekali tidak berasas kerana isterinya, Noriah Mat Isa bukan datang dari golongan berada sebaliknya hanya seorang wanita biasa.

Memetik sebuah portal berita, Farhan berkata, “Saya tidak tahu kenapa ada orang cakap begitu dan terkilan juga apabila mendengarnya kerana saya bukan seorang kaki kikis dan mata duitan seperti diperkatakan.

“Jika benar saya seorang mata duitan buat apa saya berkahwin dengan Noriah, lebih baik saya cari wanita kaya untuk dijadikan isteri,” katanya.

Menurutnya perkahwinannya kali ini adalah berlandaskan cinta dan sudah tersurat jodoh di antara mereka.

“Ini dinamakan ketentuan dan jodoh kami. Sebagai manusia biasa saya menerima kehadiran Noriah dengan hati terbuka meskipun statusnya seorang ibu tunggal dan bukan kerana hartanya,” katanya.

Terdahulu, Farhan berkahwin dengan Abby di Selatan Thailand pada 9 Julai 2013 sebelum disahkan bercerai pada 9 Mei 2014 dengan talak satu hanya selepas 11 bulan bersama.

Sumber: Mynewshub.cc