Michelle Yeoh Bantu Mangsa Gempa Di Nepal

Pelakon Hollywood kelahiran Ipoh, Tan Sri Michelle Yeoh mengumumkan beliau akan menderma sebanyak 100,000 Euro (RM408,000) sebagai bantuan dan pemulihan kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang melanda Nepal, baru-baru ini.

Tan Sri Michelle Yeoh

Yeoh telah menyalurkan derma melalui Tabung Tindakan Kecemasan Nepal, Persatuan Sukan Automobil Nepal (Nasa) bagi tujuan bantuan dan pemulihan mangsa gempa bumi.

Yeoh dan pasangannya, Jean Todt juga bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon selepas gempa bumi itu dan meminta sokongan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di sana.

Pada 25 April lalu Nepal dilanda gempa bumi besar berukuran 7.9 skala Richter dan disertai gegaran kedua pada 12 Mei lalu.

Setakat ini dilaporkan seramai lebih 8,500 orang terbunuh, lebih 15,000 orang cedera dan kerosakan bernilai berbilion-bilion dolar telah musnah akibat gempa bumi berkenaan. -Mynewshub.cc

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon