'Biar Saya Sahaja Yang Tahu' - Aliff Syukri

Semalam, kecoh kononya rumah tangga jutawan kesihatan dan kecantikan D'Herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman goyah.

Aliff Syukri dan Nur Shahida

Berkongsi dengan Sinar Online hari ini Aliff atau lebih dikenali sebagai 'Abang Terlajak ‎Laris' berkata, buat masa ini beliau belum bersedia untuk berkongsi mengenai perihal itu dengan orang ramai.

"Saya keliru, biarlah saya sahaja yang tahu," katanya ringkas.

Terdahulu, kecoh di portal-portal media hiburan mengenai isu ini.

Dalam pada itu, pengikut akaun instagram Alif mula beranggapan rumah tangga beliau kini sedang mengalami masalah ekoran sebuah gambar yang dimuat naik olehnya menimbul persoalan tersebut. -SH