Imej Nora Danish Terkini Sebijik Gaya Remaja Sekolah

Tingkah laku dan gaya selebriti yang dikenali sebagai ‘hot mama’ ini sentiasa mencuri perhatian peminat-peminat hiburan.

Nora-Danish

Tidak hairanlah mengapa dia tersenarai sebagai antara artis yang paling ramai pengikutnya di media sosial, Instagram.

Terbaru, Nora Danish sekali lagi menjadi perhatian apabila dia mengambil keputusan mengubah imej rambutnya persis gaya remaja sekolah.

Wajahnya yang kelihatan seperti ‘forever young’ itu ditambah pula dengan gaya rambut terbarunya menambahkan lagi kecomelan penampilan dirinya.

Secara kebetulan, imej tersebut sebenarnya pernah dibawa oleh Nora ketika berlakon dalam drama popular komedi PUTERI arahan Aziz M. Osman.

Rata-rata peminatnya turut meluahkan kerinduan lakonannya menerusi drama yang telah mengangkat namanya dalam dunia hiburan.

Gambar terbaru yang dimuat naik dalam instagram Nora memeluk anak lelakinya juga tampak seperti kakak sedang bergurau senda bersama adiknya pulak.

Untungnya Nora… patutlah ramai menyifatkan Nora sebagai Barbie Malaysia gara-gara wajah comelnya yang sentiasa tampak muda.

Sumber: Mynewshub.cc

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon