Siti Elizad Lebih Selesa Bersama ‘Anak Ikan’

PELAKON Siti Elizad berkongsi soalan secara rawak daripada pengikut di laman sosialnya yang ingin tahu bila dia mahu berkahwin sedangkan dia sudah mempunyai suami.

Elizad, 34, dengan berseloroh menjawab soalan tersebut mengatakan dia seronok menjalani kehidupan bujang.

Kata Elizad, dia boleh meluangkan masa setiap hari dengan 'anak ikan' berusia 46 tahun iaitu suaminya, Shamsul Baharin Rahman.

"Aaa... Ni soalan paling win dalam banyak-banyak soalan. BILA NAK KAHWIN YAAA?

Elizad menjawab soalan secara rawak daripada pengikutnya di laman sosial.

"Entahlah dik, kita seronok kehidupan macam ni. Boleh keluar dengan anak heykan (ikan) hari-hari.

"Anak ikan I pula sejenis umur 46 (kau ada?)," tulis Elizad menerusi laman Instagram miliknya.

Tambah Elizad, dia juga akan menjemput individu tersebut ke majlis perkahwinannya yang akan diumumkan nanti.

"I selesa macam ni kot. Insya-Allah nanti sampai masa I akan umumkan bila tarikh perkahwinan I ya dik.

"Jangan tak datang pula. I bagi you meja paling depan sekali. I bagi you merenjis 100 kali.

Elizad dan suami berkahwin pada 2015.
"Sampai bila? Sampai abang Jamil mampus. Sekian dik! Kau memang win !" katanya.

Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut terhibur dengan jawapan yang diberikan pelakon itu.

Elizad sememangnya jarang memuat naik foto bersama suaminya di laman sosial dan kurang berkongsi kisah peribadinya kepada umum.

Untuk makluman, pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini sudah berkahwin dengan duda dua anak itu pada 2015. -mstar

Kisah Hidup Berliku Siti Nordiana

PENYANYI Siti Nordiana melalui kehidupan berliku untuk menampung kehidupan dia dan anaknya sebelum mendapat peluang kedua sebagai penyanyi.

Siti Nordiana, 34, atau lebih mesra dipanggil Nana berkata, dia pernah berasa putus asa dengan kerjaya dan berniaga di pasar-pasar malam.

“Saya pernah rasa putus asa dengan kerjaya kerana buat apa sahaja tak menjadi sampai saya pernah pakai seksi untuk pelancaran lagu pun tak menjadi.

“Masa tu saya rasa memang sudah tiada ruang lagi buat saya salam industri. Saya berniaga pasar malam dan di bawah-bawah flat untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya.

Penyanyi lagu Terus Mencintai ini ditemui pada majlis sidang media konsert Sayangi Malaysiaku yang diadakan di Kementerian Belia Dan Sukan, Putrajaya.

Pelakon Dia Semanis Honey ini berkongsi kisah kehidupannya menerusi buku berjudul Life Goes On.

Katanya, dia mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan.

Dalam pada itu, Siti Nordiana berkata, dia juga berkongsi foto-foto peribadinya yang tidak pernah dimuat naik di laman sosial.

“Banyak foto lama masa saya susah dulu ketika menyanyi di funfair dan bersama arwah suami (Mohd. Faizal Yusp) ada dalam buku itu.

“Saya harap apa yang saya ceritakan dapat memberi inspirasi kepada wanita yang senasib dengan saya.

"Apa yang mereka perlu lakukan apabila berasa putus asa dengan kehidupan,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Nordiana berkata, dia mendapat reaksi positif daripada pembaca yang sudah membaca buku berkenaan.

Malah, katanya, ramai yang memberi mesej peribadi berkongsi kisah yang sama.

“Ada yang sudah beli dan mesej saya berkongsi kisah mereka pula.

"Ada yang minta pandangan dan mendapat manfaat daripada kisah saya itu,” ujarnya.

Buku Life Goes On terbitan Must Read itu akan dilancarkan di MPH pada Sabtu ini. -mstar