PELAKON Siti Elizad berkongsi soalan secara rawak daripada pengikut di laman sosialnya yang ingin tahu bila dia mahu berkahwin sedangkan dia sudah mempunyai suami.
Elizad, 34, dengan berseloroh menjawab soalan tersebut mengatakan dia seronok menjalani kehidupan bujang.
Kata Elizad, dia boleh meluangkan masa setiap hari dengan 'anak ikan' berusia 46 tahun iaitu suaminya, Shamsul Baharin Rahman.
"Aaa... Ni soalan paling win dalam banyak-banyak soalan. BILA NAK KAHWIN YAAA?
Elizad menjawab soalan secara rawak daripada pengikutnya di laman sosial.
"Entahlah dik, kita seronok kehidupan macam ni. Boleh keluar dengan anak heykan (ikan) hari-hari.
"Anak ikan I pula sejenis umur 46 (kau ada?)," tulis Elizad menerusi laman Instagram miliknya.
Tambah Elizad, dia juga akan menjemput individu tersebut ke majlis perkahwinannya yang akan diumumkan nanti.
"I selesa macam ni kot. Insya-Allah nanti sampai masa I akan umumkan bila tarikh perkahwinan I ya dik.
"Jangan tak datang pula. I bagi you meja paling depan sekali. I bagi you merenjis 100 kali.
Elizad dan suami berkahwin pada 2015.
"Sampai bila? Sampai abang Jamil mampus. Sekian dik! Kau memang win !" katanya.
Rata-rata pengikutnya di laman sosial turut terhibur dengan jawapan yang diberikan pelakon itu.
Elizad sememangnya jarang memuat naik foto bersama suaminya di laman sosial dan kurang berkongsi kisah peribadinya kepada umum.
Untuk makluman, pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini sudah berkahwin dengan duda dua anak itu pada 2015. -mstar
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon