Penyanyi Pop Bunuh Gadis Dengan Bawang Putih Di Vietnam

Seorang penyanyi pop di Vietnam, Nguyen Viet Cuong atau lebih dikenali dengan nama Chau Viet Cuong ditahan selepas bunuh seorang gadis berusia 20 tahun dengan menyumbat bawang putih ke dalam tekaknya.

Penyanyi Pop Bunuh Gadis Dengan Bawang Putih Di Vietnam

Nyuyen, 40, ditangkap di Hanoi selepas pihak polis tempatan menemui mayat gadis itu selepas dia dikatakan membunuh gadis itu kerana percaya gadis berkenaan konon telah dirasuk syaitan.

Polis kemudian menemui kira-kira 30 biji bawang putih dalam tekak mangsa.

Dalam kejadian itu, Nyuyen bersama mangsa, Huyen, telah memasuki sebuah flat di pusat bandar Hanoi bersama dua yang lain, pada awal pagi.

Beberapa jam selepas itu, Nguyen dan mangsa percaya dia telah dirasuk lalu menyumbat bawang putih ke dalam mulut mangsa.

Kejadian itu berlaku selepas mereka mengambil dadah yang menyebabkan halusinasi. -M

Harta Dan Darjat Bukan Sebab Elvina Terima Haniff Sebagai Bakal Suami

Keputusan pelakon Elvina Mohamad untuk mengahwini usahawan muda bergelar Datuk adalah kerana tertarik dengan karakter lelaki itu.

Harta Dan Darjat Bukan Sebab Elvina Terima Haniff Sebagai Bakal Suami

Menurut Elvina, 23, dia memilih Datuk Haniff Borhan sebagai bakal suami bukanlah kerana harta dan darjat, sebaliknya cara lelaki berusia 32 tahun itu menyantuni dirinya sebagai seorang wanita.

"Haniff seorang lelaki yang sangat memahami karier saya, dia orang yang simple dan kami ada keserasian dalam banyak perkara.

"Kalau orang kata saya terima dia kerana pangkat dan harta, itu adalah tidak benar kerana saya kenal dia dua tahun lalu sebelum dia bergelar Datuk lagi," katanya.

Elvina ditemui semasa pengumuman perkahwinannya di Alexis, The Gardens, Kuala Lumpur.

Menceritakan detik awal perkenalan, pelakon drama Bila Tuhan Berbisik ini memberitahu dia sudah mengenali Haniff sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun perasaan cinta itu masih belum berputik sehinggalah mereka bertemu semula tahun lalu dan lelaki tersebut menyatakan hasrat untuk melamarnya.

"Kami dah berkawan pada tahun 2016, tahun lepas baru serius bercinta dan masa sambutan hari jadi saya Januari lalu, dia nyatakan hasrat untuk jadikan isteri.

"Bagi saya faktor jarak usia bukanlah halangan dan tak salah untuk bergelar isteri di usia muda.

"Lagi pula benda baik tak perlu dilambat-lambatkan. Mungkin ini dinamakan jodoh dan kami memilih Mac untuk berkahwin," katanya.

Sementara itu, Haniff pula berkata, dia tidak kisah mengenai tanggapan negatif netizen terhadap bakal isterinya itu.

Harta Dan Darjat Bukan Sebab Elvina Terima Haniff Sebagai Bakal Suami

Sebaliknya, dia lebih mengenali Elvina dan berasakan isu pangkat serta darjat bukan punca utama pelakon itu memilihnya.

"Saya baru sahaja dapat gelaran ini dan dah kenal dia sebelum itu lagi. Jadi tak ada isu tentang harta atau pangkat kerana saya pun sama seperti manusia lain.

"Elvina seorang wanita yang ada perasaan tanggungjawab dan sangat mengambil berat tentang saya. Sampaikan hal kerja saya pun dia akan sama-sama bantu dan ambil tahu.

"Soal kerjaya seninya, saya tak halang. Dia boleh terus berlakon dan saya tak ada masalah tentang hal itu," kata usahawan berkaitan sukan ini.

Pasangan ini bakal melangsungkan pernikahan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 18 Mac ini.

Majlis resepsi pula akan diadakan di lokasi sama pada 24 Mac 2018. -mstar

Linda Rafar Ambil Masa 4 Tahun Reda Kematian Anak

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar mengambil masa selama empat tahun untuk mengumpul kekuatan bagi menghasilkan lagu berjudul Satu Lagi untuk Allahyarham anaknya iaitu Memen atau Rezaimin Keifli yang meninggal dunia pada 5 Julai 2014.

Linda Rafar Ambil Masa 4 Tahun Reda Kematian Anak

Linda atau Azlinda Rafar, 40, berkata, idea menghasilkan lagu itu sudah lama namun ia ditangguhkan kerana masih belum boleh menerima kematian anaknya itu akibat ketumbuhan kronik dalam perut.

"Saya mahu buat sesuatu sebagai mengingati anak saya dan sebab itu saya mahu menghasilkan sebuah lagu untuknya.

"Bagaimanapun saya langsung tiada kekuatan kerana masih belum boleh menerima hakikat sepenuhnya bahawa dia sudah tiada.

"Selepas empat tahun barulah saya tergerak hati untuk merialisasikan impian itu dan Alhamdulillah akhirnya terhasilnya Satu Lagi," katanya.

Lagu tersebut adalah ciptaan Edry Abdul Halim dan hasil kerjasama di antara syarikat milik Linda, Double Channel Sdn Bhd dengan KRU Music.

Dalam pada itu, Linda berkata, idea menghasilkan Satu Lagi bukan sahaja untuk memperingati Memen sebaliknya dia mahu lagu itu dapat didengari oleh sesiapa yang mengalami nasib sama sepertinya.

Kata Linda, mesej dalam lirik lagu tersebut adalah bersifat universal malah memilih untuk tampil dengan muzik 'catchy' agar boleh didengar semua golongan.

"Hasil perbincangan dengan Edry, kami sepakat untuk menjadikan lagu ini bersifat universal dan mesej yang boleh dirasai oleh sesiapa sahaja yang pernah mengalami kehilangan orang tersayang.

"Ia bukan sahaja mengenai kisah saya tetapi mesej di dalamnya boleh digunakan oleh semua yang mendengar," ujarnya.

Sementara itu, Linda berkata, dia juga bakal melancarkan novel keduanya berjudul Menunggumu Di Pintu Syurga 2 selepas buku pertama tulisannya pada tahun lalu mendapat sambutan luar biasa dan terjual lebih 150,000 unit.

Tambah Linda, dia juga bercadang untuk mendermakan sebahagian hasil penjualan novel itu nanti bagi membantu golongan memerlukan terutamanya kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik.

"Saya tampil dengan novel kedua ini selepas ramai bertanya kepada saya jika ada kesinambungan daripada novel terdahulu.

"Novel kedua ini sudah pun siap dan sedang dalam proses mencetak dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Kali ini saya berkongsi tentang kehidupan arwah selain pengalaman saya mendapat tanda-tanda pemergiannya selain beberapa perkara lain yang tidak pernah saya ceritakan sebelum ini," ujarnya.

Untuk rekod, Memen ialah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman. -mstar

Intan Liana Dapat Tawaran Model Muslimah

Hikmah di sebalik rasa simpati orang ramai terhadap masalah rumah tangga antara pemuzik bebas, Ude Wahid dan isteri pertamanya, Intan Liana telah membuka peluang pekerjaan kepada wanita itu.

Intan Liana Dapat Tawaran Model Muslimah

Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh, 33, berkata dia ada menerima beberapa tawaran menjadi model muslimah sejak berita perceraiannya hangat diperkatakan.

"Alhamdulillah, rezeki saya menerima beberapa tawaran menjadi model muslimah selepas apa yang berlaku.

"Saya tak sangka berita itu mendapat liputan yang luas. Apa-apa pun, saya nak mengucapkan terima kasih pada pihak yang sudi menawarkan saya kerja," kata Intan.

Intan ketika dihubungi memberitahu buat masa sekarang dia hanya menerima satu tawaran model tudung sahaja terlebih dahulu.

Memandangkan Intan tidak tahu selok belok bidang peragaan, dia meminta pertolongan kakak sulungnya untuk menguruskan perkara tersebut.

"Buat masa ini, saya hanya terima satu tawaran terlebih dahulu iaitu model untuk tudung. Selebihnya masih dalam perbincangan.

"Saya minta tolong kakak untuk uruskan perkara itu sebab ini kali pertama saya dapat tawaran tersebut. Saya tak tahu sangat mengenai bidang peragaan," ujarnya.

Menurut Intan lagi, jika ada rezeki dia akan meneruskan karier sebagai model muslimah namun selepas selesai urusan perceraiannya.

"Insya-Allah kalau ada rezeki saya akan teruskan karier itu. Tapi tengok pada keadaan dan apa-apa pun biar urusan perceraian itu selesai dahulu.

"Selepas semuanya selesai, barulah saya boleh fikir tentang pekerjaan tetap atau secara bebas," kata Intan yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan.

Dalam pada itu, Intan bakal mengeluarkan produk gincu jenamanya iaitu Lawabybonda pada bulan Mac 2018 ini.

Kata Intan, produk tersebut masih dalam proses dan hanya akan dijual menerusi dalam talian sahaja. "Saya akan keluarkan produk gincu jenama saya sendiri. Insya-Allah akan siap pada bulan ini juga.

"Produk itu masih dalam proses nak siap dan hanya akan dijual menerusi talian sahaja. Nanti akan dimaklumkan menerusi Instagram saya," katanya.

Kehidupan Intan dan Ude menjadi sensasi apabila suaminya itu berhajat menceraikan dia pada 22 Mac 2018 depan.

Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak, Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Manakala Ude dan pelakon Izreen Azminda telah berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun 2017 lalu. -mstar

Intan Liyana Luah Rasa Hati

Selepas mahkamah menangguhkan proses lafaz cerainya dengan suami, seorang pemuzik bebas, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude, pada 22 Mac depan, madu pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Liyana Saleh berkongsi rasa hati di Insta Story miliknya.

Intan Liyana Luah Rasa Hati

Menerusi perkongsian itu, Intan menulis tarikh perkahwinanya dengan suami yang berlangsung pada 1 Mac 2013 dan diakhirkan dengan tarikh 1 Mac 2018, iaitu tarikh menyaksikan mereka berdua hadir ke mahkamah untuk proses lafaz cerai.

Intan juga turut memuat naik gambarnya ketika hari bahagianya bergelar isteri beserta kata-kata yang sangat menyentuh hati, selain kapsyen #happy5anniversary.

“Aku pernah sayang orang sepenuh hati, sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia. Sedih itu datang dari hati bukan dari muka. Luar orang nampak happy, tapi dalam hanya Tuhan saja yang tahu.

“Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta, semoga Allah satukan kita dengan orang yang mencintai kita,” tulisnya.

Intan Liyana Luah Rasa Hati

Sebelum itu, Intan menerusi kenyataan kepada sebuah akhbar mengakui dia bukanlah wanita terbaik untuk suaminya yang kini telah bertemu wanita lebih baik dari dirinya.

“Saya bukan wanita terbaik untuk Ude dan dia sudah jumpa yang lebih baik untuk dirinya. Saya doa yang terbaik untuknya pada masa mendatang,” luahnya.

Intan mendirikan rumah tangga bersama Ude pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1. -SH

Izreen Azminda Dikutuk Punca Suami Mahu Cerai Madu

Gara-gara perceraian yang bakal berlaku antara pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dengan isteri pertamanya Intan Liana Saleh, aktres Izreen Azminda sebagai isteri kedua menerima tempias dikecam hebat netizen.

Izreen Azminda Dikutuk Punca Suami Mahu Cerai Madu

Rata-ratanya meluahkan rasa marah terhadap Izreen yang dikatakan menjadi punca Ude mengambil keputusan untuk melepaskan isteri pertamanya itu.

Netizen turut bersimpati dengan nasib malang yang bakal menimpa Intan dan anak-anak mereka kerana wanita itu bukan sahaja tidak bekerja malah tiada kenderaan untuk bergerak kemana-mana.

Buat masa ini Intan hanya mengharapkan kenderaan kakaknya sahaja. Turut menambah rasa pilu melihat dua anak Intan dan Ude yang masih kecil dan tidak tahu apakah makna perpisahan ibu-bapa mereka.

Kutukan Peminat

Ada segelintir peminat yang mengakui pernah meminati pelakon itu namun berubah hati selepas Izreen berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan bersifat kutukan, hinaan dengan kata-kata dan bahasa kesat ditujukan kepada Izreen termasuklah tuduhan merampas dan memusnahkan kebahagiaan orang lain.

Ude turut menerima kecaman serupa apabila netizen menganggap dia bukan lelaki bertanggung jawab kerana mahu menceraikan Intan sedangkan isteri pertamanya itu sudah bersetuju dan merestui untuk hidup bermadu dan berkongsi kasih bersama Izreen.

Dalam kenyataan kepada portal Berita Harian, Izreen berkata dia tidak mencampuri urusan perceraian suaminya itu dengan Intan.

Kata Izreen, Ude tidak berkongsi masalah rumah tangga yang dihadapinya dengan isteri pertama itu.

"Jujurnya, ada kala saya tidak tahu apa masalah mereka. Saya tidak pernah bertanya, bergaduh atau apa saja berkaitan dengan rumah tangganya bersama Intan.

"Sudah menjadi prinsip hidup kami, apabila pulang ke rumah saya, hanya hal rumah tangga kami dibincangkan. Saya sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua, jadi lebih baik saya tidak ambil tahu," ujarnya.

Portal sama yang menyiarkan kenyataan Ude pula melaporkan, pemuda itu mendakwa perpisahan mereka merupakan jalan terbaik kerana dia sudah tiada hati untuk meneruskan kehidupan bersama Intan.

Pasangan berkenaan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung pada Rabu (28/2/2018), namun ia ditanggungkan pada 22 Mac 2018 depan selepas peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain memohon untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas perceraian.

Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Pada November 2017 lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza. -mstar

Tak Tahu Kenapa Mahu Diceraikan

Izreen Azminda Dikutuk Punca Suami Mahu Cerai Madu
Ude dan anak-anak.

Isteri pertama Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude iaitu Intan Liana Saleh reda dengan keputusan suaminya untuk menceraikan dia secara baik walaupun hakikatnya dia enggan perkara itu terjadi.

Intan, 33, berkata dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai situasi rumah tangga mereka sekarang kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

“Segala-galanya terpulang kepada Ude. Saya akur dan reda dengan keputusan dan lafaz cerai daripada Ude nanti.

“Bersedia atau tidak, saya tetap kena terima keputusannya. Maaf, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut perkara ini,” jelas Intan secara ringkas.

Masih Sayang Ude

Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017.

Sementara itu, Intan mengakui dia masih menyayangi suaminya dan berharap semua orang mendoakan kebahagian mereka berdua.

Kata Intan lagi, dia dan dua orang anaknya Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1, masih tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude.

“Saya masih sayangkan dia sehingga hari ini cuma saya tak tahu apa salah saya. Harap semua doa yang terbaik untuk kebahagian saya dan dia.

“Saya dan anak-anak tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude. Tapi hanya sesekali saya akan ke rumah kakak kerana saya tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana-mana,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ude yang turut hadir ke mahkamah enggan memberi sebarang kenyataan dan cuba mengelak daripda ditemu bual oleh pihak media.

Sebelum ini, Intan pernah memberitahu sanggup menerima pelakon Izreen Azmindar sebagai madunya selepas mengetahui mereka sudah berkahwin dan reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.

Menurut Izreen, 33, pula, dia merahsiakan pernikahannya dengan Ude yang berlangsung pada 8 Ogos tahun lalu atas permintaan suaminya itu.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai 2014.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.

Manakala, Ude dan Intan Lian berkahwin pada 1 Mac 2013. -mstar

Kesian kan.