Izreen Azminda Dikutuk Punca Suami Mahu Cerai Madu

Gara-gara perceraian yang bakal berlaku antara pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dengan isteri pertamanya Intan Liana Saleh, aktres Izreen Azminda sebagai isteri kedua menerima tempias dikecam hebat netizen.

Izreen Azminda Dikutuk Punca Suami Mahu Cerai Madu

Rata-ratanya meluahkan rasa marah terhadap Izreen yang dikatakan menjadi punca Ude mengambil keputusan untuk melepaskan isteri pertamanya itu.

Netizen turut bersimpati dengan nasib malang yang bakal menimpa Intan dan anak-anak mereka kerana wanita itu bukan sahaja tidak bekerja malah tiada kenderaan untuk bergerak kemana-mana.

Buat masa ini Intan hanya mengharapkan kenderaan kakaknya sahaja. Turut menambah rasa pilu melihat dua anak Intan dan Ude yang masih kecil dan tidak tahu apakah makna perpisahan ibu-bapa mereka.

Kutukan Peminat

Ada segelintir peminat yang mengakui pernah meminati pelakon itu namun berubah hati selepas Izreen berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan bersifat kutukan, hinaan dengan kata-kata dan bahasa kesat ditujukan kepada Izreen termasuklah tuduhan merampas dan memusnahkan kebahagiaan orang lain.

Ude turut menerima kecaman serupa apabila netizen menganggap dia bukan lelaki bertanggung jawab kerana mahu menceraikan Intan sedangkan isteri pertamanya itu sudah bersetuju dan merestui untuk hidup bermadu dan berkongsi kasih bersama Izreen.

Dalam kenyataan kepada portal Berita Harian, Izreen berkata dia tidak mencampuri urusan perceraian suaminya itu dengan Intan.

Kata Izreen, Ude tidak berkongsi masalah rumah tangga yang dihadapinya dengan isteri pertama itu.

"Jujurnya, ada kala saya tidak tahu apa masalah mereka. Saya tidak pernah bertanya, bergaduh atau apa saja berkaitan dengan rumah tangganya bersama Intan.

"Sudah menjadi prinsip hidup kami, apabila pulang ke rumah saya, hanya hal rumah tangga kami dibincangkan. Saya sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua, jadi lebih baik saya tidak ambil tahu," ujarnya.

Portal sama yang menyiarkan kenyataan Ude pula melaporkan, pemuda itu mendakwa perpisahan mereka merupakan jalan terbaik kerana dia sudah tiada hati untuk meneruskan kehidupan bersama Intan.

Pasangan berkenaan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung pada Rabu (28/2/2018), namun ia ditanggungkan pada 22 Mac 2018 depan selepas peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain memohon untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas perceraian.

Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Pada November 2017 lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza. -mstar

Tak Tahu Kenapa Mahu Diceraikan

Izreen Azminda Dikutuk Punca Suami Mahu Cerai Madu
Ude dan anak-anak.

Isteri pertama Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude iaitu Intan Liana Saleh reda dengan keputusan suaminya untuk menceraikan dia secara baik walaupun hakikatnya dia enggan perkara itu terjadi.

Intan, 33, berkata dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai situasi rumah tangga mereka sekarang kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

“Segala-galanya terpulang kepada Ude. Saya akur dan reda dengan keputusan dan lafaz cerai daripada Ude nanti.

“Bersedia atau tidak, saya tetap kena terima keputusannya. Maaf, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut perkara ini,” jelas Intan secara ringkas.

Masih Sayang Ude

Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017.

Sementara itu, Intan mengakui dia masih menyayangi suaminya dan berharap semua orang mendoakan kebahagian mereka berdua.

Kata Intan lagi, dia dan dua orang anaknya Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1, masih tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude.

“Saya masih sayangkan dia sehingga hari ini cuma saya tak tahu apa salah saya. Harap semua doa yang terbaik untuk kebahagian saya dan dia.

“Saya dan anak-anak tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude. Tapi hanya sesekali saya akan ke rumah kakak kerana saya tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana-mana,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ude yang turut hadir ke mahkamah enggan memberi sebarang kenyataan dan cuba mengelak daripda ditemu bual oleh pihak media.

Sebelum ini, Intan pernah memberitahu sanggup menerima pelakon Izreen Azmindar sebagai madunya selepas mengetahui mereka sudah berkahwin dan reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami.

Menurut Izreen, 33, pula, dia merahsiakan pernikahannya dengan Ude yang berlangsung pada 8 Ogos tahun lalu atas permintaan suaminya itu.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai 2014.

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.

Manakala, Ude dan Intan Lian berkahwin pada 1 Mac 2013. -mstar

Kesian kan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon