Kontroversi Luna Maya 'Berkahwin' Dengan Orang Utan

Khabar tidak enak terus berlegar di dada media mengenai selebriti cantik dan seksi Luna Maya, namun kali ini bukan dengan manusia.

Kontroversi Luna Maya

Ia berpunca apabila selebriti negara seberang itu bergambar dengan orang utan.

Badan bukan kerajaan Borneo Orangutan Survival (BOS), yang memperjuangkan spesis orang utan Borneo daripada terancam menyelar tindakan berkenaan.

“Borneo Orangutan Survival (BOS) Foundation berasa sangat kecewa terhadap status ini.

"Orang utan adalah haiwan terancam pupus dan dilindungi undang-undang.

“Tidak selayaknya orang utan diperlakukan seperti ini, dipromosikan sebagai haiwan peliharaan atau mainan!” kata badan itu di Instagram.

Sesi pemotretan imej Luna dan orang utan itu sebenarnya dirakam untuk sebuah majalah perkahwinan.

Ciri-ciri pada kulit majalah berkenaan memperlihatkan Luna yang berbaju pengantin berwarna kuning keemasan itu seolah-olah berkahwin dengan seekor orang utan.

Terdapat juga beberapa paparan tajuk artikel seperti Wonderland Wedding Ideas dan Pernikahan Impian Luna Maya.

Kontroversi Luna Maya

Majalah itu turut memuat naik gambar dengan seekor burung helang di Instagram mereka.

Menurut BOS, sepatutnya, pengamal media perlu menjadi contoh kepada masyarakat selain memahami kepentingan untuk melindungi haiwan yang diancam kepupusan.

Kata Bos lagi, manusia tidak harus menyalahgunakan orang utan bagi tujuan tertentu.

Menurut BOS, majalah itu Her World Brides dan wartawan yang menulis cerita itu sepatutnya tahu bahawa orang utan tempatnya di dalam hutan dan tidak dipelihara sebagai haiwan manja atau dipergunakan untuk hiburan. -mk

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon