Dah Menang MLM, Saiful Zero Tangguh Kahwin?

Rasanya semua peminat hiburan mengetahui salah seorang ahli kumpulan Zero, Syaiful merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya selepas final Maharaja Lawak Mega 2014 tempoh hari.

Saiful Zero

Malah setelah dinobatkan sebagai juara MLM, kesemua anggota kumpulan berterus terang mahu mengunakan wang kemenangan RM500 ribu untuk menghantar ibu menunaikan haji, membuat rumah dan perbelanjaan kahwin Syaiful.

Tut-tup lain pula ceritanya, apabila Syaiful mengumumkan mahu menunda perkahwinannya ke satu tarikh lain. Eh, dah kenapa pulak?

Difahamkan selepas Syaiful berbincang dengan Sharif dan Atu, dia memutuskan untuk menundakan perkahwinan tersebut dengan alasan ingin fokus kepada kerjaya.

Namun, niat untuk menghantar ibu mereka menunaikan haji dan membuat rumah di Kudat akan tetap dilaksana.

“Nawaitu asal menyertai MLM adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat itu.

“Hal perkahwinan, mungkin akan ditunda terlebih dahulu.Buat masa ini biarlah kami bertiga fokus pada kerja,” kata Syaiful.

Saiful Zero [2]

Bagaimanapun, keputusan ini nampaknya tidak disenangi oleh ramai peminat Zero hingga ada yang mengingatkan Syaiful supaya jangan lupa diri dengan populariti yang dikecapi.

Apa pun, Saiful pastinya mempunyai alasan tersendiri untuk membuat keputusan sebegini.

Terbaharu, dengarnya Zero bakal muncul dalam filem terbaru MIG tak lama lagi.

Tentu ramai peminat Zero yang tak sabar menantikan aksi mereka di layar lebar. -Mynewshub.cc

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon