Video Nyanyian Siti Nurhaliza Tribute Buat Nik Aziz Viral

Kehilangan mantan Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat amat dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Siti-Nurhaliza

Hal ini jelas menunjukkan keperibadian Allahyarham sebagai seorang ulamak yang begitu disegani kawan dan pihak lawan.

Lihat sahaja status di laman-laman sosial hari ini yang dibanjiri dengan ucapan takziah baik daripada kalangan masyarakat mahupun selebriti negara.

Sementara itu, sebuah video lagu nyanyian penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin yang dijadikan tribute buat Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz kini menjadi viral.

Video lagu Lelaki ini mencetuskan perasaan hiba dan sayu masyarakat bagi mengenang pemergian tokoh terkenal itu.

Bait-bait lagu itu seolah-olah mampu menggambarkan kehidupan dan perjuangan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz selama hayatnya.

Video yang turut diselitkan dengan kunjungan hormat Siti Nurhaliza bersama suaminya beberapa tahun lalu jelas menunjukkan penyanyi itu begitu mengagumi ulamak terkenal itu.

Siti Nurhaliza turut menzahirkan ucapan takziah malam tadi di laman Instagramnya. -Mynewshub.cc



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon