Dituduh Larikan Duit, Azad Jasmin Buat Laporan Polis

Pelakon komedi, Azad Jasmin telah membuat satu laporan polis petang semalam terhadap siri tuduhan fitnah oleh pemilik Rania Marketing terhadapnya dalam program gosip, Melodi dan Galaksi.

Azad Jasmin

Jelas Azad, dakwaan pasangan pemilik syarikat tersebut, Datuk Suhaimi Othman dan Datin Muniroh Shuhaimy bahawa dirinya melarikan sejumlah wang adalah tidak benar.

Memetik kenyataannya dalam Berita Harian, “Jika pihak mereka nak saman saya dan yang teraniaya dipersilakan. Kami di pihak yang benar. Kami ada bukti untuk bawa hal ini ke tengah.

Setakat ini kami ambil pendekatan tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan mereka selepas ini, mereka yang melatah dulu dan menimbulkan provokasi.

Kami boleh saman malu terhadap mereka. Usaha untuk menyelesaikan perkara berbangkit sebelum ini berakhir dengan kesudahan yang mengecewakan.”

Azad dan pasangannya yang juga pelakon, Eira Syazira sebelum ini dilaporkan menyertai satu perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran di bawah Rania Marketing namun mula mencurigai perniagaan tersebut setelah tiga bulan bersama.

“Saya teruja dengan apa yang ditawarkan syarikat ini kerana berhasrat mahu membantu bangsa Melayu yang lain… tetapi nampaknya semuanya hanya janji manis.

Saya rasa bertanggungjawab kerana hampir 1,000 orang di bawah saya pun tak dapat pulangan. Kali terakhir saya dapat cek bernilai RM800.

Bayangkan dengan jumlah itu saya perlu bahagi kepada mereka di bawah saya,” katanya lagi dalam satu temubual bersama akhbar berkenaan.

Mula menyertai perniagaan berkenaan sejak 7 Mei lalu, Azad bagaimanapun memaklumkan, dia sudah menarik diri sejak awal bulan lalu. -Mynewshub.cc

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon