5 Filem Gah Tempatan Hilang Ditelan Masa?

Masihkah anda ingat beberapa buah filem berbajet besar yang pernah digembar-gemburkan bakal menjadi antara filem termahal tempatan beberapa tahun yang lalu?

5 Filem Gah Tempatan Hilang Ditelan Masa?

Pernah dilaporkan beberapa buah media tempatan, filem-filem ini khabarnya bakal mencipta sejarahnya tersendiri kerana membabitkan kos penerbitan filem yang mencecah jutaan ringgit.

Kemungkinan besar ada masalah yang timbul semasa proses penggambaran dijalankan seperti para penaja menarik diri disaat akhir dan menyebabkan filem-filem ini tergendala dan tidak dapat disiapkan sepenuhnya.

Mari kita imbas kembali antara lima buah filem yang pernah dikatakan bakal menjejakkan kaki ke panggung namun sepi tanpa khabar berita seperti yang dipetik dari Perang Filem.

Mat Kilau

Filem ini berkisar mengenai sejarah perjuangan pahlawan Melayu "Mat Kilau" pernah dilancarkan sekitar tahun 2004 oleh syarikat penerbitannya Lagenda Studio yang diketuai oleh Rodzee A Razak.

Majlis pelancaran filem ini yang berlangsung di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang itu turut dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Kos penerbitan filem ini yang dikatakan mencecah RM10 juta ini turut dikatakan bakal menjadi filem kedua termahal selepas Puteri Gunung Ledang kerana banyak menggunakan teknologi terkini dalam bidang perfileman terutama imej janaan komputer (CGI) dan grafik 3D.

Filem yang dibintangi pesilat muda Hairul Nizam, Mazlina Omar, Khir Rahman, Shaharuddin Thamby, Badrul Muhayat dan Z Zamri bagaimanapun tidak menjadi kenyataan dan senyap begitu sahaja.

Mek Ani

Karya yang pernah mendapat perhatian ramai sejurus pengumuman bajetnya yang berjumlah RM5 juta ini turut menjadi misteri apabila tidak dapat direalisasikan sebagaimana perancangan awal.

Pihak penerbit Wan's Productions yang diterajui oleh Wan Noraini atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Wan pernah mendakwa dirinya terpaksa melambatkan pembikinan filem ini kerana barisan pelakonnnya masih belum cukup persediaan untuk melakonkan watak masing-masing.

Beliau turut menjelaskan pihak produksi masih memerlukan masa lagi untuk melatih skil tertentu seperti tarian Mak Yong kepada para pelakon.

Antara pelakon yang terlibat dengan filem berkenaan adalah Zul Huzaimy, Fauziah Nawi dan juga beberapa wartawan Harian Metro yang turut melihatkan bakat lakonan masing-masing seperti Abie Abdullah, Sharina Ahmad Hadzim dan Ismail Wakiri.

Empayar: Dendam Taming Sari

Berlatarkan zaman kerajaan Melayu Melaka dan Majapahit, filem ini turut diam seribu bahasa walaupun pernah menjanjikan tiga sekuel bakal diterbitkan untuk jangka waktu yang agak panjang.

Bercita-cita untuk mewujudkan kembali empayar hebat pada zaman dahulu, filem ini banyak menggunakan 70 peratus visual CGI untuk menunjukkan suasana gemilang kerajaan silam pada ketika itu.

Pengarah filem berkenaan Alan Wong pernah memaklumkan tugas menyiapkan filem ini sangat mencabar kerana memerlukan kekuatan imaginasi agar kelihatan realistik dan gah pada visual.

Walaupun perancangan rapi dilihat telah hampir siap sepenuhnya, namun ia tidak menjadi. Andai filem ini dapat disiapkan pastinya kita dapat melihat kehebatannya seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Bunian: Mahkota Seri Helang

Komposer terkenal tanah air Adnan Abu Hassan pernah membuat kejutan apabila bergelar penerbit filem menerusi filem sulung terbitan produksi miliknya Fantasy Film berjudul "Bunian: Mahkota Seri Hilang".

Filem epik yang menelan belanja sebanyak RM3.5 juta ini merupakan taruhan sulungnya dengan membabitkan bintang handalan seperti Rusdi Ramli, Nasha Aziz, Ery Putra, Beego, Ridzuan Hashim serta pendatang baru Mimi Rahzia sebagai teraju utama.

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang Rosman yang terjerumus ke dalam alam bunian setelah terjatuh ketika mendaki gunung dan telah dibantu oleh Puteri Manja Sakti dan di bawa ke perkampungan orang bunian. Namun, konflik mula timbul apabila berlaku perebutan cinta oleh pihak ketiga dan keinginan Rosman yang ingin kembali semula ke alam nyata.

Tidak kesampaian nampaknya untuk melihat Datuk Siti Nurhaliza menyanyi lagu tema berkonsepkan 'joget bangra' untuk filem ini.

Between Two Skies

Masih tiada sebarang perkembangan terkini mengenai filem arahan Prof Madya Razak Mohaideen yang khabarnya menelan kos sebanyak RM7 juta ini.

Ada juga yang melaporkan belanja filem tersebut dianggarkan bernilai hampir RM10 juta, kurang lengkap maklumat yang diberikan namun filem ini turut menerima nasib yang sama seperti filem-filem epik yang tersenarai di atas.

Razak juga pernah memaklumkan kepada pihak media mengenai perancangannya yang sudah memasuki ke peringkat akhir termasuk skrip dan perbincangan serta beberapa draf sudah dihasilkan dan hanya tinggal proses untuk mendapatkan dana sahaja.

"Between Two Skies" (Antara Dua Langit) menceritakan kisah mengenai tentera Australia di Malaysia dan turut menarik minat kerajaan Austalia untuk memberi dana, namun harapan tinggal harapan filem ini berkubur begitu sahaja.

[Sumber]

Zed Zaidi Sekali Lagi Dipilih Sebagai Presiden SENIMAN

Pelakon Zed Zaidi dengan secara rasmi telah dipilih sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 yang berlangsung di Datara Karyawan FINAS, Kompleks Studio Merdeka semalam sekaligus menewaskan dua calon lain iaitu Datuk Mustapha Maarof dan Afdlin Shauki.

Zed Zaidi Sekali Lagi Dipilih Sebagai Presiden SENIMAN

Dipetik dari Sinar Harian, jawatan Timbalan presiden pula telah dimenangi ileh Zack (Kool) yang berjaya menewaskan Sabri Fadil, Afdlin Shauki dan Sofea Jane.

Dalam pada itu, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil berkata, dia tidak perlu berkempen atau memancing undi kerana yakin pemilihannya bagi menerajui persatuan itu berdasarkan usahanya sebelum ini yang banyak menaikkan nama SENIMAN.

"Saya tak berkempen pun. Apatah lagi berkempen dalam diam. Tetapi ahli-ahli persatuan boleh lihat usaha saya sebelum ini macam mana.

"Bagi saya jawatan itu tidak penting sebaliknya pergerakan persatuan perlu berjalan dengan betul bagi membantu ahli-ahli SENIMAN lain," katanya yang dipetik dari mStar.

Sebelum ini Zed pernah memegang jawatan Presiden dalam persatuan itu pada AGM ke-14 sebelum ia dibatalkan atas perintah mahkamah pada 21 November tahun lalu.

Sementara itu, Zed meluahkan rasa bersyukurnya apabila AGM kali ini memperlihatkan pembabitan artis-artis popular yang mahu melihat kebangkitan semula SENIMAN.

"Saya rasa inilah kali pertama melihat AGM Seniman disertai oleh artis-artis popular, bukannya veteran sahaja.

"Tambahan pula barisan AJK juga dilihat daripada kalangan artis yang pelbagai. Saya harap agar persatuan ini dapat menjadi kukuh dalam membangunkan industri.

"Bukan hanya mahu membantu artis-artis veteran yang susah tetapi juga artis baru yang saya percaya turut mempunyai masalah-masalah tersendiri berhubung industri kita."

[Sumber]

Rita Ora Ganti Kylie Minogue Dalam "The Voice"

Penyanyi popular Rita Ora telah dipilih untuk menggantikan Kylie Minogue untuk musim keempat rancangan realiti "The Voice United Kingdom" yang bakal berlangsung pada Januari 2015.

Rita Ora

Dipetik dari laporan media antarabangsa, jika Rita benar-benar dipilih bagi menggantikan Kylie, dia akan duduk sebaris dengan Ricky Wilson, Tom Jones dan Will.i.am.

"Sangat gembira dan untuk pasukan saya yang bakal memenangi musim ini, mari menikmati keseronokkan," tulis Rita di laman sosial Twitternya.

Dalam pada itu, Will.i.am dalam satu kenyataannya telah mengesahkan tentang pembabitan Rita dalam rancangan "The Voice" itu.

"The Voice UK" akan menyaksikan Emma Willis dan Marvin Humes kembali menjadi hos program tersebut

[Sumber]

Kekasih Baru Lana Nordin Bertatu!

Pelakon Lana Nodin berharap fotonya bersama seorang pemuda bertatu yang dimuat naik di Instagram tidak dijadikan isu besar.

Kekasih Baru Lana Nordin Bertatu!
Foto Lana bersama seorang jejaka kacak.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, berkata, dia terkejut apabila foto yang dimuat naik itu menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya yang menyifatkan lelaki tersebut tidak layak menjadi kekasihnya kerana mempunyai tatu pada lengan.

"Pertama sekali, lelaki itu bukannya kekasih saya pun dan dia hanyalah jurulatih terjun udara (skydive) saya.

"Dia seorang lelaki berkacukan Amerika - Korea dan saya rapat dengannya. Tetapi tidaklah sampi menjalinkan hubungan yang serius, " katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada pagi Isnin.

Lana kini sedang bercuti di negara Jepun selain mengambil kursus terjun udara di negara tersebut.

Pada Ahad, Lana telah memuat naik foto bersama seorang puda kacak di Instagram miliknya.

Foto tersebut mengundang kekecohan di kalangan pengikut-pengikut Lana selepas melihat lelaki berkenaan mempunyai tatu dan tidak layak untuk menjadi kekasihnya. Bagaimanapun ada juga yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Sementara itu, Lana berkata, dia enggan mendedahkan identiti lelaki itu memandangkan foto tersebut telah mengundang kekecohan.

Malah Lana terpaksa membuang foto tersebut daripada laman Instagram kerana dia risau kekecohan tersebut mungkin boleh mengundang perasaan kurang senang individu itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Ibadah ini berasa teruja apabila hasratnya mahu menyertai aktiviti terjun udara bakal tercapai.

Beritahu Lana, dia kini sedang menjalani latihan di terowong angin (wind tunnel) sebelum melakukan aktiviti terjun udara yang sebenar.-mStar

'Taken 3' Filem Aksi Terakhir Liam Neeson

Teraju utama filem Taken iaitu Liam Neeson berkata dia akan memastikan karya itu merupakan sekual terakhir bagi filem aksi tersebut.

Taken 3

Katanya, lakonan dia dalam filem aksi ketiga itu dianggap sebagai terpaksa kerana sudah berjanji dengan pengarahnya Pierre Morel.

"Setelah membaca jalan cerita saya setuju untuk kembali berlakon dan beraksi dalam filem ini, namun saya janji ia merupakan yang terakhir," katanya.

Filem Taken bermula pada tahun 2008 mendapat sambutan hangat dan kutipan BoxOffice sehingga pihak produksi kembali dengan sekuel kedua pada 2012.

Filem Taken 3 dijadualkan ditayangkan pada Januari 2015.

[Sumber]

Pidato Emma Watson Dapat Pujian

Aktres Emma Watson bukan sahaja dikagumi kerana bakat lakonan semata-mata, tetapi juga kerana kebijakan yang dimilikinya.

Pidato Emma Watson Dapat Pujian

Melihat prestasi Emma bukan hanya terdedah di bidang seni, bintang filem Harry Porter itu dipilih sebagai duta termuda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi fokus kepada isu-isu hak wanita dunia.

Menurut laporan Dailymail, Emma telah menyampaikan sebuah pidato mengenai perjuangannya terhadap hak wanita pada majlis pemilihannya sebagai duta pertubuhan tersebut dan ia membuatkan ramai yang berada pada acara itu memujinya.

"Dia tegas dan meyakinkan. Emma menekankan tentang perjuangan hak wanita yang masih lagi tidak seimbang dengan lelaki.

"Siapa sangka, ramai yang kagum dengan informasi yang diberi ketika berpidato. Dia bukan sekadar wanita yang pandai berlakon, tetapi juga seorang yang bijak," kata salah seorang yang hadir pada acara itu.

[Sumber]

Shahrizal Jaszle Buat Hal, Tak Hadir Sesi Fotografi Majalah

Menerusi laporan di laman web majalah tersebut, pelakon ‘Kristal Maya’ itu sepatutnya digandingkan dengan Amyra Rosli pada tarikh 18 September yang lalu.

Shahrizal Jaszle Buat Hal, Tak Hadir Sesi Fotografi Majalah

Tarikh tersebut juga telah dipersetujui oleh pengurus yang juga adiknya, Syahid.

MH juga telah menghantar mesej ‘reminder’ menerusi Whatsapp pada 15 September dan ia dibalas secara positif oleh Syahid.

Malah dia turut meminta supaya menghantar semula ‘detail’ sesi fotografi tersebut.

Bagaimanapun, apabila tiba hari penggambaran, kedua-duanya tidak muncul-muncul dan Syahid pula tidak dapat dihubungi.

Hai, elok-elok nama dah naik semula, buat hal pulak!

Tak tahulah sama ada ia berpunca daripada masalah pengurusan atau Shahrizal sendiri, tapi perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

Jangan sampai media serik untuk bekerjasama dengan anda sudahlah ya!

[Sumber]

Tunjuk Bukti Hutang RM15,000 - ND Lala

Tidak tertumpu kepada anaknya Shila Amzah, 24, penyanyi ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah Salleh, 52, turut terheret sama dalam satu kontroversi yang melibatkan rakan artisnya.

Tunjuk Bukti Hutang RM15,000 - ND Lala
Shila ditemani bapanya, ND Lala pada sidang media berhubung kenyataannya 
yang menyinggung media Melayu tempatan di Instagramnya, semalam.

Menerusi sebuah media tempatan ND Lala dilaporkan masih belum membayar hutang berjumlah RM15,000 yang dipinjamnya daripada pelakon, Den Wahab sekitar tahun 2000.

Malah menerusi sebuah portal berita, Den Wahab mendakwa dia tidak akan menghalalkan hutang tersebut, sementelah ND Lala sengaja melarikan diri darinya sejak sekian lama.

Rentetan dakwaan itu, ND Lala sempat memberikan penjelasan ketika sidang media bersama Shila yang diadakan di Mega Music World (MMW) kelmarin.

"Sebenarnya saya sudah memberikan penjelasan mengenai perkara ini Mac lalu. Tetapi ia tidak sampai kepada mana-mana pihak. Di sini saya tegaskan, kepada sesiapa sahaja yang membuat fitnah ini sila buat laporan polis," katanya.

Jelasnya, dia sedia berhadapan dengan pihak berkenaan mengenai dakwaan itu. "Dakwa saya dan kita berhadapan. Tunjuk bukti kepada saya," katanya lagi.

[Sumber]

Cinta Baharu Robert Pattinson

Desas-desus mengenai hubungan pasangan selebriti muda, Robert Pattinson dan FKA Twigs mula bertebaran sejak akhir-akhir ini.

Cinta Baharu Robert Pattinson

Mana tidaknya, tingkah laku mereka sebelum ini turut dirakam ketika berpegangan tangan dan bergandingan dengan penuh mesra.

Malah, baru-baru ini, mereka sekali lagi seakan memberi 'hint' kepada masyarakat bahawa ada bibit-bibit asmara yang terjalin apabila tampil mesra di depan umum.

Keluar bersama menikmati pemandangan indah pada malam Isnin lalu di sekitar kota Hollywood, mereka mempamerkan kemesraan di dalam kenderaan yang dipandu Pattinson.

Jelas kelihatan, mereka menikmati keindahan suasana kota dalam santai dan romantis sambil berbual mesra di sepanjang perjalanan.

Dalam pada itu, Twigs yang juga nama sebenarnya, Tahliah Debrett Barnett, 26, turut meletakkan kepalanya di bahu Pattinson.

Ini jelas membuktikan mereka benar-benar dilamun cinta dan sedang berbahagia walaupun belum pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu

Khabar kehamilan Twigs

Bibit perkenalan pasangan ini tidak pernah dikongsi bersama umum, namun kedua-duanya mendiami kawasan perumahan yang sama.

Seperti pasangan yang sedang hangat bercinta, Twigs dan Pattinson juga tidak terlepas daripada kontroversi yang sukar untuk ditepis.

Malah, mereka juga terpaksa berdepan dengan dakwaan mengenai kehamilan Twigs. Khabar angin ini mula beredar menerusi tulisan Twigs pada minggu lalu.

Menerusi Twitternya, Twigs memberitahu sesuatu mengenai kehamilan berbunyi, 'Saya sedang mengandung, tapi saya takkan melahirkan hingga kamu datang dalam diriku.'

Pun begitu, ramai yang tertanya-tanya mengenai kenyataan bintang Two Weeks ini dan ada yang mengandaikan ia hanyalah luahan ataupun lirik lagu baharunya.

Bagaimanapun, Twigs bukan wanita pertama yang dikhabarkan mempunyai hubungan dengan Pattinson selepas bintang ini berpisah dengan Kristen Stewart. Sebelum ini, Pattinson turut mendekati Riley Keough dan beberapa wanita cantik lain.

Stewart masih tagih cinta?

Sebelum Pattinson dikaitkan rapat dengan Twigs, ramai yang menganggap Kristen Stewart, masih ada harapan untuk memenangi hati bekas kekasihnya itu.

Malah, Stewart juga dilihat sedaya upaya memberikan yang terbaik agar dirinya kembali dalam pelukan Pattinson.

Pun begitu, setelah berita cinta Pattinson dan Twigs mula diketahui umum, bagaimana pula ekspresi bintang Twilight ini?

Menurut laporan antarabangsa, Stewart yang kelihatan bergegas menaiki pesawat ke Jepun, kelihatan sugul dan seboleh-bolehnya mahu menjauhi media. Wajahnya dingin tanpa senyuman, malah tiada langsung sapaan.

Saat diterjah dengan pelbagai pertanyaan, Stewart hanya mendiamkan diri dan terus berlalu dengan mengunci mulut. Stewart juga mengabaikan setiap panggilan dan pertanyaan dengan memakai kaca mata hitam serta earphone.

Menurut sumber terdekat, Stewart tidak tenang selepas mengetahui perkara itu kerana dirinya masih belum berjaya melupakan kenangan bersama bekas kekasihnya itu.

Kata sumber, dia yang kini sedang sibuk menjayakan filem, Equals sukar melupakan Pattinson dan menyesali atas perbuatannya sebelum ini.

Terdahulu, Stewart dan Pattinson mula menjalinkan hubungan setelah sama-sama membintangi filem, Twilight. Namun, Pattinson nekad meninggalkan Stewart setelah wanita itu mencurangi dirinya dengan sutradara terkenal, Supert Sanders.

Pattinson lupa 'kenangan lalu'

Bebas untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita, Pattinson sebelum ini mengakui bahawa Stewart hanyalah 'kenangan lalu' baginya.

Memberitahu hubungan mereka sudah lama berakhir, Pattinson sukar untuk menerima Stewart kembali walaupun pernah mencuba.

Malah, Pattinson berkata, dia mula muak dengan apa yang berlaku dan rimas dengan pertanyaan ramai mengenai statusnya bersama bekas kekasih.

"Ini memang perkara yang paling berat untuk dibicarakan kerana jika diluahkan, hal ini boleh mempengaruhi peribadi orang lain tanpa kita duga," katanya dalam satu wawancara.

Pun begitu, Pattinson memberitahu bahawa dia tidak pernah menyimpan dendam apatah lagi mengharapkan yang buruk buat bekas kekasihnya.

"Saya sudah lama melupakan hal itu dan saya telah memaafkannya. Namun, untuk kembali bersama, ia adalah sesuatu perkara yang rumit dan tidak mungkin berlaku.

"Saya menghormatinya sebagai kawan dan tidak menolak untuk berkawan baik dengannya," kata Pattinson sebelum ini.

[Sumber]

Aeril Dan Wawa Didenda Nikah Tanpa Kebenaran

Pelakon Aeril Zafril didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Khamis atas kesalahan melakukan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai menurut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.

Aeril Dan Wawa Didenda Nikah Tanpa Kebenaran

Aeril atau nama sebenarnya Suhairi Sunari, 26, dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat.

Dalam pada itu, aktres Wawa Zainal yang juga isteri Aeril turut mengaku bersalah bersubahat atas kesalahan sama dan dikenakan denda sebanyak RM800 atau penjara sekiranya gagal membayar denda.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 22, melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 134 (subahat) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Kedua-dua pasangan itu diwakili Peguam Syarie, Mohd Aizan Md Idrus manakala pertuduhan dibuat Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmat Khairi.

Menurut pertuduhan, Aeril dan Wawa melakukan pernikahan tanpa kebenaran pada 25 Februari 2012 di sebuah rumah beralamat 2, Lorong 7A, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya kira-kira pukul 8 malam.

Sementara itu, bapa angkat Aeril, Wahap Raub yang turut dituduh bersubahat dalam kes berkenaan turut dikenakan denda sama seperti Wawa.

Dua lagi tertuduh iaitu bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong yang bertindak sebagai wali dan Salim Asari tidak menghadirkan diri kerana berada di Sabah.

Aeril dan Wawa bernikah buat kali kedua dengan kebenaran pada 4 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia 15 bulan.

[Sumber]

Teman Lelaki Pelakon Popular Kena Belasah Di Kelab Malam!

Kalau sebut nama pasangan ini pasti seantero Malaysia kenal. Masakan tidak, mereka pun tidak menyembunyikan kisah cinta daripada pengetahuan peminat-peminat apabila sering kali mempamerkan kemesraan di laman sosial masing-masing.

clubbing
Gambar hiasan.

Namun, ada perkhabaran yang kurang enak didengar apabila teman lelaki pelakon wanita popular ini dikatakan telah dibelasah oleh seorang pengunjung kelab malam di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, teman lelaki pelakon ini dikatakan telah terlanggar seorang pengunjung sehingga menyebabkan berlaku insiden yang tidak diingini itu.

Inilah risikonya kalau pergi kelab-kelab sebegitu.

Kekadang kita mungkin hanya ingin berhibur tetapi faham-faham jelah, kena pulak kalau ada pengunjung yang mabuk, benda kecil pun boleh jadi besar!

Kami difahamkan, teman lelaki pelakon popular itu tidak pernah menimbulkan masalah dan disenangi pengunjung lain namun benda yang berlaku terjadi dengan begitu pantas.

Nasib badan…itulah harga yang perlu dibayar bila bergelar selebriti, pergi tandas pun orang kenal apatah lagi bila ditumbuk!

[Sumber]

Awie Fokus Besarkan Anak

Vokalis Kumpulan Wings iaitu Awie mahu memberi tumpuan dalam membesarkan lima anaknya daripada memikirkan mengenai bakal isteri jika ditakdirkan rumah tangganya dengan Rozana Misbun tidak dapat diselamatkan.

Awie

Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman, 46, berkata, memberi tumpuan kepada pembesaran anak-anak adalah perkara penting kerana pada ketika ini mereka memerlukan perhatian sepenuhnya.

"Cerai pun belum macam mana hendak cari pengganti? Buat masa ini ia bukan fokus saya kerana tumpuan adalah sepenuhnya kepada anak-anak yang tinggal dengan saya.

"Lagipun manalah ada wanita yang mahukan lelaki beranak lima seperti saya dan sekiranya ada pun tidak mungkin dia boleh sayang dan menerima anak-anak saya semua," katanya kepada mStar Online.

Awie ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya Dollah Superstar di Cathay E@Curve di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Awie berkata, sebagai seorang lelaki sudah tentu dia memerlukan seorang wanita dalam hidupnya sebagai tempat bermanja dan meluahkan perasaan ditambah dengan usianya kini semakin meningkat.

Bagaimanapun sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dia mahu mencari wanita yang mampu mencintai anak-anaknya sebagaimana dia menyayangi mereka.

"Saya tidak boleh tipu diri sendiri dan sebagai seorang lelaki saya perlukan wanita dalam hidup saya untuk mengadu masalah dan berkasih sayang tetapi orang itu nanti perlu menerima anak-anak saya sepenuhnya dan bukan hanya mencintai saya," jelasnya.

Sementara itu, Awie berkata, biarpun malu dengan kekecohan yang melanda rumah tangganya namun dia tetap cekalkan hati untuk terus keluar mencari rezeki demi anak-anaknya.

Kata Awie, pada tahap ini dia perlu kuat untuk membina semula kehidupannya yang disifatkan telah musnah dan perlu bermula dari bawah.

"Anak-anak kekuatan saya dan dari dahulu lagi apa juga yang saya lakukan adalah demi mereka semua dan bukannya untuk diri sendiri.

"Biarlah orang hendak kata apa yang penting anak-anak ada bersama saya dan kerja keras ini adalah untuk mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Awie berkata, dia terharu dengan tindakan pengarah filem Dollah Superstar iaitu Kabir Bhatia yang sanggup menunggunya selama lapan bulan bagi memastikan dia dapat menerajui peranan utama karya tersebut.

Jelas Awie, biarpun tidak pernah bekerjasama dengan Kabir namun dia menyifatkan pengarah itu profesional dan tidak keberatan untuk bekerja di bawahnya lagi selepas ini.

"Jadual saya memang penuh tetapi beliau sanggup tunggu saya dan itu membuatkan saya betul-betul terharu dan pengalaman bekerjasama dengannya tidak sukar kerana dia seorang yang profesional dan mudah menerima pandangan orang lain.

"Dollah Superstar bukan sebuah filem biasa tetapi mempunyai keunikan tersendiri dan saya yakin ia akan mendapat sambutan hangat penonton," ujarnya.-mStar

Abby Buat Majlis Rai Hari Jadi Kekasih Baru?

Walaupun kisahnya dengan bekas suaminya, Noor Farhan Che Bakar masih lagi hangat diperkatakan kerana Farhan didakwa masih berhutang dengan Abby Abadi.

Abby Buat Majlis Rai Hari Jadi Kekasih Baru [4]

Namun ternyata perkara itu tidak menjadi penghalang kepada Abby untuk bersama-sama menjayakan majlis kejutan sambutan hari jadi jejaka yang dikatakan lelaki paling rapat dengan hidupnya kini.

Tengoklah dari gambar yang dikepilkan ini, bukan main gembira Abby dapat bersama-sama menjayakan majlis tersebut yang dibuat khas untuk ustaz Khairul Azli yang mengajar dirinya dan anak-anak mengaji Al-Quran.

Abby Buat Majlis Rai Hari Jadi Kekasih Baru
Abby Buat Majlis Rai Hari Jadi Kekasih Baru [2]
Abby Buat Majlis Rai Hari Jadi Kekasih Baru [3]

Sekali pandang macam sesuai pula pasangan ini kan, tapi memandangkan Abby mempunyai pengalaman pahit dalam perhubungannya sebelum ini, lebih baiklah Abby ‘lay low’ atau kurang mempamerkan kemesraannya di hadapan umum agar dirinya tak diperkatakan terlalu terdesak atau terburu-buru untuk segera mencari pengganti Farhan.

Tapi, mana tahu Khairul Azli merupakan jejaka yang paling tepat untuk membimbing Abby ke jalan yang benar dan lurus, jadi apa tunggu lagi kalau hati dah benar-benar berkenan kan..

Semoga berbahagialah Abby ye..

[Sumber]

Liyana Jasmay Tolak Adegan Bersentuhan

Pelakon Liyana Jasmay melakukan transformasi diri selepas bergelar ibu dengan menolak tawaran watak yang berkehendakkan dia memakai pakaian seksi dan bersentuhan dengan bukan muhrim.

Liyana Jasmay

Liyana, 25, berkata, walaupun suaminya Mohd Fathuddin tidak memberikan syarat itu, sebaliknya sebagai isteri orang, dia perlu peka agar pekerjaan yang dilakukan tidak menyentuh perasaan keluarga yang menontonnya.

"Walaupun suami tidak meletakkan sebarang syarat, tetapi benda-benda macam kita perlu peka dan jaga hatinya dan keluarga agar mereka tidak terasa dengan lakonan yang dipaparkan nanti.

"Alhamdulillah keputusan itu langsung tidak menyekat rezeki saya," ujarnya kepada mStar Online.

Liyana ditemui pada majlis pelancaran jubah rekaannya, Bella Liyana Collection di restoran Terrace, The Curve, di sini pada Selasa.

Sehubungan itu kata Liyana, pengarah drama atau filem hendaklah lebih sensitif terhadap pelakon-pelakon wanita yang sudah berkahwin dengan tidak memberikan mereka watak-watak yang tidak sepatutnya.

Tambahnya, banyak contoh karya cinta tidak memerlukan para pelakon berpegangan tangan tetapi drama atau filem itu mendapat sambutran hebat daripada orang ramai.

"Cuba kita ambil contoh seperti filem Indonesia iaitu Kapal Van Der Wijck. Filem tersebut penuh dengan elemen cinta tetapi pelakon-pelakonnya langsung tidak bersentuhan antara satu sama lain.

"Kita juga boleh buat seperti itu dengan pelbagai teknik selain penghayatan lakonan. Rasanya, bukan satu masalah untuk pengarah menzahirkan rasa cinta dalam karya tanpa perlu bersentuhan.

"Dan walaupun seseorang pelakon itu tidak meletakkan sebarang syarat, pengarah hendaklah tahu, status mereka yang sudah berkahwin tidak perlu diberi adegan-adegan panas," ujar ibu kepada Sofia Arissa yang berusia empat bulan ini.

[Sumber]

Rihanna Mangsa Penyebaran Gambar Bogel Terbaharu

Sehari selepas gambar panas Kim Kardashion tersebar di laman sosial, kini giliran penyanyi Rihanna pula menjadi mangsa.

Rihanna Mangsa Penyebaran Gambar Bogel Terbaharu

Seperti dilaporkan Entertaiment News, foto bogel Rihanna mula tersebar di laman web Reddit dan 4Chan sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, gambar tersebut dibuang daripada kedua-dua laman web tersebut beberapa jam selepas dimuat naik.

Namun malangnya, gambar tersebut berjaya di rakam dan telah disebarkan oleh pengguna laman web dan laman sosial lain.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu dikeluarkan oleh pihak pengurusan penyanyi itu.

Sebelum ini, beberapa bintang Hollywood seperti Jennifer Lawrence dan Ariana Grande pernah menjadi mangsa.

Difahamkan ini bukan kali pertama gambar bogel Rihanna tersebar secara meluas, penyanyi ini pernah menjadi mangsa pada tahun 2009.

[Sumber]

Bekas Suami Kesal Sikap Abby Abadi

Bekas suami pelakon dan penyanyi Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar kesal dengan sikap bekas isterinya yang membuat laporan polis mendakwa dia tidak mahu membayar hutang.

Bekas Suami Kesal Sikap Abby Abadi

Menurut Farhan, dia pernah cuba menjelaskan sebahagian hutangnya iaitu RM5,000 namun ditolak Abby kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang sekaligus.

"Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya," ujarnya yang dipetik dari mStar.

Pada masa sama, Farhan turut menyangkal jumlah hutangnya mencecah puluhan ribu dan berkata tuduhan Abby terhadapnya bersifat mahu mengaibkannya.

"Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pulah gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja merosakkan reputasi dan memalukan saya."

Dalam pada itu, Farhan memberitahu dia kini hanya mampu bersabar dengan segala tuduhan dan fitnah yang dilempar kepadanya.

"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad."

[Sumber]

Den Wahab Tidak Halalkan Hutang ND Lala

Pelakon Den Wahab enggan memikirkan lagi tentang wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala kira-kira 14 tahun lalu, tetapi memberitahu ia tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut.

Den Wahab Tidak Halalkan Hutang ND Lala

"Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.

"Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujar Den seperti dipetik dari mStar.

Bapa kepada penyanyi Shila Amzah dikatakan telah meminjam wang sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakamkan lagu untuk sebuah parti politik.

Jelas Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab, ND Lala tidak pernah menghubunginya selepas berjanji untuk memulangkan wang tersebut secara ansuran, malah turut bertindak melarikan diri apabila terserempak di acara hiburan.

Den menyatakan kekesalannya apabila ND Lala tidak berpegang pada janji dan turut merosakkan nilai persahabatan serta orang yang ikhlas membantu ketika dia dalam kesusahan.

Bercerita tentang waktu itu, Den memberitahu dia telah dinasihatkan oleh rakan-rakan artis lain agar tidak membantu penyanyi tersebut, tetapi dia tidak sampai hati dan berfikiran positif.

Sementara itu, Den sempat mengulas tindakan anak ND Lala yang mengkritik kredibiliti media Melayu selepas konsertnya yang berlangsung baru-baru ini dikatakan tidak mendapat sokongan.

Akui tidak terkejut dengan perkara tersebut, Den memberitahu tindakan Shila itu akan merosakkan reputasinya sendiri.

"Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya lagi.

[Sumber]

Gambar Bogel Kim Kardashian Tersebar

Kim Kardashian, menjadi mangsa dunia siber apabila beberapa foto bogelnya tersebar di Internet.

Gambar Bogel Kim Kardashian Tersebar

Menurut laporan TMZ, foto-foto isteri Kanye West itu disebarkan di dua laman web iaitu Reddit dan 4chan, namun sempat ditutup sebelum ia tersebar secara meluas.

"Mujurlah ia tidak tersebar secara meluas di internet. Difahamkan ia disebarkan oleh individu sama yang menyebarkan foto bogel Vanessa Hudgens, Lake Bell, Avril Lavigne dan Leelee Sobieski sebelum ini," kata sumber.

Selain itu, selebriti seperti Jennifer Lawrence, Kate Upton dan Kirsten Dunst turut menjadi mangsa penyebaran foto bogel di Internet baru-baru ini. Kes itu kini dalam siasatan pihak polis.

Terdahulu, Kim mula dikenali umum selepas video seksnya bersama Ray J pada tahun 2003 tersebar sekitar tahun 2007. Penyebaran video itu membuatkan Kim benar-benar malu dan enggan mengulangi kesalahan yang sama.

[Sumber]

Emma Maembong Nafi Letak Harga Tinggi

Aktres Emma Maembong menafikan dakwaan dia sudah mula berubah sikap dan meletakkan harga tinggi, sebaliknya memberitahu ia masih boleh dirunding mengikut bajet sesebuah syarikat produksi tersebut.

Emma Maembong Nafi Letak Harga Tinggi

Dipetik daripada laporan mStar, Emma berkata demikian selepas sebuah ruangan pojok dalam akhbar mingguan pada Ahad mengatakan aktres berusia 22 tahun ini meletakkan harga tidak masuk akal iaitu RM10,000 untuk tiga hari penggambaran sebuah telefilem.

"Terkejut dibuatnya apabila saya dikatakan sudah demand. Sedangkan saya seorang yang senang berunding mengikut bajet produksi.

"Lagipun urusan jadual dan penetapan harga dibuat oleh pengurus, bukannya saya," ujarnya.

Menurut artikel itu, permintaan Emma telah menyebabkan produksi tersebut mencari pelakon lain kerana tawaran yang diberikan adalah watak sampingan dan tempoh penggambaran pula hanya memakan masa beberapa hari sahaja.

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail ini mengakui ada produksi menghubunginya bagi menawarkan watak sampingan dimana penggambaran mengambil masa dua hingga tiga hari.

Namun disebabkan dia tidak pernah mengambil tawaran lakonan yang memakan tempoh penggambaran dalam jangka masa pendek, dia memberitahu harga yang biasa diletaknya untuk watak utama.

"Memandangkan saya tidak pernah mengambil tawaran tempoh penggambaran jangka pendek, saya berkata pada kru yang menghubungi saya itu bahawa biasanya saya meletakkan harga RM10,000 untuk watak utama yang mengambil masa penggambaran selama seminggu. Itu pun terpulang pada bajet produksi.

"Saya bertanya kepada kru tersebut berapa mereka boleh bayar kerana saya memang tidak tahu nak letak harga. Kemudian dia cakap, tunggu skrip dah siap, dia akan hubungi saya semula," katanya.

Tambah kekasih kepada pelawak Zizan Razak ini lagi, dia membuat keputusan untuk menerima tawaran baru kerana menganggap mereka sudah dapat pelakon lain memandangkan agak lama dia menunggu panggilan telefon daripada kru tersebut.

"Sekiranya tuduhan yang dimaksudkan itu datang daripada produksi sama, saya rasa tidak patut mereka menyebarkan perkara itu kerana nak diikutkan, daripada awal lagi, saya tanya berapa bajet mereka? Saya pun tidak pernah berkira dengan mana-mana produksi pun," akhirinya.

[Kredit foto: Instagram Emma Maembong]

[Sumber]

Sharifah Sakinah Pelakon Lawak Wanita Paling Popular 2014

Pelakon Sharifah Sakinah mengejutkan banyak pihak apabila diumumkan sebagai Pelakon Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor, Shah Alam pada Jumaat lalu.

Sharifah Sakinah Pelakon Lawak Wanita Paling Popular 2014

Malah adik kepada Sharifah Shahira ini turut terkejut dengan kemenangan tersebut kerana menyangkakan pelawak wanita Jihan Muse akan memenangi anugerah tersebut.

Sakinah turut bimbang sekiranya ada yang mempertikaikan kemenangan tersebut memandangkan dia bukan seorang pelawak, sebaliknya menyifatkan dirinya sebagai seorang yang 'gila-gila'.

"Nak cakap saya lawak ke atau tak lawak, sebenarnya memang saya tak lawak pun atas pentas . Jihan yang lagi lawak. Malah saya juga mengundi dia. Saya jangkakan dia yang menang sebab dia memang lawak.

"Sebenarnya sekarang saya takut kemenangan ini jadi isu sebab saya tak lawak. Tapi saya tak kisahlah dan tak beri tekanan pun pada saya. Saya hargai apa yang telah diberikan ini, Lagipun saya dah biasa kena bash (hentam) dengan haters," ujar Sakinah seperti dipetik daripada laporan Malaysian Digest.

Sakinah turut tidak fikir kontroversi yang pernah melandanya telah menyebabkan popularitinya melonjak, tetapi merasakan pengikut di akaun Instagram @FitnessSakinah banyak menyumbang kepada kemenangannya.

Bercerita tentang kariernya, Sakinah mengakui dia perlu memperbaiki mutu lakonannya.

"Kalau nak ikutkan selama ini saya lebih banyak bawa karakter serius dan psiko. Tapi orang nampak pada komedi, itu yang pelik juga. Namun apa pun, saya akui banyak lagi yang harus saya perbaiki," katanya lagi.

Sakinah bakal muncul dalam drama komedi arahan Michael Ang berjudul "Bimbi & Moni".

[Kredit foto: Malaysian Digest]

[Sumber]

Bekas Suami Hutang Abby Abadi Puluhan Ribu!

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi mendedahkan dia telah membuat satu laporan polis terhadap bekas suaminya Noor Farhan Che Bakar berikutan sikap lepas tangan dalam soal hak milik kereta dan duit.

Bekas Suami Hutang Abby Abadi Puluhan Ribu!

Dakwa Abby, bekas suaminya itu telah meminjam wangnya berjumlah puluhan ribu ringgit bagi membeli sebuah kereta untuk bekas adik iparnya.

"Janji-janji daripada dia kononnya untuk lunaskan wang itu daripada sebelum bulan puasa sampai bawa ke hari raya lalu langsung tidak ditunaikan.

"Sekarang dah lama raya habis dia masih berdiam diri. Nak tak nak pada 25 Ogos lalu saya terpaksa buat laporan di Balai Polis Taman Melawati untuk tindakan selanjutnya," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah Abby lagi, dia bukan sengaja mahu memperbesarkan perkara tersebut tetapi mahu memberi pengajaran kepada bekas suaminya.

"Usaha saya untuk menuntut semula hak saya secara baik sebelum ini tidak dilayan. Saya harap tindakan undang-undang ini akan memberi pengajaran kepadanya yang bersikap lepas tangan selama ini."

[Sumber]

Terlalu Sibuk Punca Maya Karin Putus Cinta

Ini mungkin berita baik buat jejaka-jejaka yang masih mahu mencuba nasib memikat pelakon jelita, Maya Karin.

Maya Karin Putus Cinta

Menerusi laporan akhbar tempatan, dia dikatakan sudah kembali solo selepas berpisah dengan cara baik dengan kekasihnya.

Sehingga ke hari ini, ramai yang masih tidak tahu siapakah lelaki yang pernah menghiasi hati Maya itu kerana dia memilih untuk merahsiakan identitinya.

Jelas Maya, selain faktor jarak dan kesibukan bekerja, banyak lagi sebab lain yang menjadi punca mengapa dia tidak mahu meneruskan hubungan itu.

Tak mengapalah. Mungkin selepas ini Maya boleh cuba mencari pengganti di kalangan jejaka tempatan.

Bila-bila masa saja boleh jumpa..

[Sumber]

Tasha Shilla Dan Kekasih Kantoi 'Projek' Dalam Bilik Air!?

Memang panas sungguh dakwaan kru produksi yang mengatakan pelakon Tasha Shilla berkelakuan sumbang dengan kekasihnya, Han dalam bilik air sewaktu penggambaran sebuah drama bersiri, baru-baru ini.

Tasha Shilla Dan Kekasih Kantoi 'Projek'

Perbuatan pasangan itu juga dikatakan mengundang rasa rimas dan dianggap tidak sensitif dengan keadaan sekeliling.

Terkejut dengan tuduhan itu, Tasha menerusi Harian Metro berkata, ini bukan kali pertama tuduhan sebegitu dilemparkan kepadanya.

"Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!.

"Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja?

"Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini.

"Ini tuduhan melampau dan memalukan," katanya.

Pada masa yang sama, Tasha melahirkan rasa kesalnya dengan fitnah tersebut kerana dia sudah menganggap kru produksi drama berkenaan seperti keluarganya.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan Han sememangnya ada datang untuk mengambilnya dan singgah sekejap sahaja.

Tak tahulah siapa yang bercakap benar.

Tapi, kalau ia hanya fitnah semata-mata, kasihan Shilla.

Tapi, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin kan..

Mungkin cara terbaik untuk mengelakkan tomahan sebegini ialah dengan bernikah secepat mungkin, amacam?

[Sumber]

Shae Tidak Terkenal Di Negara Sendiri

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang iaitu Shae tidak berasa malu untuk mengakui popularitinya di Indonesia tidak sehebat seperti mana di negara ini.

Shae

Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, 20, berkata, dia juga tidak tertekan dengan hal itu kerana menganggap rezeki masih belum berpihak kepadanya.

"Nama saya masih belum kuat di negara saya sendiri tetapi ia tidak membuatkan saya tertekan.

"Saya sendiri tidak tahu mengapa… tetapi itu bukan kerja saya untuk menentukan tentang perkara itu kerana itu semua kerja tuhan," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di pejabat Warner Music Malaysia di Mutiara Damansara di sini pada Selasa.

Shae hadir ke Malaysia bagi menerima penghargaan atas penjualan single Sayang yang terjual melebihi 1 juta unit secara digital.

Dalam pada itu, Shae bagaimanapun berkata, peminat di Indonesia semakin menyedari kehadirannya apabila lagunya itu semakin rancak dimainkan di radio.

Jelas Shae, sebagai penyanyi baharu dia perlu berusaha gigih untuk memastikan muziknya dapat diterima terutamanya di Indonesia.

"Belum popular bukan bererti ia penghujung kepada karier saya kerana itu tanda saya perlu lebih berusaha pada masa hadapan.

"Muzik dan nyanyian adalah cinta saya sejak kecil dan saya akan teruskan supaya dapat buat orang lain gembira dengan nyanyian saya," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kejayaan Sayang terjual melebihi 1 juta unit di Malaysia, Shae berkata, dia berasa terharu dengan penerimaan peminat di negara ini terhadapnya.

Tambahnya, kejayaan itu adalah luar biasa untuk pendatang baharu sepertinya dan amat menghargai sokongan peminat.

"Apabila saya dapat tahu lagu itu popular di Malaysia saya sudah cukup gembira apatah lagi diberitahu ia terjual lebih 1 juta. Ia luar biasa," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shae berkata, dia bakal mengumumkan satu kejutan istimewa buat peminatnya di Malaysia pada November depan.

"Ia sesuatu yang cukup istimewa dan peminat pasti akan teruja," katanya.-mStar

Erin Malik Terlebih Manja Bersama Tunang?

Pelakon Erin Malek menganggap sikap dan kelakuan manja dengan tunangannya Farriz Fauzy, 30, adalah perkara normal seperti yang dilakukan oleh pasangan kekasih yang lain.

Erin bersama tunang Farriz Fauzy
Erin bersama tunangnya Farriz Fauzy.

Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, berkata, status selebritinya membuatkan segala tindak tanduk yang dilakukan lebih menjadi perhatian lebih berbanding pasangan lain.

"Kami seperti pasangan bercinta yang lain sahaja, cuma mungkin mereka bukan selebriti jadi tidak diberi perhatian, lagipun apa salahnya saya manja dengan tunang saya.

"Bila dah dekat-dekat dengan tarikh kahwin ini ada-ada sahaja cerita buruk yang keluar dan saya anggap ia dugaan sahaja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Erin berkata demikian ketika diminta mengulas sebuah gosip diruangan pojok yang mendakwa dia dan pasangannya Farriz Fauzy berkelakuan manja 'sakan' hingga mengundang rasa tidak selesa orang ramai yang menghadiri sebuah acara Matta Fair minggu lalu.

Menurut laporan itu, Erin juga tidak menghiraukan sapaan yang dibuat oleh penulis ruangan pojok itu, malah bertindak lebih romantik apabila menerima teguran itu.

Jelas Erin, dia tidak pernah bersikap sombong dan tidak menghiraukan teguran daripada mana-mana pihak terutama orang yang dikenalinya.

Katanya, kemungkinan keadaan orang ramai yang bersesak-sesak di acara tersebut juga membuatkan dia kurang menyedari mana-mana teguran yang ditujukan kepadanya.

"Mana mungkin saya buat tidak tahu sahaja kepada orang yang menegur saya, terutama orang yang saya kenal. Mungkin saya tidak dengar ketika itu.

"Situasi di Matta Fair tempoh hari terlalu ramai orang, sehingga hendak jalan pun susah," ujarnya.

Dalam pada itu, Erin menganggap tuduhan tersbeut sebagai salah satu ujian kepadanya dalam menghitung detik bahagia bergelar isteri pada 10 Oktober depan.

Jelas Erin, dia enggan melayan dan memperbesarkan khabar angin buruk itu bagi mengelakkan daripada memberi tekanan kepada kedua-dua mereka menjelang hari perkahwinan tersebut.

"Saya sudah tahu akan ada cerita-cerita seperti ini, jadi saya awal-awal saya dan Farriz sudah bersedia tentang perkara-perkara buruk yang bakal kami hadapi."

"Saya tidak mahu ambil peduli sangat kerana tidak mahu ia akan memberi tekanan kepada kami banyak lagi yang perlu diuruskan," katanya.

Pasangan Erin dan Farriz mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 21 Jun lalu selepas empat bulan mengenali lelaki tersebut.

Sementara itu, Erin berkata, persiapan perkahwinannya sudah hampir siap dan dia kini mula mengedarkan kad undangan perkahwinanya kepada rakan-rakan terdekat.

Majlis pernikahannya akan berlangsung pada malam Jumaat, 10 Oktober depan di Hotel Intercontinantal, di Kuala Lumpur.

[Sumber]

Aidil Zafuan Tak Setuju Tuntutan RM300,000

Bekas suami dramatis Rita Rudaini, Aidil Zafuan telah memfailkan pembelaan di Mahkamah Tinggi Syariah selepas tidak bersetuju dengan tuntutan mutaah RM300,000 yang difailkan oleh Rita.

Aidil Zafuan

Menurut peguam pemain bola sepak kebangsaan ini, Roshdan Sujak Rafie, tuntutan yang dibuat oleh aktres itu adalah melampau daripada jumlah sepatutnya.

"Anak guam saya menyatakan jumlah yang diminta bekas isterinya itu adalah melampau daripada jumlah sepatutnya," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Pada masa sama, Roshdan turut memberi alasan kepada mahkamah mengenai sebab anak guamnya tidak hadir pada sebutan kali pertama di depan pendaftar 25 Ogos lalu.

"Alasan yang diberikan pada mahkamah adalah notis saman kes itu diserahkan kepada defenden tujuh hari sebelum tarikh sebutan.

"Ia satu tempoh masa yang singkat dan Aidil tidak sempat untuk membuat pelantikan peguam."

Mahkamah kemudian telah menetapkan 9 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Kekasih Britney Spears Skandal Dengan Pelakon Porno

Punca hubungan cinta Britney Spears dan bekas kekasih, David Lucado retak baru-baru ini terbongkar jua.

Kekasih Britney Spears Skandal Dengan Pelakon Porno

Menurut laporan Dailymail, Lucado rupa-rupanya menjalinkan hubungan dengan bintang porno, Cali Lee ketika dia dan Britney masih lagi bersama.

Walaupun Lucado cuba menyimpan rahsia itu, namun ia gagal selepas skandal itu dirakam oleh seorang penyiasat yang diupah oleh ayah penyanyi itu, Jamie.

Lucado juga sering dilihat keluar malam secara sembunyi sehingga membuatkan orang yang rapat dengannya curiga.

"Ayah Britney, Jamie antara yang paling tidak senang duduk apabila mencurigai dengan gerak geri Lucado.

"Rasa tidak senang hati membuatkan Jamie mengupah seorang penyiasat mengekori kemana saja Lucado pergi. Apabila mendapat tahu dia curang, ramai yang kesal terhadap perbuatannya itu," kata sumber.

Walaupun Britney kecewa dengan sikap Lucado, dia enggan terus meratapi kesedihannya kerana menganggap lelaki seperti Lucado tidak layak untuk ditangisi.

[Sumber]

Taylor Swift Masih Solo Sejak Putus Cinta

Sejak mengakhiri hubungan dengan Harry Styles, Taylor Swift beberapa kali dikhabarkan menjalinkan cinta dengan pelbagai lelaki.

Taylor Swift
Taylor dan Harry putus cinta pada awal tahun 2013.

Bagaimanapun, menerusi temubual bersama Rolling Stones, pelantun lagu I Knew You Were Trouble itu mengakui khabar angin yang dipaparkan adalah tidak benar kerana sehingga kini dia belum pernah menjalinkan hubungan dengan sesiapa pun sejak putus cinta dengan Harry.

"Saya belum menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa pun sejak putus dengan Harry. Mungkin ada yang tidak percaya tentang kenyataan saya ini tetapi itulah faktanya," kata Taylor.

Taylor dan Harry, yang merupakan salah satu anggota kumpulan One Direction pernah menjalinkan hubungan pada tahun 2012. Namun percintaan mereka berakhir pada awal 2013.

Tidak lama kemudian, Taylor dilihat akrab dengan penyanyi Ed Sheeran sehinggakan ada yang berpendapat mereka menjalinkan hubungan cinta.

[Sumber]

Ibu Nasihati Kilafairy Jauhi Golongan VVIP

Pelakon Kilafairy memberitahu, ibunya iaitu penyanyi Rohana Jalil sering memberi nasihat agar dia lebih berhati-hati dengan perlawaan golongan VVIP termasuk kerabat diraja.

Kilafairy

Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan, 22, berkata, perkara tersebut dijadikannya panduan agar lebih menumpukan perhatian terhadap bidang seni dan bukan mencari kemewahan serta populariti melalui jalan mudah.

"Bohonglah kalau tiada golongan VVIP atau kerabat cuba mendekati kerana semua yang menjadi artis pasti akan menerima ujian seperti ini. Mama (Rohana) banyak bagi nasihat untuk berhati-hati dan bercerita tentang pengalaman rakan-rakannya yang diganggu golongan VVIP dengan pelbagai cara.

"Ia terpulang kepada kita untuk terima atau tidak, saya tidak layan langsung kerana kalau dilayan nanti ia menjadi-jadi. Kalau boleh terus elakkan daripada pergi tempat-tempat yang ramai golongan seperti ini," ujarnya.

Kilafairy tidak layan perlawaan golongan kerabat diraja dan VVIP.

Tambah Kilafairy, kebanyakan taktik golongan VVIP apabila mereka menggunakan kenalannya untuk menjemput bagi menghadiri sesebuah acara dalam usaha memikat hati.

Dia tidak pernah melayan sebarang undangan, mesej atau panggilan telefon daripada mana-mana individu VVIP yang dirasakan cuba mendekatinya kerana tujuan tersebut.

Sementara itu, Kilafairy yang bakal muncul dalam drama terbitan Tonton Music berjudul Hanya Satu mengakui dia tidak pernah mengejar populariti atau sebarang anugerah.

Katanya, dalam tempoh ini dia masih dalam proses belajar dan mengasah bakat dalam bidang lakonan.

"Saya tidak ambil semua tawaran yang datang kerana saya berlakon bukan untuk mengejar populariti atau anugerah, sebaliknya sebagai proses mengasah bakat.

"Saya banyak tolak drama dan filem yang menawarkan watak yang sama sahaja iaitu antagonis, kalau boleh saya mahu cuba pelbagai watak," ujarnya.

[Sumber]

Siti Saleha Komen Dituduh Bergambar Lucah

Pelakon Siti Saleha tidak menganggap gambar yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya ketika bercuti di Pulau Tioman baru-baru ini sebagai keterlaluan dan lucah.

Siti Saleha Komen Dituduh Bergambar Lucah

Siti Saleha, 24, berkata, sebagai seorang selebriti dia sedar pergerakannya diperhatikan peminat dan sentiasa berhati-hati sekiranya ingin berkongsi gambar peribadi dalam laman sosial.

"Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik.

"Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial," katanya kepada mStar Online.

Saleha ditemui pada sidang media teater Asmara-Ra All Stars yang diadakan di Kaki Seni SS2 Mall di sini pada Selasa.

Saleha mengulas mengenai sekeping gambarnya yang dirakamkan daripada bahagian belakang badan sambil duduk di atas kayu di tepi pantai.

Pengikut profilnya menganggap gambar tersebut sebagai lucah dan Saleha menerima pelbagai kritikan daripada pengikut di laman sosial tersebut.

Dalam pada itu, Saleha berkata, dia tidak terlalu memberi perhatian terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap ia perkara biasa.

Bagaimanapun dia mengakui ada menyekat pengikut Instagram yang disifatkan melampau dan keterlaluan daripada mengikuti perkembangannya di laman tersebut.

"Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang terlalu melampau saya akan sekat mereka," ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dalam Asrama-Ra All Stars, Saleha berkata ini adalah kali kedua dia akan muncul di pentas teater.

Jelas Saleha, persembahan teater memberikannya kepuasan berbeza berbanding drama dan filem namun terpaksa menolak banyak tawaran daripada produksi kerana komitmen penggambaran.

"Kali terakhir saya berlakon teater adalah pada tahun 2009 iaitu Stage Theraphy dan saya cukup teruja apabila akhirnya dapat kembali ke pentas teater.

"Bukan tiada tawaran sebelum ini tetapi kekangan masa membuatkan saya terpaksa menolak kerana untuk berlakon teater kita ken berikan komitmen penuh," ujarnya.

Sumber: mStar

Iqram Mohon Maaf 'Pukul' Ayu Raudhah

Pelakon Iqram Dinzly memohon maaf kepada suami Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha jika dia terasa hati melihat isterinya dipukul teruk dalam filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3).

Iqram Mohon Maaf 'Pukul' Ayu Raudhah

Iqram, 33, berkata, sebagai suami, Zaquan mempunyai hak untuk berasa bengang apabila melihat babak Ayu dipukul tetapi pada masa sama pemain bola sepak itu perlu faham ia hanyalah lakonan semata-mata.

"Saya tidak boleh pertikaikan hak dia (Zaquan) sebagai suami apabila berasa marah melihat adegan tersebut.

"Dan saya memohon maaf sekiranya dia terasa hati sehingga mengeluarkan status meluahkan rasa tidak puas hati Ayu dipukul," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Pada petang Selasa, Zaquan yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan memuat naik status di Twitter meluahkan rasa tidak puas hati melihat adegan Ayu dipukul Iqram dalam Lagenda Budak Setan 3 (LBS3) ketika menghadiri pra tonton filem tersebut pada 27 Ogos lalu.

Adegan itu menyebabkan Zaquan bertegas tidak membenarkan isterinya berlakon lagi.

"Saya tak sanggup tengok isteri diperlakukan sebegitu.. lepas ini, no more shooting!!! #lagendabudaksetan3," luah Zaquan dalam Twitter miliknya.

Status tersebut membuatkan Iqram membalas komen Zaquan menyatakan ia hanyalah sebuah lakonan, bukannya seperti bermain bola sepak.

"Lu ingat berlakon dalam filem sama ke main bola sepak di padang. Bukannya wa rembat bini lu macam bola dowh!! Gentle Ahh. #lagendabudaksetan3," balas Iqram semula.

Sementara itu, Iqram mengakui, Ayu trauma selepas berlakon pada tiga babak pertama untuk babak pukul itu.

Kata Ayu, dia tidak pernah diperlakukan sebegitu kasar dan dia kemudiannya terus masuk ke bilik dan menangis. Saya datang memujuknya kerana ada satu lagi babak pukul antara saya dan dia. Dan kami berbincang untuk hanya melakukan satu 'take' sahaja.

"Ketika berlakon babak akhir, saya pun bersungguh menjiwai watak manakala Ayu pula benar-benar trauma dan menangis. Selepas selesai babak itu, saya meminta maaf terus kepadanya dan dia pun okey.

"Penggambaran itu pun berlaku dua tahun yang lalu. Tak sangka ia jadi isu pula," ujarnya.

Dalam filem arahan Sharad Sharan itu, Iqram memegang watak sebagai Shan yang terlalu menyayangi isterinya, Zahirah (Ayu). Namun Shan seorang yang kuat cemburu dan sering memukul isterinya apabila melihat mana-mana lelaki mendekatinya.

Ia juga mengisahkan tentang Kasyah, lakonan Farid Kamil yang kehilangan isteri dan anak ingin membina hidup baru dengan Kate (Maya Karin).

Mereka mengambil anak angkat selepas berkahwin.Bagaimanapun, rumah tangga mereka goyah apabila bekas suami Kate dan bekas rakan sekerja Kasyah kembalidalam hidup mereka dengan niat yang tidak baik.

Sumber: mStar

"Gosip Rumah Tangga Retak Mengaibkan" - Raja Farah

Pelakon Raja Farah meminta agar semua pihak menghentikan segala spekulasi dan khabar angin mengenai rumahtangganya yang dikhabarkan berantakan.

Raja Farah

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 26, berkata, khabar angin itu bukan sahaja tidak berasas, malah boleh menjejaskan rumah tangga yang dibina hampir empat tahun itu.

"Saya tidak tahu bagaimana cerita tentang rumah tangga saya boleh dijaja oleh orang luar yang tidak ada kena mengena dengan kami.

"Bohonglah kalau kami tidak pernah bergaduh tapi tidak sampai bergaduh besar hingga ingin berpisah seperti yang diperkatakan.

"Saya harap sangat spekulasi cerita tentang peribadi dan rumah tangga saya ini tidak diperkatakan lagi," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran drama siri original Tonton berjudul Hanya Satu di Empire Shopping Gallery, di sini, Rabu.

Raja Farah berkata demikian bagi mengulas khabar angin yang mengatakan rumah tangganya sedang bergolak berikutan dia mengambil keputusan untuk kembali semula dalam industri seni.

Raja Farah mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria pada 2010.

Selepas perkahwinan itu Raja Farah meninggalkan bidang lakonan bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.

Dalam pada itu, Raja Farah berkata, khabar angin tersebut tercetus apabila dia sering ke majlis-majlis hiburan secara bersendirian tanpa ditemani suami.

"Saya datang ke majlis hiburan sendirian atau bersama ibu saya kerana suami bekerja di Pulau Perhentian, Terengganu, manakala saya tinggal bersama keluarga di Shah Alam (Selangor).

"Mungkin kerana perkara itu membuatkan ramai pihak mula mempertikaikan status rumah tangga kami," ujarnya.

Raja Farah mengakui suaminya turut kecewa dengan spekulasi yang tersebar itu.

Jelasnya, cerita-cerita buruk tentang hal dalaman dan peribadi yang keluar itu boleh mengaibkan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Suami saya marah kerana gosip macam ni melampau dan mengaibkan kami. Kami tidak ada apa-apa masalah pun tetapi dituduh yang bukan-bukan.

"Sejak daripada dulu lagi ketika kami berkahwin pun orang tuduh saya sudah mengandung sebelum nikah, walhal sampai sekarang saya belum dikurniakan anak," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, keputusan untuk kembali semula berlakon adalah kerana terlalu merindui bidang yang ditinggalkannya itu.

Dia meminta keizinan dan pendapat suami terlebih dahulu sebelum menerima sesuatu tawaran.

"Saya rindu nak berlakon semula dan bosan juga duduk sahaja di rumah. Saya minta pendapat suami dulu sebelum ambil keputusan ini dan Alhamdulillah dia setuju.

"Namun ada batasannya sebagai seorang isteri untuk terima watak tertentu dan kalau boleh yang tidak menganggu tanggungjawab sebagai isteri," katanya.

Sementara itu, Raja Farah bakal muncul sebagai bintang jemputan dalam drama Hanya Satu yang akan bersiaran pada pukul 12 tengah hari bermula 15 September.

Drama itu boleh disaksikan di laman web Tonton music www.tontonmusic.com.my.

Ia turut diterajui oleh Syarif (Sleeq), Kilafairy, Qhaud Rashid dan Wan Sharmila.

Sumber: mStar

"Tuduhan Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Mengarut" - David Teo

Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) iaitu David Teo menyifatkan isu pihaknya tidak menjelaskan bayaran baki duit lakonan Aeril Zafrel dan isteri, Wawa Zainal termasuk duit duta produk yang bernilai puluhan ribu ringgit sebagai mengarut.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

David berkata, memandangkan pasangan itu menamatkan kontrak lebih awal tanpa membuat perbincangan, mereka tidak layak bertanyakan sebarang bayaran yang tertunggak.

"Kedua-dua mereka tidak mengikut kontrak dan menamatkan perjanjian serta-merta tanpa sebarang perbincangan dengan MIG.

"Sedangkan pihak kami meminta mereka datang untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut, tetapi baik Aeril mahupun Wawa, mereka buat tak endah sahaja," katanya kepada mStar Online.

David Teo diminta mengulas mengenai dakwaan Aeril menerusi laporan media mengatakan pihak MIG masih lagi berhutang dengannya dan isteri bernilai puluhan ribu ringgit.

Sebelum itu, timbul juga isu Aeril menerusi Instagram miliknya meminta agar pihak MIG memulangkan kembali pakaian serta dokumen penting mereka di dalam kenderaan jenis Suzuki Swift yang dilaporkan hilang setahun lalu.

Kereta itu difahamkan sudah ditemui semula oleh pihak MIG yang merupakan pemilik kereta terbabit.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 27, meninggalkan MIG pada akhir tahun 2012, diikuti pula dengan Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 23, yang keluar daripada syarikat pengurusan tersebut pada Oktober 2013.

Mereka membuat keputusan meninggalkan MIG sebelum tamat kontrak selepas kedua-duanya mengumumkan perkahwinan rahsia mereka.

Pasangan itu telah bernikah sebanyak dua kali masing-masing pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013 di Taman Datuk Harun, di sini.

Sementara itu, David berkata, dia tidak tahu apa-apa mengenai dokumen mahupun pakaian yang berada dalam kereta tersebut dan berasa pelik apabila Aeril masih lagi memperbesarkan isu kehilangan kereta itu dengan menuduh MIG menjadi puncanya sedangkan kenderaan berkenaan milik syarikat itu sepenuhnya.

Kata David, pihak MIG pada mulanya telah membelikan kereta itu untuk dipinjamkan kepada Wawa dengan konsep skim sewa beli, memandangkan pelakon itu tiada kenderaan.

Bagaimanapun disebabkan Wawa bukan lagi menjadi artis naungan MIG, maka pihak syarikat berhak mengambil semula kereta tersebut.

"Di MIG, saya mengamalkan konsep seperti pihak kerajaan buat bagi membantu golongan susah menerusi skim sewa beli di mana kami menyediakan rumah dan kereta buat para pelakon menerusi skim tersebut.

"Memandangkan Wawa tidak lagi membayar sewa kereta, maka kereta tersebut sudah semestinya dipulangkan kepada kami. Itu pun kami jumpa kereta itu selepas Wawa memberitahu tentang kehilangan kereta itu," ujarnya.

Sementara itu, David berkata, dia penat dengan sikap Aeril yang tidak sudah-sudah memfitnahnya. Perkara itu membuatkan pihaknya dinasihatkan oleh peguam untuk mengumpul segala bukti berkaitan isu-isu membabitkan Aeril dan Wawa.

Bagaimanapun, David belum terfikir lagi untuk membuat sebarang tindakan undang-undang terhadap pasangan itu.

"Walaupun macam-macam terjadi, saya masih lagi menganggap mereka sebagai anak-anak yang mahu membesar. Dan saya percaya setiap kesilapan yang dilakukan akan menjadi pengajaran. Begitu juga dengan mereka, yang masih lagi belajar tentang kehidupan," tuturnya.

Sumber: mStar

Brangelina Derma Wang Jualan Foto Perkahwinan

Pasangan pengantin baharu Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan akan menyumbangkan wang hasil jualan foto perkahwinan mereka kepada dua majalah terkenal kepada badan kebajikan.

Brangelina

Daily Mail melaporkan pasangan yang lebih dikenali dengan nama Brangelina itu dilaporkan menerima bayaran sebanyak USD5 juta (RM15 juta) hasil penjualan foto kepada dua majalah tersebut.

"Mereka berdua perkahwinan itu bukan sahaja dapat menggembirakan mereka tetapi pada masa sama dapat membantu badan amal dengan menjual hak penyiaran foto perkahwinan mereka," kata sumber pasangan tersebut.

Brangelina memang terkenal dengan aktiviti kebajikan yang dilakukan di seluruh dunia dan menurut sumber itu lagi keputusan yang dibuat mereka bukan satu kejutan.

Pasangan berkenaan berkahwin secara rahsia di kediaman mewah mereka di Perancis dan hanya dihadiri oleh enam anak mereka dan keluarga terdekat.

Angelina tampil dengan gaun pengantin istimewa yang mana turut mengabadikan karya lukisan anak-anaknya.

Sumber: mStar

Nora Danish Terima Ancaman Rogol

Pelakon Nora Danish telah menerima komen-komen berbau lucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.

Nora Danish Terima Ancaman Rogol

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk merogol pelakon itu secara beramai-ramai.

"Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.

Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen:

"I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch."

Nora Danish Terima Ancaman Rogol [2]

Foto tersebut mendapat pujian daripada kebanyakan pengikut-pengikutnya yang menyifatkan Nedim seorang lelaki yang romantis.

Bagaimanapun, salah seorang pengikut Nora, @muhd_akmal95 pula memberi beberapa komen lucah dan turut memberi cadangan kepada pengikut untuk merogol pelakon itu beramai-ramai.

Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh.

Malah, pengikut-pengikut Nora meminta pelakon itu mengambil serius terhadap komen @muhd_akmal95 kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.

Peminat Nora meminta dia untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat laporan polis terhdap @muhd_akmal95 . Komen dia sudah melebih-lebih," kata @nzaifa.

mStar Online yang cuba mendapatkan komen daripada Nora bagaimanapun wanita itu gagal dihubungi.

Sumber: mStar

Emma Watson Tinggal Bersama Kekasih

Hubungan pelakon filem Harry Potter iaitu Emma Watson dan kekasihnya, Matthew Janney nampaknya semakin serius apabila pasangan itu tinggal bersama.

Emma

Daily Mail melaporkan Emma dilihat sibuk memindahkan barang-barang daripada apartmennya untuk dibawa masuk ke rumah baharu mereka yang terletak di pinggir kota London.

Keputusan pasangan itu untuk tinggal bersama agak mengejutkan kerana hubungan mereka baharu sahaja menjangkau usia sembilan bulan.

Mereka bertemu pada Disember tahun lalu ketika menghadiri pertandingan sukan ragbi yang disertai oleh Matthew di London dan kelibat pasangan itu dilihat mesra sebulan kemudian.

Sumber: mStar