Emma Maembong Nafi Letak Harga Tinggi

Aktres Emma Maembong menafikan dakwaan dia sudah mula berubah sikap dan meletakkan harga tinggi, sebaliknya memberitahu ia masih boleh dirunding mengikut bajet sesebuah syarikat produksi tersebut.

Emma Maembong Nafi Letak Harga Tinggi

Dipetik daripada laporan mStar, Emma berkata demikian selepas sebuah ruangan pojok dalam akhbar mingguan pada Ahad mengatakan aktres berusia 22 tahun ini meletakkan harga tidak masuk akal iaitu RM10,000 untuk tiga hari penggambaran sebuah telefilem.

"Terkejut dibuatnya apabila saya dikatakan sudah demand. Sedangkan saya seorang yang senang berunding mengikut bajet produksi.

"Lagipun urusan jadual dan penetapan harga dibuat oleh pengurus, bukannya saya," ujarnya.

Menurut artikel itu, permintaan Emma telah menyebabkan produksi tersebut mencari pelakon lain kerana tawaran yang diberikan adalah watak sampingan dan tempoh penggambaran pula hanya memakan masa beberapa hari sahaja.

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail ini mengakui ada produksi menghubunginya bagi menawarkan watak sampingan dimana penggambaran mengambil masa dua hingga tiga hari.

Namun disebabkan dia tidak pernah mengambil tawaran lakonan yang memakan tempoh penggambaran dalam jangka masa pendek, dia memberitahu harga yang biasa diletaknya untuk watak utama.

"Memandangkan saya tidak pernah mengambil tawaran tempoh penggambaran jangka pendek, saya berkata pada kru yang menghubungi saya itu bahawa biasanya saya meletakkan harga RM10,000 untuk watak utama yang mengambil masa penggambaran selama seminggu. Itu pun terpulang pada bajet produksi.

"Saya bertanya kepada kru tersebut berapa mereka boleh bayar kerana saya memang tidak tahu nak letak harga. Kemudian dia cakap, tunggu skrip dah siap, dia akan hubungi saya semula," katanya.

Tambah kekasih kepada pelawak Zizan Razak ini lagi, dia membuat keputusan untuk menerima tawaran baru kerana menganggap mereka sudah dapat pelakon lain memandangkan agak lama dia menunggu panggilan telefon daripada kru tersebut.

"Sekiranya tuduhan yang dimaksudkan itu datang daripada produksi sama, saya rasa tidak patut mereka menyebarkan perkara itu kerana nak diikutkan, daripada awal lagi, saya tanya berapa bajet mereka? Saya pun tidak pernah berkira dengan mana-mana produksi pun," akhirinya.

[Kredit foto: Instagram Emma Maembong]

[Sumber]

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon