Sharifah Sakinah Pelakon Lawak Wanita Paling Popular 2014

Pelakon Sharifah Sakinah mengejutkan banyak pihak apabila diumumkan sebagai Pelakon Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor, Shah Alam pada Jumaat lalu.

Sharifah Sakinah Pelakon Lawak Wanita Paling Popular 2014

Malah adik kepada Sharifah Shahira ini turut terkejut dengan kemenangan tersebut kerana menyangkakan pelawak wanita Jihan Muse akan memenangi anugerah tersebut.

Sakinah turut bimbang sekiranya ada yang mempertikaikan kemenangan tersebut memandangkan dia bukan seorang pelawak, sebaliknya menyifatkan dirinya sebagai seorang yang 'gila-gila'.

"Nak cakap saya lawak ke atau tak lawak, sebenarnya memang saya tak lawak pun atas pentas . Jihan yang lagi lawak. Malah saya juga mengundi dia. Saya jangkakan dia yang menang sebab dia memang lawak.

"Sebenarnya sekarang saya takut kemenangan ini jadi isu sebab saya tak lawak. Tapi saya tak kisahlah dan tak beri tekanan pun pada saya. Saya hargai apa yang telah diberikan ini, Lagipun saya dah biasa kena bash (hentam) dengan haters," ujar Sakinah seperti dipetik daripada laporan Malaysian Digest.

Sakinah turut tidak fikir kontroversi yang pernah melandanya telah menyebabkan popularitinya melonjak, tetapi merasakan pengikut di akaun Instagram @FitnessSakinah banyak menyumbang kepada kemenangannya.

Bercerita tentang kariernya, Sakinah mengakui dia perlu memperbaiki mutu lakonannya.

"Kalau nak ikutkan selama ini saya lebih banyak bawa karakter serius dan psiko. Tapi orang nampak pada komedi, itu yang pelik juga. Namun apa pun, saya akui banyak lagi yang harus saya perbaiki," katanya lagi.

Sakinah bakal muncul dalam drama komedi arahan Michael Ang berjudul "Bimbi & Moni".

[Kredit foto: Malaysian Digest]

[Sumber]

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon