Masihkah anda ingat beberapa buah filem berbajet besar yang pernah digembar-gemburkan bakal menjadi antara filem termahal tempatan beberapa tahun yang lalu?
Pernah dilaporkan beberapa buah media tempatan, filem-filem ini khabarnya bakal mencipta sejarahnya tersendiri kerana membabitkan kos penerbitan filem yang mencecah jutaan ringgit.
Kemungkinan besar ada masalah yang timbul semasa proses penggambaran dijalankan seperti para penaja menarik diri disaat akhir dan menyebabkan filem-filem ini tergendala dan tidak dapat disiapkan sepenuhnya.
Mari kita imbas kembali antara lima buah filem yang pernah dikatakan bakal menjejakkan kaki ke panggung namun sepi tanpa khabar berita seperti yang dipetik dari Perang Filem.
Mat Kilau
Filem ini berkisar mengenai sejarah perjuangan pahlawan Melayu "Mat Kilau" pernah dilancarkan sekitar tahun 2004 oleh syarikat penerbitannya Lagenda Studio yang diketuai oleh Rodzee A Razak.
Majlis pelancaran filem ini yang berlangsung di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang itu turut dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Kos penerbitan filem ini yang dikatakan mencecah RM10 juta ini turut dikatakan bakal menjadi filem kedua termahal selepas Puteri Gunung Ledang kerana banyak menggunakan teknologi terkini dalam bidang perfileman terutama imej janaan komputer (CGI) dan grafik 3D.
Filem yang dibintangi pesilat muda Hairul Nizam, Mazlina Omar, Khir Rahman, Shaharuddin Thamby, Badrul Muhayat dan Z Zamri bagaimanapun tidak menjadi kenyataan dan senyap begitu sahaja.
Mek Ani
Karya yang pernah mendapat perhatian ramai sejurus pengumuman bajetnya yang berjumlah RM5 juta ini turut menjadi misteri apabila tidak dapat direalisasikan sebagaimana perancangan awal.
Pihak penerbit Wan's Productions yang diterajui oleh Wan Noraini atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Wan pernah mendakwa dirinya terpaksa melambatkan pembikinan filem ini kerana barisan pelakonnnya masih belum cukup persediaan untuk melakonkan watak masing-masing.
Beliau turut menjelaskan pihak produksi masih memerlukan masa lagi untuk melatih skil tertentu seperti tarian Mak Yong kepada para pelakon.
Antara pelakon yang terlibat dengan filem berkenaan adalah Zul Huzaimy, Fauziah Nawi dan juga beberapa wartawan Harian Metro yang turut melihatkan bakat lakonan masing-masing seperti Abie Abdullah, Sharina Ahmad Hadzim dan Ismail Wakiri.
Empayar: Dendam Taming Sari
Berlatarkan zaman kerajaan Melayu Melaka dan Majapahit, filem ini turut diam seribu bahasa walaupun pernah menjanjikan tiga sekuel bakal diterbitkan untuk jangka waktu yang agak panjang.
Bercita-cita untuk mewujudkan kembali empayar hebat pada zaman dahulu, filem ini banyak menggunakan 70 peratus visual CGI untuk menunjukkan suasana gemilang kerajaan silam pada ketika itu.
Pengarah filem berkenaan Alan Wong pernah memaklumkan tugas menyiapkan filem ini sangat mencabar kerana memerlukan kekuatan imaginasi agar kelihatan realistik dan gah pada visual.
Walaupun perancangan rapi dilihat telah hampir siap sepenuhnya, namun ia tidak menjadi. Andai filem ini dapat disiapkan pastinya kita dapat melihat kehebatannya seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
Bunian: Mahkota Seri Helang
Komposer terkenal tanah air Adnan Abu Hassan pernah membuat kejutan apabila bergelar penerbit filem menerusi filem sulung terbitan produksi miliknya Fantasy Film berjudul "Bunian: Mahkota Seri Hilang".
Filem epik yang menelan belanja sebanyak RM3.5 juta ini merupakan taruhan sulungnya dengan membabitkan bintang handalan seperti Rusdi Ramli, Nasha Aziz, Ery Putra, Beego, Ridzuan Hashim serta pendatang baru Mimi Rahzia sebagai teraju utama.
Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang Rosman yang terjerumus ke dalam alam bunian setelah terjatuh ketika mendaki gunung dan telah dibantu oleh Puteri Manja Sakti dan di bawa ke perkampungan orang bunian. Namun, konflik mula timbul apabila berlaku perebutan cinta oleh pihak ketiga dan keinginan Rosman yang ingin kembali semula ke alam nyata.
Tidak kesampaian nampaknya untuk melihat Datuk Siti Nurhaliza menyanyi lagu tema berkonsepkan 'joget bangra' untuk filem ini.
Between Two Skies
Masih tiada sebarang perkembangan terkini mengenai filem arahan Prof Madya Razak Mohaideen yang khabarnya menelan kos sebanyak RM7 juta ini.
Ada juga yang melaporkan belanja filem tersebut dianggarkan bernilai hampir RM10 juta, kurang lengkap maklumat yang diberikan namun filem ini turut menerima nasib yang sama seperti filem-filem epik yang tersenarai di atas.
Razak juga pernah memaklumkan kepada pihak media mengenai perancangannya yang sudah memasuki ke peringkat akhir termasuk skrip dan perbincangan serta beberapa draf sudah dihasilkan dan hanya tinggal proses untuk mendapatkan dana sahaja.
"Between Two Skies" (Antara Dua Langit) menceritakan kisah mengenai tentera Australia di Malaysia dan turut menarik minat kerajaan Austalia untuk memberi dana, namun harapan tinggal harapan filem ini berkubur begitu sahaja.
[Sumber]

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon