Bekas Suami Kesal Sikap Abby Abadi

Bekas suami pelakon dan penyanyi Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar kesal dengan sikap bekas isterinya yang membuat laporan polis mendakwa dia tidak mahu membayar hutang.

Bekas Suami Kesal Sikap Abby Abadi

Menurut Farhan, dia pernah cuba menjelaskan sebahagian hutangnya iaitu RM5,000 namun ditolak Abby kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang sekaligus.

"Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya," ujarnya yang dipetik dari mStar.

Pada masa sama, Farhan turut menyangkal jumlah hutangnya mencecah puluhan ribu dan berkata tuduhan Abby terhadapnya bersifat mahu mengaibkannya.

"Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pulah gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja merosakkan reputasi dan memalukan saya."

Dalam pada itu, Farhan memberitahu dia kini hanya mampu bersabar dengan segala tuduhan dan fitnah yang dilempar kepadanya.

"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad."

[Sumber]

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon