Den Wahab Tidak Halalkan Hutang ND Lala

Pelakon Den Wahab enggan memikirkan lagi tentang wang sebanyak RM15,000 yang pernah dipinjam oleh penyanyi ND Lala kira-kira 14 tahun lalu, tetapi memberitahu ia tidak bermakna dia menghalalkan hutang tersebut.

Den Wahab Tidak Halalkan Hutang ND Lala

"Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.

"Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," ujar Den seperti dipetik dari mStar.

Bapa kepada penyanyi Shila Amzah dikatakan telah meminjam wang sebanyak RM15,000 sekitar tahun 2000 bagi merakamkan lagu untuk sebuah parti politik.

Jelas Den atau nama sebenarnya Zaharudin Abdul Wahab, ND Lala tidak pernah menghubunginya selepas berjanji untuk memulangkan wang tersebut secara ansuran, malah turut bertindak melarikan diri apabila terserempak di acara hiburan.

Den menyatakan kekesalannya apabila ND Lala tidak berpegang pada janji dan turut merosakkan nilai persahabatan serta orang yang ikhlas membantu ketika dia dalam kesusahan.

Bercerita tentang waktu itu, Den memberitahu dia telah dinasihatkan oleh rakan-rakan artis lain agar tidak membantu penyanyi tersebut, tetapi dia tidak sampai hati dan berfikiran positif.

Sementara itu, Den sempat mengulas tindakan anak ND Lala yang mengkritik kredibiliti media Melayu selepas konsertnya yang berlangsung baru-baru ini dikatakan tidak mendapat sokongan.

Akui tidak terkejut dengan perkara tersebut, Den memberitahu tindakan Shila itu akan merosakkan reputasinya sendiri.

"Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah," katanya lagi.

[Sumber]

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon