Felixia Yeap Pilih 5 Ramadan Ucap Dua Kalimah Syahadah

“Saya akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis),” kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Felixia Yeap Pilih 5 Ramadan Ucap Dua Kalimah Syahadah

Felixia, 28, berkata, dia memilih 5 Ramadan kerana jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

“Tarikh 5 Ramadan iaitu jatuh pada 3 Julai ini ialah ‘birthday’ (hari jadi) saya,” katanya.

Menyentuh mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam khususnya di Malaysia tidak meninggalkan puasa.

Beliau turut menyebut mengenai ciri-ciri suami idamannya yang diharapkan lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.

“Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah,” katanya.

Pada April lalu, bekas model majalah Playboy itu mengesahkan dia bakal mengucap dua kalimah syahadah pada Ramadan tahun ini, malah sudah tidak sabar untuk menunaikan ibadah puasa.

Katanya, dia mempunyai sebab sendiri belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, dia masih perlukan masa dan buat masa ini, dia sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.

“Jika ada kesempatan, saya juga menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih faham mengenai Islam,” katanya yang ditemui selepas sesi fotografi baju kurung myjubah.com, baru-baru ini. -Harian Metro

Hidung Scarlett Johansson Paling Sempurna!

LOS ANGELES - Pelakon seksi Scarlett Johansson dinobatkan memiliki hidung paling sempurna menerusi satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar pembedahan plastik daripada Universiti New York.

Jessica Biel, Kate Middleton, Kate Beckinsale and Scarlett Johansson Nose
Jessica Biel, Kate Middleton, Kate Beckinsale dan Scarlett Johansson.

Mereka berpendapat kedudukan hidung bintang filem Captain America: The Winter Soldier itu sangat ideal selain sepadan dengan bentuk mukanya.

Kajian yang diketuai oleh Doktor Omar Ahmed itu dilakukan ke atas 4,000 orang peserta lelaki dan perempuan daripada golongan kulit putih serta berusia antara 18 hingga 25 tahun.

Mereka melakukan perbandingan kedudukan hidung bermula dari bahagian atas bibir hingga ke hujung tulang hidung dengan unjuran 96, 101, 106, 111 dan 116 darjah pada muka mereka.

Beberapa nama besar seperti pelakon filem The Devil and the Deep Blue Sea, Jessica Biel yang memiliki kedudukan hidung dengan ukuran 106 darjah berkongsi tempat dengan pelakon jelita, Eliza Graves yang dianggap sangat sesuai.

Isteri kepada Putera William, Kate Middleton turut tersenarai dalam golongan individu yang memiliki hidung yang menawan dengan kedudukan 103 darjah.

Kajian tersebut turut mengatakan kedudukan hidung yang sempurna berada antara unjuran 104 darjah hingga 108 darjah kerana dilihat sempurna selain memiliki ciri-ciri klasik.

Walaupun hidung Johansson itu dianggap paling sempurna, kebanyakan individu yang ingin melakukan pembedahan plastik didapati akan memilih untuk kelihatan seperti bintang realiti televisyen, Kim Kardashian. -Agensi

Farid Kamil Maafkan Sikap Cemburu Buta Diana

Aktor kacak Farid Kamil meminta semua pihak supaya memaafkan tindakan isterinya aktres Diana Danielle yang terkilan terhadap tindakan Nora Danish yang memuat naik foto menyentuh tangan suaminya ketika sesi fotografi promosi sebuah filem baru-baru ini.


Farid, 32, yang ditemui sempena majlis pelancaran 'Kad Amal & Kad Ucapan Hari Raya' untuk filem "Lagenda Budak Setan 3" di Red Box Sogo Kuala Lumpur menjelaskan tindakan Diana itu hanyalah perkara biasa sebagai seorang wanita yang mempunyai perasaan cemburu terhadap orang yang dikasihinya.

"Perkara ini tidak perlu diperbesarkan dan saya harapkan pihak tertentu dapat maafkan tindakan dia. Saya anggap perkara ini tak perlu dijadikan isu kerana biasalah ianya luahan seorang wanita," ujarnya.

Terdahulu, Diana telah memuat naik status berbaur cemburu terhadap Nora di laman Instagramnya yang memegang tangan Farid di majlis promosi filem "Pengantin Malam".

Walaupun mengakui agak terkejut dengan tindakan isterinya itu, namun Farid mengambil pendekatan positif dengan menganggap semua ini sebagai lumrah kehidupan di dalam alam perkahwinan.

"Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara ini dan biasalah setiap hari ada sahaja perkara baru yang kita belajar dan masing-masing masih dalam proses pembelajaran dalam kehidupan berumah tangga," jelas Farid.

Bagaimanapun, kejadian ini tidak memberi kesan terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon dan pihak pengurusan Farid, MIG telah pun menjelaskan perkara ini sebaik mungkin agar tidak berlaku salah faham di masa akan datang.

Sementara itu, Farid juga menganggap kejadian ini sedikit sebanyak memberi publisiti terhadap filem "Pengantin Malam" yang sedang rancak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Farid bakal sibuk mempromosikan filem "Lagenda Budak Setan 3","Pengantin Malam" serta bakal keluar dengan filem "Anak Jantan" tidak lama lagi. -Tupai.com.my

Julia Ziegler Tiduri Produser Demi Tawaran Lakonan?

Banyak pula kontroversi yang melibatkan pelakon Julia Ziegler, akhir-akhir ini.


Jika sebelum ini dia dikatakan mabuk sewaktu berada di luar negara dan bersikap biadap dengan tuan rumah sewaktu menjalani penggambaran drama, kali ini pelakon itu dikatakan telah tidur dengan seorang produser lelaki.

Kononnya, perkara itu dilakukan semata-mata mahu mendapatkan tawaran drama terbitan syarikat produksi milik lelaki itu.

Bagaimanapun, Julia menerusi Malaysian Digest menafikan sekeras-kerasnya gosip itu dan menganggap ia sebagai satu lagi cubaan untuk memfitnahnya.

“Saya akui saya memang berkawan rapat dengan dua orang produser tetapi kedua-dua mereka perempuan dan bertudung pula tu. Buat apa pula saya nak tidur dengan mereka? Lagipun cerita sebegini pernah timbul semasa saya mula-mula berlakon dulu. Apa yang didakwa itu fitnah.

“Kalau saya kenal seseorang produser lelaki itu, saya akan kenal sekali isteri serta anak-anaknya.

“Saya tak perlu tidur dengan sesiapa untuk dapatkan job atau apa saja tawaran berlakon. Rezeki tu bukan datang daripada mereka pun, rezeki datang dari Allah. Kalau saya dapat satu satu job tu, Alhamdulillah. Kalau tidak, bermakna ia bukanlah rezeki saya,” jelasnya.

Apa yang boleh kami katakan, bersabarlah Julia jika perkara itu tidak benar.

Nama pun selebriti, telan sajalah segala kontroversi.

Sumber: Mynewshub.my

Uqasha Senrose Berhijab Untuk Tutup Kontroversi Lalu?

Umum mengetahui pelakon Uqasha Senrose sudahpun tampil dengan imej baru iaitu berhijab.

Uqasha Senrose Berhijab Untuk Tutup Kontroversi Lalu

Biarpun rata-rata peminat memuji penampilan pelakon itu, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menyelitkan kata-kata nakal atas perubahan itu.

Memetik Sinar Harian, wujud dakwaan yang mengatakan Uqasha berhijab semata-mata mahu menutup kontroversi buruk yang pernah menimpanya sebelum ini.

Tanpa menyatakan apakah kontroversi itu, kami yakin ramai yang tahu isu panas yang pernah melanda dirinya ketika awal-awal penglibatannya dalam dunia hiburan.

Rasanya, tak manis untuk kami ungkit lagi cerita itu…

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh Uqasha yang memberitahu, perubahan itu adalah kerana dia benar-benar mahu berubah dan bukannya hangat-hangat tahi ayam.

“Kalau betullah mereka kata saya berhijab kerana mahu tutup kontroversi sebelum ini, sudah tentu saya pakai sejak dulu lagi.

“Setiap manusia akan belajar daripada kesilapan lalu dan dari situ jugalah timbul kesedaran. Perkara sama juga berlaku dalam hidup saya.

“Sekarang ini sudah tiba masa untuk saya berubah dan saya berhijab. Niat apa dan apa perasaan saya itu semuanya antara saya dan Tuhan,” katanya.

Sabarlah Uqasha. Memang lumrah sesetengah manusia untuk sentiasa mencari salah orang lain.

Apa yang penting, teruslah beristiqamah dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dengan niat kerana-Nya, bukan kerana pandangan manusia.

Sumber: Mynewshub.my

Hanez Suraya Putus Cinta Dengan Suami Orang?

Pelakon Hanez Suraya yang sebelum ini terpalit kontroversi gara-gara berpacaran dengan suami orang, Romie Razin Adilha, memberitahu bahawa dia sudah pun ‘mengorbankan’ hubungannya.

Hanez Suraya Putus Cinta Dengan Suami Orang

Katanya, keputusan itu diambil kerana tidak mahu dikaitkan dengan masalah rumahtangga Romie dan Liyana yang dikatakan sudah bergolak sebelum mereka bertemu.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.

“Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya.

“Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini.

Hanez Suraya Putus Cinta Dengan Suami Orang [2]

“Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa juga masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.

“Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku dan ia sangat tidak bagus,” jelasnya.

Pada masa yang sama, kami tertarik dengan kenyataan Hanez yang menyebut, jika rumahtangga Liyana dan Romie boleh diselamatkan, dialah orang yang paling gembira untuk mereka.

Hmm…betul ke? Jangan selepas ini Hanez dilihat masih berkepit lagi dengan Romie sudahlah.

Bak kata orang, berpeganglah pada kata dan bukan sekadar mainan di mulut sahaja..

Sumber: Mynewshub.my

Scha Dan Awal Ashaari Bakal Timang Anak Perempuan

Rasanya, ketibaan cahaya mata pasangan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari adalah antara berita yang cukup dinantikan oleh para peminat mereka.

Scha Dan Awal Ashaari Bakal Timang Anak Perempuan

Berada pada minggu kehamilan yang ke-34, Scha kini boleh dikatakan hanya menunggu masa sahaja untuk bersalin.

Terbaru menerusi Murai.com, pasangan itu mengesahkan yang mereka bakal menerima bayi perempuan dan diumumkan secara eksklusif sewaktu program HLive!, malam tadi.

Ditanya mengenai nama, Scha memberitahu yang mereka mungkin akan memberikan nama yang lebih klasik seperti Zara, Cempaka atau Melur.

Pada masa yang sama, Awal turut bercerita mengenai rancangan berpantang isterinya nanti.

“Saya cadangkan Scha berpantang selama 100 hari. Tapi semuanya terpulang pada diri dia dan keselesaan dia. Lagipun Scha akan berpantang semasa Aidilfitri nanti.

“Saya kurang pasti jika dia boleh elak godaan ketupat, rendang dan minuman bergas,” katanya.

Apapun, kami doakan semoga segalanya dipermudahkan buat pasangan ini untuk menimang cahaya mata sulung mereka.

Sumber: Mynewshub.my

Pelakon Erin Malik Selamat Bertunang

Pelakon Erin Malik, 20, mengikat tali pertunangan dengan Farriz Fauzy, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Duta Suria Residency di Ampang, malam Sabtu.

Pelakon Erin Malik Selamat Bertunang

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh bapa saudara yang mewakili pihak lelaki, Zarak Kamal.

Sementara itu, pihak Erin juga diwakili oleh bapa saudaranya, Zulkifli Sulaiman.

Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek.

Manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran terdiri daripada jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.

Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Farriz, Wan Nor Azmah.

Pada majlis tersebut, Erin tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Azura Couture berserta pelamin bertemakan ‘Fairy Blossom’.

Sementara itu, Erin yang ditemui selepas majlis selesai bersyukur dan lega semuanya berjalan lancar.

Biarpun membina hubungan istimewa dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Erin yakin lelaki tersebut adalah pilihan yang tepat buat dirinya.

“Kami berkenalan pada Januari lalu dan baru empat bulan mengenali, namun dalam tempoh yang singkat itu banyak perkara yang meyakinkan kami untuk ke peringkat seterusnya.

“Dia seorang yang memang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan saya pula tidak ada masalah dalam hal berkahwin pada usia muda,” katanya kepada mStar Online, pada malam Sabtu.

Manakala Farriz memberitahu Erin merupakan seorang wanita yang matang walaupun baharu berusia 20 tahun.

Dia juga percaya keserasian dan kesefahaman antara mereka berdua mampu membina sebuah keluarga dalam masa terdekat ini.

“Sasaran saya adalah untuk berkahwin pada usia 30 tahun dan saya jumpa Erin pada masa yang tepat.

“Saya tidak mahu menghabiskan banyak masa dengan bercinta, sementara kedua-dua belah keluarga memang sudah bersetuju untuk mempercepatkan perkahwinan yang mana asalnya dirancang pada tahun hadapan,” katanya.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 10 Oktober depan.

Turut hadir pada majlis tersebut beberapa rakan artis seperti Fasha Sandha, Arja Lee dan Faralyna Idris. - mStar Online

Amy Search Marah Nabila Huda Dengan Kata-Kata Kesat

Nampaknya kemarahan lagenda rock Amy Search kepada anaknya Nabila Huda sudah pun meluap-luap sehingga tidak dapat dibendung lagi dek perangai anaknya itu.

Amy Search Marah Nabila Huda Dengan Kata-Kata Kesat

Semalam, Amy telah mengamuk di dalam ruangan komen laman Instagram Nabila sehingga terkeluarnya perkataan seperti p*****k dan b**i ditujukan kepada lelaki yang bersama Nabila, menurut laporan Astro Gempak.

Sebelum itu, Nabila memuatkan naik gambar dia bersama seorang lelaki ketika sedang bercuti dipercayai kekasihnya saling berdiri dan berhadapan satu sama lain.

Komen Amy adalah sekadar mengigatkan Nabila kerana anaknya itu dilihat semakin galak memuatnaik foto percutiannya bersama kekasih di luar negara itu setiap saat.

Selain memberi ingatan kepada anaknya Amy turut meluahkan rasa tidak berkenan kepada sikap kekasih Nabila.

Amy Search Marah Nabila Huda Dengan Kata-Kata Kesat [2]

Foto dan komen Amy itu turut mendapat reaksi daripada pengikutnya di Instagram apabila memberikan komen-komen berunsur nasihat.

Mungkin terkesan dengan komen yang ditulis Amy, Nabila telah menegur perbuatan bapanya itu menerusi laman Twitter.

Sumber: Mynewshub.my

Nora Danish Nafi Rampas Suami Orang

Aktres jelita Nora Danish menyangkal dakwaan yang menuduhnya menjadi punca perceraian kekasihnya Nedim Nazri dengan bekas isteri Nabilah Khan.

Nora Danish Nafi Rampas Suami Orang

Nora, 32, bertambah kecewa dan berang apabila terdapat individu yang menyindirnya di laman sosial Instagram Nabilah selepas Nora memuat naik gambar bersama anak Nabilah.

"Salah ke saya nak muat naik gambar anak mereka? Saya memang suka ambil gambar dengan budak-budak, jadi saya rasa ia tidak salah.

"Lainlah kalau saya ni perampas memang lah saya tidak boleh bergambar dengan anak dia. Mereka berpisah sebelum saya dan Nedim kenal," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Pengantin Malam", Isnin lalu.

Tambah Nora lagi, dia tidak pernah bertemu atau mengenali dengan bekas isteri kekasihnya itu.

"Saya tak pernah kenal atau berjumpa dengan dia, dan saya tidak pernah buat kenyataan mengenai dia atau keluarga dia.

"Jadi saya tidak tahu mengapa ada pihak berbuat demikian kepada saya, mungkin mereka iri hati dengan kebahagian saya sekarang."

Dalam pada itu, Nora berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak mahu ambil pusing mengenai perkara tersebut kerana mahu fokus pada kerjaya dan keluarganya sahaja.

Sumber: Tupai.com.my

Peminat Ajak Nabila Huda Masuk Kristian!

Tak sudah-sudah kisah kontroversi anak rockers Amy Search ni.


Lepas satu-satu ada je kisah hangat Nabila Huda yang menghiasi dunia hiburan tempatan.

Agaknya Nabila pun dah jelak dengan semua gosip yang pernah melanda dirinya sebelum ini.

Terbaharu menerusi pemerhatian penulis di laman Instagram Nabila @kupu_kupu, terdapat satu komen daripada pengikutnya yang dikenali sebagai @darianchrist

Dia mengajak aktres itu menukar agama ke agama Kristian di bawah gambarnya yang sedang berparti dengan rakan-rakan, baru-baru ini.


Tak tahulah sama ada tulisan darianchrist berbunyi, 'Hi sweetie. You look so sexy. I have a question. Can you convert to my religion? I dont think Islam is good for you. Islam is like mess you. Just follow my Jesus. Bring along your daughter. Everything is legal. Come on girl!' ini bermaksud ikhlas ataupun sekadar memerli Nabila.

Kalau diikutkan memang status sebagai seorang ibu tunggal tidak menghalang gaya kehidupan urban yang dijalani, tapi kalau dah sampai ada orang rasa mengajak menukar agama, hmm, sendiri mahu ingatlah.

Apa pula pandangan anda?

Nur Fazura Dah Nak Kahwin?

Selepas putus cinta dengan seorang ahli kerabat diraja, nama Nur Fazura tidak pernah lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki selepas itu.


Mungkin Fazura selesa untuk hidup solo memandangkan butik miliknya, House of Doll pun baharu sahaja memulakan perniagaannya, dua tahun lalu.

Namun, semalam banyak peminat aktres cantik ini mula membuat andaian Fazura bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat ini.

Semua ini gara-gara Fazura berkongsi gambarnya sedang mencuba veil serta di jari manisnya tersemat sebuah cincin berlian besar.

Mungkinkah benar pelakon cantik manis berusia 31 tahun ini bakal menamatkan berkahwin dalam masa terdekat ini?

Kalau betul, harapnya Fazura tidak menyorokkan benda baik seperti ini daripada pengetahuan peminat setianya.

Tak sabar nak tahu, jejaka mana yang bertuah dapat memiliki gadis secantik Fazura ini kan..

Sumber: Mynewshub

Panas! Nora Danish Jawab Tuduhan Ibu Fasha Sandha!

Gara-gara satu komen negatif di laman Instagram, ibu Fasha Sandha naik angin dan menuduh bekas isteri menantunya, Nora Danish sebagai pihak yang terlibat.


Segala-galanya bermula dengan komen di bawah yang menyelar tindakan suami Fasha, Rizal Ashram kerana tidak memberikan komen-komen manis kepada bekas isteri, Nora Danish dan anaknya Rayqal.


Komen itu diberikan seorang pemilik akaun Instagram menggunakan nama mamasandhamamasan, nama yang hampir menyerupai akaun Instagram ibu Fasha iaitu mamasandha.

Masalahnya bila ibu Fasha terang-terangan menuduh Nora Danish sebagai dalang di sebalik semua ini apabila mengaitkannya dengan sejuta followers.

Sebagaimana diketahui, Nora baru sahaja mengumumkan tentang impiannya untuk mengumpul sehingga sejuta pengikut di akaun Instagram.


Sebenarnya nampak jelas di sini, baik Nora Danish mahu pun Fasha Sandha rasanya dah move on dan lupakan cerita lama.


Namun ada sahaja pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dengan mencipta isu yang tidak ada untuk memanaskan keadaan.

Ia bertambah buruk apabila ibu Fasha termakan hasutan ini lalu menyerang Nora secara umum. Sudah tentu, ini bukan tindakan yang bijak.

Nota Nora ini menjelaskan segala-galanya:


Maka apabila hal ini ditanya kepada Nora, dia terpaksa menjawab untuk mempertahankan dirinya.


Pada masa sama Nora menitipkan pesan kepada pihak berkaitan supaya datang bertemu secara berdepan dan bukannya perli memerli di belakang jika tidak puas hati dengan dirinya.

Secara tidak langsung, kita boleh agaklah nasihat ini untuk siapa kan?

Sumber: Hotlips-yuya.blogspot.com

Pegawai Penyiasat Skandal Adi Putra Di Kenakan Tindakan Tatatertib!

Siapa yang boleh lupa kes kontroversi di antara pelakon popular Adi Putra dengan seorang wanita yang masih lagi bergelar isteri orang pada ketika itu, Nooraida Abdul Mutalib yang hangat sekitar hujung tahun lalu.


Ingatkan kes ini dah berlalu begitu sahaja, apabila Adi Putra sendiri mendedahkan pada Disember lalu bahawa kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) atau bermaksud tiada tindakan selanjutnya akan diambil pihak polis.

Namun, sehari selepas kes itu diklasifikasikan sebagai NFA, suami Nooraida pada ketika itu, Amiruddin Othman dan Nooraida sendiri telah membuat laporan tatatertib di Bukit Aman kerana pasangan itu meragui tahap profesionalisme pegawai polis wanita yang menyiasat kes berkenaan apabila tersebar gambar pelakon itu bergambar dengan pegawai polis tersebut.

Dan semalam, Amiruddin berkongsikan gambar sekeping surat yang diterimanya daripada pihak polis di mana pihak berkuasa menyatakan bahawa pegawai yang berkenaan telah dikenakan tindakan.


Selain itu, menerusi kapsyen gambar itu, Amiruddin turut menyatakan kes tersebut bakal dibuka semula di pihaknya.


Untuk makluman, aktor kelahiran Singapura itu dikatakan kantoi menjalinkan hubungan/skandal dengan Nooraida malah pernah mengirimkan gambar alat sulitnya kepada wanita tersebut menerusi aplikasi perbualan Whats App. Sumber: Mynewshub.my

Nora Danish Pakai ‘Push-up-bra' Tonjolkan Buah Dada?

Aktres jelita Nora Danish, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam kalangan peminatnya apabila memuat naik gambarnya memakai baju t-shirt ketat berwarna putih sehingga menampakkan susuk buah dadanya dengan jelas.


Sebaik dimuatnaik, beliau dikecam kerana bajunya yang ketat dilihat tidak sesuai untuk dipaparkan di laman Instagram seperti itu.

Beberapa ketika selepas itu, gambar Nora diubahsuai dengan membuatkan bahagian dadanya tidak terlalu jelas kelihatan.

Hari ini menerusi media, Nora tampil menjawab isu gambar berkenaan dan mengatakan bahawa dia memakai bra jenis “push up”.

“Mereka tahu atau tidak ada ‘push-up- bra?,” katanya.

Selain mencetus kontroversi, ada peminat Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Haniff, 32 tahun telah melakukan edit untuk memperlihatkan payudaranya kelihatan lebih besar.


Foto itu kemudian menjadi ‘viral’ dan disebarkan secara meluas di beberapa laman sosial, sepanjang minggu ini.

“Hanya kerana baju ketat yang saya pakai, ada saja spekulasi timbul. Saya jarang pakai baju ketat dan sekali-sekali ada juga foto yang terlepas pandang.

“Foto itu sudahpun saya keluarkan daripada Instagram sebab kasihankan anak saudara saya yang masih bersekolah. Dia turut terkena tempias,” kata Nora. -Mynewshub.my

Maria Farida Keliru Nak Pakai Seluar Dalam Yang Mana Satu!

Nampaknya artis kita khususnya yang wanita sudah semakin maju dan laju ke depan dari segi peragaan fesyen mereka yang pelbagai dan bermacam-macam gaya.

Maria Farida Keliru Nak Pakai Seluar Dalam Yang Mana Satu!

Selain kemajuan dan peka mengenai fesyen, para artis ini juga semakin berani memaparkan fesyen mereka di laman sosial antara yang paling kerap digunakan ialah Instagram.

Selain fesyen seksi, kini ada artis wanita Malaysia yang berani menayangkan foto bikini koleksi mereka kepada pengikut setia dan lebih parah, seperti mahu peminat memilih bikini mana yang lebih sesuai.

Itulah yang dilakukan oleh aktres jelita Maria Farida yang bingung untuk memilih bikini mana yang sesuai untuk dipakai di laman sosial itu.

“Can’t decide which one..hmmm (tak tau hendak pilih yang mana.. hmm),” kata Maria.


Foto berkenaan turut membuatkan artis pelawak terkenal Saiful Apek yang hanya menggunakan rangkaian ikon emosi untuk membalas kapsyen dari Maria itu.

Rasanya, tidak perlu Maria sebagai seorang artis Melayu tanpa segan silu memuatnaik gambar itu kemudian seperti memberi peluang kepada para peminatnya memilih bikini mana.

Sudahpastinya, dengan kecantikan yang dimiliki Maria, ramai pengikut lelaki yang terbeliak biji mata dek kerana muatnaik ini yang betul-betul mencabar minda mereka.


Jika ada pula lelaki yang memberi komen yang agak melampau, tahu pula mereka melenting dengan menuduh lelaki seperti itu gila seks dan sebagainya.

Agak-agak lepas ni, Maria muatnaik pula gambarnya memakai bikini yang dipilih?

Sumber: Mynewshub.my

Harry One Direction Tuduh Rakan Bodoh

Anggota kumpulan One Direction, Harry Styles menyelar rakannya, Louis Tomlinson dan Zayn Malik dengan menyifatkan mereka ‘bodoh” selepas rakaman kedua-duanya menghisap ganja tersebar di Internet.


Styles berang dengan tindakan kurang bijak itu dan menganggap ia akan menjejaskan per­sembahan seterusnya di Amerika Syarikat selepas rakaman menunjukkan mereka berkongsi ‘balutan rokok’ yang mencurigakan di Peru bulan lalu.

Semasa mengadakan konsert di Sunderland, Tomlinson, 22, dan Malik, 21 tidak mengulas rakaman itu.

Bagaimanapun kumpulan ini mungkin diharamkan memasuki Amerika Syarikat.

Styles yang tidak me­nyukai tabiat merokok rakannya itu terpaksa memilih untuk menaiki pesawat berlainan, kata sumber.

Styles berkata, Yom­linson dan Zayn bertindak bodoh merakam gambar sendiri.

Walaupun Styles ha­nya 20-an, dia mampu berfikir seperti orang dewasa dan profesional serta tidak menyokong gejala tidak sihat kerana tidak mahu reputasi yang mereka bina selama ini, terjejas.

Kata sumber itu lagi, ia sepatutnya menjadi minggu yang hebat dalam karier kumpulan itu dengan pelancaran jelajah stadium United Kingdom. Malangnya mereka dilanda kontroversi.

Bapa Tomlinson turut bimbang terhadap perbuatan anaknya selepas menonton rakaman 27 April itu ketika dia dan Zayn diiringi dengan kereta untuk membuat persembahan di Stadium Nasional di Lima, Peru.

Troy Austin, 45 berkata, anaknya peminat bola sepak dan pernah mewakili Doncaster Rovers, berikrar sebelum ini untuk tidak menyentuh dadah atau membuat tatu.

“Nampaknya populariti dan wang mengubahnya. Dia menjadi orang lain berbanding tiga tahun lalu,” katanya.

Austin mempersoalkan cara One Direction diuruskan, termasuk bos mereka Simon Cowell.

Cowell turut diheret oleh peminat yang menggesanya bertindak.

Rakaman itu memperlihatkan Louis menghisap ganja sambil mengeluarkan perkataan ‘Nig’ singkatan perkataan ‘nigger,’ merujuk kepada orang kulit hitam.

Louis didengar berkata: “Ini herba saja, nig. “

Peminat, ahli parlimen dan aktivis meminta kumpulan ini memohon maaf.

Mereka didakwa membawa contoh yang tidak baik kepada peminat khususnya yang muda.

Bagaimanapun, ketika menghiburkan 52,000 peminat di kelab bola sepak Sunderland, mereka tidak mengeluarkan sepatah komen mengenai kontroversi berkenaan apatah lagi memohon maaf.

Reaksi dua lagi ahli kumpulan Liam Payne dan Niall Horan tidak diketahui, namun skandal ini mampu memecah-belahkan mereka.

Difahamkan Styles dan Horan memilih untuk menaiki pesawat yang tidak membenarkan merokok. Mereka kemudian disertai oleh Payne untuk terbang ke Newcastle de­ngan pesawat bernilai £18juta (RM100juta).

Styles turut dilihat berada dalam pesawat berlainan semasa One Direction mengadakan persembahan di Ireland.

Berita mengenai perselisihan kumpulan itu menyedihkan peminat .

Beberapa peminat yang membantah perbuatan tidak senonoh kumpulan ini bertindak membakar tiket atau menjual semula tiket persembahan mereka yang dijadual berlangsung di Britain, Eropah dan Amerika Syarikat.

Namun, masih ada lagi peminat yang ‘setia’ de­ngan kumpulan itu malah menuduh yang lainnya bukan peminat setia. -Harian Metro Online

Abby Abadi Kena Cerai Suka CAKAR Suami?

Pelakon Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini mengesahkan lafaz cerai melalui SMS yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu.


Hakim Syarie Syaiful Azli Jamaludin mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Muhammad Noor Farhan selepas mendapati lafaz kinayah (secara kiasan) itu memenuhi rukun dan syarat sah talak.

Bagaimanapun lafaz cerai kali pertama yang dibuat Muhammad Noor Farhan juga melalui SMS kepada seorang kenalan pada Januari lalu adalah tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.

Permohonan pengesahan lafaz cerai dikemukakan Abby mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Bekas Suami Dedah Gambar Dicederakan Abby Abadi


Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga Abby Abadi akhirnya terjawab apabila bekas suami pelakon itu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan didera secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar suami-isteri.

Muhammad Noor Farhan, 24, memberitahu, Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Dedahnya lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

"Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini," dedahnya kepada mStar Online ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada Rabu.

Terdahulu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.

Malah dia memberitahu telah pun membuat satu laporan di Balai Polis Ampang dekat sini pada hari sama dia dicederakan sebagai salah satu langkah keselamatan.

"Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini dalam mahkamah tetapi sekadar membuat laporan polis untuk melindungi diri saya sekiranya apa-apa berlaku.

"Abby juga tahu saya buat laporan polis mengenai kejadian tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan, pergaduhan di antara mereka sering tercetus apabila Abby tidak mempunyai wang dan sering mendesaknya sehingga membuatkan dia tertekan dan tidak pulang ke rumah.

Jelas Farhan, dia kecewa apabila Abby tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan diri untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab dan Abby sering mengeluarkan kata-kata menguris perasaan kepadanya dan menambah tekanan dalam rumah tangga mereka.

"Setiap kali dia tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.

"Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan," katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Noor Farhan enggan mengulas dakwaan kejadian berlaku akibat sikap Abby yang mengawal hidupnya sepanjang hampir setahun perkahwinan mereka.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Noor Farhan berkata, dia sudah tidak mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak melihat sebarang peluang untuk mereka kembali berbaik.

Malah dia lega apabila kes perceraian tersebut selesai dengan baik apabila pihak mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya menerusi SMS terhadap Abby.

"Cukuplah... Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya," jelasnya.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan balas Abby mengenai pendedahan bekas suaminya itu tidak berjaya apabila seorang wanita yang menjawab panggilan memaklumkan Abby tidak berada bersamanya selain enggan memberi sebarang kenyataan.

"Mungkin boleh cuba menghubungi Abby esok (Khamis) tetapi sekiranya tiada sebarang balasan itu bermakna dia tidak mahu menjawab apa-apa soalan daripada media," kata wanita berkenaan.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

[Sumber]

Zaquan Adha Kantoi Main Kayu Tiga?

Pelakon Ayu Raudhah berkata, gosip suaminya, Zaquan Adha bermain kayu tiga selepas satu paparan skrin perbualan cinta tersebar telah memburukkan reputasi mereka sebagai suami-isteri.


Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 30, berkata, dia juga sedih apabila ada pihak menghinanya menerusi laman Instagram mempersendakan kontroversi yang berlaku.

"Di Instagram milik saya, ada orang memberi komen yang antaranya seperti, 'kesian, muka cantik pun suami cari lain'.

"Gosip ini sedikit sebanyak memburukkan reputasi kami. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu satu paparan skrin perbualan seorang wanita dengan Zaquan Adha, 26, menerusi mesej aplikasi sosial WeChat telah tersebar yang menimbulkan persoalan adakah pelain bola sepak pasukan JDT, Johor itu bermain kayu tiga?

Turut tersebar ialah paparan skrin video perbualan telefon mereka.

Ayu Raudhah manis bertudung.

Semakan mStar Online pula menerusi akaun WeChat atas nama Zaqone pada Isnin mendapati akaun berkenaan tidak lagi wujud.

Dalam pada itu tambah Ayu, akaun berkenaan dimiliki oleh orang lain yang menggunakan identiti suaminya.

Katanya, selepas dikhabarkan mengenai gosip itu, dia telah membuat semakan dan ternyata akaun sosial berkenaan adalah palsu.

"Selepas membaca gosip dan screenshot kononnya suami berbual cinta dengan seorang wanita di WeChat, saya dapati ia buka akaun milik suami,” katanya.

Jelas Ayu, apa yang berlaku itu adalah salah satu usaha pihak-pihak tertentu yang yang sengaja mahu mencetuskan pergaduhan diantara dia dan suami.

Sementara itu Ayu tidak menafikan mengenai panggilan video tersebut Zaquan telah dihubungi oleh seorang wanita yang tidak dikenali.

"Mungkin wanita itu melakukan screenshot ketika membuat panggilan berkenaan. Atas dasar apa? Saya tak pasti dan tidak tahu apakah tujuan wanita itu melakukan demikian," ujarnya.

Ayu dan Zaquan atau nama sebenarnya Zaquan Adha Abdul Radzak bernikah pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann yang lahir pada 2 Mei lepas. -mStar Online

Raja Ilya Nafi Ditaja VIP

Aktres jelita Raja Ilya menafikan spekulasi yang mendakwa kononnya ada seorang VIP yang menaja kehidupannya.

Raja Ilya Ditaja VIP

"Saya akui memang ada terdengar cerita yang mengatakan saya ditaja oleh VIP selepas berakhirnya acara ABPBH 2013 tempoh hari. Secara jujurnya ia memang tidak benar sama sekali kalau ada yang ingat saya ada skandal dengan individu tertentu.

"Saya sekarang ini masih lagi solo dan tidak mempunyai kekasih. Ketika ini saya tidak mahu terikat dengan mana-mana lelaki dan mahu fokus kepada bidang kerjaya sahaja," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohamad berkata, mungkin ramai yang tersalah faham apabila melihat dia mendapat layanan istimewa semasa majlis tersebut berbanding artis-artis lain.

"Ramai yang tidak tahu bahawa syarikat KTM Malaysia CKD merupakan salah satu penaja ABPBH 2013 dan saya pula merupakan duta untuk syarikat berkenaan. Jadi layanan yang saya terima berbeza memandangkan peranan saya sebagai duta dan keutamaan pasti diberikan kepada penaja."

Dalam perkembangan lain, Raja Ilya kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri "Cinta Ibadah" sebanyak 200 episod dan juga bakal muncul dalam tiga buah telemovie sempenan Hari Raya Aidilfitri. -Tupai.com.my

Bade Enggan Ulas Isu Perkahwinan Kedua

Umum sudah mengetahui perkahwinan kedua pengarah filem, Badaruddin Azmi atau Bade dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Aida Abdul.


Perkahwinan tersebut juga telah direstui oleh isterinya yang juga pengarah, Erma Fatima.

Bagaimanapun, menerusi Harian Metro, Bade enggan hal perkahwinannya itu dikongsikan kepada umum.

“Cukup saya kata ya. Cuma jangan tanya kenapa, macam mana, bila atau apa saja sebab saya tak akan jawab. Harap faham,” katanya.

Wanita yang dikatakan Aida Abdul.

Pada masa yang sama, Bade memberitahu perkenalannya dengan isteri keduanya itu berlaku dalam masa yang singkat dan Erma masih belum berkesempatan untuk bertemu wanita itu. -Mynewshub.my

Jennifer Lopez Dan Kekasih Mudanya Putus Cinta

Selepas lebih dua tahun berpacaran, aktres terkenal Jennifer Lopez, 44, akhirnya memutuskan hubungan cinta dengan kekasihnya yang 17 tahun lebih muda daripadanya, Casper Smart, 27.


Khabarnya, Smart juga sudah keluar dari kediaman Lopez.

Justeru, ramai yang mengaitkan perkara itu dengan perbuatan jejaka itu yang saling berbalas mesej dengan dua model pondan sebelum ini sehingga menimbulkan rasa kurang senang di hati aktres itu.

Smart kini dikatakan bakal meneruskan kariernya dalam bidang lakonan di Los Angeles.

Kami rasa bab putus cinta bukanlah masalah yang besar buat Lopez kerana dia mampu mencari pengganti yang jauh lebih baik dari bekas kekasihnya itu.

Lagipun, Smart dilihat tidak lebih daripada sekadar peneman kesunyian aktres yang bergelar janda bergetah itu.

Sumber: TMZ

Notis Saman Buat Emma Maembong?

Aktres jelita Emma Maembong hanya akan ditamatkan kontrak oleh syarikat pengurusannya, Wire Frame Entertainment pada bulan ini dan tidak akan dikenakan tindakan saman terhadapnya seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.


Pengarah Urusan WFE, Marina Juki menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menyaman buah hati kepada Zizan Razak itu.

"Buat masa ini, tiada notis saman yang dikeluarkan kerana melanggar kontrak.

"Bagaimanapun, andai kata timbul masalah lain selepas ini, yang boleh menjejaskan nama baik syarikat, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," jelas Marina seperti yang dipetik dari sebuah laporan portal hiburan tempatan.

Marina turut menambah yang Emma tidak sepatutnya keliru dengan perkara ini kerana sewaktu menandatangani kontrak, beliau sudah diberikan penjelasan mengenai syarat yang termaktub dan pelakon itu juga tahu kontraknya akan tamat pada Jun nanti.

Terdahulu, Emma ada mengeluarkan kenyataan yang dirinya keliru kerana WFE mahu menyaman dirinya kerana didakwa telah melanggar kontrak.

Perkara ini dibangkitkan berikutan Emma menerima tawaran untuk berlakon di dalam satu telemovie tempatan tanpa memaklumkan kepada syarikat pengurusannya itu. -Tupai.com.my

Skandal Beyonce Dengan Pengawal Peribadi

Umum sudah tahu tentang kemelut rumah tangga Jay Z dan Beyonce. Namun kali ini timbul cerita yang mendakwa pergolakan rumah tangga pasangan ini disebabkan oleh orang ketiga.


Menurut laporan media antarabangsa, Beyonce dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pengawal peribadinya, Julius De Boer.

Apa yang lebih menyakinkan tentang dakwaan itu adalah apabila Jay Z dikatakan mahu memecat lelaki terbabit, namun dihalang oleh Beyonce yang lantang menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hubungan.

Menurut satu sumber, Jay Z dikatakan berasa sangsi dan kurang senang dengan keakraban isterinya dan Julius.

"Jay berasa ada sesuatu yang tidak kena antara Beyonce dengan Julius. Beliau bercadang memecat lelaki itu pada Februari lalu, tetapi dihalang oleh isterinya yang menegaskan Julius tidak akan ke mana-mana."

Sebelum ini pada tahun 2009, Beyonce pernah dilihat menginap sebilik dengan De Boer, malah terdapat saksi yang melihat mereka cukup intim ketika keluar dari tempat penginapan berkenaan. -Tupai.com.my

Hayden Panettiere Hamil Anak Wladimir Klitschko!

Pelakon drama bersiri Heroes, Hayden Panettiere dilaporkan sedang hamil cahaya mata sulung hasil hubungannya dengan tunang, Wladimir Klitschko, 38.


Perkara tersebut didedahkan oleh sumber terdekat aktres itu kepada portal hiburan US Weekly.

Hayden dan tunang, Wladimir, seorang ahli tinju bertunang Mei tahun lalu selepas pernah terputus hubungan pada 2011.

Walaupun masih muda, Hayden pernah menyuarakan hasratnya untuk bergelar ibu secepat mungkin kerana begitu menyukai kanak-kanak selain tak sabar menempuh kehidupan sebagai seorang ibu.