Notis Saman Buat Emma Maembong?

Aktres jelita Emma Maembong hanya akan ditamatkan kontrak oleh syarikat pengurusannya, Wire Frame Entertainment pada bulan ini dan tidak akan dikenakan tindakan saman terhadapnya seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.


Pengarah Urusan WFE, Marina Juki menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menyaman buah hati kepada Zizan Razak itu.

"Buat masa ini, tiada notis saman yang dikeluarkan kerana melanggar kontrak.

"Bagaimanapun, andai kata timbul masalah lain selepas ini, yang boleh menjejaskan nama baik syarikat, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," jelas Marina seperti yang dipetik dari sebuah laporan portal hiburan tempatan.

Marina turut menambah yang Emma tidak sepatutnya keliru dengan perkara ini kerana sewaktu menandatangani kontrak, beliau sudah diberikan penjelasan mengenai syarat yang termaktub dan pelakon itu juga tahu kontraknya akan tamat pada Jun nanti.

Terdahulu, Emma ada mengeluarkan kenyataan yang dirinya keliru kerana WFE mahu menyaman dirinya kerana didakwa telah melanggar kontrak.

Perkara ini dibangkitkan berikutan Emma menerima tawaran untuk berlakon di dalam satu telemovie tempatan tanpa memaklumkan kepada syarikat pengurusannya itu. -Tupai.com.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon