Uqasha Senrose Berhijab Untuk Tutup Kontroversi Lalu?

Umum mengetahui pelakon Uqasha Senrose sudahpun tampil dengan imej baru iaitu berhijab.

Uqasha Senrose Berhijab Untuk Tutup Kontroversi Lalu

Biarpun rata-rata peminat memuji penampilan pelakon itu, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menyelitkan kata-kata nakal atas perubahan itu.

Memetik Sinar Harian, wujud dakwaan yang mengatakan Uqasha berhijab semata-mata mahu menutup kontroversi buruk yang pernah menimpanya sebelum ini.

Tanpa menyatakan apakah kontroversi itu, kami yakin ramai yang tahu isu panas yang pernah melanda dirinya ketika awal-awal penglibatannya dalam dunia hiburan.

Rasanya, tak manis untuk kami ungkit lagi cerita itu…

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh Uqasha yang memberitahu, perubahan itu adalah kerana dia benar-benar mahu berubah dan bukannya hangat-hangat tahi ayam.

“Kalau betullah mereka kata saya berhijab kerana mahu tutup kontroversi sebelum ini, sudah tentu saya pakai sejak dulu lagi.

“Setiap manusia akan belajar daripada kesilapan lalu dan dari situ jugalah timbul kesedaran. Perkara sama juga berlaku dalam hidup saya.

“Sekarang ini sudah tiba masa untuk saya berubah dan saya berhijab. Niat apa dan apa perasaan saya itu semuanya antara saya dan Tuhan,” katanya.

Sabarlah Uqasha. Memang lumrah sesetengah manusia untuk sentiasa mencari salah orang lain.

Apa yang penting, teruslah beristiqamah dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dengan niat kerana-Nya, bukan kerana pandangan manusia.

Sumber: Mynewshub.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon