Raja Ilya Nafi Ditaja VIP

Aktres jelita Raja Ilya menafikan spekulasi yang mendakwa kononnya ada seorang VIP yang menaja kehidupannya.

Raja Ilya Ditaja VIP

"Saya akui memang ada terdengar cerita yang mengatakan saya ditaja oleh VIP selepas berakhirnya acara ABPBH 2013 tempoh hari. Secara jujurnya ia memang tidak benar sama sekali kalau ada yang ingat saya ada skandal dengan individu tertentu.

"Saya sekarang ini masih lagi solo dan tidak mempunyai kekasih. Ketika ini saya tidak mahu terikat dengan mana-mana lelaki dan mahu fokus kepada bidang kerjaya sahaja," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohamad berkata, mungkin ramai yang tersalah faham apabila melihat dia mendapat layanan istimewa semasa majlis tersebut berbanding artis-artis lain.

"Ramai yang tidak tahu bahawa syarikat KTM Malaysia CKD merupakan salah satu penaja ABPBH 2013 dan saya pula merupakan duta untuk syarikat berkenaan. Jadi layanan yang saya terima berbeza memandangkan peranan saya sebagai duta dan keutamaan pasti diberikan kepada penaja."

Dalam perkembangan lain, Raja Ilya kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri "Cinta Ibadah" sebanyak 200 episod dan juga bakal muncul dalam tiga buah telemovie sempenan Hari Raya Aidilfitri. -Tupai.com.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon