Nora Danish Nafi Rampas Suami Orang

Aktres jelita Nora Danish menyangkal dakwaan yang menuduhnya menjadi punca perceraian kekasihnya Nedim Nazri dengan bekas isteri Nabilah Khan.

Nora Danish Nafi Rampas Suami Orang

Nora, 32, bertambah kecewa dan berang apabila terdapat individu yang menyindirnya di laman sosial Instagram Nabilah selepas Nora memuat naik gambar bersama anak Nabilah.

"Salah ke saya nak muat naik gambar anak mereka? Saya memang suka ambil gambar dengan budak-budak, jadi saya rasa ia tidak salah.

"Lainlah kalau saya ni perampas memang lah saya tidak boleh bergambar dengan anak dia. Mereka berpisah sebelum saya dan Nedim kenal," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem "Pengantin Malam", Isnin lalu.

Tambah Nora lagi, dia tidak pernah bertemu atau mengenali dengan bekas isteri kekasihnya itu.

"Saya tak pernah kenal atau berjumpa dengan dia, dan saya tidak pernah buat kenyataan mengenai dia atau keluarga dia.

"Jadi saya tidak tahu mengapa ada pihak berbuat demikian kepada saya, mungkin mereka iri hati dengan kebahagian saya sekarang."

Dalam pada itu, Nora berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak mahu ambil pusing mengenai perkara tersebut kerana mahu fokus pada kerjaya dan keluarganya sahaja.

Sumber: Tupai.com.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon