Anggota kumpulan One Direction, Harry Styles menyelar rakannya, Louis Tomlinson dan Zayn Malik dengan menyifatkan mereka ‘bodoh” selepas rakaman kedua-duanya menghisap ganja tersebar di Internet.
Styles berang dengan tindakan kurang bijak itu dan menganggap ia akan menjejaskan persembahan seterusnya di Amerika Syarikat selepas rakaman menunjukkan mereka berkongsi ‘balutan rokok’ yang mencurigakan di Peru bulan lalu.
Semasa mengadakan konsert di Sunderland, Tomlinson, 22, dan Malik, 21 tidak mengulas rakaman itu.
Bagaimanapun kumpulan ini mungkin diharamkan memasuki Amerika Syarikat.
Styles yang tidak menyukai tabiat merokok rakannya itu terpaksa memilih untuk menaiki pesawat berlainan, kata sumber.
Styles berkata, Yomlinson dan Zayn bertindak bodoh merakam gambar sendiri.
Walaupun Styles hanya 20-an, dia mampu berfikir seperti orang dewasa dan profesional serta tidak menyokong gejala tidak sihat kerana tidak mahu reputasi yang mereka bina selama ini, terjejas.
Kata sumber itu lagi, ia sepatutnya menjadi minggu yang hebat dalam karier kumpulan itu dengan pelancaran jelajah stadium United Kingdom. Malangnya mereka dilanda kontroversi.
Bapa Tomlinson turut bimbang terhadap perbuatan anaknya selepas menonton rakaman 27 April itu ketika dia dan Zayn diiringi dengan kereta untuk membuat persembahan di Stadium Nasional di Lima, Peru.
Troy Austin, 45 berkata, anaknya peminat bola sepak dan pernah mewakili Doncaster Rovers, berikrar sebelum ini untuk tidak menyentuh dadah atau membuat tatu.
“Nampaknya populariti dan wang mengubahnya. Dia menjadi orang lain berbanding tiga tahun lalu,” katanya.
Austin mempersoalkan cara One Direction diuruskan, termasuk bos mereka Simon Cowell.
Cowell turut diheret oleh peminat yang menggesanya bertindak.
Rakaman itu memperlihatkan Louis menghisap ganja sambil mengeluarkan perkataan ‘Nig’ singkatan perkataan ‘nigger,’ merujuk kepada orang kulit hitam.
Louis didengar berkata: “Ini herba saja, nig. “
Peminat, ahli parlimen dan aktivis meminta kumpulan ini memohon maaf.
Mereka didakwa membawa contoh yang tidak baik kepada peminat khususnya yang muda.
Bagaimanapun, ketika menghiburkan 52,000 peminat di kelab bola sepak Sunderland, mereka tidak mengeluarkan sepatah komen mengenai kontroversi berkenaan apatah lagi memohon maaf.
Reaksi dua lagi ahli kumpulan Liam Payne dan Niall Horan tidak diketahui, namun skandal ini mampu memecah-belahkan mereka.
Difahamkan Styles dan Horan memilih untuk menaiki pesawat yang tidak membenarkan merokok. Mereka kemudian disertai oleh Payne untuk terbang ke Newcastle dengan pesawat bernilai £18juta (RM100juta).
Styles turut dilihat berada dalam pesawat berlainan semasa One Direction mengadakan persembahan di Ireland.
Berita mengenai perselisihan kumpulan itu menyedihkan peminat .
Beberapa peminat yang membantah perbuatan tidak senonoh kumpulan ini bertindak membakar tiket atau menjual semula tiket persembahan mereka yang dijadual berlangsung di Britain, Eropah dan Amerika Syarikat.
Namun, masih ada lagi peminat yang ‘setia’ dengan kumpulan itu malah menuduh yang lainnya bukan peminat setia. -Harian Metro Online

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon