Rhoma Irama Calon Paling Dibenci Suri Rumah

Penyanyi dangdut Rhoma Irama menjadi calon presiden paling tidak disukai dalam kalangan suri rumah di Indonesia, menurut satu tinjauan nasional yang dijalankan Charta Politika baru-baru ini.


Hasil tinjauan itu menunjukkan hanya 1.8 peratus responden yang terdiri daripada suri rumah akan mengundi Raja Dangdut Indonesia berkenaan sebagai presiden Indonesia dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden 2014.

Pengerusi Charta Politika, Yunarto Wijaya berkata keputusan kaji selidik itu menunjukkan Rhoma menjadi tokoh paling dibenci dalam kalangan suri rumah bagi merebut jawatan tertinggi kerajaan Indonesia itu.

"Ini (Rhoma) adalah imej calon presiden yang paling dibenci," kata Yunarto seperti dipetik akhbar Tempo, pada Jumaat.

Kajian turut memperlihatkan 38.6 peratus daripada suri rumah yang menjayakan kaji selidik itu merancang untuk mengundi calon presiden daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Joko Widodo.

Gabenor Jakarta yang lebih mesra dipanggil Jokowi itu menduduki tempat teratas dan paling disukai oleh suri rumah bagi merebut jawatan presiden Indonesia.

Calon kedua paling popular ialah Aburizal Bakrie daripada Parti Golkar yang memperoleh 13.1 peratus, diikuti Prabowo Subianto dari Partai Gerindra yang mendapat 11.4 peratus.

Tinjauan itu juga mendapati 8.4 peratus daripada responden akan mengundi Wiranto, 4.7 peratus bagi Jusuf Kalla, 2.7 peratus memilih Hatta Rajasa dan 2.4 lagi mahu mengundi Dahlan Iskan.

Kaji selidik itu melibatkan 1,200 responden yang dipilih dalam pelbagai peringkat persampelan rawak pengundi yang layak di Indonesia. -Bernama

Hollywood Rancang Filem MH370

Belum pun selesai operasi mencari pesawat MH370, beberapa penerbit filem Hollywood sudah merancang untuk menghasilkan filem berhubung dengan insiden itu.


Khabarnya, kerja-kerja untuk pembikinan filem tersebut sudah pun dimulakan, memetik mStar Online.

Ia diakui oleh penerbit eksekutif filem penerbangan ‘Red Eye’, JC Spink yang telah mengesahkan kepada wartawan bahawa seramai 50 orang kini sedang bekerja dalam 50 projek berlainan yang berkaitan dengan tragedi tersebut.

Sementara itu, penerbit filem ‘Non-Stop’ pula, Alex Heineman berkata, orang ramai pasti sedang menunggu pengakhiran insiden misteri itu.

“Mereka mahukan kisah kebenaran berbanding fiksyen. Kisah ini begitu pelik. Tiada siapa tahu apa yang sebenarnya berlaku. Atau ada orang yang melakukannya tetapi enggan membuka mulut,” katanya.

Namun, buat masa ini Heinemen tidak mahu mengeksploitasi kisah tersebut kerana ia merupakan sesuatu yang menyedihkan kepada masyarakat dunia. -Mynewshub.my

Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ditangguh Hormati MH370

BH selaku penganjur Anugerah Bintang Popular BH atau ABPBH mengumumkan penangguhan penganjuran malam kemuncak anugerah yang bakal diadakan pada 6 April 2014 di Arena of Stars, Genting Highlands, dan bersiaran secara langsung di TV3 dan Hot FM ke satu tarikh baru yang akan diberitahu kelak.

ABPBH 2014

Penundaan tarikh malam anugerah untuk memartabatkan penggiat seni tanah air ini diputuskan sebagai tanda menghormati insiden memilukan yang menimpa penerbangan MH370.

Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 2013, Mahfar Ali berkata: “BH dan ahli jawatankuasa pengelola ABPBH 2013 sepakat mengambil keputusan menangguhkan malam anugerah ini dan disokong sepenuhnya oleh pengurusan Media Prima, NSTP, TV3 selaku hos penyiar rasmi, Resorts World Genting selaku penaja lokasi malam anugerah, rakan penaja ABPBH 2013 serta rakan-rakan artis yang bakal terbabit pada malam anugerah itu nanti.”

Keputusan ini turut diambil selaras dengan pengumuman oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar, baru-baru ini iaitu semua rangkaian TV MPB merombak susunan program dengan menggugurkan rancangan hiburan seterusnya memanjangkan laporan khas dan berita terkini, selain melebihkan pengisian agama serta ilmiah.

Ahli jawatankuasa pengelola ABPBH 2013 sedang berusaha mencari tarikh baru yang sesuai untuk menganjurkan malam anugerah ini yang akan diumumkan kelak.

Pihak penganjur dan ahli jawatankuasa pengelola merakamkan penghargaan kepada rakan penaja ABPBH2013 iaitu TV3, D’Haja; Eynasha; Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam; SWM Environment; Environment Idaman; Alam Flora; Kerajaan Negeri Perak; Lord’s Tailor; KTM CKD Malaysia; Resorts World Genting; Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd; Natika Gold & Jewellery; The Royale Chulan Hotel; Tendence dan Hot FM, rakan artis, kru produksi, tenaga kerja yang terbabit secara langsung atau tidak serta kepada rakan media yang memberi sokongan kepada acara ABPBH 2013.

“Pada kesempatan ini juga, kami ingin merakamkan ucapan doa dan takziah untuk ahli keluarga penumpang dan kru penerbangan MH370. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan yang berat ini,” tambah beliau. –Berita Harian

Usah Peduli KECELUPARAN Artis China!

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berharap artis-artis negara ini tidak membalas segala tomahan yang dilemparkan oleh artis-artis negara China yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan Malaysia berhubung insiden pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370.


Freddie berkata, pihaknya kesal dengan tuduhan liar beberapa selebriti negara republik itu yang mempersoalkan ketelusan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang membabitkan pihak berkuasa negara ini.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan beberapa selebriti popular China melalui laman sosial mereka yang mengecam dan mempersoalkan tindakan Malaysia mengendalikan proses mencari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

“Mereka juga tidak sepatutnya mempengaruhi dan meminta rakyat negara itu memboikot artis Malaysia yang mencipta nama di sana,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Tambah Freddie, tragedi yang menimpa pesawat MH370 adalah merupakan satu kejadian yang tidak dijangka.

Katanya, mereka seharusnya berfikir secara rasional dan bersama-sama bersimpati terhadap kejadian ini.

“Bukan rakyat China sahaja yang menimpa musibah ini, sebaliknya penumpang lain daripada beberapa negara turut sama terlibat, ia adalah satu kemalangan dan semua pihak tidak perlu menyalahkan sesiapa.

“Saya berharap artis Malaysia tidak bertindak membalas serta mengeruhkan lagi keadaan yang akhirnya akan menjejaskan hubungan dua negara terutamanya dalam industri hiburan,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar di China iaitu Beijing Youth Daily pada Selasa melaporan beberapa selebriti kelahiran negara itu antaranya aktor Liu Ye dan Yang Lan menyelar tindakan kerajaan Malaysia yang dikatakan memyembunyikan maklumat mengenai MH370 selain mempersoalkan misi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh negara.

Penyanyi Shila Amzah yang popular di negara berkenaan turut terkena tempias akibat sikap tidak professional segelintir artis berkenaan. –mStar Online

Gwyneth Paltrow Dan Suami Bercerai

Aktres yang juga pemenang Oscar, Gwyneth Paltrow dan suami, Chris Martin mengumumkan perpisahan selepas 10 tahun berkahwin.


Pengumuman itu dibuat oleh Paltrow dalam laman web Goop dengan kata-kata “Dengan penuh kesedihan kami memutuskan untuk berpisah’’.

Gwyneth, 41, dan Chris, 37, yang mempunyai dua orang anak memaklumkan mereka telah berusaha selama lebih setahun untuk menyelamatkan perkahwinan itu namun gagal.

“Kami telah berusaha selama lebih setahun. Adakalanya kami bersama, adakalanya kami berasingan namun kini kami telah mencapai kesimpulannya bahawa ketika kami saling mencintai, kami perlu berpisah.

“Kami juga adalah ibu bapa kepada dua cahaya mata dan berharap supaya privasi kami tidak diganggu dalam waktu sukar ini,’’ kata pasangan itu.

Mereka bagaimanapun akan terus kekal sebagai satu keluarga dalam apa cara sekalipun.

Pasangan itu dikatakan menghabiskan masa bersama anak-anak di Eleuthera di Bahamas sebelum pengumuman perpisahan itu dibuat.

Gwyneth dan Chris, berkahwin secara rahsia pada 2003 di Mexico dan menghabiskan masa selama 10 tahun untuk cuba menyembunyikan diri daripada dirakamkan gambar mereka bersama, bagi mengekalkan privasi keluarga berkenaan.

Tahun lepas, mereka berpindah dari London ke Los Angeles dan kelihatan bahagia bersama anak-anak. -Mynewshub.my

Kontroversi 'Cantik Tak Bontot' Sharifah Sakinah!

Tak habis-habis lagi dengan kisah kontroversinya pelakon seorang ni.


Terbaharu, Sharifah Sakinah dikatakan sudah melancarkan koleksi pakaian t-shirtnya yang tersendiri.

Namun, apa yang kurang sedapnya, tagline atau ayat yang dicetak di atas tshirt itu dilihat tidak sesuai dengan adat budaya orang timur yang terkenal dengan sifat sopan-santunnya.

Ayat yang dicetak pada tshirt itu adalah ‘cantik tak bontot saya’, sekali gus menerima pandangan negatif peminat-peminatnya.


Tshirt itu dikeluarkan bertujuan untuk menyokong kempen ‘fitness’ yang dijalankan oleh Sakinah.

Rasanya, kalau nak memberi motivasi pun kepada peminat anda untuk melakukan aktiviti kecergasan, gunakanlah ayat-ayat fitness yang manis sedikit.. -Mynewshub.my

Sedapnya Suara Anak Jamal Abdillah

Jika merujuk pada penyanyi solo lelaki tanahair yang boleh dianggap legenda, tiada siapa dapat menidakkan nama Datuk Jamal Abdillah.


Malah sampai ke hari ini, boleh dikatakan tiada penyanyi lelaki boleh menyaingi populariti ‘Raja Pop Malaysia’ ini kerana hampir semua lagu-lagu dendangannya kekal evergreen sampai sekarang.

Bagaimanapun, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.

Anak sulung Jamal, Osama Yamani dilihat mempunyai bakat besar sama seperti ayahnya.

Buktinya lihatlah video di bawah.



Walaupun baru berusia 13 tahun, Osama mampu menyanyikan lagu ayahnya dengan baik. Tak mustahil satu hari nanti Osama akan mengikut jejak langkah Jamal.

Selain Osama yang merupakan anak hasil perkongsian hidup Jamal dengan bekas isteri keduanya, Intan Nur Aina, Jamal mempunyai seorang lagi anak bernama Ahmad Zaki Yamani, 8, hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Fatimatuzahra Samat.

Luna Maya Tak Lepas Peluang

Stadium Gelora Bung Karno semalam berubah warna menjadi merah dan putih apabila puluhan ribu penyokong Parti Gerindra menghadiri rapat umum terbesar parti berkenaan.


Turut menyertai perhimpunan itu ialah selebriti terkenal yang antaranya Luna Maya, Raffi Ahmad dan Narji.

Ketiga-tiganya menjadi pengacara pada acara berkenaan.

“Gerindra Menang, Prabowo presiden.

Mari kita membantu mengubah Indonesia,” seru Raffi dan Luna ketika memulakan kempen berkenaan.

Luna sebelum ini berkata, dia menginginkan presiden yang dapat mewujudkan keamanan di samping peluang pekerjaan yang secukupnya untuk rakyat Indonesia.

“Kalau peluang kerja wujud di seluruh negara, tidak akan ada yang berhijrah ke Jakarta.

Kesesakan akan dapat dikurangkan,” katanya.

Selain dihadiri pegawai atasan Gerindra, khususnya calon presiden parti, Prabowo Subianto, rapat umum itu turut dihiburkan oleh penyanyi dangdut yang berpakaian seksi dan goyangan sensasi. -Agensi

Angelina Jolie Stress Ikuti Kelas Yoga!

Aktres popular Hollywood, Angelina Jolie mendakwa dia dipaksa untuk menyertai kelas yoga sebagai persediaan untuk menjiwai wataknya menerusi filem berunsurkan fantasi seram, ‘Maleficent’.


Menurut portal USA Today, aktres kelahiran Los Angeles itu kini berusaha memahami dan menjiwai watak Maleficent yang bakal dibawanya.

“Saya dipaksa menghadiri kelas yoga sedangkan saya bukan seorang yang penyabar. Tidak mudah untuk menjiwai setiap pergerakan semasa berada dalam kelas yoga.

“Ia seakan-akan kelihatan seperti sebuah patung hidup dengan pergerakan yang sukar difahami.

“Namun demi filem Maleficent, saya tidak menolak untuk menghadiri kelas tersebut walaupun tidak menggemarinya,” jelas Angelina Jolie.

Filem Maleficent bakal menemui para penonton pada 30 Mei 2014. Turut terlibat dalam membintangi filem ini ialah tiga orang anaknya sendiri iaitu Vivienne, Pax dan Zahara yang bakal muncul di permulaan awal dalam ‘Maleficent’. -Mynewshub

Madonna Tayang Bulu Ketiak Di Instagram

Tidak manis sekiranya seorang wanita berbulu ketiak lebat. Mungkin mereka terlupa untuk mencukurnya atau pun memang sengaja mahu menarik perhatian sesetengah pihak.


Seperti mana yang dilakukan penyanyi Madonna, yang dilihat tidak mempedulikan perkara tersebut apabila dengan selambanya menayangkan bulu ketiaknya di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Dengan keterangan gambar, “long hair…Don’t Care!!!”, penyanyi Like A Virgin itu kelihatan seksi dengan hanya menggayakan bra berwarna hitam bersama ‘bow tie’ dari rona yang sama.


Sebelum ini, pelakon Julia Roberts juga pernah membuat tindakan yang serupa ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Nothing Hill pada 1999. -Mynewshub.my

Sharifah Sakinah Bangga Aksi Tayang Pusat Jadi Trend!

Kebelakangan ini ramai selebriti mula memberikan perhatian terhadap gaya hidup sihat.

Sharifah Sakinah Bangga Tayang Perut

Antaranya Fara Fauzana, Marsha Milan, Tasha Shilla dan Sharifah Sakinah.

Dalam ramai-ramai selebriti ini, Sharifah Sakinah yang paling dilihat menonjolkan aktivitinya di laman-laman sosial berkongsi tips dan gambar kecergasan dengan peminat-peminatnya.

Sakinah juga dilihat gemar menayangkan ‘body’ sambil mendedahkan perutnya di laman Instagram.

Sharifah Sakinah Bangga Tayang Perut

Mungkin pelakon ini mahu memberikan inspirasi kepada peminatnya di luar sana untuk kekal cergas dan cerdas dan perkara ini diakui Sakinah apabila semakin ramai mula menayangkan gambar perut mereka di laman sosial masing-masing.

“Kalau dulu saya tayang perut di Instagram, sekarang ini ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing.

Sharifah Sakinah Bangga Tayang Perut [3]

“Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.

Dalam perkembangan lain, Sakinah kini turut mengurangkan aktiviti lakonannya demi memberikan perhatian kepada projek fitness yang dikelolakannya bersama sebuah pusat kecergasan iaitu 52 Hours with Sharifah Sakinah Fiesta Fitness yang akan diadakan pada September depan.

Sumber: Mynewshub.my

PANAS! Chef Wan Hanya Bergurau Temui Kapal MH370!

Susulan gambar yang dimuatnaik di Instagram beliau, Datuk Chef Wan mengakui ia satu gurauan dan lebih parah beliau berkata beliau mahu menguji rakyat Malaysia yang dikatakan gemar mencari sebab untuk memburukkan orang lain.


Jawapan Chef Wan itu muncul beberapa ketika selepas gambar mempersendakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang sudah masuk hari ke-14 hari ini.

“Dua objek di Perth dan satu ni I ingatkan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang MAS.. Tapi setelah diteliti rupanya ianya sebahagian dari pintu jamban rumah Cik Kiah di pantai Morib yang telah usang rupanya,” kata Chef Wan dalam kapsyen gambar itu.

Gambar berkenaan yang dirakamkan di tepi pantai Morib telah dipadamkan sebaik beliau menerima banyak kecaman dari pelbagai pihak yang menganggap gurauan itu tidak sesuai pada masa kini pesawat MH370 masih tidak diketahu di mana lokasinya.

Menurut Chef Wan dalam jawapannya yang panjang lebar di Instagram, beliau berkata kepada kru untuk membuat satu gurauan dan melihat reaksi warga Malaysia yang suka melatah dan mengutuk orang serta reaksi pada media dan blog yang akan mengkritik dengan lebih hebat lagi berkenaan gurauan itu.

“Pemandu saya kata, jangan Chef Wan nanti orang cari sebab nak marahkan u even u bergurau dan kita faham,” kata pemandunya mencetuskan ketawa dalam kalangan kru penggambaran.

Beliau juga pasti ramai antara warga Malaysia yang telah bergurau berkenaan operasi SAR itu tetapi tidak didedahkan kepada orang ramai.

“Saya pasti ramai antara kira yang bergurau berkenaan isu ini di belakang dalam keadaan tertutup kecuali saya meletakkan gurauan itu di Instagram saya untuk melihat reaksi orang ramai.

“Wow!! berjalan tak sampai 10 minit dari pantai, saya dihubungi oleh wartawan Murai.com, Murai juga dapat mencium isu ini.. Rupa-rupanya, memang betul sangkaan saya bahawa orang Malaysia suka mencari sebab untuk memburukkan orang biarpun diketahui ia adalah satu gurauan bodoh,” katanya mengakui gurauan itu bodoh dengan menggunakan perkataan Inggeris “silly”.


Bagaimanapun, beliau menerima akibat yang berlaku daripada perbuatannya tetapi Chef Wan tidak pun memohon maaf kepada keluarga penumpang MH370 yang mungkin terguris dengan kata-kata beliau.

“Baik, apapun saya terima akibat perbuatan ini kerana memang saya memuatnaiknya dengan sengaja dan perbuatan saya berjaya.

“Sekarang, mari pula kita menilai blog dan media yang akan memanipulasi isu itu kerana anda sudah pun mengetahui kebenarannya.

“Mari kita tengok cara mereka melatah dan kepada mereka yang gemar sebarkan berita ini dan melakukan fitnah pula.. Mari lihat warna sebenar mereka, ingat apa yang saya katakan kerana di penghujungnya nanti seorang yang matang akan tertawa melihat semua drama ini berlaku,” katanya.

Pada penulis, ayat Chef Wan ini lebih kepada ayat ‘cover line’ selepas malu akibat perbuatan dirinya sendiri. Jika Chef Wan sendiri merupakan ahli keluarga penumpang MH370 pastinya beliau sendiri akan berang dengan tindakan sebegitu rupa yang dilakukan oleh seorang ikon terkenal.

Kecaman yang diterima Chef Wan bukannya kerana rakyat Malaysia suka mencari sebab memburukkan orang, ia adalah kerana sebahagian besar daripada mereka juga bersedih dengan kehilangan pesawat MH370 terutamanya lebih 200 keluarga penumpang pesawat yang masih hilang hingga hari ini.

Jika hendak melakukan ujian reaksi, Chef Wan sepatutnya melakukannya ketika tiada apa-apa besar yang sedang menguji kesabaran dan kebimbangan semua orang di negara ini, ketika itu mungkin gambar Chef Wan takkan ada yang ambil peduli pun.

Berikut kenyataan penuh oleh Chef Wan berkenaan isu ini. -Mynewshub.my

Suami Sari Yanti Enggan Komen Isu Cerai

"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana bimbang ia bercanggah. Anda boleh tanya dengan Sari Yanti kerana saya bukan artis," kata ahli perniagaan Mohd Eddy Casmady Che Hussin,34.


Ditanya mengenai tindakan isterinya memfailkan penceraian, Mohd Eddy Casmady berkata, dia tidak bersetuju untuk bercerai dengan isterinya.

"Sari Yanti tahu saya failkan permohonan nusyuz ini," katanya kepada wartawan selepas selesai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Terdahulu, mahkamah membenarkan pindaan alamat pada notis saman untuk dikemukakan kepada Sari Yanti Mohd Nazari, 30, (defendan) selepas ia gagal disempurnakan.

Hakim, Abdul Halim Abu Samah turut mengarahkan peguam plaintif, Munirah A.Bakar membuat permohonan penyampai ganti secara bertulis.

Sebelum itu, Munirah memaklumkan penyerahan saman kepada defendan dilakukan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu rumah keluarga Sari Yanti.

"Bagaimana pun defendan tiada dan saman tersebut diterima oleh kakak beliau,"katanya.

Beliau berkata, pihak plaintif turut diarahkan oleh defendan agar menghantar saman kepada peguamnya.

"Untuk makluman, defendan masih belum melantik peguam, oleh yang demikian penyampaian saman tidak dapat dilakukan dengan sempurna," katanya.

Munirah memohon secara lisan kepada mahkamah agar penyampaian ganti secara tampalan di rumah keluarga defendan di Kuala Pilah dilakukan.

Afidavit penyampaian telah difailkan dan diserahkan kepada mahkamah kelmarin manakala permohonan Nusyuz difailkan pada 7 Mac 2014.

Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sebelum ini, Sari Yanti yang merupakan peserta Fear Factor Malaysia itu memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Seremban pada 25 Februari yang lalu.

Kes ditangguhkan untuk sebutan semula pada 30 April depan.

Pasangan yang berkahwin pada 16 Januari 2009 itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2. -SH

"Keluarga Restu Hubungan Cinta Saya Dan Romie"

Walaupun teruk dikecam oleh segelintir peminat industri hiburan tempatan gara-gara didakwa menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga kekasihnya, pelakon Hanez Suraya tetap tidak mengambil pusing kata-kata kurang enak yang dilemparkan kepadanya.


Kontroversi tersebut turut menyebabkan kontraknya sebagai duta produk kecantikan, Aura White telah ditarik balik, baru-baru ini.

Hanez malah menyifatkan dirinya langsung tidak tertekan dengan perkara tersebut malah sentiasa berfikiran positif.

“Saya macam biasa sahaja, untuk apa rasa tertekan sangat? Lagipun semua orang pastinya ada masalah, terpulang kepada kita bagaimana caranya untuk menyelesaikan kekusutan itu,” ujarnya.


Hanez, 30, turut mengakui kedua-dua ibu bapanya memberi sepenuh restu terhadap hubungannya dan teman lelaki, Romie Razin Adilha.

“Sejak daripada awal lagi mereka sudah pun tahu dan merestui hubungan saya bersama Romie. Memandangkan kami sudah dapat restu daripada keluarga, saya berani meneruskan hubungan ini. Apa sekalipun, bagi saya restu keluarga terlalu penting.


“Biarlah seribu orang mendesak saya putuskan hubungan dengan Romie tetapi selagi keluarga menyokong hubungan kami, saya tidak akan dengar pendapat orang lain. Bukan mereka di luar yang memberi saya makan dan berada di sisi tatkala saya susah,” ulasnya yang dipetik menerusi sebuah akhbar harian.

Dengar-dengarnya juga, Hanez dan Romie bakal melangsungkan pernikahan pada Ogos ini.

Sumber: Mynewshub.my

Anak Rozita Che Wan Dapat 8A Dalam SPM

Tahniah diucapkan kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan kerana pandai mendidik anak bab pelajaran.


Pagi tadi Rozita meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Ameer Effendy berjaya memperoleh 8A dalam keputusan SPM yang diumumkan pada hari ini.

Keputusan SPM Ameer yang merupakan pelajar di Kolej Yayasan Saad, Melaka dikongsikan di laman Instagram miliknya.


Seperti diketahui umum, Rozita pernah menolak tawaran berlakon buat seketika bagi memberikan tumpuan kepada Ameer ketika dia hendak menduduki peperiksaan tersebut dulu.


Nampaknya, usaha itu nyata membuahkan hasil yang manis.

Selain Ameer, Rozita mempunyai seorang lagi anak lelaki, Aniq Ezzra Azuar Effendy, 15, hasil perkahwinan terdahulu dan kini sedang mengandungkan cahaya mata pertama hasil pernikahannya dengan Zain Saidin pada 11 Disember 2013.

Sumber: Mynewshub.my

Ezlisa Loy Cemerlang Raih 7A

Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun ke tahun semakin membanggakan.


Terbaharu, anak sulung kepada selebriti Rozita Che Wan, Ammar Effendy, yang belajar di Kolej Yayasan Saad, Melaka berjaya memperolehi keputusan cemerlang 8A.


Selain itu, adik Elfira Loy, iaitu Ezlisa Loy turut berjaya memperoleh keputusan membanggakan apabila berjaya mencatatkan keputusan 7A, 2B.

Tahniah diucapkan buat Ezlisa yang walaupun sibuk berlakon, masih mampu mengekalkan keputusan cemerlang untuk bidang akademiknya.

Sumber: Mynewshub.my

Adira Belum Bersedia Untuk Berkahwin

Penyanyi jelita, Adira mengakui dirinya masih belum bersedia untuk bergelar sebagai seorang isteri kerana menganggap usianya masih muda mahu menumpukan perhatiannya terhadap kerjaya nyanyian.

Adira Belum Bersedia Untuk Berkahwin

"Buat masa ini, saya belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga kerana saya rasa masih muda lagi. Kalau boleh saya mahu berkahwin sebelum usia saya 30 tahun.

"Kalau dalam masa lima tahun yang akan datang ini, saya belum nampak akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Malah saya juga belum bercadang untuk mencuba bidang lain seperti lakonan kerana tumpuan saya lebih kepada bidang nyanyian terlebih dahulu.

"Saya tidak mahu terburu-buru dan hilang fokus kerana bakat utama saya adalah dalam bidang nyanyian," katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, penyanyi naik juara program realiti "Akademi Fantasia" musim kelapan turut memberitahu dia kini sibuk dengan persiapan untuk rakaman album terbarunya yang berjudul "Swan" yang dijangka akan diriliskan tidak lama lagi.

"Saya rasa sudah sampailah masanya saya merakamkan album baru kerana album terakhir saya diterbitkan pada 2011. Selepas tiga tahun tiada album baru, saya takut nanti semakin lama nama saya semakin dilupakan.

"Tetapi saya tetap bersyukur kerana sehingga kini saya masih mendapat tawaran menyanyi walaupun "Ilusi" adalah satu-satunya album yang saya ada. Sebab itu, dengan adanya album baru saya nanti, maka lebih banyaklah lagu yang saya ada kalau mengadakan persembahan nanti."

Sumber: Tupai.com.my

Gwyneth Paltrow Paling Dibenci?

Figura ini bukanlah asing lagi di kalangan peminat mahupun penggiat industri seni Hollywood.


Sikapnya yang ramah dan disenangi membuatkan dia cukup disenangi.

Namun lain pula ceritanya ketika di zaman persekolahan, Gwyneth Paltrow sebenarnya cukup tidak disukai oleh kawan-kawannya.

Ini kerana isteri Chris Martin ini dikatakan sangat sombong dan sering merasakan dirinya yang terbaik di antara yang lain.

“Paltrow sering memberitahu rakan bahawa dia yang terbaik di antara mereka. Lebih-lebih lagi ketika mendapat peranan sebagai seorang puteri dalam sebuah drama, dia sering mengungkapkan dirinya layak kerana dia sememangnya seorang puteri,” ujar seorang sumber kepada Showbizspy.

Dek kerana sikapnya itu, ramai teman-teman di universiti menolak untuk berkawan dengannya, biarpun kini Paltrow sudah menjadi terkenal. -SH

Justin Bieber dan Selena Gomez Kembali Bercinta?

Rasa cinta antara bintang remaja, Justin Bieber dan Selena Gomez, ternyata masih menebal.


Jumaat lalu, bekas pasangan kekasih ini dilihat mengunjungi sebuah restoran untuk sarapan bersama.

Menurut pemilik restoran Don Pepe’s McAllen, Lori Johnson, Bieber dan Gomez datang bersama pengawal peribadi masing-masing pada jam 10.30 pagi.

“Hampir dua jam mereka duduk bersama sambil menikmati sarapan, kemudiannya mereka dilihat berciuman dan berpelukan.

“Mereka seperti pasangan kekasih. Malah, mereka juga seakan tidak menghiraukan orang sekeliling,” kata sumber itu.

Pun begitu, baik Bieber mahupun Gomez, masing-masing belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu. -SH

Jessica Simpson Kembali Langsing!

Nama Jessica Simpson menjadi perhatian ramai baru-baru ini, setelah badannya naik mendadak kerana hamil anak pertama dan kedua.


Ini kerana, setelah empat bulan bersalin anak pertama, Simpson mengakui sedang hamil anak kedua, sehingga membuatkan dia tidak sempat menurunkan berat badan.

Namun Simspon tidak membiarkan kegemukan menghalangnya untuk kembali langsing. Seperti yang dilaporkan E! Online, ibu dua anak ini mengamalkan disiplin yang kuat semasa berdiet.

Di bantu dengan pelan pemakanan orang Weight Watcher dan olahraga empat kali seminggu, kekasih Eric Johnson ini berjaya mendapatkan semula berat ideal dalam tempoh singkat. -SH

Kaca Mata Paul Walker Dilelong

Walaupun empat bulan sudah berlalu, namun kehilangan bintang terkenal, mendiang Paul Walker, masih mekar di ingatan.


Malah, barang-barang yang dikatakan ditemui di lokasi kemalangan bintang itu kini dilelong di internet.

Antara barang yang dijumpai termasuk alat pemadam kebakaran yang digunakan untuk mematikan api serta kaca mata yang dipakai Walker pada hari tersebut.

Menurut seorang sumber yang enggan dikenali, kaca mata milik Walker ditemui dalam semak, tidak jauh dari tempat kenderaan itu terbakar.

Lelongan di internet yang dibuka sejak Khamis lalu, mendapat perhatian lebih 4,000 pengikut dan empat daripadanya membuat penawaran tertinggi sehingga RM7,000.

Pun begitu, ramai dalam kalangan peminat meragui keaslian barang-barang berkenaan. Namun, sumber itu memberitahu bahawa lelongan ini bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Sebahagian daripada hasil lelongan ini akan disumbangkan ke yayasan amal. Ini adalah kebaikan untuk semua," katanya. -SH

Halle Berry Dan Suami Berpisah?

Belum pun setahun usia perkahwinan mereka, namun rumah tangga pasangan selebriti Halle Berry dan Olivier Martinez dikhabarkan mula goyah.


New York Daily News melaporkan, hubungan keduanya mulai renggang akibat sibuk dengan jadual masing-masing.

"Berry sibuk dengan penggambaran Filem Extant di Los Angeles manakala Martinez terikat dengan siri drama Revenge.

"Kedua-duanya juga jarang muncul di depan publik sejak Disember lalu, malah Berry tidak memakai cincin perkahwinannya di pentas Oscar lalu.

"Begitu pun, Martinez dilihat masih lagi memakai cincin perkahwinan mereka," kata sumber.

Bagaimanapun, juru cakap Berry, Meredith O’Sullivan Wasson menafikan perkara itu terjadi.

"Gosip ini tidak benar sama sekali," katanya.

Pasangan ini 'terjebak' dengan cinta lokasi setelah bertemu di lokasi penggambaran filem Dark Tide di Afrika Selatan pada 2010. Mereka kemudiannya berkahwin pada Julai 2013 dan dikurniai putera pertama, Maceo, tiga bulan kemudian. -SH

Gambar Kemeriahan Majlis Resepsi Aril AF

Selepas sah diijabkabulkan Disember lalu, baru kini penyanyi Aril AF berkesempatan mengadakan majlis resepsi di sebelah pihak perempuan, baru-baru ini.


Majlis serba meriah itu diadakan di Saloma Bistro, Kuala Lumpur dan turut dihadiri rakan selebriti lain antaranya Hanis Zalikha, Datuk Aznil Nawawi, Black Hanifah, Hafiz dan Akim Ahmad.

Sementara itu, ketika negara kita masih lagi dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370, Aril tidak menghalang isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin untuk meneruskan kerjayanya sebagai pramugari.

Menurut Aril, dia sentiasa memberi galakan dan mengetahui risiko pekerjaan isterinya itu.

“Awal-awal lagi saya sudah redha dengan apa yang akan jadi pada masa akan datang. Pada saya, selagi dia mampu untuk teruskan kerjaya dia, saya benarkan dia bekerja. Saya tak pernah halang kerja dia sebab saya tahu bukan semua orang berani lepaskan impian mereka. Saya sentiasa doakan keselamatan dia,” katanya memetik portal Rotikaya.

Jom saksikan beberapa foto menarik sepanjang majlis resepsi penyanyi dan juga penyampai radio Era ini! -Mynewshub


Chef Riz Terkilan Diboikot Stesen TV

Tukang masak selebriti iaitu Chef Riz berasa terkilan apabila terdapat beberapa pihak stesen televisyen telah memboikotnya untuk tidak melibatkannya dalam mana-mana program masakan.

Chef Riz

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, walaupun tidak mempunyai bukti sahih secara hitam putih, namun dia sedar dirinya telah diboikot sejak kontroversi dia didakwa menipu dalam resume sebagai juri program terbitan Astro Masterchef Malaysia pada penghujung tahun 2011.

“Walaupun tiada hitam putih mengatakan saya diboikot pihak stesen televisyen, tetapi saya tahu yang mereka tidak mahu menggunakan khidmat saya dalam mana-mana program kerana isu lama berkaitan dengan resume itu.

“Diakui, memang saya terkilan ke atas apa yang berlaku. Tetapi saya terima dengan hati yang terbuka dan menganggap ia berpunca daripada kesilapan saya yang lalu,” katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini Chef Riz didakwa menipu dalam resume sebagai juri Masterchef Malaysia yang dipaparkan dalam laman web Astro Ria pada hujung tahun 2011.

Dalam resume berkenaan Chef Riz dilaporkan pernah bekerja sebagai ketua chef dan penolong ketua chef di sebuah restoran Itali terkenal New York, Babbo dan restoran Perancis, Le Bernadin.

Bagaimanapun, kedua-dua pemilik restoran berkenaan, chef selebriti, Mario Batali dan Eric Ripert menyangkal kenyatan tersebut dan mendakwa Chef Riz tidak pernah bekerja di sana.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan terbaharu, dia kini sibuk membentuk badannya di pusat latihan kecergasan (gim) sebagai persiapan bagi menyertai seuah pertandingan bina badan pada April depan.

“Selain sibuk menguruskan restoran sendiri, Flavors, di Bangsar, saya sedang mempersiapkan diri untuk menyertai pertandingan bina badan pada bulan depan (April).

“Pada masa sama juga, saya sedang membuat perancangan untuk membantu masyarakat yang mahu menurunkan berat badan dengan cara yang sihat. Saya mahu sedarkan semua orang betapa pentingnya penjagaan kesihataan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chef Riz berkata, dia juga sedang dalam perancangan untuk mengahwini kekasihnya, Shikin Maembong, yang merupakan kakak kepada aktres Emma Maembong pada hujung tahun ini.

Bagaimanapun, persiapan perkahwinan hanya akan dilaksanakan selepas ibunya yang diserang angin ahmar baru-baru ini sembuh.

“Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan saya dengan Shikin dan memang kami rancang kahwin pada tahun ini. Tetapi buat masa ini ibu tengah sakit, jadi biarlah ibu sembuh dahulu.

“Lagipun kami tidak mahu tergesa-gesa. Saya mahu hubungan kami disatukan dengan cara yang lebih neutral,” tuturnya. –mStar Online


Aidil Dan Zarema Sah Bergelar Suami Isteri

Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan telah selamat menjadi suami buat kali kedua apabila sah diijabkabulkan dengan pasangannya, Zarema Zainal pada pukul 10.50 pagi kelmarin.


Dipetik dari Media Hiburan, majlis akad nikah tersebut telah diadakan di kediaman Zarema di Pandamaran, Klang.

Pasangan mempelai membalas hantaran dengan pihak lelaki memberi 9 dulang hantaran beserta mas kahwin sebanyak RM7,000 yang kemudiannya dibalas 11 oleh pihak perempuan.

Turut hadir pada hari bahagia pasangan ini adalah pelakon jelita, Nora Danish dan kekasihnya Nedim, Safee Sali dan Shahrul Shiro.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Zarema dan yang kedua oleh Aidil di mana sebelum ini dia pernah berkahwin dengan dramatis popular, Rita Rudaini sebelum bercerai Ogos tahun lalu. -Yahoo.Malaysia

Nora Danish Nafi Berpesta Di Kelab Malam

Pelakon jelita, Nora Danish menafikan dakwaan yang mengatakan dia menyambut hari jadinya yang ke-32 di sebuah kelab malam di Bandar Utama, Selangor dan telah berjaya meloloskan diri apabila kelab malam tersebut diserbu pihak berkuasa.


"Saya tidak pernah berselindung malah apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya.

"Gambar-gambar yang dimuat naik itu jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera nama para jemputan.

"Justeru, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam seperti yang disebarkan di laman-laman sosial," katanya kepada Kosmo!

Ibu kepada seorang anak itu menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan telah menyewa sebuah bilik bernilai RM5,000 di sebuah kelab malam mewah untuk meraikan hari jadinya bersama teman, namun sempat meloloskan diri sebaik pihak berkuasa menyerbu premis yang tidak berlesen itu. -Yahoo.Malaysia

Taylor Swift Paling Lumayan

Taylor Swift memperoleh pendapatan hampir AS$ 40 juta (RM131.4 juta) tahun lalu, menjadikannya penyanyi berpendapatan paling tinggi, menurut majalah Billboard.


Penyanyi berusia 24 tahun itu mengalahkan barisan bintang lain termasuk Beyonce, Justin Timberlake dan The Rolling Stones .

Taylor yang mengungguli kutipan bagi siri jelajahnya yang dianggarkan berjumlah AS$30 juta (RM98.5 juta) selepas tiket sepanjang jelajahnya selama enam bulan itu habis dijual.

Ia turut dibantu dengan menjadi duta Keds, Elizabeth Arden dan Diet Coke.

Penyanyi lagu “I Knew You Were Trouble” sebelum ini pernah berada di kedudukan pertama carta yang dikeluarkan majalah Billboard itu dua tahun lalu dengan pendapatan sebanyak RM114.9 juta.

Kenny Chesney berada di tangga kedua dengan pendapatan sebanyak RM108.4 juta.

Antara penyumbang besar pendapatan artis berusia 45 tahun ini ialah albumnya, Life On A Rock yang mengungguli carta dan siri jelajah raksasanya di stadium, No Shoes Nation Tour.

Berada di tempat ketiga, penyanyi lagu SexyBack, Justin Timberlake yang kembali menggegarkan industri muzik selepas tujuh tahun menyepi.

Ternyata, langkahnya itu berhasil, dengan dua album dan dua siri jelajah. Dia meraih pendapatan sebanyak RM101.8 juta

Artis yang berasal dari New Jersey, Bon Jovi melalui siri jelajahnya yang memenuhi jadualnya sepanjang tahun lepas berada di tempat keempat dengan pendapatan RM96.5 juta

Membuktikan umur bukan ukuran, Rolling Stones meraikan ulang tahun ke 50 kumpulan mereka dengan hadiah menarik - tiket jelajah “50 & Counting” habis dijual dan meletakkan mereka di tangga ke lima dalam senarai. - Agensi


10 artis pendapatan tertinggi 2013
• Taylor Swift
• Kenny Chesney
• Justin Timberlake
• Bon Jovi
• The Rolling Stones
• Beyonce Knowles
• Maroon 5
• Luke Bryan
• P!nk
• Fleetwood Mac

-Hmetro

Pelakon Lagak Ngeri Jet Li Antara Penumpang MH370

Pelakon lagak ngeri untuk beberapa buah filem lakonan Jet Li, Ju Kun adalah salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu lalu.

Ju Kun MH370

Menurut laporan Deadline, berita ini telah disahkan oleh Netflix dan The Weinstein Company yang berkata, "Kami sangat sedih dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Ju Kun yang merupakan salah seorang daripada penumpang merupakan sebahagian daripada produksi kami dan seorang yang berbakat. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarganya dalam tempoh yang sukar ini," ujar Netflix dan The Weinstein Company.

Ju Kun, seorang pakar seni pertahanan diri veteran dan merupakan pembantu koreografer pernah menjadi pelakon lagak ngeri untuk watak Jet Li untuk filem seperti "Fearless", "The Expendables" dan "The Forbidden Kingdom".

Pelakon berusia 35 tahun ini telah berada di Malaysia untuk siri "Marco Polo" yang dihasilkan oleh John Fusco dan terbitan dua syarikat berkenaan. "Marco Polo" dijangka memulakan produksi dalam tempoh tiga minggu lagi.

Ju Kun dikatakan baru sahaja menghabiskan tugasannya di Pinewood Studios, Johor Bahru dan telah mengambil penerbangan ke Beijing untuk pulang ke rumah.

"Kami semua di Malaysia sangat sedih dengan penantian ini. Ju Kun adalah seorang yang penting dan disayangi oleh keluarga Marco Polo dan bagi pihak Harvey Weinstein dan Netflix, kami sangat terkejut dengan berita ini.

"Buat masa sekarang kami akan bersama isterinya, Li Ping yang berada di Kuala Lumpur bagi memberi sokongan. Doa kami juga diberikan kepada semua penumpang lain dan keluarga mereka," ujar Fusco.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 telah hilang daripada radar sekitar jam 1.30 pagi Sabtu lalu. Usaha mencari 227 penumpang dan 12 anak kapal masih lagi diteruskan dengan bantuan beberapa buah negara lain. -Yahoo.News

Julia Perez Fobia Datang Malaysia

Pelakon seksi dari negara sebarang Indonesia, Julia Perez mengakui dirinya belum bersedia untuk datang ke Malaysia berikutan kontroversi perbalahannya dengan bekas Presiden Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi dua tahun lalu.

Julia Perez Fobia Datang Malaysia

Julia Perez atau lebih mesra dengan panggilan Jupe ini berkata, perbahalahan antaranya dengan Zed berlaku selepas dia mengkritik kualiti drama Melayu menerusi laman sosial Twitternya.

"Buat masa ini, saya belum sedia datang ke Malaysia kerana masih fobia dengan kontroversi itu.

"Saya suka Malaysia dan juga rakyatnya. Terima kasih kepada peminat di Malaysia kerana menyukai lakonan saya," katanya kepada Harian Metro.

Perbahalan antara Jupe dan Zed tidak berakhir di laman sosial sahaja apabila pada Disember 2012 Jupe telah datang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran filem "Fobia Malam Pertama".

Namun mengambil keputusan untuk pulang ke Indonesia selepas tiga hari penggambaran kerana diserang Zed yang mempertikaikan permit kemasukan pelakon itu ke negara. -Yahoo.News

Doa Dan Harapan Mila Jirin Buat MH370

Nasib seramai 227 penumpang dan 12 anak kapal MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak pagi Sabtu lalu, masih misteri hingga kini.

Doa Dan Harapan Mila Jirin Buat MH370

Meskipun sudah masuk hari kelima, namun seluruh dunia tidak putus-putus mendoakan keselamatan mereka dengan harapan MH370 segera kembali ke tanah air.

Mengharapkan 'keajaiban' berlaku, golongan selebriti tanah air juga tidak terkecuali memanjatkan doa serta harapan ke atas pesawat malang itu menerusi laman sosial mereka.

Siapa sangka penyanyi genit Mila Jirin, mengenali secara rapat Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang merupakan juruterbang pesawat MH370 yang hilang secara misteri itu.

Ketika dihubungi, pelakon Kami Histeria itu meluahkan rasa terkejut dan sedih kerana sehingga kini nasib Zaharie dan seluruh anak kapal serta penumpang MH370 masih belum diketahui.

"Selepas mendapat tahu kejadian itu, saya cuba menghubunginya, namun gagal.

"Saya begitu sedih dengan apa yang menimpanya sekarang dan berharap dia dapat pulang semula ke tanah air dengan selamat," ujar Mila dengan nada sebak.

Menurut Mila, dia mengenali Zaharie dalam satu majlis Kelab Peminat Mila Jirin pada 2007 dan hubungan mereka semakin rapat setelah mengenali keluarga Zaharie.

"Mulanya kami tidak kenal secara rapat namun selepas pertemuan di Melaka, kami semakin rapat. Malah saya pernah mengunjungi kediamannya untuk bertemu isteri dan anak-anaknya," kata Mila yang turut memuat naik gambar dia bersama juruterbang itu di Instagram miliknya.

Mengulas mengenai beberapa pandangan negatif yang pernah dilemparkan kepada juruterbang malang itu, tegas Mila, masyarakat tidak harus membuat sebarang penilaian tanpa mengenalinya terlebih dahulu.

"Saya mengenali dia secara peribadi, Zaharie merupakan orang paling baik, humble dan penyayang," katanya.

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam, turut meluahkan rasa sedih dan simpati dengan apa yang berlaku ke atas pesawat MH370.

Katanya, tanpa mengira apa jua bangsa dan negara, dia mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kesemua mangsa yang hilang secara misteri itu.

Tegas Izzue, dia juga berharap agar masyarakat lebih sensitif dan tidak menyebarkan khabar angin serta perkara negatif yang boleh mengganggu perasaan keluarga mangsa.

"Jangan sebarkan benda yang tidak betul atau sahih secara membuta tuli. Sebaliknya banyakkan berdoa agar pesawat MH370 segera ditemui," katanya.

Izzue juga berharap agar kaum keluarga mangsa terus bersabar dan bersedia terima apa sahaja kemungkinan kelak.

Sementara itu, ahli kumpulan Forteen, Muhammad Ridzuan Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai One melahirkan rasa kesal dengan komen-komen negatif mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 itu.

Katanya, walaupun tiada ahli keluarganya yang terlibat dengan kehilangan pesawat malang itu, namun dia tetap bersedih dengan apa yang menimpa pesawat milik tanah airnya ini.

"Saya sangat bersimpati dengan nasib kaum keluarga penumpang pesawat MAS itu.

"Namun perkara paling penting, masyarakat perlu mengelak daripada reka cerita palsu yang boleh mengguris hati keluarga mangsa.

"Jangan keruhkan lagi keadaan. Tunggu sajalah kesahihan daripada pihak berkuasa," kata One yang turut mengharapkan agar masyarakat terus mendoakan yang terbaik untuk MH370. -SH

Chef Wan Luah Rasa Simpati

Umum mengetahui, chef selebriti terkemuka negara, Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan, agak lantang dalam 'mengecam' nasi lemak yang dihidangkan di dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) ketika berada dalam penerbangan kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Bangkok, sebelum ini.


Bahkan, menu tersebut digelarnya sebagai 'Nasi Lemak Telanjang' kerana tidak dilengkapi dengan ikan bilis dan kacang serta timun lalu dimuat naikkan di akaun Instagram miliknya.

Lupakan seketika kritikan itu, bapa kepada pelakon Serina ini, bagaimanapun turut bersimpati di atas misteri kehilangan pesawat MH370 yang mengejutkan seluruh dunia.

Masih lagi menggunakan medium yang sama di akaun Instagramnya, Chef Wan, meluahkan rasa sedih apabila salah seorang krew penerbangan MH370 yang dikenalinya, Rainhasnan, turut menjadi mangsa kepada peristiwa malang itu.

Menurut Chef Wan, dia mengenali kru berkenaan kerana kerap kali ke luar negara atas urusan kerja. Malah pernah bersapa mesra dengannya.

Mendoakan yang terbaik, Chef Wan, juga berharap agar keluarga Rainhasnan terus bersabar dan berdoa supaya mendapat kekuatan.

Pesawat MH370 membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing, jam 6.30 pagi. -SH

Publisiti Murahan Chef Wan?

Bermula dengan isu nasi lemak ‘telanjang’, diikuti teguran buat stesen televisyen yang tidak peka dengan program masakan sehinggalah kepada kontroversi percintaan pelakon Hanez Suraya dengan lelaki berstatus suami orang, Romie Razin Adilha, semuanya mendapat perhatian masyarakat.


Ada yang bersetuju dan tidak kurang yang berkata luahan chef selebriti, Datuk Chef Wan, sebagai keterlaluan, terutama berhubung percintaan pelakon ‘Autumn Di Hatiku’ itu sedangkan mereka tiada sebarang pertalian.

Bercakap kepada Berita Harian, Chef Wan beliau berbuat demikian bukan untuk meraih publisiti murahan, sebaliknya kerana dirinya berpegang kepada prinsip berani kerana benar.

Sebagai seorang yang mempunyai banyak pengalaman, Chef Wan berkata, beliau berhak menegur apa yang dirasakan tidak betul, walaupun kebenaran pahit untuk diterima.

Teguran itu pula bukan untuk menjatuhkan, sebaliknya supaya pihak berkenaan dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

Ujar Chef Wan, dengan pengaruhnya, beliau berasa berhak untuk menegur supaya pihak yang terbabit tidak terus leka.

Begitu juga teguran ikhlasnya kepada stesen televisyen yang dilihat terlalu mementingkan paras rupa dalam pemilihan pengendali program masakan tanpa mengambil kira pengalaman tukang masak berkenaan.

“Saya sedikit pun tidak cemburu dengan pencapaian chef baharu kerana sehingga hari ini, program masakan saya tidak hanya disiarkan di stesen tempatan, malah wajah saya juga boleh ditonton pada setiap hari di seluruh dunia.

“Cuma saya pelik kenapa kita terlalu cepat mengiktiraf seseorang sebagai chef sedangkan mereka tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang kulinari. – BH Online

Hanez Suraya Saman Bekas PA

Pelakon jelita, Hanez Suraya telah memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim, 28, berikutan kenyataan memfitnah yang dimuat naik di laman sosial pada September hingga pertengahan Oktober tahun lalu.


Dipetik dari laman Bernama, Hanez, 28, menerusi Tetuan Harjit Sandhu dan Wan Nurliyana telah memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November tahun lalu dan pihak mahmakah telah menetapkan tarikh 17 April depan untuk pengurusan kes.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz mengambil tindakan undang-undang terhadap Fairus kerana didakwa memburukkan Hanez kepada rakan artis dan kepada pihak wartawan.

Sebelum ini Hanez telah menghantar satu salinan surat sebelum tindakan kepada Fairus pada 16 Oktober tahun lepas dan mengarahkan bekas pembantunya itu membuat pemohonan maaf secara terbuka dalam masa 48 jam dari tarikh surat tersebut.

Fairus kemudiannya telah berjumpa dengan Hanez dan telah membuat permohonan maaf serta memuat naik permohonan maaf itu di laman Twitter dan Instagram, bagaimanapun pada 19 Oktober dan 22 Oktober lalu, Fairus telah 'retweet' semula tweet daripada akaun yang lain bertujuan untuk memalukannya.

Dalam tuntutan saman Hanez, dia menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos, faedah, satu injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyebarkan fitnah terhadapnya dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Zed Zaidi Mohon Maaf Buat LAWAK Isu MH370

Pelakon dan bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi tampil memohon maaf berikutan memuat nak komen di laman sosial mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 seolah-olah menjadikan kejadian itu sebagai satu jenaka.

Zed Zaidi Mohon Maaf Buat LAWAK Isu MH370

"Saya tidak ada niat langsung untuk mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan sebegitu. Pada mulanya saya dapat tahu pesawat itu sudah selamat mendara cemas dan saya hanya mengetahui perkara tersebut menerusi Internet kerana berada di luar rumah untuk membeli sarapan pagi.

"Jadi saya kaitkan isu-isu yang berkaitan dengan MAS dan kerana jumlah patah perkataan di Twitter yang terhad, saya tidak dapat menyambung ayat terakhir iaitu berharap MAS dapat mempertingkatkan perkhidmatannya.

"Namun sebaik tiba di rumah, ketika saya menonton berita mereka sahkan pesawat tersebut masih belum dapat di kesan dan saya segera melihat Twitter saya dan saya lihat sudah banyak pihak 'retweet' status saya dan saya di kecam banyak pihak," katanya kepada Sinar Harian.

Menyedari kesilapannya, Zed segera membuang statusnya itu dan memohon maaf serta meminta semua mendoakan keselamatan penumpang MH370.

"Percayalah saya tiada niat langsung untuk menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka. Silapnya saya kerana saya terus mempercayai sumber di Internet yang mengatakan mereka telah selamat mendarat.

"Biarpun tiada ahli keluarga saya yang terlibat dalam insiden tersebut, namun sebagai rakyat Malaysia, saya doakan mereka semua berada dalam keadaan selamat."

Rozita Che Wan Akui Mengandung!

Pelakon jelita, Rozita Che Wan telah mengesahkan dia kini sedang hamil anak pertamanya bersama suami yang juga aktor Zain Saidin.


Berita gembira itu telah disampaikan sendiri oleh Rozita di laman sosial Instagramnya.

"Alhamdulillah, syukur dengan nikmatMu ya Allah," tulisnya pada kapsyen gambar alat ujian kehamilan yang dipetik dari mStar.

Sebelum ini, Zain pernah meluahkan rasa terujanya apabila memberitahu isterinya itu berkemungkinan besar sudah mengandung, bagaimanapun masih menunggu pengesahan daripada doktor.

Zain, 30 dan Rozita, 41, selamat diijabkabulkan pada 12 Disember tahun lalu dan ini merupakan anak pertama Zain manakala anak ketiga Rozita di mana hasil perkahwinan terdahulu dia mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.