Hollywood Rancang Filem MH370

Belum pun selesai operasi mencari pesawat MH370, beberapa penerbit filem Hollywood sudah merancang untuk menghasilkan filem berhubung dengan insiden itu.


Khabarnya, kerja-kerja untuk pembikinan filem tersebut sudah pun dimulakan, memetik mStar Online.

Ia diakui oleh penerbit eksekutif filem penerbangan ‘Red Eye’, JC Spink yang telah mengesahkan kepada wartawan bahawa seramai 50 orang kini sedang bekerja dalam 50 projek berlainan yang berkaitan dengan tragedi tersebut.

Sementara itu, penerbit filem ‘Non-Stop’ pula, Alex Heineman berkata, orang ramai pasti sedang menunggu pengakhiran insiden misteri itu.

“Mereka mahukan kisah kebenaran berbanding fiksyen. Kisah ini begitu pelik. Tiada siapa tahu apa yang sebenarnya berlaku. Atau ada orang yang melakukannya tetapi enggan membuka mulut,” katanya.

Namun, buat masa ini Heinemen tidak mahu mengeksploitasi kisah tersebut kerana ia merupakan sesuatu yang menyedihkan kepada masyarakat dunia. -Mynewshub.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon