Hanez Suraya Saman Bekas PA

Pelakon jelita, Hanez Suraya telah memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim, 28, berikutan kenyataan memfitnah yang dimuat naik di laman sosial pada September hingga pertengahan Oktober tahun lalu.


Dipetik dari laman Bernama, Hanez, 28, menerusi Tetuan Harjit Sandhu dan Wan Nurliyana telah memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November tahun lalu dan pihak mahmakah telah menetapkan tarikh 17 April depan untuk pengurusan kes.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz mengambil tindakan undang-undang terhadap Fairus kerana didakwa memburukkan Hanez kepada rakan artis dan kepada pihak wartawan.

Sebelum ini Hanez telah menghantar satu salinan surat sebelum tindakan kepada Fairus pada 16 Oktober tahun lepas dan mengarahkan bekas pembantunya itu membuat pemohonan maaf secara terbuka dalam masa 48 jam dari tarikh surat tersebut.

Fairus kemudiannya telah berjumpa dengan Hanez dan telah membuat permohonan maaf serta memuat naik permohonan maaf itu di laman Twitter dan Instagram, bagaimanapun pada 19 Oktober dan 22 Oktober lalu, Fairus telah 'retweet' semula tweet daripada akaun yang lain bertujuan untuk memalukannya.

Dalam tuntutan saman Hanez, dia menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos, faedah, satu injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyebarkan fitnah terhadapnya dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon