Gwyneth Paltrow Dan Suami Bercerai

Aktres yang juga pemenang Oscar, Gwyneth Paltrow dan suami, Chris Martin mengumumkan perpisahan selepas 10 tahun berkahwin.


Pengumuman itu dibuat oleh Paltrow dalam laman web Goop dengan kata-kata “Dengan penuh kesedihan kami memutuskan untuk berpisah’’.

Gwyneth, 41, dan Chris, 37, yang mempunyai dua orang anak memaklumkan mereka telah berusaha selama lebih setahun untuk menyelamatkan perkahwinan itu namun gagal.

“Kami telah berusaha selama lebih setahun. Adakalanya kami bersama, adakalanya kami berasingan namun kini kami telah mencapai kesimpulannya bahawa ketika kami saling mencintai, kami perlu berpisah.

“Kami juga adalah ibu bapa kepada dua cahaya mata dan berharap supaya privasi kami tidak diganggu dalam waktu sukar ini,’’ kata pasangan itu.

Mereka bagaimanapun akan terus kekal sebagai satu keluarga dalam apa cara sekalipun.

Pasangan itu dikatakan menghabiskan masa bersama anak-anak di Eleuthera di Bahamas sebelum pengumuman perpisahan itu dibuat.

Gwyneth dan Chris, berkahwin secara rahsia pada 2003 di Mexico dan menghabiskan masa selama 10 tahun untuk cuba menyembunyikan diri daripada dirakamkan gambar mereka bersama, bagi mengekalkan privasi keluarga berkenaan.

Tahun lepas, mereka berpindah dari London ke Los Angeles dan kelihatan bahagia bersama anak-anak. -Mynewshub.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon