Tahniah, Soo Wincci Kini Bergelar Doktor Falsafah!

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi terkenal Soo Wincci yang berjaya menamatkan pengajian PhD-nya sekaligus bergelar doktor falsafah.

Soo Wincci.jpg

Berita gembira itu didedahkan oleh Soo Wincci yang juga bekas ratu cantik Malaysia 2008/2009 menerusi satu video yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya malam tadi.

Menerusi video tersebut Winci kelihatan tidak dapat mengawal emosinya dan menangis teresak-esak apabila mendapat tahu dia lulus PhD.

“Dah 6 tahun berjuang bersendirian, 6 tahun kurang tidur dan 6 tahun stress, hanya untuk title Dr ini.

“Jutaan penghargaan kepada sokongan anda dan terima kasih kepada semua fans yang menemani Wincci sepanjang 6 tahun ini. Sekarang Wincci boleh tidur puas-puas,” tulisnya.

Pada masa sama, Wincci mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah Open Universiti Malaysia yang banyak membantunya sepanjang perjalanan bergelar pelajar.

Rata-rata peminat dilihat meninggalkan ucapan tahniah dan meluahkan rasa bangga atas pencapaian selebriti kesayangan mereka itu.

Malah, ada juga yang memuji bintang berpangkalan di Taiwan ini dengan menyifatkannya sebagai ‘The real clever girl’ kerana bukan sahaja cantik tetapi juga pandai.

Selain itu, Wincci juga pandai memasak dan pernah menyertai program realiti masakan Masterchef Selebriti Malaysia. -Mynewshub.cc

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon