Zalif Sidek Mengamuk Di Lapangan Terbang?

Baru-baru ini, muncul gosip hangat menyatakan pelakon Papa I Love You, Zalif Sidek telah mengamuk di sebuah lapangan terbang dalam negeri gara-gara beg yang dibawa melebihi had berat ditetapkan.

Zalif Sidek.jpg

Gosip dalam akhbar tempatan tersebut turut mendakwa bintang yang terkenal menerusi iklan Digi suatu ketika dahulu ini telah menghempas beg miliknya di hadapan kaunter syarikat penerbangan terbabit.

Rentetan itu, Zalif, 31, yang terkejut mendengar gosip tersebut mengakui dirinya terkilan dengan tuduhan melampau yang dilemparkan itu.

“Saya terkejut apabila timbul gosip sebegini kerana wartawan itu tiada inisiatif mengesahkan cerita itu daripada mulut saya sendiri walhal saya boleh dihubungi bila-bila masa.

“Kalau ikutkan ada rakan yang menyarankan saya menyaman pihak terbabit namun jika boleh saya mahu menyelesaikannya secara baik.

“Saya memahami tugas wartawan mencari berita tetapi jenis sebegini belum pernah saya jumpa tambahan pula saya mempunyai hubungan baik dengan editornya.

“Secara logiknya, mana mungkin seorang manusia waras seperti saya ingin membuat onar di tempat awam. Saya tidak meninggikan suara langsung inikan pula mengamuk. Hanya salah faham berlaku apabila staf di bahagian kaunter tersalah beg tetapi diselesaikan secara baik,” katanya kepada BH Online.

Tambah kecewa, Zalif kesal apabila wartawan itu melabelkan dirinya ‘sendu’ tanpa mengetahui perkembangan terbaharunya dan kisah percintaannya turut diheret sama dalam isu itu.

Dalam perkembangan lain, Zalif kini menubuhkan syarikat produksi dinamakan WAB Resources Sdn Bhd.

Selain itu, Zalif turut dilantik selaku duta asas tani yang merupakan projek di bawah Kementerian Pertanian. -Mynewshub.cc

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon