Erma Fatima Tetap Mahu Cerai, Bade Enggan

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur diekat sini pada Khamis memerintahkan pengarah filem, Bade Azmi dan isterinya, Erma Fatima melantik jawatankuasa pendamai apabila kes perceraian mereka gagal diselesaikan.

Erma Fatima - Bade

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mengendalikan kes berkenaan membuat keputusan itu selepas Bade selaku defendan tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya itu.

Erma selaku plaintif kes tersebut bagaimanapun tetap ingin meneruskan perceraian berkenaan.

Kes berkenaan yang difailkan Erma pada awal Mei lalu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Shaiful Azli menetapkan 7 Oktober depan untuk kedua-dua pihak membawa wakil lelaki dari kalangan keluarga atau pun kenalan terdekat bagi proses berkenaan.

Jelasnya lagi, peranan wakil tersebut adalah untuk cuba mencari jalan penyelesaian dan menyiasat sekiranya wujud shiqa’ (perbalahan berpanjangan) dalam rumah tangga mereka.

Jawatankuasa pendamai, dipengerusikan oleh seorang pegawai jabatan agama Islam bersama wakil-wakil yang dilantik oleh kedua-dua pihak, dibuat bagi membantu kedua-dua pihak dalam membuat keputusan dengan persetujuan bersama.

Terdahulu, pasangan berkenaan tiba bersama-sama ke mahkamah kira-kira pukul 2.30 petang.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47; diwakili peguam Jamal Lokman Mohd Sulaiman manakala Bade tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun usaha pihak media untuk mendapat komen pasangan berkenaan berhubung kes itu gagal selepas mereka bergegas pulang sejurus prosiding selesai.

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 51; dan Erma bernikah pada 30 November 1990.

Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia enam bulan.

Terdahulu dalam satu temubual sebelum ini Erma dan Bade menafikan akan bercerai dan Bade menegaskan dia masih sayangkan Erma.

Erma pula berkata dia boleh menerima hakikat hidup bermadu. –mStar

Stacy Nafi Peluk Islam Semata-Mata Nak Kahwin Dengan Akim

Penyanyi yang terkenal dengan imej lincah menari, Stacy mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam seperti mana dilaporkan media massa semalam.


Stacy turut mendedahkan nama Islamnya iaitu Ummu Syaikhah Stacy Binti Anam.

Dalam sesi sidang media yang diadakan di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil, Stacy ditemani ibu, Agnes Kaloos dan bapanya, Anam Bayar.

Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor, semalam.

Namun begitu, penyanyi berusia 25 tahun itu menafikan khabar angin mengatakan dia memeluk Islam semata-mata kerana ingin berkahwin dengan kekasihnya yang juga penyanyi, Akim Ahmad.

Sebaliknya, selebriti kelahiran Sabah ini menyatakan dia memang bersedia untuk memeluk Islam kerana tertarik untuk belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai ajaran agama Islam.

“Sekiranya saya mahu berkahwin, lebih baik saya masuk Islam ketika mahu berkahwin sahaja dan sekiranya dia (Akim) bukan jodoh saya, saya tak kisah memeluk Islam kerana saya ikhlas mahu memeluknya,” katanya memetik rakaman video yang dikongsikan menerusi laman Facebook Era FM.

Selamat datang saudara baru, Ummu Syaikhah Stacy dan semoga segala urusan pembelajaran dan pemahaman mengenai agama Islam dipermudahkan buat penyanyi kecil molek ini. -Mynewshub

David Beckham Bawa Keluarga Bersantai Ke Disneyland

Figura terkenal, David Beckham meluangkan masa membawa isteri, Victoria Beckham dan empat anak mereka, Brooklyn, 16, Romeo, 12, Cruz, 10, dan Harper Seven, 4, ke taman tema paling popular dunia, Disneyland California, baru-baru ini.


Turut bersama mereka ialah rakan baik Victoria, Tana yang merupakan isteri chef selebriti terkenal, Gordon Ramsay.

Tana menyertai percutian keluarga Beckham bersama tiga anak perempuannya, Megan, 17, Holly, 15, dan Tilly, 13.


Yang menjadi tumpuan pada percutian itu ialah satu-satunya anak perempuan pasangan Beckham, Harper Seven yang sentiasa duduk dalam stroller yang ditolak oleh bapanya.

Ini kerana kunjungan ke Disneyland merupakan salah satu daripada impian kebanyakan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia.


Victoria atau Posh Spice yang cukup dikenali dengan fashion sense yang tersendiri tampil bergaya santai bersesuaian dengan agenda mereka pada hari itu, memakai jeans lusuh sedondon dengan warna bajunya serta dilengkapkan dengan topi jenis fedora.


Bapa hot ini juga tidak ketinggalan bergambar dengan watak popular filem box office Frozen, Princess Elsa dan Anna. -Mynewshub

Akim Kecewa Tindakan Perakam Video Stacy Sedang Mengucap

Gara-gara penyebaran video Stacy sedang mengucap dua kalimah syahadah yang dirakam oleh individu tidak amanah, Akim Ahmad meluahkan rasa ‘bengangnya’ dengan perkara tersebut.


Memetik kenyataan Akim di laman makro Twitter, dia mengetahui individu yang bertanggung jawab melakukannya dan berasakan wanita bertudung pink itu telah melampaui batas tugasnya apabila merakam video Stacy tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.

“Saya bukan marah, tapi kecewa. Kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh perakam yang tidak amanah. Sangat kecewa.

"Harap janganlah ada yang buat silap macam ini lagi. Saya merayu, sama-samalah kita mengingatkan ye. Assalamualaikum,” kicaunya di Twitter.


Sebelum ini, sudah timbul cerita bahawa Stacy sudah selamat memeluk agama Islam dan memilih Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Muslimnya.

Stacy difahamkan bakal mengadakan sesi sidang media hari ini bertempat di Bukit Jalil bagi menjawab segala persoalan mengenai isu ini. -Mynewshub

Buat Kejutan Hari Jadi, Rita Rudaini Bawa Anak Pergi London

Nama Rita Rudaini memang tak perlu lagi diperkenalkan sebagai salah seorang pelakon terkenal lagi berbakat dalam industri seni tempatan.

Rita Rudaini Bawa Anak Pergi London

Bahkan, namanya juga sering meniti di bibir kaki gosip serta ruang berita hiburan kerana acapkali terkait dengan kontroversi, antaranya kes perselisihan faham dengan selebriti lain dan isu naik turun mahkamah menuntut hak dari bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak.

Apa-apapun, peneraju filem Mendam Berahi yang baru terjun dalam dunia perniagaan itu tetap bahagia di samping dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulunya, Airit Rayyan Rizqi dan Airit Qaqa Arjuna.

Malah, dalam perkembangan terbaru, Rita telah membawa anak-anaknya itu bercuti ke kota London!

Rita Rudaini Bawa Anak Pergi London [2]

Menerusi laman Instagram peribadi, Rita berkongsi foto-foto mereka di Kota London sejak beberapa hari lalu dan percutian tersebut dikhabarkan sebagai kejutan hari jadi kedua anak-anaknya.

Ramai peminat meninggalkan banyak komen positif terhadap Rita yang membawa Rayyan dan Arjuna bercuti di sana.

Apalah salahnya sekali-sekala ‘belanja’ diri sendiri dan anak-anak makan angin di luar negara, kan? –MYNEWSHUB

Wanita Di Brazil Menyerupai Megan Fox Dapat Perhatian

Seorang wanita yang berasal dari Brazil ini telah menjadi sensasi internet kerana rupa parasnya yang serupa dengan pelakon popular Hollywood, Megan Fox.

Megan Fox (kiri) dan Claudia Alende (kanan)
Megan Fox (kiri) dan Claudia Alende (kanan).

Claudia Alende, 20, tinggal di Parana pernah menyertai pertandingan Miss Bum Bum di sana pada tahun lepas, namun tidak pula menjuarai pertandingan tersebut.

Walau bagaimanapun, populariti Claudia kini bukan kerana penyertaannya dalam pertandingan itu tetapi ia adalah kerana iras wajahnya yang sama dengan heroin filem Teenage Mutant Ninja Turtles itu.

Claudia meraih jumlah pengikut yang tinggi di laman sosial miliknya seperti Facebook dan Instagram, malah telah menjadi sensasi Internet sejak kebelakangan ini.

Gambar peribadi peserta Miss Bum Bum 2014 yang dimuat naik di laman sosial itu saling tak tumpah seperti pelakon seksi di Hollywood itu sehingga ada yang keliru dengan mereka berdua.

Pertandingan Miss Bum Bum merupakan acara tahunan yang dipertandingkan di Brazil bagi menobatkan serta mengiktiraf wanita yang memiliki punggung yang menarik dan menawan. -Mynewshub

Lepas Selesai Solat, Baru Datang Konsert Saya – Yuna

Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Pelantun lagu Mermaid, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna menerima pujian ramai netizen kerana pendirian yang jelas menunjukkan dirinya masih berpegang kepada asas sebagai seorang Islam.

Yuna

Prinsip tersebut disaksikan ramai setelah seorang peminat mengajukan soalan kepada Yuna di laman sosial tentang konsert terbarunya yang bakal diadakan di KLCC pada Oktober depan.

Kisahnya, pemilik akaun Twitter, @thisisgiralka bertanyakan satu soalan kepada Yuna berkenaan pintu masuk konsert yang dimaklumkan penganjur akan dibuka pada jam 7 malam.

Yuna [2]
Yuna [3]
Yuna [4]

Lantas, Yuna menjawab soalan tersebut dengan cadangan supaya peminat beragama Islam menunaikan solat terlebih dahulu di surau KLCC sebelum datang ke tempat berlangsung persembahannya.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyatakan, konsertnya bukanlah bermula tepat jam 7 malam walaupun penganjur membuka pintu masuk pada waktu tersebut.

Jelas Yuna, yang paling utama adalah solat terlebih dulu sebelum persembahannya.

Yuna [5]

Penjelasan tersebut kemudiannya menerima reaksi positif ramai yang memuji Yuna kerana bukan sahaja berpegang kepada asas sebagai muslim, tetapi juga menghormati waktu Maghrib. –Mynewshub

Ras Adiba Berang Kereta Di Himpit Di Petak OKU

Bekas pembaca berita di stesyen TV3 yang kini bertugas di NTV7, Ras Adiba Radzi baru-baru ini telah melepaskan kamarahannya di laman Facebook disebabkan sikap seorang pemandu yang menyalahgunakan kemudahan tempat parkir kereta untuk golongan orang kelainan upaya (OKU).

Ras Adiba

Beliau yang juga merupakan seorang OKU memuatnaik gambar kenderaan individu tidak bertanggungjawab berkenaan yang menyelit di celah kereta Volvo-nya dan dikatakan menyebabkan dirinya terperangkap seketika.

“Di manalah kamu letak otak? Bagaimana saya hendak keluar daripada kereta saya!

“Saya terperangkap, tak dapat keluar daripada Volvo putih,ishh sabar jer lah.”

“Semua orang tolong jadikan viral, lebih baik jika berita dia, dia mungkin lupa bawa otak sekali bila keluar rumah… haiyo!” katanya di pautan gambar yang dikongsikan.

Ras Adiba [2]

Sudah menjadi kebiasaan nampaknya rakyat Malaysia yang ‘cukup sifat’ sering kali meletakkan kenderaan di ruang khas parkir untuk golongan OKU terutamanya di pusat membeli belah.

Buat pengetahuan anda, golongan OKU sememangnya memerlukan ruang parkir yang besar bagi memudahkan mereka mengeluarkan kerusi roda atau alatan bantuan mereka. -Mynewshub

Berita Pelawak Pie Sudah Meninggal Dunia Tidak Benar!

Khabar angin yang mendakwa pelakon komedi Shafiee Jaafar atau mesra disapa Pie telah kembali ke rahmatullah adalah tidak benar sama sekali.


Sebaliknya, pelakon yang terkenal menerusi filem Nana Tanjung dan Mami Jarum ini masih hidup dan sedang dirawat di Hospital Kepala Batas (HKB), Pulau Pinang sejak semalam.

Difahamkan, aktor veteran itu dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi semalam selepas mengadu mengalami kesejukan yang melampau hingga menyebabkan seluruh badannya menggigil.


Dalam pada itu, Pie turut meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah sebegitu padanya.

Katanya, dia tidak tahu tujuan sebenar mengapa berita sebegitu disebarkan.

“Tolong hentikan semua ini kerana umur saya masih panjang dan teruslah berdoa yang baik-baik bukannya dengan cara begini,” katanya yang dimasukkan ke wad berikutan jangkitan pada paru-paru.

Sumber: Berita Harian

Abby Abadi Sah Bergelar Isteri Wartawan Harakah

Dengan sekali lafaz, pelakon dan bekas anggota kumpulan pop Elite, Abby Abadi sah bergelar isteri kepada wartawan kanan media pembangkang iaitu Harakah, Muhammad Faizal Zakaria sebentar tadi.

Abby Abadi

Pasangan ibarat merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan kira-kira pukul 3.30 petang pada Jumaat iaitu mengambil sempena keberkatan penghulu segala hari bertempat di Masjid As-Sobirin di Keramat, Kuala Lumpur.

Abby Abadi dan suami, Faizal atau mesra disapa Jai dinikahkan oleh Iman Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan berwalikan bapa pengantin perempuan, Abdul Manan Tadin.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, menerima mas kahwin sebanyak RM300, senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, dan sembilan dulang berbalas 11 dulang barangan hantaran kepada pengantin lelaki.

Antara rakan artis yang turut hadir dalam majlis pernikahan itu adalah rakan beliau daripada kumpulan Elite, Azza dan Sasha Saidin.

Majlis resepsi pasangan ini dijangka berlangsung pada Ahad ini di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Abby mengalami dua kegagalan dalam perkahwinan sebelum ini bersama aktor kacak, Norman Hakim dan Noor Farhan Che Bakar.

Hasil perkahwinan bersama Norman, mereka dikurniakan tiga orang anak.

Jai yang juga seorang duda beranak tiga dikatakan berkenalan dengan Abby sejak tiga tahun lalu.

Sekalung tahniah dan selamat pengantin baru buat Abby Abadi dan Jai. -mStar Online

Luahan Emma Maembong Tentang Percintaannya Dengan Zizan

Satu ketika dahulu, Emma Maembong dan Zizan Razak merupakan pasangan bercinta yang teramatlah ‘sweet’, sempoi, sama cantik dan sama padan.


Ramai yang mendoakan dan berharap agar mereka berdua ke jinjang pelamin, namun hasrat itu terkubur apabila percintaan mereka tamat di pertengahan jalan.

Punca perpisahan sebenar tidak diketahui, namun ada yang menyatakan ia kerana tindakan Zizan membeli kereta Ferrari.

Oleh kerana perpisahan itu juga, Emma Maembong telah dicop mata duitan, tidak matang dan berperangai kebudak-budakan.

Teruk juga Emma Maembong dihentam. Ramai yang menyalahkan Emma kerana kegagalan percintaan itu. Enggan lagi dipersalahkan, Emma tampil bercerita panjang lebar tentang hubungannya dengan Zizan Razak menerusi Harian Metro.

Apa yang pasti, kereta Ferrari bukanlah punca perpisahan mereka. Susulan tulisannya di Twitter yang menyatakan sikap playboy Zizan, Emma tampil meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

Kata Emma, "Saya tak tahan. Mungkin saya menulis kerana dah tak tahan dengan sikapnya. Bagi saya sepanjang masa saya hidup dalam penipuan.

Saya berhadapan dengan penipu. Bila pihak di sebelah sana (Zizan) beritahu alasan palsu berkenaan punca kami putus disebabkan kereta Ferrari, saya langsung tak menafikan atau mengakui.

Maksudnya kami putus hanya kerana kereta Ferrari dan benda-benda bodoh. Saya rasa selama ini teruk saya kena kritik seperti dikatakan tak matang, kebudak-budakan dan macam-macam lagi.

Sampailah saya terdengar ada orang yang rapat dengan saya memberitahu terjumpa Zizan dan dia bercerita perkara buruk terhadap saya.

Segala kesalahan dikatakan berpunca daripada saya. Saya rasa cukuplah apa yang berlaku. Mula-mula dia menipu media apabila mengatakan kami putus kerana Ferrari. Kemudian tipu peminat dengan alasan bodoh.

Cukupulah itu, tiba-tiba sekarang dia nak hasut fikiran orang yang rapat dengan saya pula. Bagi saya tindakan itu keterlaluan. Apa yang dia nak lagi?
Dari situlah saya berfikir tak boleh biarkan begitu saja. Saya tak nak serang dia. Tak pastilah mungkin ini fitnah. Mungkin orang sengaja nak mengapi-apikan kami.
Mungkin ia tak wujud dan dia tak pernah bercerita apa-apa. Kalau betul dia diam itu OKlah, tapi apabila saya hantar mesej Whatsapp untuk ajak bertemu, dia tak mahu pula.

Dia bagi harapan kepada seorang wanita yang betul-betul setia kepadanya. Saya masih muda dan boleh buat macam-macam benda, tapi kerana dia saya akur semuanya.

Mungkin saya terlalu cepat jatuh cinta. Saya boleh sayang terlampau sangat sehingga semua cakapnya saya dengar.

Saya ikut semuanya kerana dia termasuk bertudung. Saya berterima kasih kerana dia mendidik saya ke arah kebaikan.

Tapi akhirnya saya terkejut dan terlintas apa semua ini? Saya kena ‘prank’ atau kena kejutan apa?

Saya memang keliru.

Menarik pembukaan luahan hati Emma Maembong. Jadi memang benarlah mereka berdua berpisah bukan kerana tindakan Zizan membeli kereta Ferrari seperti yang digembar-gemburkan. Punca sebenar tidak pula diberitahu oleh Emma, mungkin ia tidak perlu disebarkan.

Tambah Emma lagi,

Sekiranya dia tidak bersalah, kenapa dia enggan berjumpa saya? Saya rasional dengan apa yang berlaku.

Ketika penggambaran telefilem Hantu Wifi saya sudah pun putus cinta dengan dia, tapi saya tetap profesional berlakon dengannya.

Saya masih boleh berlakon sekali. Boleh bergelak ketawa walaupun dalam hati hanya saya yang tahu. Saya boleh pergi program Maharaja Lawak Mega untuk sokong dia walaupun sudah tiada hubungan.

Kalau boleh saya nak pertahankan hubungan kami. Pada fikiran saya, mungkin dengan cara itu hubungan kami akan OK.

Dia akan hargai apa yang saya buat seperti menyokongnya ketika bertanding dulu. Ketika itu saya memang berharap agar benda ini dapat mengubah keadaan.

Bagamaipaun saya yang dilihat bersalah. Saya dikatakan jahat termasuk dituduh mahu mengikis duit Zizan.

Selepas itu Kamal Adli pula dituduh sebagai perampas, sedangkan perakra sebenarnya lain. Saya akur kami tiada jodoh. Namun saya kecewa kerana sering dianggap negatif.

Kamal pula turut dikaitkan sedangkan dia tiada kena mengena. Cuba bayangkan 2 tahun saya dan Zizan ke hulu ke hilir bersama. Setiap majlis saya pergi dengan dia. Saya juga dengan bangga beritahu media perkara ini.

Semuanya OK, takkanlah tiba-tiba kami boleh putus dengan alasan sebuah kereta. Sangat tak logik kan?

Ikutlah apa orang nak cakap kerana saya dah tak kisah. Janji, apa yang saya simpan selama ini saya dah cakap. Saya harap dia bahagia cukuplah.

Saya minta maaf kepada Zizan sekiranya apa yang saya dengar ini palsu dan rekaan. Kalau betul ini hanya fitnah, saya mohon maaf daripada hujung rambut sehingga hujung kaki kepadanya.

Saya tiada niat untuk menjatuhkannya. Kalau saya ada niat, dari awal perkara ini dah lama dihebahkan kepada semua.

Memang panjang lebar luahan hati Emma Maembong. Namun tiada satu pun menyentuh punca sebenar perpisahan mereka. Kalau bukan Ferrari, apa puncanya?

Pasti Emma tidak mahu memalukan Zizan dan menyimpan punca tersebut untuk kebaikan mereka berdua. Baguslah begitu.

Semoga selepas ini nama Emma bersih dan tiada lagi menerima tohmahan pengikis duit, tak matang dan kebudak-budakkan.

Rasanya Emma pun dah move on. Giliran Zizan pula untuk tidak menjaja cerita tentang bekas kekasihnya itu.

Sama-samalah menjadi dewasa dan menerima hakikat tiada jodoh antara mereka. -Beautifulnara.com

Diana Danielle Disahkan Hamil Anak Kedua

Sekalung tahniah diucapkan buat pelakon berwajah Pan-Asia, Diana Danielle yang kini disahkan hamil anak kedua.

Diana Danielle Disahkan Hamil

Berita gembira ini dikongsikan oleh suaminya Farid Kamil yang juga merupakan pelakon dan pengarah terkenal.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki anak kedua ini.

“Sebagai bapa, saya sangat gembira dan teruja sama seperti ketika kelahiran anak pertama kami dulu.

“Kami memang sudah bersedia untuk mendapat anak kedua kerana anak pertama, Muhammad sudah berusia dua tahun,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Farid memberitahu dia dan Diana tidak kisah akan jantina anak keduanya sama ada perempuan atau lelaki dan masih lagi belum membuat pemeriksaan mengesan jantina bayi.

Jelas Farid, apa yang penting, setakat ini, Diana dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.

Difahamkan, Diana juga sudah berehat dari aktiviti seni kerana ingin menjaga kesihatan kandungannya itu. -Harian Metro

Kylie Jenner Dapat Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-18

Inilah kelebihan apabila menjadi anak bintang sensasi di Hollywood, hadiah ulang tahun yang diperolehi pastinya gempak sekali!


Kylie Jenner yang baru dua hari lepas menyambut ulang tahunnya yang ke-18 dilaporkan telah menerima sebuah kereta Ferrari 458 berwarna putih sebagai hadiah.

Namun ia bukanlah daripada ahli keluarganya, Ferrari tersebut telah diberikan oleh penyanyi rap, Tyga, yang juga dikhabarkan merupakan teman lelaki Kylie.


Kejutan tersebut dibuat di luar Bootsy Bellows yang merupakan lokasi majlis sambutan hari jadinya. Kylie diiring keluar oleh tetamu yang hadir manakala Tyga dan ibu Kylie, Kris, tunggu di luar bersama Ferrari tersebut.

Sumber juga melaporkan sebelum ini Kylie telah menerima sebuah Mercedes G-Wagon berwarna merah daripada Tyga. Ia adalah hadiah yang dituntut semula oleh Tyga daripada bekas kekasihnya sebelum ini, Blac Chyna.


Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kesemua ahli keluarga Kylie yang berpakaian serba seksi dan menawan termasuk bapanya, Caitlyn Jenner.

Selain itu, antara selebriti lain yang hadir pada majlis sambutan hari jadi Kylie itu adalah Joe Jonas, Gigi Hadid, Zayn Malik, Kevin Durant, James Harden dan Kyle Massey. –Agensi

Mia Sara Akui Sering Dibuli, Dipukul Rakan Sekolah

Rupanya bergelar selebriti pada usia muda tidak semudah seperti disangkakan.


Buktinya, pelakon cilik Mia Sara mendedahkan bagaimana dia melalui saat getir apabila sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekolah termasuk diejek dek kerana populariti yang dikecapi.

“Mereka buli saya, mengejek, baling batu dan pernah juga pukul. Saya sedih dan kadang kala rasa geram. Tetapi ayah pesan, biar orang buat kita, tetapi jangan kita buat orang,” katanya kepada mStar Online.

Tambah pelakon berusia 10 tahun ini, meskipun dibuli sedemikian rupa namun perbuatan rakan-rakan sekolahnya itu tidak mendatangkan kecederaan.

Oleh itu, Mia mengambil pendekatan untuk tidak terlalu sensitif dengan sikap rakan-rakannya.

Sementara itu, bapanya Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh mengakui tahu situasi yang menimpa anaknya itu namun enggan masuk campur kerana mahu Mia Sara belajar berdikari.

“Bagi saya apa-apa yang berlaku di sekolah, biar cikgu yang uruskan, saya tak mahu masuk campur. Saya nak Mia melalui proses seperti kanak-kanak lain. Lagipun dia seorang selebriti dan bukan mudah untuknya melalui pengalaman itu.

“Jangan sampai anak saya cedera teruk kena belasah, sudahlah. Bagaimanapun saya akan pastikan dia mendapat nasihat dan motivasi setiap hari. Saya tak mahu dia pulang ke rumah dengan emosi terganggu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mia bakal terlibat dengan penggambaran drama Super Game Boy, untuk siaran Astro Ceria.

Sumber: mStar Online

Anzalna Rahsiakan Tarikh Pernikahan

Pelakon jelita Anzalna Nasir akhirnya mendedahkan bakal mengakhiri zaman solonya tidak lama lagi bersama kekasih hatinya, Hanif Zaki.

Anzalna Nasir

Pada masa sama, Anzalna yang kini sedang giat melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya memilih untuk merahsiakan tarikh pernikahannya terlebih dahulu.

“Saya kini sedang dalam proses melakukan persediaan untuk menamatkan zaman bujang. Saya lakukan satu persatu. Saya sudah mempunyai kereta dan rumah sendiri, kalau boleh biar semuanya lengkap. Saya melakukan persiapan perkahwinan ini pun secara perlahan-lahan.

“Untuk tarikh nikah, biar saya kunci mulut dahulu,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai impian majlis perkahwinan, Anzalna memberitahu dia lebih mendahulukan kemahuan ibu bapanya dalam perkara ini.

“Sebarang perkara yang berlaku di majlis itu nanti, biar saya dahulukan permintaan ibu bapa. Apa yang mereka mahukan di majlis itu nanti akan saya ikut dan turuti. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja, saya mempunyai ibu bapa yang sangat memahami dan sporting,” kata Anzalna lagi.

Semoga segala perancangan majlis perkahwinan Anzalna berjalan lancar dan moga berbahagia kami ucapkan.

Maya Akui Sudah 6 Bulan Tinggal Berasingan Dengan Suami

Tiada angin, tiada ribut, pelakon dan penyanyi Maya Matahari akhirnya mendedahkan sudah tinggal berasingan dengan suaminya Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz sejak enam bulan lalu.

Maya Matahari

Menurut Maya, keputusan untuk tinggal berasingan ini adalah atas persetujuan bersama kerana tidak ada lagi persahaman di antara mereka.

“Kedudukan rumah tangga saya memang tergantung sekarang dan belum ada jawapan yang tepat. Kami sudah tinggal berasingan sejak enam bulan lalu,” jelasnya kepada Harian Metro ketika sidang media baru-baru ini.

Sebelum ini, Maya memilih untuk berdiam diri dan enggan bercerita mengenai masalah rumah tangganya.

Maya dan Tengku Shahreza bergelar suami isteri pada 27 Jun 2009 dengan sekali lafaz.

Sakinah Sakinah Kongsi Gambar ‘Comolot’ Dengan Suami

Kontroversi dan Sharifah Sakinah sememangnya berpisah tiada. Malah, kritikan yang diterima tidak pernah berkudis di hatinya.

Sakinah Sakinah ‘Comolot’

Sinonim dengan perangai selamba, Sharifah Sakinah sekali lagi mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar bercumbu bersama suami menerusi laman Instagramnya.

Seperti biasa, gambar tersebut mengundang kritikan dan kecaman sesetengah peminat yang berpendapat adegan bercium mulut agak keterlaluan dan menunjuk-menunjuk untuk dikongsikan dengan umum.

Namun, tidak kurang juga yang menyokong foto tersebut dan menyifatkan ianya tidak salah kerana Sharifah Sakinah dan Aliff mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri.

Tak pasal-pasal peminat Sharifah Sakinah berbalah sesama sendiri menyatakan pendapat masing-masing berkenaan isu ini.

Kontroversi seperti ini juga pernah menimpa Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn ketika berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014 dahulu.

Jika difikirkan, perbuatan cium mulut secara terbuka sememangnya bertentangan dengan budaya timur membuatkan ramai beranggapan ianya kurang manis untuk dikongsi buat tatapan umum. -Mynewshub

Rafiena Ezanee Sah Bercerai Secara Taklik

Penerbit dan pelakon, Datuk Rafiena Ezanee Ramli sah bercerai talak satu secara taklik dengan suaminya, Mazlan Abd Hamid di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.


Hakim, Muhamad Hisham Zakaria, membuat keputusan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003 selepas berpuas hati dengan pengakuan pelanggaran lafaz taklik oleh Mazlan dan permohonan plaintif, Rafiena,

Terdahulu, peguam syarie, Musa Awang yang mewakili Rafiena, memaklumkan anak guamnya memohon agar prosiding berjalan secara tertutup.

Muhamad Hisham bagaimana pun, menolak permohonan itu dan membenarkan media berada di galeri awam.

“Apa alasan yang membolehkan saya halau mereka?

“Kes Anwar Ibrahim yang berprofile tinggi itu pun berjalan secara terbuka, jadi saya benarkan mereka (wartawan) berada di belakang,” katanya.

Rafiena kemudiannya bangun menuju ke galeri awam dan meminta wartawan meninggalkan prosiding tersebut, namun pihak media tidak berganjak selepas dibenarkan oleh hakim.

Pada prosiding itu, defendan, Mazlan memaklumkan ingin menukarkan pengakuan yang dibuat sebelum ini.

“Saya mengaku bercerita dan mengaibkan mengenai isteri di hadapan keluarga,” katanya.

Menurutnya, lafaz taklik dibuat pada 3 Julai 2013.

“Namun saya lupa tarikh pelanggaran taklik. Ia dilakukan selepas tarikh lafaz taklik dibuat itu,” katanya.

Rafiena, 33, berkahwin dengan Mazlan, 53, pada 10 Januari 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata. -SH

Lan Pet Pet Dipuji, Bahayakan Diri Tolong Mangsa Kemalangan

Salah seorang pelawak kumpulan Senario, Lan Pet Pet menerima pujian melangit kerana tindakan murninya sanggup turun dari kenderaan yang dinaiki di tengah jalan semata-mata untuk membantu mangsa kemalangan.


Lebih mengharukan, Lan dilaporkan menolak tepi keselamatan dirinya semata-mata untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan.

Kejadian tersebut dimaklumkan seorang gadisyang menjadi saksi kejadian, Fairuz Arshad.

Fairuz malah sebelum mengambil beberapa keping gambar sebagai bukti keprihatinan Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 46.


Tindakan Lan sememangnya layak menerima pujian dan dijadikan contoh bagaimana sikap mengambil berat harus diamalkan oleh setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Statusnya sebagai public figure tidak dijadikan tiket untuk Lan mengabaikan tanggungjawab terhadap individu yang memerlukan bantuan.

Apa yang ditulis Fairuz dalam perenggan akhirnya juga harus membuka mata ramai!

Ya, seandainya berlaku apa-apa kecelakaan, tindakan pertama yang dilakukan kebanyakan orang masa kini adalah mengambil gambar dan video, bukannya membantu pihak tersebut, kan? -Mynewshub

Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tamil Ciptaan A.R. Rahman

Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang baru tampil dengan bingkisan album konsert Unplugged baru-baru ini, sekali lagi memberikan kejutan kepada peminat beliau apabila menampilkan sorotan video ketika merakamkan sebuah lagu.

Siti Nurhaliza

Apa yang mengujakan, lagu tersebut bukanlah dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris, tetapi dalam bahasa Tamil.

Tak cukup dengan itu, pengguna laman sosial cukup tak sabar apabila mengetahui ia merupakan karya komposer terkenal India, A.R. Rahman.

Siapa tak kenal komposer tersebut kan?

Tampil dengan barisan lagu-lagu yang cukup indah dalam filem-filem Bollywood dan Hollywood terkenal seperti dalam filem Lagaan, Taal, Slumdog Millionaire, 127 Hours dan The Hundred-Foot Journey, bakat A.R. Rahman sememangnya dikagumi.

Memetik kapsyen yang dimuat naik oleh pengurus yang juga kakak ipar Siti iaitu Rozi Abdul Razak, rakaman lagu itu dilakukan sempena satu program di Astro.

Nah, jom kita tengok macam mana Siti rakam lagu dalam bahasa Tamil. Pasti berbelit lidah nak sebut kan?


Melalui perkongsian di laman Instagram pula, Siti melahirkan rasa gembiranya dengan peluang diberikan oleh komposer tersebut.

Tulisnya dalam kapsyen pada salah satu video, “It’s an honour to sing your beautiful song @iamarrahman for International Superstars in Malaysia.” -Mynewshub