Stacy Nafi Peluk Islam Semata-Mata Nak Kahwin Dengan Akim

Penyanyi yang terkenal dengan imej lincah menari, Stacy mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam seperti mana dilaporkan media massa semalam.


Stacy turut mendedahkan nama Islamnya iaitu Ummu Syaikhah Stacy Binti Anam.

Dalam sesi sidang media yang diadakan di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil, Stacy ditemani ibu, Agnes Kaloos dan bapanya, Anam Bayar.

Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor, semalam.

Namun begitu, penyanyi berusia 25 tahun itu menafikan khabar angin mengatakan dia memeluk Islam semata-mata kerana ingin berkahwin dengan kekasihnya yang juga penyanyi, Akim Ahmad.

Sebaliknya, selebriti kelahiran Sabah ini menyatakan dia memang bersedia untuk memeluk Islam kerana tertarik untuk belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai ajaran agama Islam.

“Sekiranya saya mahu berkahwin, lebih baik saya masuk Islam ketika mahu berkahwin sahaja dan sekiranya dia (Akim) bukan jodoh saya, saya tak kisah memeluk Islam kerana saya ikhlas mahu memeluknya,” katanya memetik rakaman video yang dikongsikan menerusi laman Facebook Era FM.

Selamat datang saudara baru, Ummu Syaikhah Stacy dan semoga segala urusan pembelajaran dan pemahaman mengenai agama Islam dipermudahkan buat penyanyi kecil molek ini. -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon