Berita Pelawak Pie Sudah Meninggal Dunia Tidak Benar!

Khabar angin yang mendakwa pelakon komedi Shafiee Jaafar atau mesra disapa Pie telah kembali ke rahmatullah adalah tidak benar sama sekali.


Sebaliknya, pelakon yang terkenal menerusi filem Nana Tanjung dan Mami Jarum ini masih hidup dan sedang dirawat di Hospital Kepala Batas (HKB), Pulau Pinang sejak semalam.

Difahamkan, aktor veteran itu dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi semalam selepas mengadu mengalami kesejukan yang melampau hingga menyebabkan seluruh badannya menggigil.


Dalam pada itu, Pie turut meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah sebegitu padanya.

Katanya, dia tidak tahu tujuan sebenar mengapa berita sebegitu disebarkan.

“Tolong hentikan semua ini kerana umur saya masih panjang dan teruslah berdoa yang baik-baik bukannya dengan cara begini,” katanya yang dimasukkan ke wad berikutan jangkitan pada paru-paru.

Sumber: Berita Harian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon