Elizabeth Tan Ada Bukti Tunang Adira Curang

Tidak dinafikan penyanyi tinggi lampai yang semakin meningkat naik namanya ini memang cantik orangnya.

Lizzy

Sampaikan sebelum ini pun, pernah keluar gosip mengatakan Elizabeth Tan dihimpit beberapa VIP yang mahu berkenalan lebih rapat dengannya.

Walaupun begitu, Elizabeth atau Lizzy tetap dengan pendiriannya yang enggan dikaitkan dengan mana-mana jejaka memandangkan dia mahu bakat seninya lebih ditonjolkan dalam persada seni.

Namun begitu, baru-baru ini nama si cantik manis ini terpalit dengan kontroversi yang tak diundang apabila dituduh sebagai individu yang menjadi dalang kepada putusnya ikatan pertunangan di antara penyanyi Adira dan tunangnya, Shahrul Nasrun yang merupakan Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia.

Tak senang dengan tuduhan itu, Lizzy membalas kenyataannya menerusi sebuah portal mengatakan dia mempunyai bukti yang menunjukkan Shahrul yang mula mengoratnya sebelum ini.

Namun, Lizzy tidak pernah melayani sebarang agenda ‘flirting’ Shahrul memandangkan dia mengetahui jejaka itu merupakan tunang kepada Adira.

“Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat. Jika ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back (saya tidak melayannya).

“Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata penyanyi berusia 22 tahun itu lagi.

Sementara itu, Adira pula berharap semua pihak di luar sana tidak lagi menuding jari menyalahkan Lizzy sebagai punca pertunangannya terputus.

Sebaliknya, dia mengakui Elizabeth tidak bersalah langsung dalam hal tersebut.

“Kalau boleh saya tidak mahu nama Elizabeth Tan terus dikaitkan dengan punca sebenar perpisahan kami kerana dia tiada kaitan dalam hal ini. Bagi saya, perpisahan ini adalah ketentuan Ilahi dan tiada siapa mampu menghalangnya. Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Inilah ujian dan ketentuan yang perlu saya terima.

Adira juga enggan memberikan penjelasan lanjut hal apakah yang sebenarnya berlaku sehingga membawa kepada pengakhiran hubungan mereka.

“Kami sudah putus tunang secara rasmi sejak Mei lalu. Maaf. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Lagipun saya mahu menjaga nama baik kedua-dua belah pihak.

"Saya tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan punca sebenar keretakan hubungan kami walaupun ramai yang sudah membaca berita ini di laman sosial.

"Biarlah mereka sahaja yang buktikan asalkan bukan daripada mulut saya,” ujar penyanyi kelahiran Sabah ini.

Bertabahlah Adira, mungkin sudah tertulis bukan jodoh Adira dengan Shahrul.

Mungkin semua perkara yang berlaku ini ada hikmahnya tersendiri.

Mana tahu dengan kisah perit putus tunang ini boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk Adira mencipta lagu yang boleh meletup seperti mana yang sering diaplikasikan Taylor Swift jika dia putus cinta?

Mana tahu lagu tu boleh boom? Tak cuba tak tahu kan. -Mynewshub

Yazer Akui Silap Muat Naik Gambar Selfie Atas Katil

Sebelum ini pasangan suami isteri Yazer dan Ekin teruk dihentam netizen gara-gara memuat naik gambar selfie di atas katil sebulan lalu.

Yazer

Mengakui kesilapan memuat naik gambar ‘seksi’ itu, Yazer berkata dia sama sekali tidak menyangka tindakan itu menjadi kontroversi selepas mereka dikutuk walaupun pada asalnya niat mereka hanya untuk upload foto tersebut untuk memberitahu bahawa mereka sudah berada di kampung halaman iaitu Kampung Bebuloh Laut, Labuan.

Memetik laporan mStar Online Yazer berkata, “Jujurnya kami tidak sangka foto tersebut akan menimbulkan isu di kalangan netizen.

“Apabila ia menjadi viral, ia membuatkan saya gelisah. Saya belajar daripada kesilapan tersebut iaitu walaupun kami suami isteri, apabila timbulnya isu seperti ini, ia agak sensitif di kalangan masyarakat,” katanya.

Menurut penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia itu, selepas ini dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik sebarang foto untuk dikongsikan kepada pengikut mereka di laman-laman sosial.

Sementara itu, Yazer mendedahkan isterinya kini sedang hamil enam bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata sulung mereka September ini.

Yazer dan Ekin diijabkabul pada 26 Disember tahun lalu.

Pelukis Forensik Ramal Muka Anak Kedua Kim Kardashian

Baru dua hari lalu bintang sensasi, Kim Kardashian mendedahkan jantina anak keduanya, kini orang ramai kembali ‘sibuk’ dan tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa anaknya itu nanti.

Kim-karshadian-son

Tidak cukup memberi saranan serta cadangan nama anak kepada Kim dan suaminya, Kanye West, orang ramai kini begitu tidak sabar untuk melihat wajah anak lelaki mereka itu.

Bagi merungkai segala persoalan serta tanda tanya peminat fanatik bintang siri Keeping Up With The Kardashians ini, seorang pelukis forensik, Joe Mullins telah meramal serta melakar wajah bakal anak Kim itu.

Setelah membuat kajian tentang gambar serta menggunakan teknologi terbaru komputer, dia telah mencipta satu gambar ramalan wajah anak kedua mereka hasil gabungan pasangan selebriti itu.

Jika mahu tahu anggaran atau ramalan itu tepat atau tidak, kenalah tunggu sampai Kim lahirkan anaknya itu nanti, semoga para peminat Kim dapat menanti dengan penuh sabar. -Mynewshub

Johan As’ari Pelik Tidak Boleh Selfie Selepas Solat

Sekarang sudah jadi macam trend pula semasa bulan Ramadhan apabila orang ramai termasuk selebriti tempatan berkongsi gambar selfie ketika berada di majid atau surau yang disertakan kapsyen seperti, “Done Terawih”.


Berikutan itu, Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gandut telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ‘selfie’ selepas terawih baru-baru ini.

Menurut Nooh Gandut, merakam gambar ‘selfie’ selepas terawih dengan niat riak atau ingin menunjuk-nunjuk boleh menghapuskan pahala ibadah yang dilakukan.


Tak sangka pula, kenyataan itu turut menarik perhatian pelakon Johan As’ari yang kini khabarnya sedang menuntut ilmu di India.

Menerusi Instagramnya, Johan meluahkan rasa peliknya kenapa merakam gambar selfie boleh menghapuskan pahala.


“Pelik pulak ana (saya) bila tak boleh selfie selepas beribadah kata seorang alim di Malaysia. Hurm.. di sini yang ana post tu rata-rata mereka yang ajak selfie. Mungkin dia beri nasihat takut timbul riak atau dia belum faham apa itu hablumminannas… tak apa lah.. kita husnuzon (bersangka baik),” tulis Johan.


Mungkin kerana Johan sering berkongsi gambar bersama rakan-rakan ketika mendalam ilmu di bumi India membuatkan aktor ini tergerak hati memberi kenyataan sebegitu.

Sumber: Mynewshub.cc

Kaka Azraff Sebar Gambar Separuh Bogel Tasha Shilla?

Dah reda gosip mengatakan dia menjadi punca perpisahan pelakon Tasha Shilla dengan kekasihnya, seorang peninju Muay Thai, Hans, kini timbul pula cerita tidak enak melibatkan Kaka Azraff.

Kaka Azraff

Kali ini namanya dikaitkan sebagai individu yang bertanggungjawab menyebar gambar separuh bogel seorang aktres yang didakwa mirip Tasha.

Mengulas mengenai perkara itu, Kaka mengatakan itu merupakan fitnah yang paling besar buat dirinya sejak berkecimpung dalam dunia seni tempatan sejak tiga tahun lalu.

“Itu adalah fitnah yang sangat besar buat diri saya.

“Lebih baik tanya sendiri pada tuan punya badan dan bukanlah pada saya. Saya ini seorang perempuan dan saya tahu bagaimana perasaannya apabila dianiaya seperti itu..

“Malunya bukanlah sehari dua tetapi seumur hidup. Jadi, saya tak akan sekali-kali buat begitu,” katanya memetik Sinar Harian.

Kaka turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Tasha dan beranggapan tindakan individu yang menyebarkan gambar itu sebagai kejam.

“Saya sebenarnya marah sangat pada penyebar gambar itu. Individu itu memang jahat dan kejam.

“Saya faham akan keadaan yang dialami, malah saya turut bersimpati atas apa yang terjadi,” ujarnya lagi.

Sebelum ini kecoh seketika radar industri hiburan dengan penyebaran sekeping foto separuh bogel yang didakwa mirip Tasha tersebar menerusi laman sosial dan aplikasi perbualan WhatsApp.

Namun, Tasha dilihat mengambil pendekatan berdiam diri daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Walau bagaimanapun, diam bukan bererti sebarang diam, Tasha dilaporkan sudah pun membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu. -SH

Nora Danish Semakin Berdikari Selepas Pecat Pembantu Peribadi

Pelakon Nora Danish yang sebelum ini dituduh sengaja memecat pembantu peribadinya (PA) demi memberi ruang kepada teman lelakinya, Nedim Nazri untuk menggalas peranan tersebut mengakui dia kini semakin berdikari dalam menguruskan kerjaya seninya.

Nora Danish

Menurutnya tanpa kehadiran PA, dia kini semakin mahir dengan selok-belok jalan raya di Kuala Lumpur selain lebih selesa bergerak secara solo.

Memetik mStar, Nora berkata, “pada saya semua perkara yang berlaku ada hikmah termasuk pemecatan pembantu peribadi kerana saya lebih berdikari dan tidak mengharapkan orang lain.”

“Jika dahulu saya jarang memandu ke lokasi penggambaran atau acara melibatkan saya, sekarang semua saya lakukan sendiri dan sudah semakin mahir dengan jalan raya di Kuala Lumpur,” kata pelakon berusia 33 tahun itu.

Aktres comel ini turut menambah sekiranya dia perlu menjalani penggambaran di luar ibu kota, kekasihnya yang merupakan pegawai khas Kementerian Pelancongan akan meminjamkan pengawal peribadinya kepada Nora.

“Jika saya perlu menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur selalunya Nedim akan meminjamkan pengawal peribadinya atau pun dia yang akan menemani saya,” ujarnya.

Wah, bertuah badan Nora dapat teman lelaki yang sangat caring dengan keselamatan dirinya sampai beri pinjam pengawal peribadi tu!

Sumber: mStar

Putri Mardiana Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Berkhalwat

Pelakon Putri Mardiana dan pasangan Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas tuduhan berkhalwat di sebuah premis kediaman pada 14 Disember tahun lalu.

Putri Mardiana

Mereka membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin.

Berikutan itu, Shaiful Azli memerintahkan kedua-dua tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500 dan kes berkenaan akan disebut semula pada 25 Ogos depan selain diminta untuk melantik peguam bela bagi mewakili mereka dalam kes berkenaan.

Menurut laporan kes, Putri Mardiana dan Shahrizam telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 14 Disember tahun lalu.

Pasangan ini kemudian ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: mStar Online

Isu Gambar Separuh Bogel, Tasha Shilla Enggan Komen

Pelakon Tasha Shilla memilih untuk mendiamkan diri berhubung kontroversi penyebaran gambar seorang wanita separuh bogel, semalam, yang didakwa dirinya.

Tasha Shilla

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 28, tidak membalas panggilan dan mesej yang diajukan kepadanya bagi mendapatkan reaksi mengenai dakwaan berkenaan yang kecoh diperkatakan di media sosial.

Spekulasi dan cemuhan tercetus apabila gambar seorang wanita yang hanya memakai seluar dalam tersebar dan ia dikaitkan dengan pelakon terbabit berdasarkan beberapa persamaan termasuk telefon bimbit yang digenggamnya.

Tasha Shilla [2]

Malah, timbul juga ura-ura kononnya penyebaran gambar itu dilakukan oleh individu tertentu atas tujuan sabotaj dan mengaibkan pelakon terbabit.

Usaha untuk mendapatkan reaksi teman lelaki Tasha, Hans Wong juga menemui jalan buntu apabila lelaki berkenaan turut tidak menjawab panggilan.-Hmetro

"Saya Masih Belum Sempurna" - Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong tidak berkecil hati dengan kritikan peminat di Instagram apabila dilihat tampil dengan imej tidak bersesuaian sebagai wanita bertudung.

Emma Maembong

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, berkata, dia mengambil teguran dan kritikan membina daripada peminatnya sebagai langkah memperbaiki diri dalam menjadi muslimah lebih baik pada masa hadapan.

"Saya bukan manusia sempurna dan akan tetap melakukan kesalahan tetapi teguran dan kritikan membina saya terima dengan hati terbuka kerana saya tahu mereka ikhlas.

"Cuma kadang-kadang membuatkan saya terkilan apabila ada segelintir pengikut Instagram menggunakan kata-kata kurang enak tetapi ia tidak pernah menggangu saya," katanya kepada mStar Online.

Emma ditemui pada majlis pelancaran dua drama terbaharu iaitu Puteri Gunung Ledang dan Jodoh Sebelah Pintu yang diadakan di Menara Kuala Lumpur di sini, Rabu lalu.

Dua drama berkenaan bakal disiarkan menerusi HyppTV menerusi saluran HyppSensasi (116).

Aktres itu memegang peranan utama dalam drama bersiri Jodoh Sebelah Pintu arahan Michael Ang bersama aktor Kamal Adli yang akan disiarkan pada 29 Julai depan.

Baru-baru ini, Emma dikritik peminat kerana berpakaian ketat dan ada yang mengatakan imej bertudungnya tidak sesuai dikenakan bersama seluar yang ketat sehingga memperlihatkan bentuk kakinya.

Dalam pada itu, Emma berkata, biarpun dia sudah mengenakan tudung tetapi masyarakat tidak boleh membuat kesimpulan bahawa dia kini sudah sempurna dari semua sudut.

Sebaliknya akui Emma, dia masih dalam proses memperbaiki diri dan tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan termasuk teguran diterimanya baru-baru ini.

"Mengenakan hijab adalah salah satu proses dan masih banyak perkara yang perlu saya dalami tentang agama untuk menjadi muslimah lebih baik pada masa hadapan.

"Pada pemikiran peminat apabila saya bertudung saya sudah lengkap tetapi mereka lupa saya juga manusia biasa," ujarnya. -mStar

Bade Tidak Tahu Permohonan Cerai Erma Fatima

Pengarah filem Bade Azmi berkata, kegagalannya hadir pada sebutan kes permohonan cerai oleh isterinya, Erma Fatima pada Khamis kerana tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Bade

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 51, berkata, dia tidak pernah mendapat mana-mana panggilan telefon daripada peguam berhubung hal berkennaan.

“Saya tak pernah dapat call dari mana-mana peguam (mengenai) hal ini,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej WhatsApp pada Khamis.

Terdahulu sebutan pertama kes permohonan cerai yang difailkan oleh Erma Fatima atau Fatimah Rahmad , 47, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Khamis terpaksa ditangguhkan selepas Bade gagal menghadiri prosiding berkenaan.

Sehubungan itu hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin membenarkan Erma mengemukakan notis amaran kerana ketidakhadiran suaminya itu.

Erma selaku plaintif diwakili peguam Jamal Lokman Mohd Sulaiman.

Kes berkenaan akan disebut semula 10 Ogos depan.

Sementara itu ditanya adakah Bade bersetuju mengenai permohonan cerai dibuat Erma itu, dia bagaimanapun enggan memberi apa-apa komen.

“Tak dapat nak komen lagi (mengenai hal itu),” katanya ringkas. -mStar

Gambar Separuh Bogel Artis Wanita Popular Tersebar?

Dengan kepesatan teknologi maklumat yang serba canggih pada masa kini, tak mustahil gambar ini merupakan satu teknik pertindihan imej.

Artis+Bogel

Tapi menurut sumber Ohbulan, gambar separuh bogel yang telah tersebar di laman-laman sosial ini merupakan gambar seorang pelakon wanita popular yang tidak kurang cantiknya.

Dalam foto itu, artis wanita itu dipercayai bergambar separuh bogel mendedahkan bahagian payudara dengan hanya berseluar dalam hitam.

Difahamkan gambar itu telah disebarkan oleh rakan kepada teman lelaki selebriti itu yang meminjam telefon bimbitnya sebelum ini.

Hmmm, tak tahulah sejauh mana kesahihan gambar tersebut.

Sama-sama kita tunggu maklum balas daripada artis wanita terbabit.

Bak kata orang berani kerana benar, kalau betul dirinya dianiaya pastinya artis itu tidak akan berdiam diri apabila dirinya dipedajal sedemikian rupa. -Mynewshub.cc

Erma Fatima Fail Permohonan Cerai

Erma Fatima memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Azme (Bade) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur hari ini selepas 25 tahun mendirikan rumah tangga.

Erma Fatima

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, selaku plaintif memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Pasangan berdarah seni itu mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13, dan Nurain, sembilan tahun.

Mei tahun lalu, Bade yang merupakan pengarah filem bernikah dengan isteri kedua yang dikenali sebagai Aida Abdul di negara jiran dan mengadakan majlis persandingan di Cherating, Pahang, beberapa minggu selepas itu.

Bade - Aida Abdul
Bade bersama isterinya, Aida Abdul.

Hasil perkahwinan itu, Bade dan Aida dikurniakan seorang anak lelaki, Jihad yang dilahirkan pada Disember tahun lalu. -Mynewshub.cc