Elizabeth Tan Ada Bukti Tunang Adira Curang

Tidak dinafikan penyanyi tinggi lampai yang semakin meningkat naik namanya ini memang cantik orangnya.

Lizzy

Sampaikan sebelum ini pun, pernah keluar gosip mengatakan Elizabeth Tan dihimpit beberapa VIP yang mahu berkenalan lebih rapat dengannya.

Walaupun begitu, Elizabeth atau Lizzy tetap dengan pendiriannya yang enggan dikaitkan dengan mana-mana jejaka memandangkan dia mahu bakat seninya lebih ditonjolkan dalam persada seni.

Namun begitu, baru-baru ini nama si cantik manis ini terpalit dengan kontroversi yang tak diundang apabila dituduh sebagai individu yang menjadi dalang kepada putusnya ikatan pertunangan di antara penyanyi Adira dan tunangnya, Shahrul Nasrun yang merupakan Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia.

Tak senang dengan tuduhan itu, Lizzy membalas kenyataannya menerusi sebuah portal mengatakan dia mempunyai bukti yang menunjukkan Shahrul yang mula mengoratnya sebelum ini.

Namun, Lizzy tidak pernah melayani sebarang agenda ‘flirting’ Shahrul memandangkan dia mengetahui jejaka itu merupakan tunang kepada Adira.

“Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat. Jika ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back (saya tidak melayannya).

“Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata penyanyi berusia 22 tahun itu lagi.

Sementara itu, Adira pula berharap semua pihak di luar sana tidak lagi menuding jari menyalahkan Lizzy sebagai punca pertunangannya terputus.

Sebaliknya, dia mengakui Elizabeth tidak bersalah langsung dalam hal tersebut.

“Kalau boleh saya tidak mahu nama Elizabeth Tan terus dikaitkan dengan punca sebenar perpisahan kami kerana dia tiada kaitan dalam hal ini. Bagi saya, perpisahan ini adalah ketentuan Ilahi dan tiada siapa mampu menghalangnya. Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Inilah ujian dan ketentuan yang perlu saya terima.

Adira juga enggan memberikan penjelasan lanjut hal apakah yang sebenarnya berlaku sehingga membawa kepada pengakhiran hubungan mereka.

“Kami sudah putus tunang secara rasmi sejak Mei lalu. Maaf. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Lagipun saya mahu menjaga nama baik kedua-dua belah pihak.

"Saya tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan punca sebenar keretakan hubungan kami walaupun ramai yang sudah membaca berita ini di laman sosial.

"Biarlah mereka sahaja yang buktikan asalkan bukan daripada mulut saya,” ujar penyanyi kelahiran Sabah ini.

Bertabahlah Adira, mungkin sudah tertulis bukan jodoh Adira dengan Shahrul.

Mungkin semua perkara yang berlaku ini ada hikmahnya tersendiri.

Mana tahu dengan kisah perit putus tunang ini boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk Adira mencipta lagu yang boleh meletup seperti mana yang sering diaplikasikan Taylor Swift jika dia putus cinta?

Mana tahu lagu tu boleh boom? Tak cuba tak tahu kan. -Mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon