Bade Tidak Tahu Permohonan Cerai Erma Fatima

Pengarah filem Bade Azmi berkata, kegagalannya hadir pada sebutan kes permohonan cerai oleh isterinya, Erma Fatima pada Khamis kerana tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Bade

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 51, berkata, dia tidak pernah mendapat mana-mana panggilan telefon daripada peguam berhubung hal berkennaan.

“Saya tak pernah dapat call dari mana-mana peguam (mengenai) hal ini,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej WhatsApp pada Khamis.

Terdahulu sebutan pertama kes permohonan cerai yang difailkan oleh Erma Fatima atau Fatimah Rahmad , 47, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Khamis terpaksa ditangguhkan selepas Bade gagal menghadiri prosiding berkenaan.

Sehubungan itu hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin membenarkan Erma mengemukakan notis amaran kerana ketidakhadiran suaminya itu.

Erma selaku plaintif diwakili peguam Jamal Lokman Mohd Sulaiman.

Kes berkenaan akan disebut semula 10 Ogos depan.

Sementara itu ditanya adakah Bade bersetuju mengenai permohonan cerai dibuat Erma itu, dia bagaimanapun enggan memberi apa-apa komen.

“Tak dapat nak komen lagi (mengenai hal itu),” katanya ringkas. -mStar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon