Putri Mardiana Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Berkhalwat

Pelakon Putri Mardiana dan pasangan Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas tuduhan berkhalwat di sebuah premis kediaman pada 14 Disember tahun lalu.

Putri Mardiana

Mereka membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin.

Berikutan itu, Shaiful Azli memerintahkan kedua-dua tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500 dan kes berkenaan akan disebut semula pada 25 Ogos depan selain diminta untuk melantik peguam bela bagi mewakili mereka dalam kes berkenaan.

Menurut laporan kes, Putri Mardiana dan Shahrizam telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 14 Disember tahun lalu.

Pasangan ini kemudian ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: mStar Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon