Atilia Haron Akhiri Zaman Janda

Tahniah diucapkan buat penyanyi bersuara merdu, Atilia Haron yang khabarnya sudah kembali bergelar isteri, hari ini apabila selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Adam.

Atilia Haron Akhiri Zaman Janda

Perkhabaran gembira itu dikongsikan Atilia menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi dengan memuat naik gambar pelamin untuk majlis bahagianya itu.

Menurut Atilia lagi, majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekatnya sahaja bagi meraikan pasangan raja sehari itu.

Sebelum ini, Atilia, 40, pernah mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Jalil namun disahkan bercerai pada 2009 selepas 10 tahun berkongsi hidup.

Tahniah buat Atilia dan pasangan, semoga ikatan yang dibina akan berkekalan sehingga ke Jannah!-Mynewshub.my

Azlee Khairi Nikah Di Kampung Halaman?

Rasanya ramai yang dah tahu pelakon pujaan ramai yang dikenali dengan drama Love You Mr. Arrogant (LYMA), Azlee Khairi kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pengurus peribadinya, seorang wanita kelahiran Brunei, Dayang Norlelawati Puteh, 31.

Azlee Khairi

Azlee, 25, juga pernah memberikan kenyataan kepada pihak media bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini.

Malah aktor ini juga merancang untuk melangsungkan pernikahan secara kecil-kecilan di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak.

“Persiapan kahwin memang kami sudah lakukan sedikit demi sedikit. Ada masa saja, kami akan buat persiapan. Tarikh kahwin memang seperti diketahui sebelum ini sekitar hujung tahun. Ia mungkin boleh jadi bulan September, Oktober, November atau Disember.

“Tarikh nikah memang belum dapat ditetapkan dek komitmen seni saya. Jadi persiapan kahwin, mana sempat kami pulun buat. Rancangnya kami nak bernikah di Kuala Kangsar, kampung saya. Itu pun sekadar majlis kecil-kecilan.

“Ada kesempatan dan rezeki lebih, kami rancang adakan majlis resepsi di ibu kota selain negara kelahiran bakal isteri saya iaitu di Brunei.

Kekasih Azlee Khairi
Kekasih Azlee Khairi.

"Semua kena tengok keadaan. Apa yang penting, biar selesai urusan wajib seperti nikah dulu,” katanya memetik laporan akhbar Berita Harian, baru-baru ini.

Sebelum ini, Azlee pernah bercinta dengan rakan artis, Zarina AF dan juga sering kali dikaitkan bercinta dengan heroin drama LYMA, Zara Zya berikutan keserasian mereka yang sangat ngam sehingga ada peminat mencadangkan kedua-duanya bercinta di alam realiti.-Mynewshub.my

Alyah Kongsi Gambar Bersama Ramli MS Di WhatsApp

Setujukah anda jika kami katakan penyanyi Alyah sebenarnya tidak mahu lagi menyembunyikan statusnya sebagai isteri kepada komposer terkenal, Datuk Ramli MS?

Alyah Kongsi Gambar Bersama Ramli MS Di WhatsApp

Kalau dinilai kenyataan demi kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh kedua-duanya sebelum ini, dia dilihat tidak menafikan gosip yang melanda dirinya pada ketika itu dan kerap meminta agar media bertanyakan kepada ‘pihak sebelah’ sana.

Berbeza dengan Ramli yang secara terang-terangan membuat penafian mengenai status mereka sehinggalah episod ‘lawatan’ Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke kediamannya baru-baru, ini.

Tidak lama selepas itu, Alyah telah menggunakan foto dirinya bersama Ramli sebagai gambar profil di aplikasi WhatsApp, memetik laporan Berita Harian.

Lebih menarik, dia turut mengemaskini statusnya yang berbunyi: ‘Aku gantungkan semua kepadamu’.

Ia seolah-olah luahan perasaannya kepada Ramli yang mungkin menggambarkan harapannya supaya suaminya itu berterus-terang mengenai perkahwinan mereka.

Apapun, kita tunggu sahaja perkembangan lanjut mengenai pasangan ini yang bakal menyerahkan dokumen pernikahan mereka ke pejabat JAIS pada Selasa depan.-Mynewshub.my

Alyah Kongsi Gambar Bersama Ramli MS Di WhatsApp [2]

Anak Tunggal Allahyarham Datuk Sharifah Aini Selamat Bertunang

Akhirnya anak tunggal Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar Ali, 32, telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya yang merupakan seorang doktor gigi, Sharifah Nur Athirah Syed Azmi, 28, pada 23 Ogos lalu.

Aliff Omar Ali Bertunang

Perkara itu disahkan oleh ayahnya, Ali Bakar, 60, menerusi laporan Harian Metro.

Katanya, “Sebagai ayah, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu (majlis merisik dan pertunangan) dan bersyukur kerana Aliff sudah bertemu pilihan hatinya. Maaflah saya tidak dapat bercakap panjang lebar kerana ia atas permintaan Aliff sendiri. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat mereka.”

Majlis tersebut diadakan secara sederhana di Shah Alam dan cincin disarungkan ke jari Nur Athirah oleh ibu tiri Aliff, Zalinda Haron, 40.

Tunang Aliff Omar Ali

Berikut merupakan gambar Zalinda dan Nur Athirah (kiri) selepas majlis tersebut:

Anak Tunggal Allahyarham Datuk Sharifah Aini Selamat Bertunang

Untuk makluman, kedua-duanya bertemu dan berkenalan kira-kira dua tahun lalu selepas diperkenalkan oleh keluarga masing-masing dalam satu majlis.

Kami yakin, jika Allahyarham Sharifah Aini masih ada lagi pada saat ini, pastinya dia antara insan yang paling gembira melihat pertunangan anak kesayangannya itu.

Aliff kini sudah berada di Kota Madinah bagi menghabiskan baki pengajiannya dalam perundangan Islam selama dua tahun lagi.-Mynewshub.my

Shiha (Mentor) Langgar Pantang!

PETALING JAYA – Penyanyi Shiha (Mentor) tetap berdegil mahu meneruskan persembahannya pada Konsert Chow Kit Road 2.0 di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada malam Sabtu (hari ini) biarpun dimarahi doktor kerana melanggar pantang akibat penyakit Laryngitis (keradangan kotak suara).

Shiha (Mentor)

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 27, berkata, dia sepatutnya tidak dibenarkan bercakap selama 10 hari, namun terpaksa meneruskan persembahan memandangkan dia sudah berjanji dengan pihak penganjur.

“Sepatutnya saya perlu berehat dan tidak dibenarkan bercakap selama 10 hari.

“Tetapi dah ada urusan kerja, nak tak nak saya perlu melakukan persembahan pada konsert itu nanti.

“Sampaikan doktor saya marah kerana tidak ikut pantang. Kata dia, kalau pesakit lain, dah sembuh dah, tetapi saya tak sihat-sihat lagi,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Isnin lalu, Shiha telah dimasukkan ke wad Pusat Pakar KPJ Ampang Puteri selepas didapati terkena penyakit Laryngitis.

Shiha turut memuatnaik foto-foto sepanjang dia ditahan di hospital menerusi Instagram miliknya.

Shiha (Mentor) [2]

Menurut penyanyi lagu Halusinasi ini, penyakit berkenaan berpunca kerana dia terlalu banyak membuat latihan nyanyian sehingga menyebabkan suaranya hilang.

Bagaimanapun, dia terpaksa keluar wad pada petang Jumaat kerana ingin membuat persediaan bagi persembahan Konsert Chow Kit Road 2.0.

Sementara itu Shiha berharap penyakitnya itu tidak terlalu serius kerana dia risau jika ia mengganggu kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

“Bagi orang lain penyakit ini mungkin nampak kecil tetapi ia satu masalah besar buat saya kerana boleh mengganggu kerja nyanyian saya.

“Sudahlah banyak urusan kerja yang belum diselesaikan, dapat pula penyakit ini.

“Mungkin selepas persembahan konsert ini, saya terpaksa akur untuk berehat dengan lebih lama,” ujarnya.-mStar Online

Sarimah Ibrahim Buat Majlis Perkahwinan Di Bali?

Rasanya semua sudah sedia maklum yang Sarimah Ibrahim sedang berpacaran dengan salah seorang kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Jamie.

Sarimah Ibrahim Buat Majlis Perkahwinan Di Bali

Pada masa yang sama, ramai yang tertanya-tanya bilakah pasangan sejoli ini akan melangkah ke alam perkahwinan?

Menerusi portal Murai.com, mereka dikhabarkan telah bercuti ke Bali dengan ditemani oleh keluarga Jamie.

Menariknya, ada sumber yang mengatakan mungkin Sarimah dan Jamie bakal memilih pulau indah itu sebagai lokasi perkahwinan mereka.

Fuh, kalau benarlah apa yang dikata, pasti majlis tersebut akan menjadi sebuah acara perkahwinan yang cukup romantis sekali!

Apapun, kalau sudah ada tarikhnya, khabarkanlah kepada media dan peminat.

Jangan pula main sorok-sorok.-Mynewshub.my

"Kehidupan Peribadi Kami Adalah Hak Mutlak Kami" - Ramli MS

Cerita cinta antara penyanyi terkenal, Alyah dan komposer ternama, Datuk Ramli MS, bukanlah kisah baharu kerana sejak 2012, pasangan ini dilaporkan mempunyai hubungan istimewa.

Ramli MS dan Alyah

Namun, pada pertengahan tahun lalu, timbul desas-desus mengatakan mereka berkahwin secara rahsia. Difahamkan, perkara ini didedahkan sendiri oleh rakan terdekat komposer berkenaan.

Ketika itu, Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hassan, 33, baharu sahaja pulang dari mengerjakan umrah dan turut mengenakan imej Muslimah selepas itu.

Pun begitu, Ramli bermati-matian menafikan perkara ini sehingga menimbulkan ketegangan antara penyanyi terkenal, Alyah dan pengamal media.

Setelah sedaya upaya cuba menyembunyikan status mereka, akhirnya serbuan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kediaman komposer ternama ini pada Rabu lalu, menamatkan teka-teki selama ini.

'Kehidupan peribadi, hak mutlak kami'

Serbuan Jais di kediaman Ramli yang terletak di Bandar Kinrara, itu sekali gus menamatkan spekulasi yang terus menjadi tanda tanya lebih setahun.

Jika diteliti desas-desus yang timbul sebelum ini, terselit kebenaran yang selama ini dinafikan.

Namun, berita perkahwinan itu membuatkan komposer ini 'mengamuk' dan menegaskan bahawa tiada sebarang majlis perkahwinan yang berlangsung antara mereka.

Menyelak kembali kenyataan Ramli, dia sekerasnya menyangkal spekulasi itu dan menganggap jodoh adalah ketentuan Tuhan.

"Ada sesiapa yang tahu bila tarikh kami bernikah? Jika benar sekalipun, mengapa perlu kami buat secara senyap-senyap dan sembunyikan dari keluarga masing-masing?

"Ingin saya tegaskan, kehidupan peribadi kami adalah hak mutlak kami. Saya kasihankan Alyah, dia ada ibu bapa dan saya tidak tahu apa agaknya jawapan beliau kepada mereka untuk menepis gosip ini,” kata pemilik nama Ramli Mohamed Salleh, sebelum ini.

Pun begitu, Alyah pernah mengeluarkan kenyataan untuk mendedahkan status hubungannya bersama Ramli selepas Aidilfitri.

"Saya tak pernah secara spesifik cakap akan umumkan semua ini selepas raya. Ia boleh jadi hujung tahun atau awal tahun.

"Orang meletakkan fokus pada saya sedangkan orang tak berani nak tanya pihak satu lagi. Nampak macam saya yang terhegeh-hegeh," jelas Alyah.

Jais terima aduan awam

Dalam pada itu, menerusi kenyataan media, Jais turut mengesahkan siasatan perkahwinan ke atas pasangan ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Ahmad Zaharin Mohd Saad, Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan siasatan ke kediaman komposer berkenaan di Puchong, berdasarkan aduan awam yang dibuat.

"Bahagian Penguatkuasaan Jais berjaya diyakinkan bahawa pernikahan Ramli dan pasangan telah dilakukan di Batam, Indonesia.

"Dokumen asal perkahwinan yang didakwa mereka akan diserahkan kepada Jais pada 2 September ini (Selasa), untuk penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang dan hukum syarak, " katanya.

Difahamkan, ketika siasatan dijalankan, Alyah juga turut berada di kediaman berkenaan.-Sinar Online

Angelina Jolie Dan Brad Pitt Akhirnya Berkahwin!

Akhirnya, selepas sembilan tahun bercinta tanpa ikatan rasmi, pasangan pelakon Brad Pitt, 50, dan Angelina Jolie, 39, disahkan sudah berkahwin pada Sabtu lalu.

Angelina Jolie Dan Brad Pitt Akhirnya Berkahwin!

Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah estet milik mereka iaitu Chateau Miraval, Perancis.

Brad Pitt Dan Angelina Jolie Sah Bergelar Suami-Isteri

Pitt dan Jolie mula menjalinkan hubungan pada tahun 2005 selepas digandingkan bersama menerusi filem ‘Mr & Mrs Smith’.

Pasangan itu juga merupakan ibu dan bapa kepada enam anak iaitu Maddox, 13, Pax, 10, Zahara, 9, Shiloh, 8, serta kembar Vivienne dan Knox, 6.

Angelina Jolie Dan Brad Pitt Akhirnya Berkahwin! [2]

Sebelum ini, Daily Mail pernah melaporkan kelibat keluarga itu dilihat di Perancis pada Jumaat lalu, namun tidak dapat menghidu majlis yang akan berlangsung pada keesokan harinya.

Apapun, kami harap tempoh perkahwinan ini kekal lebih lama daripada tempoh bercinta.

Kalau boleh, biarlah selama-lamanya.-Mynewshub.my

Penyanyi Farhan Azizan Nikah 10 Oktober

Penyanyi Nur Farhan Azizan akhirnya membuat pengumuman rasmi bakal bernikah dengan Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 10 Oktober depan.

Nur Farhan Azizan

Farhan, 30, berkata, keputusan memilih tarikh itu kerana menganggap ia adalah masa paling sesuai selepas dua tahun mereka mengikat tali pertunangan.

"Kami memilih 10 Oktober depan untuk mendirikan rumah tangga kerana kami benar-benar sudah bersedia selepas dua tahun bertunang.

"Alhamdulillah kami berjaya menempuhi lapan tahun hubungan percintaan ini dengan pelbagai dugaan," katanya pada sidang media yang diadakan di Restoran Anggun Fusion, Plaza Damas, di sini, Rabu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.

Ahmad Rashadan adalah pengarah pengurusan bisnes di sebuah syarikat swasta.

Dalam pada itu, Farhan berkata majlis akad nikah akan diadakan pada sebelah pagi, manakala majlis resepsi akan dijalankan sebelah malam di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Pada majlis tersebut Farhan bakal menggayakan busana rekaan pereka fesyen Calvin Thoo dan memilih konsep Melayu Klasik bagi pelamin yang ditaja oleh Nas The Great Idea.

"Dalam tempoh yang agak singkat selepas membuat keputusan untuk berkahwin, kami banyak dibantu oleh beberapa pihak yang tampil ingin menaja perkahwinan kami.

"Baju, pelamin, video dan audio telah mendapat tajaan daripada pelbagai pihak yang bermurah hati yang melancarkan perjalanan majlis kami nanti," ujarnya.-mStar

Johnny Depp Dan Anak Berganding Dalam Filem Seram

Pelakon Johnny Depp bakal bergandingan dengan anak perempuannya dalam sebuah filem seram berjudul Yoga Hosers.

Johnny Depp dan Lily Rose Depp

Dalam garapan pengarah Kevin Smith ini, Depp akan berlakon bersama anaknya iaitu Lily-Rose Depp.

Kedua-dua mereka akan membintangi filem seram kesinambungan daripada filem Tusk.

Anak pengarah filem tersebut iaitu Harley Quinn Smith turut berlakon.

Dalam pada itu, bintang filem Tusk seperti Michael Parks, Justin Long, Haley Joel Osment, Genesis Rodriguez, Ralph Garman dan Harley Morenstein masih terus dikekalkan.

Kata pengarahnya, filem seram ini akan mengangkat watak kanak-kanak sebagai pelakon utama.-mSatr

Kim Hyun Joong Pukul Kekasih

Dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Kim Hyun Joong tidak pernah mempunyai masalah dengan kekasihnya.

 Kim Hyun Joong Pukul Kekasih

Namun sejak beberapa bulan lalu, menurut laporan Soompi, hubungan cinta itu mula goyah dan mereka kerap bertengkar.

Lebih teruk lagi, pertelingkahan mereka menjadi serius apabila Hyun Joong mengasari kekasihnya itu dengan menampar wajah wanita tersebut.

"Hyun Joong telah mengasari kekasihnya. Malah wanita itu ditendang dan dipukul sehingga menyebabkan kecederaan di wajah, dada, lengan dan bahagian belakang badan.

"Dia terpaksa ditahan di hospital selama dua minggu gara-gara tindakan kasar Hyun Joon," kata sumber.

Sementara itu, syarikat pengurusan aktor itu, KeyEast Entertainment terkejut dengan berita tersebut kerana tidak tahu dia sudah pun mempunyai kekasih.-mStar

Dynas Tangguh Perceraian Elak Kontrak Dibatal?

Walaupun pelakon Dynas Mokhtar tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kisah rumah tangganya yang hangat diperkatakan suatu ketika dulu, namun rata-rata mengatakan pelakon cantik ini sudah pun bercerai dengan suaminya,

Dynas Tangguh Perceraian

Namun menerusi artikel Metro Ahad baru-baru ini, Dynas dikatakan terpaksa menangguhkan penceraiannya kerana tidak mahu kontraknya dengan sebuah produk ditarik balik memandangkan dirinya diikat kerana imejnya sebagai seorang isteri dan ibu yang melambangkan produk yang diwakilinya.

Menurut laporan itu lagi, disebabkan hal itu, Dynas dan suaminya sepakat menyelesaikan masalah antara mereka apabila kontrak itu tamat.

Demi mengelak kontrak itu ditarik balik, terpaksalah mereka merahsiakan apa juga yang berlaku daripada pengetahuan umum.

Padanlah Dynas langsung tidak mahu mengulas lanjut mengenai kisah rumah tangganya sebelum ini, rupa-rupanya ada sebab dia berbuat demikian.

Walaupun begitu, kami disini sentiasa mendoakan kesejahteraan pelakon ini sekeluarga agar kebahagiaan yang dikecapi kini kekal buat selama-lamanya.-MYNEWSHUB.MY

Aaron Aziz Tayang Gambar Seluar Dalam!

Terkejut besar peminat yang mengikuti akaun Instagram Aaron Aziz semalam apabila pelakon tersohor itu memuat naik gambar sehelai seluar dalam.

Aaron Aziz Tayang Gambar Seluar Dalam!

Maklumlah selama ini Aaron dikenali sebagai artis yang biasa berkongsi gambarnya bersama keluarga, promosi iklan dan lakonan terbaru atau majlis yang dihadiri sahaja.

Tup-tup terselit gambar seluar dalam putih di atas, dah tentu objek ini mengejutkan semua orang hingga rata-rata peminat membuat andaian bahawa akaun Instagram tersebut telah digodam pihak tertentu.

Aaron Aziz Tayang Gambar Seluar Dalam! [2]
Aaron Aziz Tayang Gambar Seluar Dalam! [3]
Aaron Aziz Tayang Gambar Seluar Dalam! [4]
Aaron Aziz Tayang Gambar Seluar Dalam! [5]

Tak kurang juga ada yang faham bahawa gambar tersebut memang dimuat naik Aaron untuk memerli individu tertentu yang tertinggal seluar dalamnya dan suka bersikap bermuka-muka berdasarkan kapsyen dibuat namun ia dianggap satu tindakan yang boleh mencetus kontroversi.

Aaron Aziz Tayang Gambar Seluar Dalam! [6]

Apa pun, bagi kami kalau setakat gambar seluar dalam begini tak perlulah kita bersikap taboo sangat kot.

Aaron Aziz Tayang Gambar Seluar Dalam! [7]

Lainlah kalau Aaron kongsi gambar dia memakai seluar dalam sahaja, ha yang itu memang bakal mencetus kontroversi tak ingat punya.-MYNEWSHUB.MY

Eina Azman Nikah 31 Ogos Ini

Pelakon Eina Azman telah mengesahkan dia bakal berkahwin pada hari kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos ini dengan kekasihnya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Eina Azman Nikah

Menurut aktres berusia 19 tahun itu, kekasihnya itu telah pun mempelajari agama Islam dan berkata, kekasihnya itu sudah berminat mendalami agama Islam sebelum mengenalinya lagi.

"Ibu Eina pun banyak menolongnya untuk terus mendalami agama Islam. Dia sudah pandai baca Al-Fatihah dan surah lain. Sebelum ini pun, agama tidak pernah menjadi penghalang hubungan kami apatah lagi dia memang benar-benar mahu mendekati agama Islam.

"Apa yang lebih penting dalam hubungan kami ialah restu dari keluarga masing-masing. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan termasuklah urusan kahwin ini," katanya yang dipetik dari Myartis.

Pada masa sama, Eina berharap selepas dia berkahwin kelak, segala kontroversi yang pernah menghimpitnya akan hilang kerana dia mahu bersih dari sebarang kontroversi.

"Eina nak bersih daripada segala kontroversi. Tapi itu tak bererti Eina akan berhenti berlakon. Bahkan bakal suami pun tak menghalang. Sekurang-kurang apabila sudah berumah tangga ada orang yang boleh dijaga Eina.

"Selepas kahwin pun Euna kena tahu batas. Harap perkahwinan ini akan meleyapkan segala fitnah." Sementara itu, Eina berkata, majlis resepsinya akan diadakan hujung tahun ini.

Julia Perez Dinobat Ratu Tinju Profesional Indonesia

Jakarta: Aktres seksi Julia Perez (Jupe) dinobatkan sebagai Ratu Tinju Profesional Indonesia dalam usaha merancakkan kembali sukan tinju yang semakin suram di negara itu.

Julia Perez Dinobat Ratu Tinju Profesional Indonesia

Penganugerahan itu diumum penganjur kejohanan tinju tempatan, Yance Rahman menjelang kejuaraan tinju yang bakal berlangsung bulan depan.

Kejuaraan tinju itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-487 pembukaan Jakarta.

Dengan ternobatnya Jupe sebagai Ratu Tinju Profesional, dia pasti hadir memeriahkan kejohanan berkenaan.

Selain itu sukan tinju Indonesia juga dirancakkan lagi dengan penganjuran Kejuaraan Tinju Tali Pinggang Emas Gabenor Jakarta, Piala The Best Boxer dan Piala Peninju Harapan Jakarta yang diadakan sempena Hari Antidadah Antarabangsa dan sambutan Kemerdekaan Indonesia ke-69.

Dalam acara itu nanti, Jupe akan dikalungkan pingat emas sebagai simbolik penganugerahan gelaran Ratu tinju profesional Indonesia.

“Penganugerahan ini bertujuan menjalinkan kerjasama dengan selebriti terkenal demi merancakkan kembali arena tinju profesional negara ini yang kian suram,” kata Yance.

Sebelum ini, gelaran sama dianugerahkan kepada seorang lagi aktres seksi Indonesia, Camel Petir.

Yance berkata, sukan tinju profesional sebahagian daripada pencapaian negara ini dan ia berkait rapat dengan selebriti. Justeru, kerjasama artis dalam dunia tinju perlu diwujudkan.

“Diharap dengan pemilihan Jupe sebagai duta sukan ini akan menghidupkan kembali kemeriahannya,” katanya.

Sementara itu, Jupe mengakui bimbang melihatkan prestasi sukan berkenaan yang semakin merudum selepas tamatnya era peninju hebat seperti Ellyas Pical, Niko Thomas, Chris John, dan M Rahman.-Agensi

Alyph (Sleeq) Mohon Maaf Pegang Tangan Tunang

Penyanyi Alyph (Sleeq) memohon maaf jika gambarnya berpegangan tangan bersama tunang, Azzah Fariha Samat, 27, mengundang rasa kurang selesa kepada mana-mana pihak yang melihatnya.

Alyph (Sleeq) Mohon Maaf Pegang Tangan Tunang

Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 25, berkata, gambar tersebut sepatutnya tidak perlu dijadikan isu namun dia tetap menghormati setiap pandangan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling.

“Maafkan saya jika ada yang tidak berkenan dengan gambar itu. Tetapi saya hormati segala komen dan kritikan yang diberikan kerana saya faham, media sosial adalah satu platform bebas untuk sesiapa pun yang ingin komen.

“Apa-apa pun terima kasih atas kritikan itu. Dan jujurnya saya tidak terasa hati pun dengan segala komen negatif yang diberi. Cuma terkejut sedikit sahaja pada mulanya,” katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsAapp di sini pada Isnin.

Minggu lalu, segelintir peminat Alyph telah mengkritiknya selain dia memuat naik foto bersama tunang di Facebook dengan berpegangan tangan.

Antara komen mengatakan mereka tidak sepatutnya mengambil gambar berpegangan tangan meskipun sudah bertunang kerana mereka masih belum menjadi suami-isteri yang sah.

Sementara itu, ditanya pula mengenai persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Gardens By The Bay Singapore, Alyph berkata, kesemuanya sudah hampir selesai diuruskan.

“Alhamdulillah, persiapan perkahwinan kami sudah hampir siap. Segala dokumen yang perlu dibuat juga sudah selesai.

“Tinggal tunggu masa saja. Berdebar juga, doakan segalanya berjalan dengan lancar,” tuturnya.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Sleeq iaitu Ahmad Syarif, 25, bakal melangsungkan perkahwinannya pada November depan.–mStar Online

Cinta Kamal Adli dan Intan Ladyana Akhirnya Hancur

Hubungan pasangan pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli yang dibina sejak enam tahun lalu akhirnya bernokhtah apabila kedua-dua mereka putus cinta.

Cinta Kamal Adli dan Intan Ladyana

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berkata, keputusan tersebut diambil atas persetujuan bersama yang dilakukan pada akhir Ramadan lalu.

“Saya dan Kamal sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan istimewa. Keputusan ini sudah lama kami fikirkan, tetapi sekarang baru dapat dibuat.

“Kalau boleh jangan tanya saya punca perpisahan kami ini, biarlah ia menjadi cerita peribadi kami. Saya anggap ini semua tiada jodoh untuk kami bersama,” jelasnya ketika ditemui semasa sidang akhbar Anugerah Lawak Warna di Hotel Istana di sini, pada Isnin.

Intan berkata, biarpun hubungan tersebut sudah berakhir, ia tidak menghalang untuk mereka berhubung sebagai rakan biasa.

Pelakon yang popular menerusi filem Adnan Sempit itu menjelaskan, dia tidak keberatan sekiranya digandingkan bersama-sama dalam lakonan dan akan bertindak secara profesional.

“Kalau diikutkan saya kini berasa lega setelah berterus terang mengenai hubungan kami. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada kerjaya dalam bidang lakonan,” ujarnya.

Sementara itu, Kamal, 28, yang dihubungi mStar Online terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Intan itu.

Malah aktor itu enggan memberi komen mengenai perkara tersebut dan meminta semua pihak supaya memberi ruang kepada mereka berdua.

“Saya tak mahu komen panjang. Biarkan keadaan sejuk dahulu.

“Dan berikan saya dan Intan ruang dan masa sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan. Harap anda faham,” pintanya. -mStar Online

Wrecking Ball Dinobat Video Terbaik MTV VMA 2014

Memenangi kategori utama yang dipertandingkan, Miley telah mewakilkan seorang gelandangan bernama Jesse untuk menerima trofi tersebut daripada penyampainya, Jimmy Fallon.

Wrecking Ball Dinobat Video Terbaik MTV VMA 2014

Walaupun sebelum ini muzik video Wrecking Ball nyanyian Miley Cyrus mendapat kritikan hebat daripada kebanyakan peminatnya di seluruh dunia namun kelainan yang diterapkan dalam video tersebut telah berjaya menobatkannya sebagai Video Terbaik dalam Anugerah Video Muzik MTV 2014 (MTV VMAs 2014) yang berlangsung di California, Amerika.

Selain Miley, Katy Perry juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi anugerah Video Muzik Penyanyi Wanita Terbaik menerusi lagunya Dark Horse bergandingan dengan Juicy J.

Manakala bagi kategori penyanyi lelaki pula, ianya dimenangi oleh penyanyi British, Ed Sheeran menerusi lagu Sing yang menampilkan Pharrell Wiliams.

Di bawah ini merupakan senarai pemenang penuh MTV VMA 2014 untuk makluman anda. –MYNEWSHUB.MY

Senarai Pemenang MTV VMAs 2014

Video Terbaik 2014
• Iggy Azalea ft. Charli XCX – Fancy
• Beyonce ft. JAY Z – Drunk In Love
• Pharrell Williams – Happy
• Sia – Chandelier
• Miley Cyrus – Wrecking Ball (PEMENANG)

Video Lelaki Terbaik
• Pharrell Williams – Happy
• John Legend – All Of Me
• Ed Sheeran ft. Pharrell – Sing (PEMENANG)
• Sam Smith – Stay With Me
• Eminem ft. Rihanna – Monster

Video Wanita Terbaik
• Iggy Azalea ft. Charli XCX – Fancy
• Beyonce – Partition
• Lorde – Royals
• Ariana Grande ft. Iggy Azalea – Problem
• Katy Perry ft. Juicy J – Dark Horse (PEMENANG)

Video Hip Hop Terbaik
• Eminem – Bezerk
• Drake ft. Majid Jordan -
• Hold On (We’re Going Home) (PEMENANG)
• Childish Gambino – 3005
• Kanye West - Black Skinhead
• Wiz Khalifa – We Dem Boyz

Video Pop Terbaik
• Pharrell Williams – Happy
• Iggy Azalea ft. Charli XCX – Fancy
• Jason Derulo ft. 2 Chainz – Talk Dirty
• Ariana Grande ft. Iggy Azalea – Problem (PEMENANG)
• Avicii ft. Aloe Blacc – Wake Me Up

Video Rock Terbaik
• Imagine Dragons – Demons
• Arctic Monkeys – Do I Wanna Know
• The Black Keys – Fever
• Lorde – Royals (PEMENANG)
• Linkin Park – Until It’s Gone

Artis Harapan MTV
• Sam Smith – Stay With Me
• 5 Seconds of Summer – She Looks So Perfect
• Charli XCX – Boom Clap
• Schoolboy Q – Man Of The Year
• Fifth Harmony – Miss Movin On (PEMENANG)

Kolaborasi Terbaik
• Beyonce ft. JAY Z – Drunk In Love (PEMENANG)
• Ariana Grande ft. Iggy Azalea – Problem
• Pitbull ft. Ke$ha – Timber
• Chris Brown ft. Lil Wayne and Tyga – Loyal
• Eminem ft. Rihanna – Monster
• Katy Perry ft. Juicy J – Dark Horse

Video Lirik Terbaik
• 5 Seconds of Summer- Don’t Stop (PEMENANG)
• Austin Mahone ft. Pitbull – Mmm Yeah
• Ariana Grande ft. Iggy Azalea- Problem
• Demi Lovato – Really Don’t Care
• Katy Perry – Birthday

Anugerah Clubland MTV
• DJ Snake & Lil Jon – Turn Down For What
• Zedd ft. Hayley Williams – Stay the Night (PEMENANG)
• Calvin Harris – Summer
• Martin Garrix – Animal
• Disclosure – Grab Her!

Video Dengan Mesej Sosial Terbaik
• Angel Haze ft. SIA – Battle Cry
• Avicii – Hey Brother
• Beyonce – Pretty Hurts (PEMENANG)
• J. Cole ft. TLC – Crooked Smile
• Kelly Rowland – Dirty Laundry
• David Guetta f/ Mikky Ekko – One Voice

Sinematografi Terbaik
• 30 Seconds to Mars – City of Angels
• Beyonce – Pretty Hurts (PEMENANG)
• Arcade Fire – Afterlife
• Gesaffelstein – Hate or Glory
• Lana Del Rey – West Coast

Suntingan Terbaik
• Eminem – Rap God (PEMENANG)
• MGMT – Your Life is a Lie
• Zedd ft. Hayley Williams -Stay the Night
• Beyonce – Pretty Hurts
• Fitz and The Tantrums – The Walker

Koreografi Terbaik
• Sia – Chandelier (PEMENANG)
• Beyonce – Partition
• Usher – Good Kisser
• Michael Jackson f/Justin Timberlake – Love Never Felt So Good
• Jason Derulo f/2Chainz – Talk Dirty
• KIESZA – Hideaway

Arahan Terbaik
• DJ Snake & Lil Jon – Turn Down For What (PEMENANG)
• OK Go – The Writing’s On the Wall
• Miley Cyrus – Wrecking Ball
• Beyonce – Pretty Hurts
• Eminem ft. Rihanna – The Monster”

Seni Arahan Terbaik
• DJ Snake & Lil Jon – Turn Down For What
• Iggy Azalea ft. Charli XCX – Fancy
• Eminem – Rap God
• Arcade Fire – Reflektor (PEMENANG)
• Tyler, The Creator – Tamale

Kesan Visual Terbaik
• DJ Snake & Lil Jon – Turn Down For What
• OK Go – The Writing’s On the Wall (PEMENANG)
• Disclosure – Grab Her!
• Eminem – Rap God
• Jack White – Lazaretto

Anak Nora Danish Dan Erra Fazira Dikritik Berpeluk Sakan

Bukan sahaja selebriti yang mendapat perhatian peminat mereka, sebaliknya anak-anak selebriti turut tidak ketinggalan sama menjadi tumpuan mereka-mereka di luar sana.

Anak Nora Danish Dan Erra Fazira Dikritik Berpeluk Sakan

Terbaharu, anak Nora Danish dan Erra Fazira dikritik sebahagian besar peminat gara-gar gambar mereka berpeluk sakan disiarkan di laman instagram.

Anak Nora, Putra Rayqal Ramli dan anak Erra Fazira, Engku Aleesya sekarang dilihat selalu bersama kerana menemani ibu masing-masing menjalani latihan teater Bahayanya Wanita yang dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anak Nora Danish Dan Erra Fazira Dikritik Berpeluk Sakan [2]
Anak Nora Danish Dan Erra Fazira Dikritik Berpeluk Sakan [3]

Teguran itu sebenarnya bertempat. Kan Rasulullah sudah berpesan untuk memisahkan anak-anak dari tempat tidur apabila berusia 9 tahun.
 
Anak ni usianya dah berapa?


Scha Dedah Gambar Baby Lara

Seperti diketahui umum, pasangan ibu bapa baru Awal Ashaari dan Scha Al Yahya masih belum mendedahkan wajah bayi perempuan mereka kepada umum.


Walaupun diminta ramai peminat yang teringin melihat wajah bayi dikenali sebagai Lara yang dilahirkan 22 Julai lalu, nampaknya Awal dan Scha berkeras tidak mahu dedahkan wajah bayi mereka buat masa ini.

Seharusnya pendirian ini dihormati kerana dalam Islam pun ada sebab musabab mengapa wajah bayi tidak sesuai didedahkan secara terbuka.

Maka gambar anak mereka hanya dipos secara samar-samar di laman instagram Scha dan Awal.


Pun begitu, Scha telah mula memuat naik gambar Baby Lara bersama artis yang berkunjung ke rumah mereka.

Walau pun wajah bayi masih tidak diambil dari dekat kecomelannya masih terserlah dengan rambut yang kelihatan lebat.


Malah ada satu gambar ketika Lisa Surihani, Yusri dan ibunya bermesra bersama Baby Lara, wajah bayi agak jelas kelihatan.


Dan lihat sajalah wajah Lisa dan Yusri yang begitu teruja ketika menatap wajah Baby Lara di bawah, tentu dia secomel ibu bapanya…


Apa pun didoakan semoga Lisa dan Yusri akan turut mendapat rezeki menimang cahaya mata tidak lama lagi.-MYNEWSHUB.MY

Memey Suhaiza Mengandung Enam Minggu

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Memey Suhaiza yang juga isteri kepada Norman Hakim atas berita kehamilan kali keduanya.

Memey Suhaiza Mengandung Enam Minggu

Ia dimaklumkan sendiri oleh pelakon itu menerusi akaun Instagramnya, hari ini.

Hasil perkongsian hidupnya bersama Norman, Memey sudah dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Darwisz Hakim yang dilahirkan pada 1 Februari 2013.

Memey Suhaiza Mengandung Enam Minggu [2]

Untuk Norman pula, cahaya mata yang bakal lahir itu merupakan yang kelima buatnya.

Memandangkan kandungan Memey masih lagi pada peringkat awal, kami sarankan agar dia banyak berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat.

Semoga kehadiran permata baru itu nanti akan memberikan kebahagiaan berganda buat mereka sekeluarga.-MYNEWSHUB.MY

Shila Amzah Kini Miliki BMW X6?

KALAU diikutkan dengan kejayaan besar Shila Amzah menakluk peminat-peminatnya di negara tanah besar China, memang tidak mustahil buatnya untuk memiliki kereta mewah yang menjadi idamannya walaupun baharu berusia 24 tahun.

Shila Amzah Kini Miliki BMW X6

Menerusi gambar ini, dapat dilihat Shila bergambar bersebelahan dengan kereta mewah model BMW X6 berwarna putih.

Tak dapat dipastikan sama ada kereta tersebut memang milik Shila ataupun bukan.

Kalau betul tu memang Shila punya, memang berbanggalah dengan kesungguhannya yang dari dahulu lagi sentiasa berusaha keras untuk berada di tahapnya pada masa kini. – MYNEWSHUB.MY

Orang Lain Bertafakur Azwan Ali Sibuk Selfie!?

Kali ini Azwan dikritik kerana ‘kegigihannya’ selfie di saat semua orang sedih dan bertafakur atas insiden MH17 pagi tadi.

Orang Lain Bertafakur Azwan Ali Sibuk Selfie!

Seperti biasa, bukan Azwan Ali namanya kalau tidak mencetuskan kontroversi.

Daripada gambar dapat dilihat orang sekeliling Azwan begitu hiba malah ada yang mengalirkan air mata namun dia pula kelihatan sibuk berusaha mendapatkan sudut terbaik menggunakan monopod untuk merakam gambar.

Itu belum masuk bab fesyen Azwan yang nampak celaru - tudung dipadankan bersama songkok?

Kami pun tak tahu nak cakap apa lagi sebab kalau dinasihat pun Azwan pasti tak mahu terima dan cuma cakap ‘why bother’.. jadi lantak dialah.-Mynewshub.my

Ammar Alfian Kongsi Video Lucah Di Instagram!

Selepas kian menyepi daripada radar hiburan dengan kontroversi terakhir dicetuskan adalah berkongsi gambar ala porno dan memalukan bekas teman wanitanya yang kini sudah bergelar isteri pengarah muda terkenal, kini Ammar kembali mencetus berita panas.

Gambar Lucah Ammar Alfian Di Instagram!

Boleh dikatakan, Ammar Alfian adalah contoh artis lelaki Malaysia yang lebih dikenali kerana cerita-cerita panas berbanding karier seni.

Ammar dikatakan telah memuat naik satu rakaman aksi lucah dirinya bersama seorang pelakon di laman Instagram selama 15 saat. Isu ini kemudiannya dibangkitkan sebuah kolum gosip di akhbar tempatan.

Secara logiknya mustahil Ammar tidak tahu tindakan ini boleh membuatkan orang kembali memperkatakan tentang dirinya jadi tak keterlaluan kalau dikatakan ini satu lagi cara nak up namanya yang dah suam kot.

Tinjauan kami mendapati Instagram Ammar telah di-private jadi sama ada rakaman tersebut sudah dipadam atau belum tidak dapat dipastikan. -MYNEWSHUB.MY

Nabila Huda Enggan Jawab Soalan Kontroversi

Aktres jelita Nabila Huda mengambil pendirian untuk tidak membuka mulut mengenai kontroversinya tentang perihal peribadinya kecuali mengenai kerjayanya sahaja.

Nabila-Huda

"Tiada apa yang saya nak kongsikan. Saya minta maaf sangat-sangat. Sila tanya soalan lain. Kehidupan saya sekarang ini okay Alhamdulillah," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran filem "Saloma" di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil bakal muncul menerusi filem biografi Allyarham Puan Sri Saloma, "Saloma" yang membawa watak biduanita negara itu.

Walaupun pada mulanya kurang yakin dapat menghidupkan watak Saloma itu, namun dengan tunjuk ajar daripada pengarah Melissa Saila dia dapat membawa watak tersebut.

"Saya ni nampak saja macam seorang yang yakin. Tapi sebenarnya saya ada sifat rasa tidak yakin pada lakonan saya. Tambah-tambah lagi bila diberkan watak Saloma.

"Ia satu tanggungjawab sangat besar dan mencabar bagi saya. Saya sampai terfikir kalau saya tersalah langkah, apa akan jadi nanti.

"Sejak awal lagi, bila kak Lis minta saya datang ujibakat saya teragak-agak. Ikutkan hati memang saya tak mahu pergi ujibakat itu. Tapi saya kenangkan kak lis yang beberapa kali menghubungi saya dan dia sangat berharap pada saya.

"Semasa di ujibakat pun saya buat tidak bersungguh-sungguh. Baca skrip pun macam nak tak nak saja. Tapi kak Lis banyak yakinkan saya yang saya boleh bawa watak ini."

Tambah Abil lagi, selepas ujibakat dia dihubungi oleh pengarah yang memberitahu bahawa dia dapat watak Saloma. Walaupun agak terkejut, namun dia menganggap ia sebagai satu cabaran buat dirinya.

"Di set, saya banyak dapat tunjuk ajar daripada kak Lis dan mummy (Mariani). Mereka ajar saya lenggok menari betulkan dialog-dialog, cara bercakap dan berjalan. Tapi sebenarnya saya tak praktis sangat pun macam nak bawakan watak Saloma ini. Cuma bila saya dah pakai kostum, dah mekap dengan sendirinya saya dapat jiwai watak itu dan rasa yang Saloma begitu dengan dengan diri saya."

Filem "Saloma" bakal ditayangkan menerusi Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini yang turut dibintangi oleh Tony Eusoff, Azhan Rani, Sazzy Falak dan Sharifah Armani.-Yahoo

Rossa Selesa Hidup Solo

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa mengakui dirinya masih belum bersedia untuk berkahwin kali kedua selepas bercerai dengan Yoyo atau nama sebenarnya Surendo Prasetyo sejak lima tahun yang lalu.

Rossa aka Surendo Prasetyo

Rossa, 35, memaklumkan beliau tidak serik untuk mendirikan rumah tangga semula tetapi kerana masih belum menjumpai calon yang sesuai.

"Jodoh itu rahsia Allah dan jika ada nanti saya terima dengan hati terbuka.

"Soal perkahwinan itu bukan perkara mudah dan sejujurnya saya belum bertemu dengan lelaki yang sesuai," jelasnya seperti yang dipetik dari mStar.

Dalam perkembangan terbaru mengenai kerjayanya, Rossa baru sahaja melancarkan album terbarunya berjudul "Love, Life & Music" yang mengandungi 10 buah lagu hasil karya komposer terkenal seperti Melly Goeslow, Bemby Noor, Charly Van Houten dan Badai Krispatih.

Jelas Rossa, dia mengambil masa hampir tiga tahun bagi melancarkan album tersebut kerana ingin memastikan album yang terhasil berkualiti dan dapat memenuhi citarasa peminat.

Antara karya segar yang boleh dinikmati di dalam album tersebut adalah "Jatuh Cinta Setiap Hari", "Sisaku Hatimu","Hijrah Cinta", "Bukan-Bukan", "Salahkah" dan "As One".-Yahoo

Nora Danish 'Kutuk' Legoland, Warga JB Pula Terasa!!!

Legoland Malaysia Resort akan menyiasat dengan teliti kejadian kakak dan rakan pelakon Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish yang terperangkap di dalam salah sebuah lif di Hotel Legoland pada Ahad.

Nora Danish Kutuk Legoland

Pengurus Perhubungan Awamnya, Deviga Doreraja berkata, pihak pengurusan hotel menyedari kejadian yang menimpa kawan dan kakak pelakon itu.

"Kami menghadapi masalah mekanikal dengan satu daripada lif di hotel itu malam tadi dan kami sekali lagi memohon maaf kepada keluarga yang terlibat dalam insiden itu.

Nora Danish Kutuk Legoland [2]

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan untuk memastikan insiden ini disiasat dengan rapi. Kami kini di peringkat awal proses itu dan akan mengemaskinikannya sebaik sahaja kami melengkapkan siasatan, " kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata pengarah hotel itu berada di lokasi kejadian untuk membantu keluarga itu kerana keselamatan kesemua tetamu adalah keutamaan pusat peranginan berkenaan.

Dalam pada itu Nora dalam posting menerusi Instagram miliknya berkata insiden itu melibatkan kakaknya Nadia, kawan rapatnya Zarema Zainal yang merupakan isteri kepada pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan seorang pengawal peribadi.

Nora Danish Kutuk Legoland [3]

Katanya, mereka terperangkap dalam lift hotel berkenaan kira-kira sejam tetapi dalam masa setengah jam tiada bantuan yang diberikan.

Sementara itu dalam posting terbahrau pada Isnin Nora turut meminta agar orang ramai tidak salah faham mengenai kejadian itu kerana mereka sebenarnya gembira menikmati permaninan di taman tema Legoland tetapi kecewa dengan perkhdimatan hotel berkenaan.

“Cukuplah… pihak kami rasa amat berdukacita dengan service hotel berkenaan,” katanya.-mStar

Nabila Huda Minta Restu Amy Tamatkan Zaman Janda?

Kalau benarlah khabar yang disampaikan menerusi portal Murai.com, pasti ramai peminat Nabila Huda sudah tidak sabar-sabar untuk melihat artis kesayangan mereka itu menamatkan zaman jandanya.

Nabila Huda Kahwin Lagi

Apa tidaknya, selepas beberapa tahun solo dan melalui episod cinta yang tak kesampaian, akhirnya dia bakal bergelar isteri sekali lagi.

Khabarnya lagi, Nabila sudah memohon restu dan perbincangan sudah dilakukan bersama ayahnya, Amy Search di Johor Bahru.

Biarpun dia tidak pernah memberitahu secara terbuka identiti kekasihnya, ramai pihak mengatakan jejaka itu merupakan pengurus sebuah restoran di ibu negara.

Apapun, selagi tuan empunya badan tidak tampil memberikan kenyataan secara rasmi, selagi itulah kami tidak dapat mengesahkan kebenaran cerita ini.

Kita tunggu dan lihat.

-Mynewshub.my

Rita Rudaini Geram Aidil Lupakan Anak-Anak

Rasanya, kalau anda berada di tempat Rita Rudaini, pasti anda juga akan berasa marah dan kecewa jika bekas suami tidak memberikan sebarang perbelanjaan kepada anak-anak sempena sambutan hari raya.

Rita Rudaini

Menerusi sebuah akhbar tempatan, pelakon cantik itu berkata, Aidil Zafuan hanya menghantar SMS untuk bertanya khabar, itupun selepas sekian lama.

Dek kerana itu, dia enggan membalas SMS bekas suaminya itu.

Ujar Rita lagi, dia berasa cukup kasihan dan kerap menangis apabila mengenangkan nasib anak-anak.

Rita Rudaini [2]

Aduhai, tak dapat kami bayangkan bagaimana hubungan Aidil dengan anak-anaknya itu jika mereka sudah meningkat remaja nanti.

Jangan sampai mereka tak mahu mengaku Aidil sebagai bapa sudahlah ya..