Rossa Selesa Hidup Solo

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa mengakui dirinya masih belum bersedia untuk berkahwin kali kedua selepas bercerai dengan Yoyo atau nama sebenarnya Surendo Prasetyo sejak lima tahun yang lalu.

Rossa aka Surendo Prasetyo

Rossa, 35, memaklumkan beliau tidak serik untuk mendirikan rumah tangga semula tetapi kerana masih belum menjumpai calon yang sesuai.

"Jodoh itu rahsia Allah dan jika ada nanti saya terima dengan hati terbuka.

"Soal perkahwinan itu bukan perkara mudah dan sejujurnya saya belum bertemu dengan lelaki yang sesuai," jelasnya seperti yang dipetik dari mStar.

Dalam perkembangan terbaru mengenai kerjayanya, Rossa baru sahaja melancarkan album terbarunya berjudul "Love, Life & Music" yang mengandungi 10 buah lagu hasil karya komposer terkenal seperti Melly Goeslow, Bemby Noor, Charly Van Houten dan Badai Krispatih.

Jelas Rossa, dia mengambil masa hampir tiga tahun bagi melancarkan album tersebut kerana ingin memastikan album yang terhasil berkualiti dan dapat memenuhi citarasa peminat.

Antara karya segar yang boleh dinikmati di dalam album tersebut adalah "Jatuh Cinta Setiap Hari", "Sisaku Hatimu","Hijrah Cinta", "Bukan-Bukan", "Salahkah" dan "As One".-Yahoo

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon