GARA-GARA tersilap meletakkan nama pada kapsyen foto bersama Farah Nabila laman sosial Instagram Remy Ishak dibanjiri komen netizen.
Remy yang bergambar dengan Farah Nabila tersilap meletakkan nama penyanyi Nabila Razali dan ia dianggap lucu kerana tidak mengenali artis dalam foto berkenaan.
Bagaimanapun, selepas menerima kira-kira 600 komen netizen, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu membetulkan nama pelakon itu pada kapsyen tersebut.
Remy membetulkan kapsyen tersebut selepas ditegur netizen.
Dalam pada itu, Remy menerusi ruangan komen memberitahu dia terlalu mengantuk sehingga tidak fokus ketika mengenalpasti pelakon tersebut.
“Nabila Razali, Farah Nabila, saya kurang tidur hari ini. Maafkan saya,” ujarnya.
Netizen yang terhibur turut menasihatkan pelakon itu agar mendapatkan rehat yang cukup. -mstar
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon