SERING menjadi mangsa buli siber, pelakon Nora Danish akhirnya tampil bersuara terhadap segelintir netizen yang berselindung di sebalik akaun palsu yang menghina bayinya, Mohamed Neqayl Nedim.
Nora menerusi InstaStory mempersoalkan apakah salah dan dosa anaknya itu sehingga sanggup mengutuk ciptaan Allah tanpa sebarang perasaan takut.
"Nak kutuk pun, membawang ke, kutuk la benda lain. Kutuk ciptaan Allah takde ke rasa takut dalam hati?
"Apalah salah Ney Ney (panggilan manja Neqayl) kat korang? Haih! Manusia, manusia," tulisnya.
Perkongsian Nora di InstaStory.
Menerui status sama, Nora berkata, Ney Ney bukan anak kacukan yang perlu kelihatan sempurna setiap masa kerana dia juga adalah manusia biasa.
"Malam yang sangat emosi sebab terkilan... anak saya ini bukan anak Mat Salih ke apa, yang kena nampak sempurna.
"Anak Melayu kot... semua manusia dalam dunia ini semua ada keistimewaan masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, Nora berkata, statusnya sebagai selebriti bukan bermaksud dia perlu menerima dan menelan apa yang diperkatakan netizen tentangnya atau keluarganya.
Tegas Nora, dia juga mempunyai perasaan seperti mana orang lain malah lebih beremosi dan sensitif kerana dia adalah orang seni.
"Tak semestinya jadi selebriti hati kena kering. Kami juga ada perasaan seperti anda! Sebenarnya kami lebih emosi dan sensitif sebab kami orang seni sebab itu boleh jadi pelakon," ujarnya.
Sementara itu, isteri kepada Nedim Nazri itu meminta sekiranya dia ada buat sebarang kesalahan dia terbuka terhadap teguran namun biarlah dengan adab yang betul.
Nora turut mendoakan agar segelintir pihak yang disifatkan sebagai 'hati hitam' diberikan hidayah dan insaf atas perbuatan mereka selain berterima kasih kepada yang mendoakan kebaikan buatnya sekeluarga.
Antara luahan lain Nora mengenai isu berkenaan.
"Kalau kita ada buat salah, tegur... tak perlu membawang tanpa sebab.
"Cuba membawang keluarga sendiri tengok apa dia orang rasa.
"Kepada 10 peratus yang hati hitam tu saya doakan Allah beri hidayah pada anda dan bukakan hati anda supaya jadi bersih putih bersinar kembali. InsyaAllah.
"Yang sentiasa memuji, Alhamdulillah syukur, Nora doakan semoga anda mendapat pahala yang banyak kerana membahagiakan kami yang teraniaya," katanya.
Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka.
Sebelum ini, Nora, 37, pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 9 tahun.
Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.
Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013 dan mendapat anak lelaki, Mohamed Nedrin atau Dre, 9 tahun. -mstar
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon