Meghan Markle Kini Miliki Barang Kemas Bernilai Jutaan Pound

LONDON – Duchess of Sussex, Meghan Markle kini memiliki koleksi barangan kemas bernilai £1 juta (RM5.3 juta) selepas melangsungkan perkahwinan dengan Putera Harry baru-baru ini.

Antara koleksi barangan kemas itu ialah tiara berlian bernilai £450,000 (RM2.3 juta) yang dipinjamkan oleh Ratu Elizabeth II dan dipakai ketika majlis perkahwinan tersebut.

Selain itu, cincin pertunangan berharga £140,000 (RM743,400) dan gelang Cartier bernilai £241,000 (RM1.2 juta) turut menjadi koleksi perhiasan mewah yang dimiliki Meghan.

Tidak ketinggalan, pelakon itu turut menerima hadiah praperkahwinan berupa subang berlian bernilai £60,000 (RM318,601).

Ketika membuat penampilan kali pertama sebagai Duchess di parti taman Istana Buckingham bagi meraikan ulang tahun kelahiran Putera Charles ke-70 minggu lalu, Meghan telah dirakam memakai subang berlian Idylle La Rose yang dihasilkan oleh pereka Belgium, Vanessa Tugendhaft. –agensi

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon