Jasmin Hamid Mengamuk Selepas Dikritik Kongsi Malam Lailatul Qadar

ENTAH di mana silapnya nama Jasmin Hamid tiba-tiba menjadi bahan kecaman netizen gara-gara memuat naik perkongsian mengenai malam Lailatul Qadar, baru-baru ini.

Difahamkan, Jasmin menerima kecaman hebat kerana dia dikatakan tidak sesuai berkongsi mengenai Islam melihat kepada penampilan dirinya yang tidak menutup aurat.

Susulan hal itu, Jasmin Hamid akui terkilan dan meluahkan rasa hatinya itu menerusi sebuah kemas kini yang dimuat naik pada Jumaat di laman sosial Instagram miliknya.

"Saya berbogel di media sosial ke? Saya murtad ke? Saya ganggu keluarga kamu ke? Saya makan duit rakyat ke?

“Hanya kerana saya muat naik dan kongsi tentang malam Lailatul Qadar, saya dikecam. Umpama orang yang tak bertudung macam saya tak layak kongsi tentang Islam.

“Adakah orang yang bertudung saja layak dekat pada Allah? Orang tak bertudung dan dianggap jahil macam saya tak layak belajar mendekatkan diri pada Allah sampai bila-bila?” luah Jasmin.

Jasmin berkata, dia tiada niat langsung untuk membuka aib mana-mana individu namun hatinya terguris disebabkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

“Selama ni saya hanya diam dan sekat netizen yang negatif tapi makin menjadi-jadi pula netizen sekarang. Sampai sanggup mengguris perasaan saya!

“Hanya sebab tak habis-habis isu tudung, apa yang kamu sakit hati sangat ya? Saya tetap padam nama pengirim mesej negatif ni sebelum kongsi sebab tak nak aibkan sesiapa.

“Tujuan utama saya untuk beritahu pada orang yang buat macam tu. Pada yang nak baca, silakan, pada yang tak suka, abaikan,” katanya.

Sehingga kini, perkongsian itu dilihat mendapat lebih daripada 3,000 tanda suka dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya antara mereka dilihat bersikap positif terhadap luahan Jasmin dan meminta pelakon wanita itu bersabar dengan komen-komen negatif yang diterimanya. -mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon