Izreen Latih Anak Kecil Berpuasa

BEBERAPA hari sahaja kita bakal menyambut Aidilfitri selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan, pasti semua sedang sibuk melakukan persiapan akhir sebelum Syawal tiba.

Setiap tahun pasti akan ada kelainan yang dimahukan oleh kita, tetapi lain pula bagi pelakon Izreen Azminda kerana baginya Syawal kali ini sama sahaja seperti yang sebelumnya.

Walaupun sudah empat tahun beraya bersama dengan anak tanpa suami disisi, Izreen merasakan perkara itu sebagai hal yang biasa tanpa kelainan bagi dirinya.

“Tahun ini, saya masih lagi beraya bersama suami dan anak, tanpa anak-anak dia (Ude) kerana mereka akan beraya dengan ibunya.

Mungkin tahun depan lain,” ujarnya ketika ditemui Media Hiburan.

Bagaimanapun, Izreen turut tidak berasa apa-apa perubahan sekiranya dia menyambut Aidilfitri hanya berdua bersama suami, Ude Wahid.

Malah, dia hanya perlu menyediakan persiapan biasa sahaja jika ditakdirkan mereka beraya berdua sahaja selepas ini.

Dalam masa yang sama, ketika usia anaknya, Muhammad Umar Adrian sudah menjangkau lima tahun, dia sudah mula megajar si kecil itu untuk berpuasa.

“Adalah suruh dia berpuasa tapi tahan dalam sejam je. Biasalah budak-budak baru umur 5 tahun kan? Nanti tiba-tiba dia perg minum susu sendiri.

“Tapi dia faham dan pandai behave kerana tahu saya dan lain berpuasa,” tambahnya lagi.

Umar merupakan anak Izreen hasil perkahwinannya bersama suami pertama iaitu Muhammad Riza Baharuddin dan mereka telah sah bercerai sekitar tahun 2014 yang lalu.

Kini, Izreen memulakan kehidupan barunya bersama suami tercinta iaitu Ude Wahid yang merupakan pemuzik bebas walaupun perlu menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang tahun ini. -mynewshub

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon