Pelakon Adrea Abdullah selamat bernikah dengan juruvideo, Zul Selamat.
Bintang berkenaan mengumumkan berita gembira tersebut menerusi Instagram, semalam.
Turut sama berkongsi momen indah sama ialah suaminya.
Mengenakan persalinan sedondon dalam rona merah jambu, pemilik nama lengkap Nik Adrea Nik Abdullah itu turut memuat naik foto majlis pernikahan mereka dengan kapsyen seloroh terhadap si suami.
“Happiness… Alhamdullillah … ok now boleh la ikut I balik raya klate’ kan hubby @zulselamat ?#adreaandzullovestory #love #blessed #adreazulakadnikah #halaldah #imofficiallyyourwife #berkatramadhan,” tulisnya.
Posting berkenaan turut mendapat ucapan tahniah daripada beberapa rakan selebriti, antaranya Almy Nadia dan Zarina Zainoordin.
Sementara itu, suaminya turut berkongsi rasa syukur kerana semuanya berjalan lancar, meski pada peringkat awal dia mengakui rasa cukup gementar.
“Tiba2 tangan sejuk. Cane tu. Hahah lama tak rasa nervous mcm tu, apa2 pun alhamdulillah semua berjalan dengan lancar,” tulisnya menerusi Instagram.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2017 lalu. Tahniah! -mediahiburan
Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon