Chef Wan Kongsi Pengalaman Bersama Anthony Bourdin

KEMATIAN chef selebriti terkenal, Anthony Bourdin yang dipercayai akibat bunuh diri pada Jumaat lalu mengejut peminatnya di seluruh dunia.

Chef terkemuka Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menerusi Instagram miliknya turut meluahkan rasa sedih atas pemergian itu.

Menerusi kapsyen itu juga Chef Wan turut mengimbau beberapa kenangan bersama Anthony termasuk ketika menjadi tetamu dalam program No Reservation kendalian mendiang.

"Saya masih ingat betapa saya bersungguh-sungguh untuk membuat anda ketawa di set penggambaran disebabkan perwatakan tipikal chef dari Amerika yang sentiasa serius!" tulisnya.

Anthony, 61, yang juga seorang penulis dan pemberita di CNN ditemui tidak sedarkan diri oleh teman rapatnya, Eric Ripert yang juga seorang chef di bilik hotelnya di Perancis.

Luahan Chef Wan di Instagram mengenai kematian Anthony.

Anthony berada di negara itu kerana sedang menjalani penggambaran episod terbaharu program kendaliannya Parts Unknown.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, usahanya menambat hati Anthony ketika itu sebenarnya berjaya apabila mendiang dalam satu temu bual ketika melancarkan programnya di New York menamakannya sebagai chef perlu ditemui sekiranya ke Asia.

Kata Chef Wan pujian itu disifatkan sebagai satu penghormatan buat dirinya dan akan sentiasa mengenang Anthony sebagai antara individu penting yang pernah hadir dalam hidupnya.

"Dalam temu bual itu dia memberitahu orang yang patut anda jumpa sekirnya ke Asia adalah Chef Wan dari Malaysia.

"Saya ketawa apabila menonton rakaman temu bual itu kerana dia sangat serius dan tidak terlalu terbuka kepada saya," ujarnya. -mstar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Apa kata anda komen sedikit..;) EmoticonEmoticon